FIDELIA MUSEH_780912125042001_HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT & KETAMADUNAN.docx

20
HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN TAJUK TUGASAN Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum. Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara? Bincangkan. Nama FIDELIA MUSEH Nombor Matrik 780912125042001 NRIC 780912125042 Nombor Telefon 0198521341 Alamat E-mail 1

Transcript of FIDELIA MUSEH_780912125042001_HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT & KETAMADUNAN.docx

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1503

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

TAJUK TUGASAN

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan

budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan

antara kaum. Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara

kaum/etnik/budaya/peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita,

untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci

kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara?

Bincangkan.

Nama

FIDELIA MUSEH

Nombor Matrik

780912125042001

NRIC

780912125042

Nombor Telefon

0198521341

Alamat E-mail

[email protected]

Nama E-Tutor:

PN.CHE MAH YUSOF

Pusat Pembelajaran:

OUM KENINGAU,SABAH

SEMESTER

1

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

JANUARI 2014

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Konsep Masyarakat Majmuk 2

1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk 2

2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN

3

2.1 Konsep Budaya Dialog 4

2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 4 2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun 4 2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum 5

2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik 5 2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun 5

2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 5

2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum 5 2.3.2 Komunikasi Yang Terhad

6 2.3.3 Perspektif Ahli Dialog 6

3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/ BUDAYA DAN PERADABAN 6

3.1 Dialog Antara agama 7

3.2 Isu Perkauman Dalam Politik 8

3.3 Dialog Pendidikan 8

4.0 KESIMPULAN 9

2

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

Rujukan

1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan

agama. Mengikut 1Jabatan Perangkaan Negara (2010), komposisi jumlah penduduk di

Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang. Daripada jumlah tersebut 91.8% merupakan

warganegara Malaysia manakala 8.2 % merupakan bukan warganegara Malaysia. Dari segi

komposisi penduduk mengikut etnik, peratusan penduduk bumiputera adalah 67.4% ,Cina

(24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%). Di kalangan warganegara Malaysia, kaum Melayu

merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 %. Iban mencatatkan

30.3% daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun

merekodkan peratusan sebanyak 24.5% di Sabah.

Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan

dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang

berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian

kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber

kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai

bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial

antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan

masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa

pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan

Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat

kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam

perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan

Nur Atiqah, 2008).Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat

Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia

yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian

sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Kepelbagaian budaya dalam

negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun

etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti

peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan dalam konsep masyarakat majmuk ini amatlah

penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

1 http://www.statistics.gov.my

3

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

1.1 Konsep Masyarakat Majmuk

Masyarakat  didefinisikan sebagai 2sekelompok manusia yang membentuk sebuah

sistem interaksi sosial  di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan

sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.

Komuniti dalam masyarakat biasanya terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa menempati

sesuatu tempat tertentu dalam suatu komuniti yang teratur, berkongsi sumber yang ada dalam

kawasan tersebut, saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan

menetap bersama - sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan

cara tertentu. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau

dalam konteks masyarakat ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Berdasarkan definisi

di atas,disimpulkan bahawa masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri

daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu

padu.

1.2 Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk

                Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,

pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan

wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Antara ciri-ciri masyarakat

majmuk menurut J.S. Furnivall (1956) dalam bukunya  bertajuk “Colonial Policy and

Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia)” dalam kajiannya

di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina,

India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi

tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang

sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa ,idea dan kaedah

sendiri .Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia sebenarnya adalah simbol kepada

keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyatnya. Perbezaan dari segi cara hidup, amalan

dan budaya sebenarnya bukanlah penghalang kepada amalan perpaduan yang diamalkan sejak

dahulu lagi, malah amalan tersebut telah diperjuangkan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.

Perbezaan ideologi politik juga sebenarnya merangsang agar perpaduan perlu dijaga, apatah

lagi kehidupan masyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia merupakan identiti kepada

negara. Dalam keghairahan pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan antara kaum atau

2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat

4

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

etnik lain dengan kaum yang lain, pihak kerajaan tidak pernah lalai dalam mempertahankan

perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.Salah satu usaha kerajaan

mempertahankan perpaduan ini adalah dengan mengadakan pelbagai bentuk dialog seperti 3dialog peradaban dan 4dialog antara agama dengan melibatkan semua kaum bagi meleraikan

konflik di kalangan masyarakat Malaysia.Dalam tugasan ini,saya akan membincangkan

konsep budaya dialog dan mengapa perlunya penyuburan budaya dialog berdasarkan

perbincangan kekuatan dan kelemahan budaya dialog dan beberapa cadangan meningkatkan

keberkesanan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban dalam konteks

masyarakat majmuk di Malaysia kini.

2.0 BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM / ETNIK / BUDAYA DAN PERADABAN

Budaya dialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan

jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelangsungan dan

kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini.Gagasan dan pemikiran mengenai dialog

mulai mendapat tempat apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membahaskan

mencari pemikiran baru bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik, pengaduhan dan

perbalahan yang berlaku antara negara di dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai 5Tahun Dialog Peradaban.Ketika perang dingin,

Amerika Syarikat mewakili pihak Barat telah memperkenalkan dialog antara agama,

kebudayaan dan peradaban sebagai satu pendekatan berdamai.Pengistiharan ini adalah untuk

menggalakan perbincangan dan pertemuan antara individu, kelompok, organisasi dan

masyarakat dari pelbagai peringkat dan latarbelakang, mencari titik tolak untuk berkongsi

pemikiran, bersefahaman, bekerjasama demi keharmonian dan kedamaian sejagat.Aspek nilai

yang menjadi sasaran dan ruang lingkup perbincangan dalam dialog antaranya ialah nilai

kemanusiaan, toleransi, kejujuran, kerjasama, komunikasi dan interaksi sesama insan,

kerjasama global, usaha peningkatan status sosial dan ekonomi, kualiti hidup manusia dan

kesejahteraan hidup masyarakat global yang mendatangkan manfaat yang luas ke dunia.

2.1 Konsep Budaya Dialog

3 www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf4 https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_di_Malaysia5 http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban-sebagai.html

5

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

Budaya didefinisikan sebagai 6kemajuan fikiran,akal budi dan cara

berfikir.Ringkasnya,budaya merupakan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat

resam,sikap dan nilai.Dialog pula merupakan sebuah komunikasi dua hala antara individu

yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang

tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang

satu lagi. Dialog adalah istilah yang digunakan zaman sekarang sebagai satu pertemuan dan

perbincangan antara individu-individu atau kumpulan yang berlainan agama dan ideologi.

Tujuan utama dalam dialog ialah untuk saling mempelajari di antara peserta dialog sehingga

setiap peserta boleh mengubah pandangannya keatas suatu pemahaman yang lebih baik dan

dapat meningkatkan pengalamannya.Berdasarkan definisi budaya dan dialog,saya simpulkan

di sini bahawa budaya dialog adalah satu bentuk komunikasi yang menjurus ke arah

kebaikan yang perlu dijadikan amalan di semua peringkat lapisan masyarakat.

Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age

of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran

pemikiran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh

perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks

masyarakat majmuk, budaya dialog antara kaum / etnik / budaya / peradaban amat perlu

disuburkan untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci

kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti

negara.Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik

perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa

yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik Kampung Medan' mengingatkan kita bahawa

mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Di

dalam konteks ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi

perhatian.

2.2 Kekuatan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban

2.2.1 Cungkil Khazanah Tamadun

Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan

tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah

6 Kamus Dewan 2005

6

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula

khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses

tersebut.

2.2.2 Memupuk Kerjasama Antara Kaum

Dialog boleh dijadikan sebagai alat perhubungan semua kaum di Malaysia.Apabila

dikumpulkan dalam satu tempat untuk mengikuti dialog antara kaum,kesepakatan akan

berjaya dicapai dan ini menggalakkan kerjasama antara kaum.Kejayaan pelaksanaan sesuatu

bentuk dialog mencerminkan kesepakatan ahli yang menyertai dialog tersebut.

2.2.3 Memecahkan Tembok Pemisah Antara Etnik

Kepelbagaian etnik di Malaysia mencipta jurang etnik yang sangat besar.Namun

demikian,usaha kerajaan menyatupadukan kesemua etnik ini dalam satu dialog akan berjaya

memecahkan tembok pemisah di antara etnik apabila setiap wakil etnik yang menyertai sesi

dialog diberi kebebasan bersuara.Kebebasan dialog dalam ruang dialog dapat mengungkai

segala permasalahan yang dihadapi oleh setiap kaum.Dengan persetujuan yang diperolehi

dalam sesi dialog,maka tembok yang menjadi pemisah antara kaum akan musnah.

2.2.4 Memanfaatkan Warisan Tamadun

Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang

apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta

sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog,

boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia

mempunyai persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan

kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya.

2.3 Kelemahan Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban

2.3.1 Sikap Fanatik Dan Obses Pada Kaum

Peristiwa 13 Mei yang berlaku di antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia

adalah bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati antara kaum Melayu, Cina dan India.

Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskan perselisihan faham dan seterusnya

pertumpahan darah. Konflik yang dicetuskan ini telah menggugat kestabilan politik ,ekonomi

dan sosial masyarakat di Malaysia. Pembentukan tamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada

7

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

penerimaan dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan

dialog antara budaya dan komuniti tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Ia telah

memberikan suatu impak yang besar terhadap politik di Malaysia.

2.3.2 Komunikasi Yang Terhad

Kegagalan pelaksanaan sesuatu sesi dialog juga adalah disebabkan batasan komunikasi

yang amat terhad kerana terikat dengan etika berdialog dan tema dialog. Kadangkala sikap

individu dan masyarakat yang masih tertutup dan tiada keterbukaan dalam perbincangan dan

masih berselindung tentang topik yang didialogkan.Situasi ini menghalang peserta dialog

untuk mengutarakan pendapat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.Perasaan tidak puas hati

menyebabkan objektif pelaksanaan dialog tidak tercapai.

2.3.3 Perspektif Ahli Dialog

Sesi dialog biasanya disertai oleh individu yang berpendidikan dan berpangkat dari

pelbagai kaum.Perspektif sebilangan ahli dialog yang menganggap diri lebih baik berbanding

dengan peserta lainnya menjadi kelemahan utama dalam sesi dialog.Situasi ini tidak dapat

dinafikan apalagi untuk dielakkan kerana sikap ini sememangnya fitrah manusia.Sikap tidak

mahu mengalah biasanya menjadikan sesi dialog tegang dan kadangkala menjadi huru

hara.Akhirnya,objektif dialog diadakan tidak tercapai tanpa kesepakatan dari ahli-ahli dialog.

3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN

PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN PERADABAN

Dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dialog untuk

perpaduan beberapa cadangan akan diutarakan berdasarkan pendapat secara peribadi dan

ikhlas sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat majmuk di negara ini.Antara isu

yang sedang hangat diperkatakan adalah seperti isu 7keagamaan dan isu perkauman dalam

politik.Dalam ruangan cadangan ini,saya akan mencadangkan cara untuk meningkatkan

keberkesanan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban.

3.1 Dialog Antara agama

7 Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my

8

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

Paradigma modenisme hari ini telah membangkitkan pelbagai kekacauan dan

pengingkaran terhadap martabat kemanusiaan. Ia dicuba dijawab oleh agama-agama dengan

cara yang berbeza-beza.Dari sinilah kemudian muncul pelbagai tawaran teologi agama seperti

teologi pembebasan, teologi transformatif yang semuanya mengarah pada gagasan

transformasi dengan agama sebagai peneraju utamanya. Gagasan ini terus berkonflik dengan

melibatkan agama-agama besar dunia.Kadang kala permusuhan meledak sehingga menjadi

pertikaian berdarah seperti yang dapat disaksikan dalam beberapa pergolakan tragis di

beberapa buah negara di dunia. Permusuhan antara agama dapat diperhatikan melalui konflik

pembasmian etnik dan wilayah sebagai mana yang berlaku di Timor Timur dalam tahun

(1999), Lampong (1995), Indonesia.Demikian juga isu pembinaan kuil Hindu di atas tapak

Masjid Babri di Ayudya, Uttar Pradesh pada tahun 1992 di India, yang menyebabkan

masyarakat Islam melancarkan tindak balas ke atas penganut Hindu.Malah keganasan

perkauman sudah menjadi punca utama penderitaan umat manusia pada penghujung abad

kedua puluh yang lalu.

Memandangkan perselisihan antara agama semakin memuncak dalam keadaan

masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa

pentingnya dialog antara kaum, agama, budaya atau peradaban diadakan pada masa

kini.Dialog dan persefahaman antara satu sama lain merupakan prasyarat untuk membina

hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai budaya dan peradaban.Penyebab utama

ketegangan ini berakar daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak

masing-masing yang paling benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama

yang paling unggul.Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang

membawa ketegangan dan keupayaan untuk mencipta situasi yang saling memahami dan

menghormati antara agama menjadi lebih sukar. Kadang-kadang kesukaran semakin

bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik, mahupun teologi.

Sehubungan itu,semasa sesi dialog antara agama,perkara-perkara perbezaan yang

boleh menimbulkan perselisihan haruslah dihindari.Setiap pemeluk agama

bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima perbezaan dan

menghormati kemajmukan, disertai ketaatan dan komitmen terhadap agama masing-

masing.Perbezaan pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang

menimbulkan dialog. Tetapi perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan

untuk menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah.Dalam hal

9

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

ini, dialog bertujuan untuk menanggapi situasi tertentu yang menuntut orang untuk memilih

bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan. Melalui

dialog antara agama yang dilaksanakan secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan

masing-masing merupakan langkah yang mampu menyelesaikan banyak masalah.

3.2 Isu Perkauman Dalam Politik

Malaysia masih lagi berada di ambang isu kaum yang saling berentetan. 8Kajian

sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendapati jurang kaum semakin menebal selepas

Pilihan Raya Umum 2008. Pelbagai isu dipolitikkan dan dikaitkan dengan sentimen

perkauman walaupun pada asasnya kehidupan ini bukan semata-mata membabitkan isu ras,

etnik, agama dan cara hidup.Pelaksanaan sesi sesuatu dialog politik seharusnya bebas

daripada isu perkauman untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli

dialog.Perasaan tidak puas hati akan menggagalkan sesi dialog dan tiada sebarang

kesepakatan akan tercapai.Oleh itu,sesi dialog yang melibatkan pelbagai kaum haruslah bebas

daripada isu politik.

3.3 Dialog Pendidikan

Aspek pendidikan merupakan teras pendedahan konsep perpaduan dalam satu

masyarakat yang majmuk.Sehubungan itu,sesi dialog berkaitan dengan penambahan subjek

hubungan etnik dalam kurikulum sekolah rendah perlu diadakan. Fokus perbincangan dialog

adalah menjadikan subjek hubungan etnik sebagai subjek teras terhadap murid sekolah

rendah mahupun menengah sebagai satu motivasi dalam mengeratkan perpaduan antara

kaum sepertimana yang telah dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana

melalui penambahan kurikulum subjek ini akan dapat memupuk semangat perpaduan antara

kaum dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah ‘Melentur

buluh biar dari rebung’. Ini bertepatan dengan penyerapan sejak kecil kepada murid-murid

lebih berkesan berbanding kepada orang dewasa kerana mereka mudah dibentuk dan

mengikut nilai-nilai apa yang ditunjukkan. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri murid dapat

dijadikan satu penunjuk arah dalam bergaul dengan bangsa lain dalam mengeratkan hubungan

antara kaum yang berbagai-bagai bangsa etnik. Subjek ini amat penting kerana dapat

memberikan erti sebenar tentang kepentingan dalam membina hubungan antara berbilang

kaum. Penerapan yang dilakukan akan mewujudkan masyarakat di mana proses menguatkan

tali perpaduan etnik yang terdapat di Malaysia.

8 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukaumseringhalangbentukMalaysiaharmoni/Article

10

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

4.0 KESIMPULAN

Tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas

yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa

sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah

ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka

dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan

sebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang

positif dan dinamika membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan

bermaruah.Oleh yang demikian,bagi mencapai hasrat menjadikan dialog sebagai satu

mekanisme perpaduan yang berkesan, kita memerlukan pendedahan ilmiah seperti sejarah,

sistem kehidupan dan lain-lain untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat

mengenai sifat dan tamadun masing-masing.

Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan

muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud

perbezaan ketara antara kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti

kedudukan etnik masing-masing. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsur-unsur yang

mengikis tradisi, adalah tanggungjawab segenap lapisan masyarakat untuk memberi

kesedaran dan pengesahan tentang betapa idea "kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu

yang positif bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita boleh

membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.

Berdasarkan kekuatan budaya dialog yang dibincangkan,saya yakin dialog seumpama

ini mampu menjayakan kesepakatan dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Setiap

kelemahan yang dikenalpasti dalam budaya dialog pula perlu diberi perhatian dan tindakan

sewajarnya agar kelemahan ini tidak menjadi punca kegagalan setiap usaha perpaduan yang

sedang dilaksanakan.Diharapkan setiap baris cadangan yang dikemukakan dapat membantu

dalam merangka program –program perpaduan kaum di masa akan datang.

2 655 Patah Perkataan

11

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

RUJUKAN

BUKU

1. Abdul Rahman Haji Ismail.( 2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Anuar Ahmad dan Nur Atiqah T.Abdullah.(2008). Demografi Pendidikan di Malaysia. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran Bersama Kumpulan Penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

3. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan. ( 1997 ).Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit UPM

4. A. Aziz Deraman .(2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Faridah Karim et al.(2008). Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi dari Perspektif Etnografi Habitus dan Modal Budaya. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran bersama kumpulan penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

6. Furnivall,J.S.(1948) Collonial Policy and Practices.London: Cambridge University Press

7. Nazaruddin Hj.Mohd Jali,et al(2003).Malaysian Studies:Nationhood and Citizenship.Edisi ke-1 Petaling Jaya:Pearson Prentice Hall.

8. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

9. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

10. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

12

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

LAMAN WEB

1. http://www.statistics.gov.my

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat

3. www.cheme.utm.my/.../Dialog%20Peradaban.pdf

4. https://www.academia.edu/4358199/Dialog_Antara_Agama_Realiti_dan_Prospek_

di_Malaysia

5. http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/isu-isu-semasa-dialog-peradaban.html

6. Mohd Shauki Abd Majid dalam www.utusan.com.my

7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

IsukaumseringhalangbentukMalaysiaharmoni/Article

8. http://kenegaraan.webs.com/humancapital.htm

9. www.scribd.com/.../Sejarah-Kewujudan-Masyarakat

10. zanas.wordpress.com/.../pembentukan-masyarakat

11. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8572-perpaduan-masyarakat- majmuk-melalui-kepimpinan-budaya-teras-dan-peranan-dialog

12. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc ialdevelopment/Report26.htm 16

13. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/

13