ff

33
KKP BMM3083 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaannada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. BAHAGIAN A PISMP/4/JUN2013 1

description

assig fonetik dan fonologi

Transcript of ff

KKP BMM3083 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KKP BMM3083 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur.Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaannada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

BAHAGIAN A2.0 Definisi Fonetik Dan Fonologi2.1.1 FonetikAsal perkataan Fonetik ialah daripada bahasa Greek yang kemudiaanya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu kepada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyian itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-orang pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebutMenurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran- kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyiyang digunakan sebagai alat komunikasi.Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.Ringkasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing-lambang yang menunjukkan sebutannya. Rajah yang berikut menunjukkan kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain.

PragmatikSintaksisMorfologiFonologiWacana

Fonetik

Sebagai tambahan, fonetik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.a) Fonetik Artikulasi bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia. (Bunyi vokal dan Konsonan) dengan menggunakan alat tutut. Misalnya kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya.b) Fonetik Akustik Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Misalnya bunyi yang kuat dan jarak bunyi.c) Fonetik Auditori Bidang ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterpretasikan. Dengan kata lain, bidang ini mengkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut.

2.1.2 Fonologi Fonologi ialah kajian tentang system bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam erti kata lain, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau Me Bidang kajian fonologi termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. Dalam kajian fonologi, misalnya untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan, kitaperlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik agar kajian itu lebih bermakna. Ciri ini berbeza dengan kajian yang berkaitan kesusasteraan kerana kajian kesusasteraan lebih menekankan gaya bahasa, kesan bunyi dalam persembahan dan ciri-ciri bahasa dalam puisi seperti asonansi, rima dan anomatopia. Dengan kata lain, kajian ini memerlukan traskripsi fonetik secara khusus. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Hal ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Menurut Chomsky dan Halle (1968), fonologi adalah alat pentafsir yang menghubungkan struktur luar dengan bentuk fonetiknya. Seterusnya kamus dewan mendefinisikan fonologi adalah merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. (1996:354)Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874)fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Di samping itu, fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang ilmu yang mengkaji ilmu bahasa dari segi cara pengeluaran dan sifat fizikalnya. Fonetik ini bertumpu kepada panjang dan pendek, keras dan lembut, tekanan dan, intonasi dan irama dalam satu-satu bahasa. Bagi fonemik pula, merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi penting dalam satu-satu bahasa. Fonemik mempunyai fungsi atau ciri pembeza yang dinamakan fonem.

3.0 VOKAL Vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan. Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu;Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran

a[ a ][ api ] [ badi ][ rupa ]

e

[ e ][ enak ][ petah ][ tauge ]

[ ][ mak ][ smat ][ patriotism ]

i[ i ][ ikan ][ simpan ][ kuli ]

o[ o ][ obor ][ kuota ][ tomato ]

u[ u ][ ulat ][ tunas ][ paku ]

3.1 Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut apabila tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vocal di dalam Bahasa Melayu

Berdasarkan gambar rajah di atas, dapatlah digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyibunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan seperti daam gambar rajah yang berikut;

Rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, menunjukkan bahawa lidah amat berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah juga mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang dibunyikan. Bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996), keadaan bibir boleh berbentuk seperti hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar yang akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti yang berikut;

Rajah di atas menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

3.2 Penghasilan Bunyi Vokal3.2.1 Vokal Hadapan Sempit [ i ] Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sehingga hamper menyentuh lelangit keras. Sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampar. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara.Cara membunyikannya :1.Bibir dihamparkan2.Depan lidah dinaikkan tinggi kearah gusi3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidakterkeluarmelalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru- paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ i ]6.Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

ikan, itik, ibubilang, ciku, cicakceri, beli, guli

3.2.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ] Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [ i ] tadi, iaitu kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glottis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.Cara membunyikannya :1.Bibir dihamparkan separuh sempit.2.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke hadapan gusi.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ e ]6.Contoh vokal hadapan separuh sempit di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

enak, ekor, etakbela, berang, lepersate

3.2.3 Vokal Hadapan Separuh Luas [] Untuk menghasilkan vokal separuh luas, [ e ] hujung lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal hadapan sempit dan udara tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Keadaan bibir dihamparkan dan glotis diratakan. Lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek.

Cara membunyikannya :1.Bibir dihamparkan separuh luas.2.Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidakdapat keluar melalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh luas[]6.Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek KelantanContoh vokal hadapanAwalTengahAkhir

etok, elo, edoh

gelek, pelek, beso

tule, ude, bule

separuh luas di dalam perkataan :

3.2.4 Vokal Hadapan Luas [ a ] Untuk mengeluarkan bunyi vokal hadapan luas, bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain sama seperti menghasilkan vokal [ i ] dan [ e ].Cara membunyikannya :1.Bibir dalam keadaan hampar.2.Depan lidah diturunkan serendah mungkin.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dariparu-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas[a]6.Contohvokal hadapan luas di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

ayam, api, Anakbayang,baru,pakucara, rasa, pita

3.2.5 Vokal Belakang sempit [ u ] Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin. Tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir berkeadaan bundar. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.Cara membunyikannya :1.Bibir dibundarkan.2.Belakang lidah dinaikkan tinggike arah lelangit lembut.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dariparu-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar[ u ]6.Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

ubat, uda, ubiburung, bubur, gandumpaku, satu, kubu,

3.2.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.Cara membunyikannya :1.Bibir dibundarkan.2.Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara darin paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ]6.Contoh vokal belakang separuh sempit di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

orang, oren, olehtolong, botol. rotipolo, solo

3.2.7 Vokal Belakang Separuh Luas [ ] Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [ o ]. Misalnya [ oleh ]. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa melayu.Cara membunyikannya :1.Bibir dibundarkan.2.Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.3.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dariparu-paru tidak dapat keluar melaluirongga hidung.4.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pitasuara ke rongga mulut.5.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas []6.Bunyi ini terdapat dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokal belakang separuh luas di dalam perkataan :AwalTengahAkhir

ore, otok, olohsudoh, pecoh,sekolohguano, kito, bilo

4.0 KONSONAN Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Konsonan ialah bunyi selain vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada:a) Konsonan bersuara Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru dan menggetarkan pita suara.b) Konsonan tidak bersuara merupakan konsonan yang terhasil apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara. Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua, iaitu; konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Manakala, konsonan pinjaman adalah sebaliknya. Penghasilan bunyi konsonan tersebut melibatkan alat artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Oleh itu, yang berikut merupakan beberapa jenis konsonan melayu asli dan konsonan melayu pinjaman;I. KONSONAN MELAYU ASLI [ p ]Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[ b ]Konsonan letupan dua bibir bersuara

[ t ]Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[ d ]Konsonan letupan gusi bersuara

[ k ]Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara

[ g ]Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

[ ? ]Hentian glotis

[ w ]Separuh vokal dua bibir bersuara

[ m ]Konsonan sengau dua bibir bersuara

[ s ]Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[ r ]Konsonan getaran gusi bersuara

[ n ]Konsonan sengau gusi bersuara

[ i ]Separuh vokal lelangit keras bersuara

II. KONSONAN MELAYU PINJAMAN

[ f ]Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[ z ]Konsonan geseran gusi bersuara

[ v ]Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[ x ]Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[ ]Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara

Dalam Bahasa Melayu ada Sembilan belas fonem atau bunyi konsonan standard. Fonem-fonem tersebut ialah; b, c, d, g, gh, h, j, k, l, m, n, ng, p, r, s, t, w, dan y. Hal ini seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.HurufSimbol AwalanPertengahan Akhiran

b[ b ] [ batuk ][ lambat ] [ kelab ]

c[ c ][ campak ][ benci ][ mac ]

d[ d ][ dayang ][ baldi ][ abad ]

g[ g ][ gagal ][ ligat ][ monolog ]

h[ h ][ hapus ][ saham ][ sahih ]

j[ ][ alan ][ mana ][ kole ]

k[ ? ][ ?ami ][ pa?sa ][ kata? ]

l[ l ][ lekas ][ alas ] [ kesal ]

m[ m ][ maka ][ kami ][ diam ]

n[ n ][ nangka ][ anak ][ daun ]

ng[ ][ ilu ][ ain ][ pula ]

ny[ ][ ai ][ haa ] [ auk ]

p[ p ][ perang ][ apa ][ siap ]

r[ r ][ rumah ][ bara ][ tegar ]

s[ s ][ siap ][ susah ][ panas ]

t[ t ][ tiang ][ atap ][ sakit ]

w[ w ][ wanita ][ hawa ][ straw ]

y[j][jang][pajung]-

4.1 Konsonan sengauanKonsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa Melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat-empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.4.1.1 konsonan sengaun dua bibir bersuara [m]Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [ mlu ], [ amn ].cara membunyikannya:1. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.2. Lelangit lembut dan anak tekak ditrunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.3. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.4. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah : Konsonan Sengauan [m]4.1.2 Konsonan Sengaun dua bibir tidak bersuara [n]Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ nsi], [ nns ].Cara membunyikannya:1. Hujung lidah dinaikkan pada gusi/gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.3. Pita suara dirapatkan.4. Arus udara dari paru-paru memalui rongga mulut terus ke rongga mulut terus ke rongga hidung.5. Arus udara dilepaska perlahan-lahan.

Rajah : Konsonan Sengauan dua bibir tidak bersuara [n]

4,1.3 Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah fonem [ ]. Contoh perkataan ialah, [ ala ], [ baak ].Cara membunyikannya:Cara pengeluar udara bagi konsonan sengauan []adalah sama tetapi berbeza pada sekatan dimulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkanudara terus kehidung.1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dan paru-paru masuk ke rongga hidung.3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung.5. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah : Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []4.1.4 Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara []Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ]. Contoh perkataan ialah, [ aa ], [ mail ].Cara membunyikannya:Depan lidahdinaikkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan.Pita suaraakan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara []1. Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru ke rongga hidung.3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung.5. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah: Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara []BAHAGIAN B: PENULISAN TRANSKRIPSI FONETIK5.0 TEKS PERANAN GURU ABAD KE-21 UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID.Peranan guru abad ke-21 amat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar memartabatkan bahasa Melayu. Memartabatkan bahasa Melayu diertikan sebagai memberi kedudukan yang tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada Bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Antara peranan besar bagi guru memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Sebagai contoh, guru akan meminta murid-murid saya menyediakan satu portfolio bertajuk Mari Berpantun.Murid-murid boleh menggunakan teknologi maklumat ini untuk mencari bahan , berbincang atau mengkaji berkaitan tugasan yang telah diberi. Guru akan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan membina budaya berbahasa Melayu dalam kalangan murid -murid. Guru akan berusaha sedaya upaya membawa murid-murid bersama-sama berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu standard. Guru akan sering mengajak murid-murid berkarya seperti mengarang atau mendeklamasikan sajak , berpantun , bercerita dan sebagainya. Mereka juga dibimbing menggunakan penjodoh bilangan dan simpulan bahasa ketika berkomunikasi. Peranan lain yang boleh guru lakukan ialah melalui didik hibur. Sebagai seorang guru, sudah pasti guru inginkan murid-murid dapat berfikir secara kreatif, malahan secara kritis. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan tatabahasa boleh guru sulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Contohnya, murid-murid boleh belajar bahasa sambil menyanyi.Kaedah ini merupakan satu kaedah berinteraksi yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan menghiburkan. Kesimpulannya, memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan satu wadah murni. Guru bahasa Melayu adalah pemangkin akauntabiliti bangsa dan bangsa Melayu. Saya bersama-sama warga pendidik yang sepakat akan seciap bagai ayam, sedenting bagai besi tegas beriltizam dan komited dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Usaha inilah yang boleh saya lakukan bagi melaksanakan hasrat kerajaan demi memartabatkan bahasa Melayu agar pendidikan di Malaysia dipandang tinggi di mata dunia. 5.1 TRANSKRIPSI TEKS[#pranan guru abad k-21 amat bar dalam mmatikan klanaran dan kbrkean daar mmartabatkan bahaa mlayu// mmartabatkan bahaa melayu dirtikan sbagai membri kedudukan yag tinggi lagi maruah srta brprestiji kepada bahaa melayu dalam kalangan penutur alinya srta masyarakat lain pada prigkat nasional rantau dan global#]. [#antara pranan bar bagi guru mmartabatkan bahaa mlayu dalam kalagan murid ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikai dalam pros pegajaran dan pmbelajaran (p&p)// ebagai contoh guru akan mminta murid-murid mnyediakan satu portfolio bertajuk mari berpantun// murid-murid boleh meggunakan teknologi maklumat ini untuk mencari bahan brbincang atau mengkaji berkaitan tugasan yang telah diberi#][#guru akan mletakkan bahaa mlayu sebagai bahaa ilmu dan membina budaya berbahaa mlayu dalam kalangan murid murid//guru akan brusaha sdaya upaya mmbawa murid-murid bersama-sama brkomunikai meggunakan bahaa mlayu standard//guru akan ring mengajak murid-murid brkarya perti mengarang atau mendklamaikan ajak berpantun bercerita dan sebagainya//mreka juga dibimbing meggunakan penjodoh bilangan dan impulan bahaa ketika brkomunikai#][#pranan lain yag boleh guru lakukan ialah mlalui didik hibur// ebagai eorang guru, udah pasti guru iginkan murid-murid dapat brfikir secara kratif malahan scara kriti// kmahiran mndengar brtutur, mmbaca mnuli dan tatabahaa boleh guru ulam degan aktiviti penrokaan pncarian maklumat plaporan dan pnghailan produk// contohnya, murid-murid boleh blajar bahaa ambil menyanyi// kaedah ini merupakan satu kadah brinteraki yang boleh mnjadikan pngajaran dan pmbelajaran bahaa melayu menjadi lebih mnarik dan mnghiburkan#][#keimpulannya memartabatkan bahaa melayu dan mmperkaakan satu wadah murni// guru bahaa Melayu adalah pemangkin akauntabiliti banga dan bangsa Melayu// saya bersama-sama warga pndidik yang spakat akan ciap bagai ayam denting bagai bi tga beriltizam dan komitd dalam meningkatkan profesionalim keguruan// uaha inilah yang boleh aya lakukan bagi mlakanakan harat krajaan demi mmartabatkan bahasa melayu agar pendidikan di Malayia dipandang tinggi di mata dunia#]

6.0 PENUTUPBerdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi banyak melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ pertuturan manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.

Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Manakala, bunyi diftong pula menghasilkan bunyi geluncuran yang terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.

Oleh yang demikian, didapati bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.

7.0 REFLEKSI Melalui kerja kursus ini dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat banyak maklumat yang baharu saya pelajari. Hal ini demikian kerana. Dalam Bahasa Melayu terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia. Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata serta lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala fonologi pula mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Pada waktu yang sama, fonologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonemik dan fonetik. Di samping itu, saya juga telah mempelajari bahawa kajian fonetik dan fonologi ini melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut sebagai alat artikulasi atau pun artikulator. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan serta pelbagai fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Pada waktu yang sama juga, saya telah mengetahui bagaimana penghasilan sebuah vokal, konsonan. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak ada halangan semasa udara keluar daripada peparu. Lidah dan bibir turut memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal. Manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana, bunyi konsonan terhasil daripada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari paru-paru dan dua bibir , gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Lantaran itu, jelaslah bahawa kajian fonetik dan fonolgi ini amatlah menarik untuk dikaji, kerana dengan kajian yang dilakukan lebih mendalam, kita akan lebih mengenali bahagian-bahagian alat artikulasi yang mana memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi bahasa terutama bunyi bahasa yang dapat diterima maknanya. Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini, saya juga telah berjaya memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana terhasilnya bunyi bahasa. Malah,saya juga dapat membuat kesimpulan bahawa bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Apabila udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya, maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan. Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada serta maklumat-maklumat baru yang kami perolehi, Syukur saya berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jika sebelum ini saya tidak mengambil berat tentang cara penghasilan bunyi bahasa ini, namun dengan adanya tugasan ini, secara tidak langsung banyak membantu kami dalam mengukuhkan maklumat dan pengetahuan lama dengan yang baru terutamanya untuk membunyikan huruf vokal, konsonan dan diftong dalam penyebutan bahasa baku.

Malah saya juga sedar bahawa elemen bunyi bahasa ini amat penting untuk diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pengenalan huruf dalam Bahasa Melayu dapat berjalan secara berkesan. Malah dengan penggunaan bunyi bahasa yang tepat, secara tidak langsung penggunaan bahasa baku juga dapat ditingkatkan. Malah, kecelaruan dalam penggunaan bahasa juga dapat dikurangkan.

Berdasarkan tugasan ini juga, saya juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya untuk memahami Cara Penghasilan Bunyi Bahasa ini. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai bunyi bahasa iaitu bunyi vocal, konsonan ini secara tidak langsung dapat memudahkan kita dalam peghasilan bunyi bahasa atau penyebutan yang berkesan. Malahan, secara tidak langsung ianya dapat memudahkan kita dalam berkomunikasi. Berdasarkan tugasan ini diminta juga menulis transkripsi fonetik ke dalam bahasa melayu baku. Guru abad ke-21 memainkan peranan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid.Bahasa Melayu di Malaysia memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia telah tebukti mampu menjadi bahasa lingua-franca pada masa silam dan berkeupayaan menjadi bahasa ilmu, Sains dan Teknologi pada masa kini dan masa hadapan. Sejak Penyata Razak dan Rahman Talib dirumuskan sehingga ke Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, ia menjadi wadah penting dalam memperkasa ilmu dan pendidikan dan melahirkan ribuan ahli ekonomi, undang-undang dan para saintis yang menyumbang kearah kemajuan dan pembangunan negara (Prof. Dato Dr. Sidek Baba, UIA).Bahasa Melayu berasa di persimpangan jalan. Dari segi sejarahnya, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaysa yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi. Memartabatkan bahasa Melayu meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152, Perlembangaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar Utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memetik rangkap puisi yang ditulis oleh Nawawee Mohammad dalam majalah pelita bahasa keluaran Ogos 2009, Bahasa itu umpama jenama, memaruahkan siapa bangsanya. Mahal harta mahal lagi bahasa, tiada nilai membayar harganya.

Sesiapa pun walau apa-apa bangsa, di sudut mana menghuni dunia, bahawasanya tetap umpama tunjang, memartabatkan maruah dan kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa Melayu bertujuan memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujdkan perpaduan dan muhibbah dikalangan rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia (Utusan Malaysia).

Terdapat beberapa peranan guru menjayakan dasar memartabatkan bahasa Melayu.Setiap orang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai pembimbing dan pembentuk peribadi yang luhur dan unggul. Guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu tetapi juga mendidik pelajar supaya mempunyai peribadi yang mulia disamping menjadi penasihat dan pembimbing pelajar mengenai hal-hal bersangkutan dengan sahsiah, nilai budaya dan nilai murni. Cabaran sentiasa ada, perlu dihadapi dan ditangani. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh, masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk meyelesaikan segala permasalahan baik di sekolah mahupun di rumah ( Sakinah Salleh, Sept. 2010 )Warga pendidik perlu menghayati elemen penting dalam menjana pertumbuhan pelajar iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru serta pelajar. Kita wajar memberi fokus pada cabaran memartabatkan bahasa Melayu di sekolah kerana tugas mendaulatkan bahasa Melayu bermula di institusi pendidikan khususnya di sekolah. Tugas mendidik pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah terletak dibahu golongan pendidik. Oleh itu peranan guru di sekolah perlu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan setiap dasar memartabatkan Bahasa Melayu.Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri kami. Tugasan ini juga, telah membuka pemikiran kami terhadap bidang ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini. Kami berharap ilmu ini dapat kami aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata terima kasih kami ucapkan kepada Dr. Mashudi Bahari pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu kami diatas segala tunjuk ajar yang diberikan serta tidak lupa kepada rakan-rakan kelas.

RUJUKANBukuAbdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk guru Bahasa Malaysia. Selangor : Pencetak Polygraphic.

Arbak Othman,(1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbitan SarjanaSdn.Bhd

Arbak Othman,(1985). Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar,(1993).Susur-Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Chomsky dan Halle (1968), fonetik&Fonologi, Massachusetts:Newburry House Publishers Inc.

Frank Parker (1994), fonetik&Fonologi, Massachusetts:Newburry House Publishers Inc.Gumperz,(1971). Language in Social Groups, Stanford: Stanford University Press.

Inderawati Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Lufti Abas,(1985). Fonetik dan Fonologi, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Penalosa,(1981). Introduction to the sociology of Language, Rowley, Massachusetts:Newburry House Publishers Inc.

Raminah Haji Sabran,(1986). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

JurnalAdi,Y. Abdul A.( 2011). Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti: Journal of Language Studies Research. 63 (1), 1-49ThesisMohd Shukri, Abdul Wahab (2006). Analisis fonetik dan fonologi: Satu Kajian di Cawangan Pengurusan bahasa melayuPulau Pinang. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia (unpublished).

Rujukan Internethttp://www.slideshare.net/murnibintimohamat/fonetik-dan-fonologi-vokal-konsonanhttps://www.academia.edu/4677402/_PENGENALAN_FONETIK_DAN_FONOLOGI_BAHASA_MELAYU_KamusKamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

PISMP/4/JUN201310