FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

5
HAK ALLAH HAK MANUSIA HAK BERSEKUTU Hak yang menjadi milik Allah swt Ada 2 Jenis: - Menentukan Ibadah. (sembahyang, puasa, ) - Mencegah jenayah. Menentukan hukuman / menentukan hukum hudud Hak yang menjadi milik manusia: Khusus : Menjaga harta. Menetapkan harga Umum: jaga keamanan, mencegah jenayah •(i) Jenis: - boleh digugurkan dan tidak boleh digugurkan; (Menuntut hutang/ hak wali) - Diwarisi dan tidak diwarisi (hak/manfaat) (hutang/ hak cipta/ berkumpul hak Allah dan hak manusia. - Hak Allah melebihi: iddah, - Hak manusia melebihi: qisas, diat 4) Terangkan yang berikut: a) Jenis- jenis hak

description

FIQH MUAMALAH

Transcript of FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

Page 1: FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

HAK ALLAH HAK MANUSIA HAK BERSEKUTU

Hak yang menjadi milik Allah swt

Ada 2 Jenis: - Menentukan Ibadah. (sembahyang, puasa, ) - Mencegah jenayah. Menentukan hukuman / menentukan hukum hudud

Hak yang menjadi milik manusia:

Khusus : Menjaga harta. Menetapkan harga Umum: jaga keamanan, mencegah jenayah

•(i) Jenis: - boleh digugurkan dan tidak boleh digugurkan;(Menuntut hutang/ hak wali) - Diwarisi dan tidak diwarisi (hak/manfaat)(hutang/ hak cipta/ sewa/ khiyar/ bersyarikat)

berkumpul hak Allah dan hak manusia.

- Hak Allah melebihi: iddah,

- Hak manusia melebihi: qisas, diat

4) Terangkan yang berikut:a) Jenis- jenis hak

Page 2: FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

Taasuf adalah berkaitan dengan hak. Kebebasan menggunakan hak, selain dibatasi dengan tidak bertentangan syariat islam juga dibatasi dengan ‘tidak melanggar hak atau merugikan kepentingan orang lain’ Prinsip perlindungan hak dalam islam berlaku pada dan untuk semua orang. Sehinggakan perlindungan kebebasan dalam menggunakan hak peribadi harus seimbang dengan perlindungan hak orang lain terutama hak masyarakat umum.( Zuhaili, 1989 IV, hal 25-29)

Ta’asuf fi isti’malil haqq

b) Taasuf

c) Tadahul

Terhimpun dijadikan satu / tergabung dalam hukuman.

Contohnya:

1) Kes 1: Minum arak kali pertama dan kali kedua terepas daripada hukuman. Kali ketiga minum arak, tertangkap, hukumannya hanya sekali sahaja atas kesalahn yang berkali-kali.

2) Mencuri 10 kali, hukuman potong tangan hanya sekali

Page 3: FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

• Berlaku Ta’asuf fi isti’malil haqq iaitu penggunaan hak yang bertentangan syariat, dan penggunaan hak untuk kemaslahatan peribadinya tetapi mengakibatkan mudarat yang lebih besar terhadap orang lain. Rasulullah bersabda: ‘Janganlah (ada diantara kamu ) melakukan aniaya dan janganlah pula yang teraniaya’( Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Daruquthni)

• Menanam tanaman untuk mendapatkan hasilnya adalah hak bagi manusia namun pokok ganja dan pokok ketum adalah tanaman yang dilarang oleh kerajaan, selain penyalahgunaan, kedua-dua tanaman tersebut diharamkan oleh syarak. Selain itu, hasil tanaman tersebut lebih mendatangkan mudarat daripada manfaat kepada masyarakat umum

• Hasil pendapatan daripada sumber yang terlarang adalah haram disisi Islam dan haruslah diambil tindakan keatas pelaku taasuf fi isti’malil haqq

5. Bahaskan kes berikut dan hubungkaitkan dengan konsep hak. Adakah pelaku berhak: a) Seorang petani menanam pokok ganja dan pokok ketum diladang miliknya walaupun dilarang oleh kerajaan. Jika ia tetap menanamnya dan menjualnya, bagaimana hasil pendapatannya.

Page 4: FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

Jika pegawai yang memintanya: Pemohon layak @ tidak layak dianggap sebagai rasuah.

i) Beri untuk dapatkan haknya. ( dizalimi oleh pegawai yang meminta)

Pemohon mempunyai kelayakan untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan Kerajaan. Namun hak untuk mendapatkan rumah tersebut tidak akan diperoleh kecuali selepas memberi imbuhan atau rasuah contohnya membayar sejumlah wang kepada pegawai kerajaan terlibat. Sehubungan itu sekiranya hak untuk mendapatkan rumah itu boleh menjejaskan dengan teruk hidupnya, maka ketika itu dihukumkan dengan hukuman darurat sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Diharuskan untuk memberi imbuhan tersebut kepada Pegawai Kerajaan tersebut dengan maksud memelihara diri dari kemudaratan. Walaubagaimanapun perbuatan memberi dan menerima imbuhan dalam konteks undang-undang Negara memberi impak negatif kepada pemberi penerima dan Negara.Justeru adalah lebih baik tidak memberi imbuhan daripada menerima bencana akibat perbuatan tersebut.

Kaitan dengan hak

Bagi pegawai kerajaan itu, beliau tidak berhak meminta imbuhan kerana perbuatan itu menyalahi syarak dan bertentangan dengan hukum hak sebagaimana pendapat Mustafa Al- Zarqa yang dipelopori oleh pandangan Wahbah Al-Zuhayli iaitu hak adalah bidang kuasa yang diakui syarak yang mempunyai kekuasaan dan tanggungjawab.

ii) Menerima imbuhan daripada/ oleh pemohon yang tidak layak

  Pemberian imbuhan atau rasuah termasuk dalam taasuf iaitu menyalahgunakan hak atau penggunaan hak yang bertentangan dengan syarak. Hukum memberi dan menerima imbuhan daripada pemohon yang tidak layak adalah haram. Pengharamannya jelas berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadith:

Al-Quran: al baqarah :188, Hadis: Ertinya:Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan ( pemerintah, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain). (HR At- Tarmizi)

b) Pegawai kerajaan meminta “imbuhan” dari pemohon untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan kerajaan bagi meluluskan pemohonannya.

Page 5: FIQH: HAK MANUSIA HAK ALLAH HAK BERSEKUTU

Secara umum, aurat bagi lelaki adalah daripada paras pusat sehingga lutut, manakala aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

Menurut mazhab hanafi dan hanbali berpadapat tentang aurat ketika bersendirian:

‘Sebagaimana dilarang seorang mukalaf mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka seperti qadha’ hajat atau mandi. hukumnya adalah harus.

Sementara ulama mazhab Maliki dan Shafi’e berpendapat:

‘ ketika seseorang itu sendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika darurat adalah diharuskan’

 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: ‘Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian ‘( HR Muslim)

Mengadakan sukan telanjang di khalayak ramai telah jelas melanggar hak Allah dan melanggar syara’. Jika didapati bersalah hakim boleh menjatuhkan hukuman ke atasnya. Sebagaimana contohnya seseorang yang ditangkap kerana tidak berpuasa ataupun berkhalwat. Jika tidak, Allah akan menyeksanya di dunia dengan dengan ujian dan keperitan disamping akan diseksa di akhirat kelak.

Namun jika mengikut hak dan kebebasan manusia, perbuatan tersebut tidak melanggar hak asasi manusia, dan dianggap tidak bersalah.

 

c) Sekumpulan remaja melakukan / mengadakan acara sukan telanjang atas alasan hak dan kebebasan individu