Februari 2012 Amanat Ketua Pengarah ... filePerikanan Malaysia mengadakan lawatan ke Syarikat Flora...
-
Upload
trinhduong -
Category
Documents
-
view
226 -
download
0
Transcript of Februari 2012 Amanat Ketua Pengarah ... filePerikanan Malaysia mengadakan lawatan ke Syarikat Flora...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya kita
dapat menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan kepada kita
dengan selesa.
Pembaca yang dihormati sekalian,
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia dalam ucapan semasa merasmikan Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di
Parit Buntar, Perak baru-baru ini telah memberi penekanan
kepada produktiviti dalam usaha memperkasakan bidang
pertanian negara. Sebenarnya inilah cabaran yang harus kita
hadapi sebagai warga Jabatan Perikanan. Jadi, sempena
tahun baharu 2012 ini, marilah kita sama-sama menyahut
cabaran ini dengan bekerja keras melalui gerak kerja yang
berteraskan perancangan dan pelaksanaan secara holistik.
Bagi memastikan cabaran itu dapat direalisasikan, kita perlu
meningkatkan penyelidikan dan inovasi. Walaupun kita
mempunyai tanah dan perairan yang luas sekalipun, namun
pengeluaran tidak dapat ditingkatkan secara optimum jika tidak
ada teknologi dan inovasi. Dalam hal ini, kita telah mewujudkan
Standard of Prosedur (SOP) untuk Skim Pensijilan Ladang
Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Sijil Amalan Akuakultur Baik
(SAAB). Justeru ia boleh dijadikan garis panduan untuk
menjalankan penternakan ikan secara komersial yang mampu
meningkatkan pengeluaran dan pendapatan kepada
pengusaha.
Maka semua warga Jabatan Perikanan dari peringkat atasan
hingga ke akar umbi perlu maklum akan dasar-dasar Jabatan
supaya sentiasa selari dengan kehendak pucuk pimpinan
negara dalam usaha meningkatkan produktiviti. Oleh itu saya
berharap supaya kita dapat meneruskan program pemulihan
kolam dan sangkar terbiar di kawasan masing-masing. Kita
perlu terus menyediakan input-input untuk penternak supaya
mereka dapat memulihkan sangkar dan kolam terbiar untuk
mengusahakan penternakan ikan. Maka semua Pengarah
Perikanan Negeri (PPN) dan Ketua Daerah Perikanan (KDP)
perlu mengambil perhatian bagi meningkatkan bidang
akuakultur, sekali gus mambantu untuk meningkatkan hasil
pengeluaran ikan negara.
Di samping meningkatkan pengeluaran ikan, sistem
pemasaran juga perlu diberi perhatian. Kita bukan sahaja mahu
melihat peningkatan pengeluaran tetapi juga dari segi harga
seperti yang disarankan kerajaan. Di pasaran kini, harga ikan
tilapia telah mencecah antara RM10 – RM12 sekilogram. Jadi
tugas kita adalah untuk meningkatkan pengeluaran dengan
harga yang mampu dibeli oleh rakyat. Nelayan pula hanya
mendaratkan ikan-ikan di jeti, manakala pemborong akan
membeli dan menjualnya semula kepada pengguna di mana
ikan yang bernilai tinggi akan dieksport dan ikan yang kurang
berkualiti untuk pasaran tempatan. Jadi, rakyat kita tidak dapat
merasa ikan-ikan yang bagus dengan harga yang berpatutan.
maka, kita perlu mengawal harga ikan supaya ia tidak terlalu
tinggi untuk rakyat membelinya. Kita juga bertanggungjawab
untuk mengurangkan aktiviti mengaut keuntungan yang
berlebihan yang dimainkan oleh orang tengah. Harga ikan juga
dipengaruhi oleh keadaan cuaca di mana akan lebih tinggi
Februari 2012http://www.dof.gov.my
(bersambung ke muka surat 3)
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
6 Januari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia menyampaikan Sijil Kelulusan Lesen Sampan kepada Encik Chia KangChye sempena Majlis MOA Bersama Rakyat di Bukit Changgang, Banting,Selangor.
9 Januari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniMalaysia bersama YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua PengarahPerikanan Malaysia mengadakan lawatan ke Syarikat Flora Kancil Sdn. Bhd. diKawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Perak.
2
14 Januari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia menyampaikan anugerah Usahawan Ikan Air Tawar Jaya kepadaEncik Tan Teck Whatt sempena Hari Peladang, Penternak dan NelayanPeringkat Kebangsaan 2011 di Parit Buntar, Perak.
20 Januari 2012YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysiaberucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Ketua PengarahPerikanan Bersama Warga Perikanan Sempena Tahun Baharu 2012 di IbuPejabat Perikanan, Putrajaya.
21 Januari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia menyampaikan bot gentian kaca kepada penerima sempena MajlisPelancaran Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di TanjungLumpur, Kuantan, Pahang.
22 Januari 2012YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysiamengadakan lawatan rasmi ke Syarikat SQB Agrotech Sdn. Bhd. yangmengeluar dan membekalkan benih tilapia monosex di Gambang, Kuantan,Pahang.
(bersambung ke muka surat 3)
3
semasa musim tengkujuh. Dengan itu pihak kerajaan telah
menubuhkan Kedai Ikan Satu Malaysia di mana ikan dibeli terus
daripada nelayan untuk dijual kepada rakyat.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Kita masih mempunyai ruang dalam sektor perikanan tangkapan
dan penyusunan semula sedang dijalankan dengan mengehadkan
pemilikan lesen sampan disebabkan sumber yang ada di perairan
pantai tidak lagi ekonomik. Kita tidak mahu nelayan yang ingin
memohon lesen sampan, semata-mata untuk memperoleh elaun
insentif RM200 sebulan. Pasukan Audit juga telah mengaudit
lesen-lesen perikanan laut dalam. Melalui laporan, terdapat vesel-
vesel yang tidak produktif mendaratkan ikan di jeti-jeti dalam
negara. Maka pihak Jabatan terpaksa membatalkan lesen mereka
dan sebahagian lagi telah ditahan pemberian subsidi minyak
diesel. Manakala bagi pengusaha yang produktif, mereka
digalakkan terus menyumbang dan meneruskan operasi.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Kita juga perlu menghadapi cabaran untuk memastikan sumber
perikanan terus mampan (sustainable) dan jaminan keselamatan
makanan (food security) dalam industri perikanan negara terus
diberi perhatian. Untuk tujuan ini kita mempunyai pelbagai
bahagian yang bertanggungjawab seperti Bahagian Pelesenan
dan Pengurusan Sumber, Bahagian Perlindungan Sumber dan
Bahagian Biosekuriti Perikanan. Kerajaan telah dapat
menjimatkan berjuta-juta ringgit melalui penggunaan VesselTracking Monitoring System (VTMS) kerana dapat mengelak
sumber perikanan diseludup keluar. Kita juga telah mengadakan
program pelepasan benih ikan di perairan umum bagi memastikan
stok ikan di sungai dan tasik sentiasa mampan.
Di samping itu, kita juga perlu memperbanyakkan promosi dan
kempen melalui media massa untuk memberi penerangan
mengenai peranan yang dijalankan oleh Jabatan. Oleh itu,
Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan (PMP) perlu
meningkatkan program publisiti dan kesedaran masyarakat
supaya Jabatan Perikanan dapat dilihat menjalankan peranannya
dalam aktiviti seperti penarikan pelabur, dasar jaminan
keselamatan makanan, pengeksportan produk, pemuliharaan
sumber serta untuk menghebahkan hasil-hasil penyelidikan dan
inovasi. Jadi dalam konteks ini saya ingin mengucapkan tahniah
kepada Bahagian PMP kerana gerai Jabatan Perikanan dipilih
sebagai pemenang kategori Gerai Pameran Terbaik semasa
sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat
Kebangsaan 2011 pada Januari lalu.
Berkaitan dengan hebahan ini juga, Jabatan telah melancarkan
Facebook (FB) Jabatan baru-baru ini. FB adalah satu trend baharu
di mana ia merupakan rangkaian atau front page yang
membolehkan Ketua Pengarah berinteraksi dengan kumpulan sasar
dan orang ramai termasuk untuk menarik generasi muda untuk
mendekati bidang perikanan. Melaluinya, input dan pandangan
boleh diperoleh daripada kumpulan sasar dan orang ramai dalam
usaha untuk mempromosikan Jabatan melalui perhubungan maya.
Para pembaca yang dihormati sekalian,
Jabatan telah menghasilkan Perancangan Strategik yang akan
menentukan Petunjuk Prestasi Utama atau Key PerformanceIndicator (KPI) untuk semua Bahagian termasuk di peringkat
Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah. Pada tahun 2012 ini,
Jabatan dan Agensi kerajaan akan dinilai dari segi pencapaian KPImasing-masing. Oleh itu, Jabatan Perikanan perlu memastikan
bahawa setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi
menetapkan KPI masing-masing kerana penilaian dibuat ke atas
kakitangan yang melaksana tugas tersebut.
Semua warga Jabatan perlu memandang serius perkara ini kerana
melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mereka
akan dinilai dan diberi ganjaran berdasarkan prestasi. Oleh itu
semua warga Jabatan perlu membuat perubahan positif bagi
mengelakkan mereka dikeluarkan melalui Exit Policy. Sekiranya
tidak ada perubahan positif, bukan sahaja kakitangan yang
bankrap, Jabatan juga boleh jadi fade-out.
Dalam KPI terdapat beberapa komponen utama yang menjadi
pengukur iaitu kewangan, kepuasan pelanggan termasuk juga
stakeholder expectation yang menuntut kepada perkhidmatan
awam yang efisien. Oleh itu, kita sebagai warga Jabatan
memerlukan penambahbaikan dalam proses dalaman dalam
aspek pengurusan prestasi, kepimpinan, komunikasi dan proses
pembelajaran. Contohnya, untuk menentukan KPI pengurusan
kewangan, penunjuknya ialah perbelanjaan yang berhemat,
teratur dan tidak ada projek yang terbengkalai melalui proses
internal improvement iaitu kepimpinan, motivasi dan latihan. Jika
aspek ini dipatuhi, ia akan memberi kepuasan dan manfaat
kepada pelanggan.
Dalam hal ini, saya berharap supaya kita dapat merekodkan
penetapan dan pencapaian tahunan kita bukan sahaja di dalam
Sasaran Kerja Tahunan (SKT), malah juga dalam bentuk KPI.Maka dari situ, kita akan jadikan semua KPI sebagai KPI Jabatan.
Seorang pegawai khas telah dilantik untuk menjaga KPI ini supaya
laporannya dapat dikemukakan kepada pihak atasan sekiranya
diminta.
Begitulah harapan saya kepada semua warga Jabatan dan
semoga kita sama-sama dapat membuat perancangan kerja pada
awal tahun ini bagi menetapkan SKT dan KPI masing-masing.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
(sambungan dari muka surat 1)
DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
4
i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2011
Tajuk : Dasar dan Prosedur Pelepasan Jawatan danPeletakan Jawatan
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan dasar dan prosedur mengenaipelepasan jawatan dan peletakan jawatan selarasdengan hasrat kerajaan untuk memberi ruang mobilitikepada Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dibawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
Tarikh : 16 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2011
Tajuk : Dasar Baharu Perlantikan Secara Peminjaman,Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan keputusan kerajaan mengenai dasarbaharu yang meliputi syarat peminjaman dan kaedahpenetapan gaji permulaan pelantikan secarapeminjaman, pertukaran sementara dan pertukarantetap.
Tarikh : 30 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011
Tajuk : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) DalamPerkhidmatan Awam
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan keputusan kerajaan untukmemperkukuhkan pelaksanaan Dasar Pemisah (exitpolicy) dalam Perkhidmatan Awam selaras denganpelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).
Tarikh : 30 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011
Tajuk : Sistem Penilaian Prestasi Pegawai PerkhidmatanAwam Di Bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemperkenalkan sistem penilaian prestasi pagawaiperkhidmatan awam kumpulan pengurusan tertinggi,kumpulan pengurusan dan profesional sertakumpulan pelaksana bagi menggantikan sistempenilaian prestasi sedia ada selaras denganpelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).
Tarikh : 30 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2011
Tajuk : Kemajuan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan AwamPersekutuan Di Bawah Saraan Baru PerkhidmatanAwam
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmenjelaskan mengenai kemajuan kerjaya PegawaiPerkhidmatan Awam Persekutuan yang dilaksanakandi bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Tarikh : 30 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
vi) Surat Edaran JPA
Tajuk : Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat PegawaiKumpulan Pelaksana Perkhidmatan GunasamaPersekutuan Yang Telah Memangku
Tujuan : Dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, JPAsedang dalam proses mengumpul maklumat bagiurusan pertimbangan kenaikan pangkat pegawaikumpulan pelaksana perkhidmatan gunasamapersekutuan yang telah memangku selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu sebelum 1 Julai 2011.
Tarikh : 10 Januari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
vii) Surat Edaran JPA
Tajuk : Urusan Penyimpanan Data/Borang Laporan PenilaianPrestasi Tahunan (LNPT) Bagi PegawaiPerkhidmatan Gunasama
Tujuan : Seperti sedia maklum, pengisian LNPT secara atastalian boleh dibuat melalui sistem HRMIS. SuratPekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 dibawah perkara 36 (Urusan penyimpanan data/borangLNPT) menjelaskan bahawa lagi LNPT yang dibuatsecara manual, urus setia Panel PembangunanSumber Manusia (PPSM) hendaklah merekodkanmaklumat LNPT ini dalam sistem HRMIS sebagaidata sejarah LNPT.
Tarikh : 30 Januari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
DARI PERBENDAHARAAN(Kementerian Kewangan Malaysia)
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2012
Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2012
Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa sejumlahRM232,832,900,000 telah diluluskan bagi anggaranperbelanjaan 2012 iaitu RM181,584,000,000 untukperbelanjaan Mengurus dan RM51,248,900,000untuk perbelanjaan Pembangunan.
Tarikh : 4 Januari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012
Tajuk : Bajet Berasaskan Outcome
Tujuan : Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memperkenal dan memberikan panduan mengenai dasar danpelaksanaan Bajet Berasaskan Outcome (OutcomeBased Budgeting – OBB) di sektor awam sertamenerangkan proses strategik OBB meliputiperancangan berasaskan outcome, penyediaan bajet pemantauan dan penilaian, dan pelaporankeberhasilan.
Tarikh : 3 Januari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
iii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012
Tajuk : Garis Panduan Bagi Penyediaan CadanganAnggaran Perbelanjaan Tahun 2013
Tujuan : Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi panduanbagi menyediakan cadangan anggaran perbelanjaanMengurus dan Pembangunan bagi tahun 2013.Pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali denganPekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012mengenai bajet berasaskan outcome.
Tarikh : 17 Januari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2011
Tajuk : Garis Panduan Pelaksanaan Program ProjekPenyelenggaraan Infrastruktur Awam Dan ProjekInfrastruktur Asas
Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuanuntuk memperkemaskan garis panduan pelaksanaanProgram Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam(PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) yangdibiayai melalui peruntukan khas KementerianKewangan dan dilaksanakan oleh Unit PenyelarasanPelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tarikh : 19 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
v) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Penyambungan Perlantikan Contract For ServiceBagi Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat Di BawahPakej Rangsangan Ekonomi Kedua
Tujuan : Untuk makluman, kerajaan telah memutuskan supaya perkhidmatan kakitangan sambilan ProjekCari dan pegawai Skim Perkhidmatan Singkat dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yangsedang berkhidmat dan akan tamat pada penghujungtahun 2011 dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2012.
Tarikh : 23 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
vi) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Pemansuhan Kontrak Sistem Panel Bagi ItemCenderamata Kepada Semua Agensi Kerajaan DiSemenanjung Malaysia
Tujuan : Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telahmemutuskan supaya item cenderamata dikeluarkandari Kontrak Sistem Panel berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Mulai tarikh tersebut, perolehan bagiitem ini hendaklah dilaksanakan oleh semua agensikerajaan mengikut tatacara perolehan semasa yangberkuat kuasa.
Tarikh : 23 Disember 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
vii) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Borang Kontrak Perjanjian JKR Siri PWD 203 danPWD DB (REV.1/2010)
Tujuan : Dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telahmenyemak dan menggubal semula borang-borangkontrak perjanjian JKR siri PWD 203 dan PWD DBbagi memastikan klausa kontrak yang disediakanakan melindungi dan memelihara kepentingankerajaan. Sehubungan itu, agensi adalahdinasihatkan untuk merujuk kepada borang kontrakperjanjian JKR siri PWD 203 (Rev. 1/2010) dan PWDDB (Rev. 1/2010) bagi kontrak kerja.
Tarikh : 8 Februari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
viii) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Perkhidmatan Penyelenggaran dan PembaikanKenderaan (Di Bawah 3 Tan) Bagi Semua AgensiKerajaan Di Zon Tengah (Selangor dan WilayahPersekutuan) dan Zon Selatan (Negeri Sembilan,Melaka dan Johor) Semenanjung Malaysia
Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa KementerianKewangan telah memutuskan untuk memperluaskanperolehan perkhidmatan penyelenggaraan danpembaikan kenderaan (di bawah 3 tan) di kalanganbengkel Bumiputera dan bukan Bumiputera mulai 1 Februari 2012.
Tarikh : 12 Februari 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
5
Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?
Adalah sukar untuk mempercayai cerita ikan jerung paus atau yupaus (Rhincodon typus) sepanjang 40 kaki berjaya ditangkap.Tetapi itulah hakikatnya, apabila sekumpulan nelayan di Pakistantelah berjaya menangkap ikan yu paus gergasi dari Laut Arab.Ikan yu paus berkenaan sebenarnya telah ditemui mati setelahdihanyutkan arus dan terdampar di Pelabuhan Perikanan Karachipada 7 Februari 2012.
Menurut penduduk tempatan, ikan yu itu dilihat terapung dalamkeadaan tidak sedar di laut sejak sepuluh hari lepas, kira-kira 90batu dari pesisiran pantai. Dua buah kren digunakan untukmenarik bangkai seberat lapan tan itu, namun gagal. Merekaakhirnya menggunakan sebuah lagi kren untuk menyelesaikankerja tersebut. Ia telah dijual dengan harga $18,758.
Dalam rekod, ikan yu terbesar adalah sepanjang 41 kaki, namunia dipercayai boleh membesar lagi. Ikan jerung itu dijumpai diperairan tropika dan hidup selama kira-kira 70 tahun.Kebiasaannya, spesies ikan ini memakan plankton, tumbuhan-tumbuhan yang amat halus dan ikan kecil. Saiz mulutnya pulaboleh mencapai sehingga lima kaki lebar dan mempunyai 300hingga 350 baris gigi kecil.
Yu Paus Bersaiz 40 KakiBerjaya Ditangkap
Yu paus yang terdampar di Pelabuhan Karachi pada 7 Februari 2012.
Tiga buah krendiperlukan untukmengangkatikan yu pausseberat lapantan metrik dansepanjang 40kaki.
Ikan yu paus merupakan haiwanmarin yang terbesar dan gigi
kecilnya boleh mencapai antara300 hingga 350 baris.
10 Februari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Malaysia merasmikan Majlis MOA Bersama Rakyat di BandarKinrara, Puchong, Selangor.
13 Februari 2012Jabatan Perikanan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul danMajlis Perhimpunan Bulanan Bil.2/2012 yang turut diisi denganceramah agama yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hariri binHj. Mohamad Daud dari JAKIM di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
17 Februari 2012YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Malaysia menyampaikan geran Program Bantuan PeralatanPertanian sempena Majlis Perasmian MOA Bersama Rakyat di SabakBernam, Selangor.
18 Februari 2012YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) diGopeng, Perak yang berfungsi sebagai pusat integrasi logistik,pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian luar bandar.
(sambungan dari muka surat 2)
6
PETUA KESIHATAN
Saban hari kita
diingatkan mengenai
bahaya kolesterol, yang
merupakan punca penyakit
jantung. Statistik menunjukkan
bahawa penyakit jantung
adalah pembunuh nombor satu
di Malaysia. Bilangan kematian
akibat penyakit jantung di
hospital kerajaan pada tahun
2005 adalah 5,247 orang.
Seperti saya, anda juga tentu
percaya bahawa kolesterollah
punca penyakit jantung.
Terdapat dua jenis kolesterol
iaitu kolesterol HDL (baik) dan
kolesterol LDL (tidak baik). Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL
akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan
pembuluh darah. Manakala kolesterol HDL akan datang untuk
membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga
diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol LDL
berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat
penyakit jantung.
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukanlah tidak
baik. Ini adalah kerana kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah
baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel,
bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita
tidak mendapat kolesterol LDL yang mencukupi dari makanan,
badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi
masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk
(mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik.
Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah
tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk
menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan
kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu
digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar
penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Hasil kajian yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran
23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang
mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang
normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan
pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk
menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan
bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan
radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar
dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-
satunya penyebab masalah
radang pembuluh darah.
Penyebab utama radang
pembuluh darah adalah sesuatu
yang dipanggil homosistein dan
radikal bebas. Masalah hanya
akan timbul apabila kolesterol
LDL dioksida oleh radikal bebas.
Tanpa radikal bebas, kolesterol
LDL tidak akan bertukar menjadi
tidak baik. Pernahkah anda
mendengar tentang homosistein?
Homosistein adalah bahan yang
terhasil ketika tubuh kita
menghadam makanan, sama
seperti radikal bebas. Masalah
akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah
berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan
jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras
homosistein dalam darah yang tinggi.
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari HarvardPublic Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan
dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko
mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Manakala
dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995
pula, Dr. Jacob Selhub, melaporkan bahawa paras homosisteindalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan
dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan
menyebabkan strok). Selain dari itu kajian Dr. Selhub juga
menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosisteinyang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan
vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.
Kalau dahulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok
adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke-21 telah
membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya di mana
ia menyebabkan arteri darah menjadi sempit dan menghalang
darah mengalir ke bahagian otak. Ini menyebabkan otak tidak
mendapat oksigen yang mencukupi dan strok akan terjadi. Namun
begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat
diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin
B12 dan vitamin B6 yang cukup. Ini kerana elemen-elemen ini
dipercayai dapat membantu menghalang homosistein daripada
terhasil secara berlebihan apabila bertindak balas dengan
kolesterol LDL. Oleh itu pemilihan makanan yang sihat dan kaya
dengan elemen-elemen ini adalah penting untuk menghalang
penyakit jantung dan strok. Ini menunjukkan punca pembunuh
nombor satu Malaysia bukalnlah semata-mata kerana kolesterol.
Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Keratan jantung manusia yang membantu mengepam danmengalirkan darah ke seluruh badan manusia.
7