fiqh bab 5

download fiqh bab 5

of 2

Transcript of fiqh bab 5

  • 8/13/2019 fiqh bab 5

    1/2

    Bab 5 : Zi na

    Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuantanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dankedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif(persetubuhan yang meragukan).

    Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itumenyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkanperempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannyadengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkansebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itutidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud,kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati subhah iaitupersetubuhan yang meragukan.

    Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadithyang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syariyyah bahawa orangyang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajibdikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana FirmanAllah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud :

    Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiapseorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh

    perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika

    benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukumansiksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yangberiman. (Surah An- Nur ayat 2)

    ZI N A TE R BAHAGI K E P AD A DU A :

    1. ZINA MUHSAN2. ZINA BUKAN MUHSAN

    ZI N A M U H S A N

    Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal(sudah pernah berkahwin)

    ZI N A BU K AN M U HSAN

    Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal(belum pernah berkahwin).

    Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelakiatau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitutelah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

    Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidakboleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu bolehdituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syaratyang dikehendaki oleh hukum syarak.

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/
  • 8/13/2019 fiqh bab 5

    2/2

    HU K U M AN YAN G D I K E N AK AN K E ATAS OR AN G YAN G ZI N A M U HSAN D AN BU K AN

    MUHSAN

    Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajibdikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yangsederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab IanahAl- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

    Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka

    had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

    Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajibdikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selamasetahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178yang bermaksud :

    Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas

    mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun.

    P E R E M P U AN Y AN G DI R O GO L D AN DI P E R K O SA

    Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukanperzinaan dan telah disabit dengan bukti bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidakmenimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dandiperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakanhukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

    Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabitkesalahannya dengan bukti bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa

    sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hududkeatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke ataslelaki itu hukuman rejam dan sebat.

    Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dandiperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskanperempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allahmengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/