final exam 2010

25
OUM BUSINESS SCHOOL SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2014 BBNG 3103 PERNIAGAAN ANTARABANGSA NO. MATRIKULASI : 821005085145001 NO. KAD PENGNEALAN : 821005085145 NO. TELEFON : 0125400982 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PP PERAK

description

fluid power

Transcript of final exam 2010

Page 1: final exam 2010

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2014

BBNG 3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NO. MATRIKULASI : 821005085145001

NO. KAD PENGNEALAN : 821005085145

NO. TELEFON : 0125400982

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP PERAK

Page 2: final exam 2010

BBPW 3203

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 Pengenalan Kepada Perniagaan Antarabangsa 2

1.1 Faktor Yang Menyumbang Kepada Pembangunan

Perniagaan Antarabangsa 2

1.1.1 Perkembangan Pasaran 3

1.1.2 Inovasi Teknologi 3

1.1.3 Perubahan Sosial 3

1.1.4 Perubahan Dalam Dasar Perdagangan Dan

Pelaburan Kerajaan 4

1.2 Jenis Aktiviti Perniagaan Antarabangsa 4

1.2.1 Import Atau Eksport 4

1.2.2 Pelaburan Langsung 5

1.2.3 Francais 5

1.24 Kontrak Pembuatan 5

2.0 Negara-Negara Yang Aktif Terlibat Dalam Perniagaan

Antarabangsa Dengan Malaysia 6

2.1 China 6

2.2 Singapura 7

2.3 Jepun 7

2.4 Amerika Syarikat 8

3.0 Penilaian Prestasi Perniagaan Antarabangsa Malaysia

Bagi Tahun 2005 Hingga 2013 9

3.1 Prestasi Eksport di Malaysia 9

3.2 Prestasi Import di Malaysia 11

4.0 Kesimpulan 13

1

Page 3: final exam 2010

BBPW 3203

1.0 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Menurut School of Marketing and International Business, Victoria University of

Wellington, perniagaan antarabangsa ialah kajian perniagaan dan pengurusan

merentasi sempadan antarabangsa. Ia merangkumi aspek-aspek seperti globalisasi dan

kesan persekitaran global ke atas pertubuhan-pertubuhan, perdagangan dan dasar

perdagangan, pelaburan langsung asing, strategi firma antarabangsa, pakatan strategik

dan eksport, pengurusan antarabangsa dan pengurusan sumber manusia silang budaya

dan antarabangsa. Ekonomi dunia semakin global. Dengan mempelajari perniagaan

antarabangsa akan menyediakan maklumat mengenai iklim ekonomi dan perniagaan

global.

1.1 Faktor Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Perniagaan Antarabangsa

Dunia berubah dengan kepantasan yang luar biasa, didorong oleh banyak pengaruh

termasuk perkembangan pasaran, meneruskan inovasi teknologi, perubahan sosial dan

perubahan dalam dasar perdagangan dan pelaburan kerajaan. Laporan Perdagangan

Dunia 2013 memberi tumpuan kepada bagaimana perdagangan adalah sebab dan akibat

dari perubahan dan melihat ke dalam faktor-faktor yang membentuk masa depan

perdagangan dunia.

1.1.1 Perkembangan Pasaran

1.1.2 Inovasi Teknologi

1.1.3 Perubahan Sosial

1.1.4 Perubahan Dalam Dasar Perdagangan Dan Pelaburan Kerajaan

2

Page 4: final exam 2010

BBPW 3203

1.1.1 Perkembangan Pasaran

Pemasaran antarabangsa secara relatifnya merupakan satu fenomena yang penting pada

abad ke 21. Perlunya pemasar meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa adalah

kerana arus perniagaan antarabangsa telah mengalami perubahan yang hebat kesan

daripada penglobalisasian.  Persaingan yang sengit dan perubahan persekitaran yang

ketara telah menyebabkan banyak syarikat mengejar peluang di negara asing berasaskan

“perancangan pemasaran strategik” untuk mereka bertapak disamping menambahkan

saham pasaran dan meningkatkan keuntungan.

1.1.2 Inovasi Teknologi

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya

saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah

menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari

pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk

kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang

semakin maju ini. Antara kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan iaitu

mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden

seperti internet dan e-dagang dan penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta

peluang pekerjaan yang baru.

1.1.3 Perubahan Sosial

Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat

diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barang niaga dan perkhidmatan yang

dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitiviti tersendiri. Setiap

masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang

tersendiri mengikut bangsa dan agama. Organisasi perniagaan perlu menghormati

perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan

khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo

“halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3

Page 5: final exam 2010

BBPW 3203

1.1.4 Perubahan Dalam Dasar Perdagangan Dan Pelaburan Kerajaan

Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan

undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Misalnya,

untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia

sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap

kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan

kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang

berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada

peniaga tempatan. Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan

menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale)

bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguna akhir.

Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan

oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

1.2 Jenis Aktiviti Perniagaan Antarabangsa

Terdapat beberapa jenis perniagaan yang dijalankan pada peringkat antarabangsa iaitu,

import atau eksport, pelaburan langsung, francais dan kontrak pembuatan.

1.2.1 Import Atau Eksport

Import adalah aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing

di pasaran tempatan. Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran defisit

kerana ia mengakibatkan wang mengalir keluar negara sebagai contoh, Malaysia

membeli kapal terbang perang MIG Soviet Union untuk kegunaan dalam negara. Eksport

pula adalah aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing.

Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran lebihan kerana ia

mengakibatkan wang mengalir masuk ke dalam negara sebagai contoh, Malaysia

menjual minyak kelapa sawit kepada Soviet Union.

4

Page 6: final exam 2010

BBPW 3203

1.2.2 Pelaburan Langsung

Pelaburan  asing ialah di mana firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset

asing untuk mendapatkan pulangan kewangan.  Ia dibahagi kepada pelaburan langsung

dan pelaburan portfolio. Pelaburan langsung adalah di mana  firma asing melakukan

pelaburan dengan memiliki firma tempatan. Pemilikan ini membolehkan firma asing

mempunyai kuasa mengawal firma tempatan. Faktor yang mendorong pelaburan asing

seperti ketiadaan sumber asli di negara sendiri, keinginan untuk meningkatkan daya

saingan kerana penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing dan lain-lain.

Pelaburan portfolio pula adalah dimana firma asing melakukan pelaburan dengan

membeli aset kewangan seperti bon, saham dan sebagainya yang diterbit oleh firma

tempatan. Tujuannya adalah untuk mendapat pulangan ke atas dana yang dilaburkan.

1.2.3 Francais

Francais adalah pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk

menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap

dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk. Francaisor

akan menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan

teknik pemasaran kepada francaisi. Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor

dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor untuk

memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu.

1.24 Kontrak Pembuatan

Kontrak pembuatan adalah aktiviti memproses dan mengeluarkan barang keperluan

pengguna secara besar-besaran di kilang. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara

membuka kilang secara sendiri di luar negara atau melalui cara usaha sama. Sebagai

contoh, syarikat Intel menubuhkan kilang di Malaysia dan menggunakan sumber

pengeluaran dan kemudahan di Malaysia yang murah untuk mengeluarkan alat elektronik

dan dieksport semula.

5

Page 7: final exam 2010

BBPW 3203

2.0 NEGARA-NEGARA YANG AKTIF TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN

ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA

Asia Tenggara, khususnya Malaysia, telah menjadi hab perdagangan selama berabad-

abad. Sejak awal sejarah, Melaka telah berkhidmat sebagai pusat perdagangan serantau

untuk pedagang Cina, India, Arab dan Melayu bagi perdagangan barangan berharga. Hari

ini, Malaysia berkongsi hubungan perdagangan yang sihat dengan beberapa negara,

khususnya Amerika Syarikat. Negara ini yang berkaitan dengan organisasi perdagangan,

seperti APEC, ASEAN dan WTO. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yang

ditubuhkan untuk promosi perdagangan di kalangan negara-negara ASEAN juga

mempunyai Malaysia sebagai anggota pengasas. Malaysia juga telah menandatangani

Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara termasuk Jepun, Pakistan, China

dan New Zealand. Empat negara yang aktif di dalam menjalankan perniagaan dengan

malaysia adalah negara China, Singapura, Jepun dan Amerika syarikat.

2.1 China

Seperti negara-negara lain yang berminat untuk mendapatkan perdagangan dua hala ke

tahap yang lebih tinggi dengan kuasa besar ekonomi Asia itu, Malaysia mempunyai

kelebihan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang. Ini kerana, kelebihan faktor

kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Bangsa cina di Malaysia juga mempunyai bahasa

dan budaya yang sama dengan rakyat negara China. Ini akan memudahkan urusan

perniagaan kerana perniagaan antara kedua-dua negara dan kerana itu Kuala Lumpur

tidak melepaskan peluang bekerja keras bagi memupuk hubungan ekonomi dengan China

sejak menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu 40 tahun yang lalu. Selepas empat

dekad, hubungan ekonomi Malaysia-China berkembang dan dijangka berkembang

dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kedua-dua negara kekal

komited untuk mengambil hubungan ke tahap yang lebih tinggi. Hubungan perdagangan

antara Malaysia dengan China dicatatkan sejumlah RM 203 bilion. Antara barangan yang

dieksport ke negara itu adalah barangan pembuatan, minyak sawit, kayu balak, dan kayu

gergaji manakala barangan yang dimport pula adalah seperti alat ganti pejabat, perkakas

elektrik, dan sayuran.

6

Page 8: final exam 2010

BBPW 3203

2.2 Singapura

Hubungan antara Malaysia dan Singapura telah rumit sejak pertengahan 1960-an iaitu

ketika Singapura dikeluarkan dari Malaysia hanya selepas dua tahun kemerdekaan

dicapai daripada United Kingdom. Penciptaan ASEAN pada tahun 1967, bagaimanapun,

meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara dan kerja sama telah meningkat dengan

ketara dalam dekad yang lalu. Masih terdapat persaingan semula jadi antara Malaysia dan

Singapura tetapi mereka telah belajar untuk bekerja bersama-sama untuk ekonomi,

politik, dan sebab-sebab keselamatan.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Singapura telah meningkat beberapa dekad kebelakangan

ini. Singapura memerlukan sumber dari Malaysia manakala Malaysia perlu menjual

sumber bagi mendapatkan kewangan. Ini disebabkan pengaruh geografi yang

mempengaruhi keputusan syarikat dari singapura untuk melabur di negara Malaysia.

Singapura banyak melabur di Malaysia bagi mendapatkan sumber asli seperti getah dan

kelapa sawit. Oleh itu, syarikat dari Singapura membuka kilang dan ladang di Malaysia

seterusnya mengeksport barangan tersebut ke negara mereka.

2.3 Jepun

Hubungan di antara Malaysia-Jepun bermula pada 24 November 1957 apabila Perdana

Menteri Jepun yang pertama iaitu Kishi Nobusuke melakukan lawatannya ke Malaysia.

Lawatan balasan Tunku Abdul Rahman secara rasmi ke Jepun pada 21 hingga 26 Mei

1958 telah mengikat Perjanjian Perdagangan Jepun-Persekutuan Tanah Melayu yang

ditandatangani pada 10 Mei 1960 yang merupakan perjanjian ekonomi pertama di antara

kedua-dua negara. Pada era Tun Dr. Mahathir pula, beliau telah memperkenalkan Dasar

Pandang Ke Timur pada lewat tahun 1981 bertujuan mempelajari dan mencontohi Jepun.

Hinggalah kini, di zaman Najib Tun Razak, hubungan Malaysia-Jepun terus terjalin dan

dasar-dasar yang telah sedia ada masih diteruskan.

7

Page 9: final exam 2010

BBPW 3203

Pada tahun 2013, Jepun menduduki tangga ketiga di dalam rakan perdagangan utama

Malaysia. Faktor yang mempengaruhi Jepun untuk melabur di Malaysia adalah pengaruh

geografi. Malaysia adalah negara Asean yang jauh dari lingkaran gunung berapi. Oleh

itu, pelabur tidak perlu mengambil kira risiko gempa bumi dan bencana alam lain. Selain

itu, kedudukan Malaysia yang strategik dimana ia berada di tengah-tengah laluan timur

ke barat. Ini dapat mengurangkan kos pengangkutan syarikat dari negara jepun bagi

menghantar barangan yang sudah siap ataupun mengambil barangan mentah.

2.4 Amerika Syarikat

Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari

Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan

pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Dalam tahun 1970-an,

syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale,

Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan

elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke kilang-

kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun. Pelabur Amerika terkini termasuk

Hershey, Kellogg, Bose dan Darden.

Dasar perundangan yang mesra perniagaan dan politik yang stabil menjadi faktor yang

mempengaruhi pelabur dari Amerika Syarikat untuk melabur di Malaysia. Jika

dibandingkan dengan negara-negara lain di Asean seperti Indonesia dan Filipina, suasana

politik di Malaysia lebih stabil. Pada masa kini, dasar pelaburan asing di Malaysia di

tambah baik dengan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini didorong keberkesanan

dasar transformasi negara serta keupayaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan ekonomi

yang baik walaupun dalam persekitaran ekonomi global yang tidak memberangsangkan.

8

Page 10: final exam 2010

BBPW 3203

3.0 PENILAIAN PRESTASI PERNIAGAAN ANTARABANGSA MALAYSIA

BAGI TAHUN 2005 HINGGA 2013

Imbangan perdagangan negara adalah perbezaan di antara nilai-nilai eksport dan import.

Apabila eksport lebih besar daripada import, negara dikatakan mempunyai baki lebihan

dagangan. Sebaliknya, jika import lebih besar daripada eksport, negara itu dikatakan

mempunyai baki defisit perdagangan. Eksport dan import yang mencari dalam imbangan

perdagangan konsep timbul dalam konteks perdagangan dengan negara-negara lain.

3.1 Prestasi Eksport di Malaysia

Eksport adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di Malaysia dan dijual

kepada negara-negara lain dalam erti kata lain, eksport adalah perbelanjaan ke atas

barangan dan perkhidmatan Malaysia oleh penduduk negara-negara asing. Berikut adalah

jumlah nilai dan graf eksport Malaysia bagi tahun 2005 hingga 2013 :-

Tahun

Jumlah EksportRM Juta

2005 536,2342006 589,2402007 604,3002008 663,0142009 552,5182010 638,8222011 697,8622012 702,6412013 719,815

9

Page 11: final exam 2010

BBPW 3203

Seperti yang dapat dilihat di atas, eksport Malaysia tidak banyak berubah dari tahun 2006

hingga 2007. Peningkatan sebanyak 15 bilion dicatatkan pada tahun 2007 berbanding

tahun 2006 iaitu masing-masing sejumlah RM 589 bilion pada tahun 2006 dan RM 604

bilion bagi tahun 2007. Nilai eksport Malaysia terus meningkat sebanyak RM 663 bilion

pada tahun 2008 dan mengalami penurunan pada tahun 2009 sebanyak RM 552 bilion.

Peratusan penurunan adalah sebanyak 6.23 peratus berbanding tahun 2006. Penurunan ini

adalah yang terendah sepanjang 8 tahun. Ini mungkin berlaku akibat kemelesatan

ekonomi dunia pada tahun 2009. Nilai eksport malaysia mula meningkat mulai tahun

2010 iaitu sebanyak RM 638 bilion dan terus sekata pada tahun 2011 dan 2012 masing-

masing sebanyak RM 697 bilion dan RM 702 bilion. Peningkatan sebanyak 19 peratus

dicatatkan pada tahun 2012 berbanding tahun 2009. Nilai eksport Malaysia akhirnya

meningkat sedikit pada tahun 2013 iaitu pada jumlah RM 719 bilion dan tahun ini

merupakan yang tertinggi sepanjang 8 tahun.

Eksport malaysia dipacu oleh beberapa produk utama negara seperti barangan elektrik

dan elektronik, Minyak Kelapa Sawit & Hasil Keluaran Berasakan Minyak Kelapa Sawit,

Kayu & Hasil Keluaran Kayu, Gas Asli Cecair, Petroleum Mentah, Keluaran Petroleum,

Pakaian & Kelengkapan Pakaian, Getah Asli, Barang & Alat Keluaran Kilang yang Lain

dan Ekport Lain. Barangan elektrik dan elektronik merupakan produk negara yang paling

tinggi nilainya setiap tahun yang dieksport ke luar negara.

10

Page 12: final exam 2010

BBPW 3203

3.2 Prestasi Import di Malaysia

Import adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara-negara lain dan

dibeli oleh Malaysia. Dengan kata lain, import adalah perbelanjaan oleh penduduk di

Malaysia ke atas barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara asing.

Sebuah televisyen Sony dibuat di Jepun dan dibeli oleh seorang Amerika yang tinggal di

Los Angeles adalah contoh dari import Amerika Syarikat

Berikut adalah jumlah nilai dan graf eksport Malaysia bagi tahun 2005 hingga 2013 :-

Tahun RM Juta2005 432,8712006 478,1482007 502,0452008 519,8042009 434,6702010 528,8282011 573,6262012 606,6772013 649,068

11

Page 13: final exam 2010

BBPW 3203

Malaysia mengimport barangan dari luar negara. Barangan yang diimport antaranya

Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan, Barang dan Alat Keluaran Kilang yang Lain,

Bahan Kimia, Makanan, Bahan Api Galian, Pelincir dan lain-lain. Pada tahun 2005

hingga 2013, aktiviti pengimportan negara di dalam kedudukan berubah-ubah. Ini

bergantung kepada permintaan di dalam negara dan harga barangan tersebut.

Pada tahun 2005, import Malaysia dicatatkan pada RM 432 bilion dan meningkat kepada

RM 478 bilion pada tahun 2006. Import Mlaysia terus meningkat dalam dua tahun

berturut-turut pada 2007 dan 2008 masing-masing sejumlah RM 502 bilion dan RM 512

bilion. Bagaimanapun, import Malaysia mengalami penurunan pada tahun 2009 iaitu

sejumlah RM 434 bilion. Ini berlaku disebabkan krisis kewangan global yang melanda

negara pada tahun tersebut. Pada tahun ini juga, import negara adalah pada tahap

terendah sepanjang 9 tahun. Aktiviti pengimportan meningkat pada tahun 2010 sebanyak

RM 528 bilion dan terus memacu peningkatan pada dua tahun berikutnya pada sejumlah

RM 606 bilion dan RM 649 bilion masing-masing pada tahun 2011 dan 2012. Tahun

2013 adalah kemuncak kepada aktiviti import negara. Nilai import pada tahun tersebut

adalah pada RM 649 bilion.

12

Page 14: final exam 2010

BBPW 3203

4.0 RUMUSAN

Malaysia terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan perdagangan

antarabangsa. Perniagaan antarabangsa dibangunkan samada melalui kerajaan ataupun

syarikat-syarikat multi nasional yang digerakkan oleh anak tempatan. Oleh itu terdapat

faktor-faktor yang perlu dikaji oleh syarikat-syarikat multinasional yang melibatkan

perkembangan pasaran,inovasi teknologi, perubahan sosial dan perubahan dalam dasar

perdagangan dan pelaburan kerajaan yang mempengaruhi keuntungan syarikat-syarikat

tersebut. Perkembangan pasaran membuka lebih banyak peluang perniagaan

antarabangsa. Invovasi teknologi pula mempercepatkan hubungan antara negara dan

meningkatkan pengeluaran serta mengurangkan kos. Perubahan sosial juga perlu

dititikberatkan agar pemasaran barangan boleh berjalan dengan lancar selain daripada

mengkaji dasar perdagangan dan pelaburan kerajaan supaya ia boleh disesuaikan dengan

polisi syarikat.

Firma antarabangsa boleh memilih untuk menjalankan perniagaan dalam pelbagai cara.

Antara yang paling biasa termasuk Import Atau Eksport, Pelaburan Langsung, Francais

dan Kontrak Pembuatan. Import adalah aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan

yang dibeli dari negara asing di pasaran tempatan seperti Malaysia membeli kapal

terbang perang MIG Soviet Union untuk kegunaan dalam negara. Eksport  pula

adalah aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing seperti

Malaysia menjual minyak kelapa sawit kepada Soviet Union. Pelaburan  asing ialah di

mana firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset asing untuk mendapatkan

pulangan kewangan. Faktor yang mendorong pelaburan asing seperti ketiadaan sumber

asli di negara sendiri. Francais pula adalah pemberian kebenaran hak daripada francaisor

kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan,

teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan

memasarkan produk. Seterusnya kontrak pembuatan pula adalah aktiviti memproses dan

mengeluarkan barang keperluan pengguna secara besar-besaran di kilang. Aktiviti ini

boleh dilakukan dengan cara membuka kilang secara sendiri di luar negara atau melalui

cara usahasama.

13

Page 15: final exam 2010

BBPW 3203

Negara-negara seperti China, Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat adalah antara

negara yang aktif di dalam menjalankan perniagaan antarabangsa dengan Malaysia.

Perniagaan seperti pelaburan langsung, franchais dan sebagainya adalah antara

perniagaan yang dijalankan. Kelebihan faktor kebudayaan yang terdapat di Malaysia

menjadi faktor penyumbang kepada kerjasama perniagaan yang erat antara Malaysia

dengan China. Bangsa cina di Malaysia juga mempunyai bahasa dan budaya yang sama

dengan rakyat negara China menyebabkan urusan perniagaan menjadi mudah antara

kedua-dua negara. Hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China dicatatkan

sejumlah RM 203 bilion. Antara barangan yang dieksport ke negara itu adalah barangan

pembuatan, minyak sawit, kayu balak, dan kayu gergaji manakala barangan yang dimport

pula adalah seperti alat ganti pejabat, perkakas elektrik, dan sayuran.

Singapura juga antara rakan perdagangan yang besar dengan malaysia. Pengaruh geografi

mempengaruhi keputusan syarikat dari singapura untuk melabur di negara Malaysia.

Singapura banyak melabur di Malaysia bagi mendapatkan sumber asli seperti getah dan

kelapa sawit. Oleh itu, syarikat dari Singapura membuka kilang dan ladang di Malaysia

seterusnya mengeksport barangan tersebut ke negara mereka. Selain itu, hugungan

perniagaan antara Malaysia-Jepun tidak kurang hebatnya. Pada tahun 2013, Jepun

menduduki tangga ketiga di dalam rakan perdagangan utama Malaysia. pengaruh

geografi adalah faktor yang mempengaruhi Jepun untuk melabur di Malaysia. Kedudukan

Malaysia yang jauh dari lingkaran gunung berapi dan kedudukan Malaysia yang strategik

dimana ia berada di tengah-tengah laluan timur ke barat menyebabkan pelabur jepun

berminat untuk melabur di Malaysia. Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di

Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam

sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat

tempatan.. Pada masa kini,dasar pelaburan asing di Malaysia di tambah baik dengan

keyakinan pelabur asing terhadap negara ini didorong keberkesanan dasar transformasi

negara serta keupayaan

14

Page 16: final exam 2010

BBPW 3203

Malaysia aktif dalam aktiviti import dan eksport. Antara sebab malaysia melakukan

aktiviti ini adalah bagi menjual lebihan pengeluaran dan mempelbagaikan produk di

Malaysia. Prestasi import dan eksport negara dilihat berubah-ubah sepanjang tahun 2005

hingga 2013. Pada tahun 2006, jumlah eksport Malaysia dicatatkan pada RM 589 bilion

dan meningkat sedikit sebanyak RM 604 bilion. Pada tahun 2008 pula, eksport negara

terus meningkat pada RM 663 bilion dan mengalami penurunan sebanyak 552 bilion pada

tahun 2009. Nilai eksport malaysia mula meningkat mulai tahun 2010 iaitu sebanyak RM

638 bilion dan terus sekata pada tahun 2011 dan 2012 masing-masing sebanyak RM 697

bilion dan RM 702 bilion. Nilai eksport Malaysia akhirnya meningkat pada tahun 2013

iaitu pada jumlah RM 719 bilion. Komuditi yang dieksport oleh malaysia terdiri daripada

beberapa produk utama negara seperti barangan elektrik dan elektronik, Minyak Kelapa

Sawit & Hasil Keluaran Berasakan Minyak Kelapa Sawit, Kayu & Hasil Keluaran Kayu,

Gas Asli Cecair, Petroleum Mentah, Keluaran Petroleum, Pakaian & Kelengkapan

Pakaian, Getah Asli, Barang & Alat Keluaran Kilang yang Lain dan Ekport Lain.

Pada tahun 2005, import Malaysia dicatatkan pada RM 432 bilion dan meningkat kepada

RM 478 bilion pada tahun 2006. Import Malaysia terus meningkat dalam dua tahun

berturut-turut pada 2007 dan 2008 masing-masing sejumlah RM 502 bilion dan RM 512

bilion. Import Malaysia mengalami penurunan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM 434

bilion. Aktiviti pengimportan meningkat pada tahun 2010 sebanyak RM 528 bilion dan

terus memacu peningkatan pada dua tahun berikutnya pada sejumlah RM 606 bilion dan

RM 649 bilion masing-masing pada tahun 2011 dan 2012. Nilai import pada tahun

tersebut adalah pada RM 649 bilion. Barangan yang diimport antaranya Jentera dan

Kelengkapan Pengangkutan, Barang dan Alat Keluaran Kilang yang Lain, Bahan Kimia,

Makanan, Bahan Api Galian, Pelincir dan lain-lain.

3,128 Patah Perkataan

15

Page 17: final exam 2010

BBPW 3203

RUJUKAN / REFERENSI

Deri C., Nelson J., Hodges A. (n.d). Business and International Development : Oppurtunities, responsibilities and Expectations. A survey of Global Opinion Leaders In Business, Civil Society and The Media. 1-21. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&sqi=2&ved=0CBwQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.hks.harvard.edu%2Fm-rcbg%2FCSRI%2Fpublications%2Freport_5_edelman_survey.pdf&ei=q8ViVP-cFIieugT1nIHYCw&usg=AFQjCNFVvxZwuC5wFUVoQTdqcz_krdYrSQ&bvm=bv.79189006,d.c2E

M. Affendy, Arip Lau Sim Yee, Madono Satoru (2011). An Analysis of Intra-Industry Trade between Japan, Malaysia and China. International Journal of Institution And Economics. vol. 3, 1-30. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CCEQFjAA&url=http%3A%2F%2Fijie.um.edu.my%2FRePEc%2Fumk%2Fjournl%2Fv3i1%2FFulltext1.pdf&ei=JsFiVLXJCdCzuAT5zYKADw&usg=AFQjCNH8S7DS0VWInLMTtjsfKthKBy9JDg&bvm=bv.79189006,d.c2E

Ministry Of International Trade And Industry Malaysia Report : Import and Export. (November 1, 2014) Retrieved from Ministry Of International Trade And Industry Malaysia`s Website : http://www.miti.gov.my/cms/search.jsp?extSearch=import

N. Kamaluddin. (2008). Factors Contributing To The Perfoprmance Of Malaysian International Joint Ventures Abroad.1-24. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CCYQFjAA&url=http%3A%2F%2Feprints.usm.my%2F9048%2F1%2FFACTORS_CONTRIBUTING_TO_THE_PERFOPRMANCE_OF_MALAYSIAN_INTERNATIONAL_JOINT_VENTURES_ABROAD.pdf&ei=ir9iVJ6xH8KjugTD6oHADQ&usg=AFQjCNGWOIMpi6Bce7PAsKyoqGZo_WXKaw

Statistic Department of Malaysia Report : International Investment Position. (November 1, 2014) Retrived from Statistic Department of Malaysia`s Website: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=en

16

Page 18: final exam 2010

BBPW 3203

17