fasa bulan

download fasa bulan

of 7

description

gambar fasa-fasa bulan

Transcript of fasa bulan

2. Fasa-Fasa Bulan

Tahun : Tahun 5Tema : Menyiasat Bumi dan Alam semestaTajuk : Bumi, Bulan dan MatahariSub-tajuk : Fasa-fasa bulan.

A. Bulan memantulkan cahaya dari matahari

1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.

2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planetkerana bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.

3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.

4. Rajah 1 menunjukkan bulan memantulkan cahayamatahari.

5. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong cahaya yang dipantulkan oleh bulan.

B. Fasa-fasa Bulan

1. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.

2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari. Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan.Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa.

4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan.

Fasa Bulan terdiri daripadaa.anak Bulanb.Bulan sabitc.Bulan separad.Bulan purnama.

5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelapmenghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapatdilihat di langit malam.

6. Fasa Bulan selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masaini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi.

7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangioleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulanberansur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.

8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.

9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.

10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.

Gambar diatas adalah kitaran lengkap bagi bulan yang berulang selama 29 hari bersamaan satu bulan. Kitaran lengkap bagi fasa bulan adalah apabila anak bulan ke bulan purnama dan kembali ke anak bulan.

Fasa-Fasa BulanCiri-Ciri

1. Anak Bulan

Bulan berada di antara Matahari dan BumiBahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.

2. Bulan Sabit Baru

Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.

3. Bulan Separa(suku pertama)

Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di sinari cahaya Matahari.Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.

4. Purnama Baru

Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah kanan diterangi cahaya matahari.Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.

5. Bulan purnama penuh

Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.

6. Purnama Lama

Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri diterangi cahaya matahari.Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan.

7. Bulan Separa(suku akhir)

Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari.Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya.

8. Bulan Sabit Lama

Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari.Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.

.anak bulan-new moon2. bulan sabit baru-crescent moon3. bulan separa baru-half moon4.purnama baru-gibbous moon5.bulan purnama-full moon6.purnama lama-full moon7.bulan separa lama-half moon8. bulan sabit lama-crescent moon

FASA - FASA BULANPengenalan

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atauumbrabumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).

Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bentuk dan nama fasa bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.

Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar. Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi. Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi. Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi. Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bula