FASA IMPLEMENTASI
description
Transcript of FASA IMPLEMENTASI
FASA 4 : IMPLEMENTASI
Fasa implementasi merupakan proses untuk menyediakan suasana pembelajaran dan
pelajar. Fasa ini melibatkan dua perkara berikut :
a. Pelan Fasilitator
b. Pelan Peserta
4.1 Pelan Fasilitator
Sebelum Bengkel Penggunaan Frog VLE ini dilaksanakan, tenaga pengajar perlu
dikenal pasti terlebih dahulu. Tenaga pengajar ini akan bertindak sebagai fasilitator
semasa bengkel dijalankan. Tenaga pengajar yang dipilih merupakan guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer dan mereka diyakini
mampu untuk menjadi fasilitator semasa bengkel berlangsung. Pelan Fasilitator ini
meliputi perkara berikut :
a. Identifikasi
b. Jadual
c. Latihan Pengajar
4.1.1 Identifikasi
Guru-guru yang dikenal pasti dan berkelayakan untuk dilantik menjadi tenaga
pengajar adalah seperti berikut :
i. Encik Mohamad Shahrin bin Samsudin
- Jurulatih Utama Frog VLE SK Bandar Utama Damansara (4)
ii. Encik Muazzam Shah bin Samsudin
- Guru Penyelaras ICT
- Guru penyelaras Bilik Komputer 2
iii. Encik Aman Shah bin Syed Ali
- Guru Data dan Maklumat
- Guru Penyelaras Bilik Komputer 1
iv. Encik Ahmad Zulkhairi bin Mohamad
- Guru mata pelajaran Sains Tahun 4
v. Puan Norizam binti Yusoff
- Guru penyelaras bilik Komputer 3
vi. Puan Ruzita binti A. Rahman
- Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid
vii. Puan Norzalita binti Sualman
- Guru Perpustakaan dan Media
- Jurulatih Utama Frog VLE, SK Bandar Utama Damansara (4)
Guru-guru yang dipilih sebagai tenaga pengajar bagi bengkel ini merupakan
guru yang mempunyai kelayakan dari segi kelulusan, pengalaman, bidang tugas di
sekolah dan paling penting pernah menyertai Bengkel Perluasan Frog VLE peringkat
negeri Selangor pada tahun 2012. Guru-guru ini akan dikenali sebagai ‘Guru
Champion Frog’.
4.1.2 Jadual
Jadual disediakan pada awal tahun 2013 sebagai persediaan untuk menjalankan
bengkel ini. Jadual yang disediakan merujuk kepada bila latihan guru yang telah
dilantik sebagai tenaga pengajar / fasilitator mengikuti kursus latihan pengajar
sepenuhnya. Jadual yang disusun adalah seperti berikut :
a. Tarikh : 1 – 5 April 2013
b. Tempoh : 1 Minggu ( 5 hari )
c. Masa : 2.00 – 5.00 petang
d. Tempat : SK Bandar Utama Damansara (4)
Jadual berikut menunjukkan secara lanjut latihan yang telah dijalankan kepada
‘Guru Champion Frog’ :
Hari Tajuk / Perkara Pengajar Isnin Pengenalan Projek 1BestariNet En. Mohd Shahrin Selasa Frog VLE – Admin Sekolah Pn. Norzalita Rabu Frog VLE – Pengguna Guru En. Mohd Shahrin Khamis Frog VLE – Pengguna Murid Pn. Norzalita Jumaat Penilaian dan persembahan contoh
Frog VLE En. Mohd Shahrin Pn. Norzalita
4.1.3 Latihan Pengajar
Kursus untuk pada ‘Guru Champion Frog’ dianjurkan oleh pihak pengurusan
sekolah dengan matlamat untuk memantapkan pengetahuan mereka tentang Frog VLE
sebelum bengkel sebenar dilaksanakan pada 18 dan 25 April 2013. Latihan yang
diadakan adalah selama lima hari ( 3 jam X 5 hari = 15 jam ). Format latihan yang
telah diadakan adalah seperti berikut :
HARI 1 : Bengkel ‘Guru Champion Frog VLE ) Tajuk Masa Kandungan
Pengenalan Projek 1BestariNet
2.00 petang
Memperkenalkan tentang Projek 1BestariNet
Aktiviti - Tayangan Video Gambaran Keseluruhan
Projek 1BestariNet - Ceramah Penerangan tentang Projek
1BestariNet - Perbincangan dua hala 5.00
petang Perbincangan antara peserta dengan penceramah
HARI 2 Tajuk Masa Kandungan
Frog VLE : Admin Sekolah 2.00 petang
Peranan dan tanggungjawab sebagai Admin Frog VLE sekolah
- Tayangan Video Gambaran keseluruhan Frog VLE untuk Admin Sekolah
- Ubah suai kandungan Dashboard sekolah
Kandungan dan maklumat dalam Dashboard sekolah
- Perbincangan 5.00 petang
Peranan dan dan tanggungjawab Admin Frog VLE Sekolah
HARI 3 Tajuk Masa Kandungan
Frog VLE : Pengguna Guru 2.00 petang
Apa yang guru perlu tahu tentang Frog VLE
Tayangan Video Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk guru sebagai pengguna
Frog VLE dalam PdP Cara menggunakan Frog VLE sebelum, semasa dan selepas PdP
Perbincangan 5.00 petang
Cara menggunakan Frog VLE dengan berkesan semasa proses PdP
HARI 4 Tajuk Masa Kandungan
Frog VLE : Pengguna Murid
2.00 petang
Apa yang murid perlu tahu tentang Frog VLE
Tayangan Video Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk murid sebagai pengguna
Frog VLE dalam PdP Cara menggunakan Frog VLE sebelum, semasa dan selepas PdP
- Perbincangan 5.00 petang
Cara menggunakan Frog VLE dengan berkesan semasa proses PdP
HARI 5 Tajuk Masa Kandungan
Penilaian dan persembahan contoh Frog VLE
2.00 petang
Menilai dan mempersembahkan Frog VLE yang telah disediakan
Pembentangan Setiap guru membentangkan Site yang dihasilkan
Perbincangan Tamat
5.00 petang
Cara menggunakan Frog VLE dengan berkesan semasa proses PdP
4.2 Pelan Peserta
Pelan peserta adalah seperti berikut :
BENGKEL PENGGUNAAN FROG VLE Maklumat Peserta Peserta bagi bengkel ini adalah :
- 50 orang - Semua guru termasuk Guru Besar dan Guru-
guru Penolong Kanan - Membaca manual Penggunaan Frog VLE yang
telah diedarkan lebih awal dalam emel - Mempunyai pengetahuan asas tentang
komputer
Jadual Rujuk Lampiran 7 Makluman - Dimaklumkan seminggu sebelum bengkel
- Notis untuk ditandatangani diserahkan lebih lima hari sebelum
Setelah tamat bengkel ini, peserta akan dapat : - Mengenali Projek 1BestariNet
- Mengetahui ciri-ciri pendidikan murid dan guru abad ke-21
- Mengaplikasikan penggunaan Frog VLE sebelum, semasa dan selepas PdP
Rekod - Setiap peserta diwajibkan melengkapkan Kad LADAP yang disediakan
- Peserta dikehendaki melengkapkan senarai semak
- Peserta dikehendaki membuat penilaian tentang bengkel dan fasilitator
- Pemantauan penggunaan Frog VLE akan dibuat seminggu selepas bengkel