fikh tutup aurat

15
APA ITU AURAT? Aurat menurut bahasa : 1. Segala sesuatu yang harus ditutupi; segala sesuatu yang menjadikan malu apabila dilihat. 2. "kernaluan" (al-Sau 'at) (Lisanul Arab) Bahagian badan yg tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam. (Kamus Dewan Edisi Kedua). Aurat termasuk apa sahaja yangdinilai sebagai kurang menyenangkan untuk dilihat atau diketahui orang (Paizah Hj Ismail).

Transcript of fikh tutup aurat

Page 1: fikh tutup aurat

APA ITU AURAT?Aurat menurut bahasa :

1. Segala sesuatu yang harus ditutupi; segala sesuatu yang menjadikan malu apabila dilihat.

2. "kernaluan" (al-Sau 'at) (Lisanul Arab)

Bahagian badan yg tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam. (Kamus Dewan Edisi Kedua).

Aurat termasuk apa sahaja yangdinilai sebagai kurang menyenangkan untuk dilihat atau diketahui orang (Paizah Hj Ismail).

Page 2: fikh tutup aurat

AURAT DAN TUNTUTAN AGAMA ISLAM

Nas Al-Quran

i. Firman Allah dalam Surat Al-A’raf : 26.

Maksud : "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah”

Ulasan :

1. Ayat ini dalil kepada hukum wajib menutup aurat (Imam Al-Qurtubi).

2. Ia bukan khusus bagi sembahyang, tetapi dalarn semua keadaan, sarna ada di dalam atau di luar sembahyang [Ibn al- 'Arabil, dan al-Syaukani, al-Kayaharrasi]

Page 3: fikh tutup aurat

ii. Firman Allah Dalam Surah An-Nnur ayat 31.

Maksud : "Katakanlah kepada wan ita yang beriman. Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wan ita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang au rat wanita. Dan janganlah mereka Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.“

Ulasan :

i. Menjelaskan perbezaan sifat perempuan jahiliah dan perempuan musyrik dengan wanita Islam [Ibn Kathir]

Page 4: fikh tutup aurat

Nash Al-Sunnah

Nabi Bersabda :

"Orang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki dan orang perempuan tidak boleh melihat kepada aurat orang perempuan. “ [Diriwayatkan oleh Muslim, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad Ibn Hanbal]

Ulasan

1. Haram lelaki melihat aurat lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. [Imam Al-Nawawi]

2. Hukum haram lelaki melihat aurat wanita dan haram wanita melihat aurat lelaki sabit melalui ijma iaitu “sebulat suara Umat Islam seluruhnya” [Imam Al-Nawawi]

Page 5: fikh tutup aurat

Aurat Satu Istilah Syariat Islam

i. Aurat dalam Syariat Islam : bahagian tubuh yang perlu ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang. [Syeikh Mamduh Mahmud 'Abd aI-Rahman, Sayyid Sabiq]

ii. Belum dijumpai konsep aurat dalam agama lain,

Page 6: fikh tutup aurat

AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

Aurat Lelaki :

Diantara pusat hingga lutut

Aurat Perempuan :

Seluruh badan melainkan muka, tapak tangan, tapak kaki, pakaian.

Page 7: fikh tutup aurat

Perbincangan Aurat Wanita : Kesemua tubuh badan kecuali muka

dan dua tapak tangan sahaja berdasarkan [al-Qurtubi]

Isu : Bagaimana dengan wanita cantik, perlu tutup muka dan tapak tangan?

Jawapan : Tidak wajib tutup kerana kedua-duanya anggota yang sukar ditutup dan melibat urusan kehidupan harian. Nabi bersabda yang bermaksud: "Wahai Asma', perempuan yang sudah mengalami haid tidak boleh dilihat kecuali ini ". Baginda menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan Baginda”.

Page 8: fikh tutup aurat

TAPAK KAKI AURAT?I. Tapak kaki tidak aurat berdasarkan sebahagian sarjana Islam [Tafsir al-Kasyaf]

II. Boleh dibuka dengan kadar yang patut untuk aktiviti sukar dan wajib ditutup seluruh buku lali.III. Syariat Islam bertujuan menjaga maruah wanita bukan mengonkong wanita. [Wahidudd-in al-Uthmani, Abdul Karim Zaidan]

Isu: Bagaimana dengan tapak kaki wanita jelita?

Jawapan : Jika mampu mencetuskan fitnah, wajib tutup namun secara semula jadi kaki tidak begitu membangkitkan syahwat

Page 9: fikh tutup aurat

MANA YANG HAK:FESYEN ATAU TUTUP AURAT? Fesyen harus dalam Islam. Tutup Aurat suatu tuntutan bertaraf

regulasi [wajib].

Nota :

Fesyen yang merosakkan konsep tutup secara syara’ dianggap fesyen yang batil.

Fesyen yang menunjukkan umat Islam akan lebih maju dan bertamadun dan menepati syara’ patut digalakkan dan diperhebatkan.

Page 10: fikh tutup aurat

HENDAK BERTUDUNG!TAPI TAK SAMPAI SERU DAN TAK NAK BERPURA-PURA (HIPOKRIT)! Diperintah menutup aurat, kerana tidak semua

tudung ada konsep tutup aurat. Enggan menutup aurat adalah satu kesalahan (dosa)

disisi Allah Rabbul Izzah.

Nota: Tak nak bertudung sebab tidak mahu hipokrit dan

belum sampai seru adalah tipu daya yang licik oleh Iblis, syaitan dan muslimah munafik. Jadi janganlah kita diperbodohkan oleh mereka.

Page 11: fikh tutup aurat

PERBAIKI AMALAN BERAURAT KITA BERDASARKAN HUKUM SYARA’

Kesilapan pertama Memakai tudung yang lengkap berdasarkan hukum syara’ tetapi kain yang terlalu singkat.

Kesilapan kedua Tudung tidak menutupi dada. Firman Allah yang bermaksud : “Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya” [An-Nur ayat 31]

Page 12: fikh tutup aurat

Kesilapan ketiga Lengan blaus terlalu pendek

Kesilapan keempat Tidak bersarung kaki hingga terdedah yang melampau di kawasan

buku lali keatas.

Kesilapan kelima Blaus yang singkat.

Kesilapan keenam Pakaian ketat hingga jelas susuk badan.

Kesilapan kelimaSolekan yang jelas dilihat pada bibir dan muka sekalipun bertudung secara syara’

Firman Allah yang bermaksud: Pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang . Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan[Al-A’raf :31]

Page 13: fikh tutup aurat

Kesilapan keenamMemakai tudung tetapi dilemparkan kebelakang

leher hingga terdedah dada.

Kesilapan ketujuh Memakai tudung tetapi telalu nipis hingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Page 14: fikh tutup aurat

PENUTUP Wanita islam digalakkan

menyembunyikan perhiasan dan kecantikan termasuk wajahnya jika mampu terutamanya wanita yang jelita.

Jika rasa belum sampai seru, mahu tunggu bila, tiada jaminan yang kita akan berumur pangjang beberapa minggu lagi.

Jika masih tiada kemampuan untuk berubah, perbanyakkan selawat, istigfar, berkawan dengan orang ikhlas kepada Allah untuk mendapatkan titik perubahan

Page 15: fikh tutup aurat

SEKIAN TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH:MOHD SHAHRAN BIN ABD GHANI

SK SERI BUNUT PARIT RAJA JOHOR

0137122981