fiqh bab 6

download fiqh bab 6

of 2

Transcript of fiqh bab 6

  • 8/13/2019 fiqh bab 6

    1/2

    Bab 6: Liwat

    Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau duburperempuan walaupun dubur isterinya sendiri.

    Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuhdifaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina.Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehinggamati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatdan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.

    (Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

    MUSAHAQAH (LESBI AN)

    Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan denganperempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga

    mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantarakedua-dua orang perempuan itu.

    Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir,dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendakiuntuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dankesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti bukti sebagaimanayang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.

    MENDATANGI BI NATANG

    Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang

    berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan kejiyang wajib dijatuhkan hukuman takzir.

    BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

    Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak bolehdiistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir.Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukansuaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuanitu wajib juga dikenakan hukuman takzir.

    Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan

    hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

    B U K TI - B U K TI U N TU K M E NS A B I TK A N K E SA L A HAN Z I N A

    Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakanhukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-

    i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana FirmanAllah Taala yang bermaksud:

    Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuankamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka.( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/
  • 8/13/2019 fiqh bab 6

    2/2