Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

58
ISI KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 3 PENGENALAN 4 JENAYAH PENGERTIAN JENAYAH 5 PENGERTIAN MENGIKUT BAHASA 5 PENGERTIAN MENGIKUT ISTILAH 5 HUDUD PENGERTIAN HUDUD 6 JENIS JENAYAH HUDUD 7 ZINA 8 QAZAF 12 MINUM ARAK 14 MENCURI 17 1

Transcript of Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Page 1: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 3

PENGENALAN 4

JENAYAH

PENGERTIAN JENAYAH 5

PENGERTIAN MENGIKUT BAHASA 5

PENGERTIAN MENGIKUT ISTILAH 5

HUDUD

PENGERTIAN HUDUD 6

JENIS JENAYAH HUDUD 7

ZINA 8

QAZAF 12

MINUM ARAK 14

MENCURI 17

ROMPAK DAN SAMUN 20

MEMBERONTAK 21

MURTAD 22

QISAS

PENGERTIAN QISAS 23

SYARAT WAJIB QISAS 23

SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN 23

SYARAT TERHADAP MANGSA 24

HALANGAN PELAKSANAAN QISAS 24

BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS 25

JENIS-JENIS QISAS 25

SYARAT-SYARAT QISAS 31

PENGGUGURAN QISAS 31

PELAKSANAAN HUKUMAN 31

1

Page 2: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

DIYAT

PENGERTIAN DIYAT 32

PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA 33

DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA 33

DIYAT PEMBUNUHAN TIDAK SENGAJA DAN SEPARUH

SENGAJA 34

KADAR DIYAT 34

DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN 35

TA’ZIR

PENGERTIAN TA’ZIR 36

TA’ZIR SEBAGAI HAK 36

PENETAPAN HUKUMAN TA’ZIR 36

BAHAGIAN TA’ZIR 37

JENIS-JENIS HUKUMAN TA’ZIR 38

TUJUAN PELAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR 39

PERBEZAAN HUKUMAN HUDUD, QISAS DAN TA’ZIR 40

KESIMPULAN 42

BIBLIOGRAFI 43

2

Page 3: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

1.0.PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,

selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan

utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang

mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T

diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya

yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

menyiapkan kerja kursus, Fiqh Jenayah dalam tajuk Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir tanpa

sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis

gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi

iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau

yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung

dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat

menyiapkan dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang

sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan

seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam

melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk

berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.

Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini

dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi

insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis

termampu.

3

Page 4: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

2.0.PENGENALAN

Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan diatas apa yang mereka lakukan sama ada

perbuatan itu baik mahupun buruk, kecil ataupun besar. Sebagaiman firman Allah SWT

dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang berbunyi ;

7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat

amalnya)!

8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat

amalnya)!

Konsep utama penciptaan dan perutusan manusia kea lam dunia ini ialah untuk mengabdikan

diri kepada Allah SWT dan memakmurkannya. Justeru itulah Islam menyuruh umatnya

melakukan amalan kebajikan dan kebaikan di dunia ini. Sesiapa yang melakukan maksiat dan

kejahatan akan dijanjikan dengan azab yang pedih di akhirat nanti. Sebagaimana firman

Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat ke 56 yang berbunyi ;

56. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami

akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami

gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan

(ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sudah diketahui umum bahawa undang-undang jenayah Islam adalah yang terbaik, namun

begitu secara keseluruhannya dalam dunia hari ini, undang-undang jenayah Islam hanya

wujud secara teori sahaja dan ia tidak dilaksanakan dalam kehidupan sehari-harian.

4

Page 5: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

3.0.JENAYAH

3.1.PENGERTIAN JENAYAH

3.1.1.JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN BAHASA

Jenayah mengikut pengertian bahasa membawa maksud segala perbuatan dosa dan tercela.

Selain itu ianya juga dikenali daripada perkataan Jarimah berasal daripada perkataan Jarama

yang membawa maksud berusaha kearah melakukan perkara keji dan tidak baik. Ini bererti

Jarimah ialah sesuatu kejahatan yang membawa kepada dosa1. Perkataan ini dipakai dalam

Al-Quran dengan ungkapan pelbagai-bagai seperti Ajramu2,Yajrimannakum3dan Ajramna4.

Untuk memberi maksud ini perkataan Jenayah adalah berasal daripada perkataan Janna

bermaksud melakukan kejahatan dan Jenayah adalah sesuatu kejahatan yang dilakukan.

Perkataan Jarama adalah membawa maksud yang sama dengan Jenayah. Konteks kata yang

lebih jelas membawa maksud Jenayah ialah, satu perbuatan yang tidak sah menurut undang-

undang atau kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

3.1.2.JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN ISTILAH FUQAHA’

Mengikut pengertian istilah, para ulama’ telah memberikan dalam beberapa pengertian,

antaranya ialah ;

Menurut pengertian umum : Jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang di

sisi undang-undang syara’ dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau ta’zir.5

Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh harta

benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua kesalahan yang

1 )Ibrahim Mustafa Ahmad Hasan al-Zayat,Al-Mu’jam al-Wasit,Misr 1961,halaman 1182 )al-Quran,al-An’am,6:1243 )al-Quran,al-Maidah,5:24 )al-Quran,Saba,4:255)Undang-undang Jenayah Islam, Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.Rahman, Jiwamas Printers SDN.BHD., Cetakan Pertama Jun 1989, Halaman 7-10

5

Page 6: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

meliputi perbuatan jahat baik kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah dan hak

manusia.

Jenayah dalam pengertian lain bermaksud seorang mukallaf yang melakukan

perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh dengan

menderhakai syariat Islam dan hukum Allah.

Menurut pendapat Imam Al-Mawardi : Jenayah ialah segala perbuatan yang

diharamkan oleh syara’ dengan hukuman hudud, qisas dan ta’zir.

Menurut istilah jumhur fuqaha’, jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan

oleh syara’ sama ada ia dilakukan terhadap diri manusia, anggota badan serta harta,

serta semua kesalahan yang merangkumi hukuman hudud’, qisas dan ta’zir.6

4.0.HUDUD

4.1.PENGERTIAN HUDUD

Hudud menurut bahasa adalah kata jamak bagi perkataan Had. Menurut pengertian bahasa ia

bermaksud untuk mencengah, atau menyekat di antara dua perkara atau benda dan ia juga

membawa maksud halangan. Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap

perbuatan jahat. Iaitu sesuatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya

telah ditentukan oleh Allah SWT dan syarak. Ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak

Allah SWT dan hak masyarakat awam. Hudud mengikut pengertian yang lain ialah hukuman

yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi SAW

melalui hadith Baginda. Contohnya hukuman rejam terhadap penzina yang muhsan telah

ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah an-Nur

ayat 2 yang berbunyi :7

2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang

dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas

6)Undang-undang Jenayah Islam, Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.Rahman, Jiwamas Printers SDN.BHD., Cetakan Pertama Jun 1989, Halaman 7-107)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 268-267

6

Page 7: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu

beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang

dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.

Hudud mengikut pengertian istilah yang lain ialah balasan keseksaan yang telah ditentukan

kadarnya oleh syarak untuk menjaga hak Allah dan hak manusia umum.8

4.2.JENIS JENAYAH HUDUD

Antara jenis jenayah hudud adalah seperti berikut :

Berzina.

Qazaf.

Minum arak.

Berjudi.

Merompak dan menyamun.

Memberontak.

Murtad.9

4.3.ZINA

4.3.1.PENGERTIAN ZINA

Zina ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah.

Sedang penzina tersebut adalah seorang yang waras, baligh, dengan kemahuan sendiri serta ia

mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah haram. Menurut pendapat Imam al-Kasani,

zina ialah persetubuhan haram pada faraj perempuan yang masih hidup dengan kemahuannya

8)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 268-267.9)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 269-270.

7

Page 8: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

sendiri tanpa hak milik dan tanpa hak milik syubhat dan tanpa akad nikah yang sah serta

dilakukan dalam negara Islam yang melaksanakan syariat Islam. Manakala mengikut Ibnu

Quddamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada farajnya secara haram dan

tanpa syak dan syubhat.

4.3.2.SYARAT HAD ZINA

Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai

syarat berikut :

Cukup umur.

Waras.

Kemahuan sendiri.

Jelas kelelakian dan kewanitaannya.

Masuk kesemua hasyafah dalam faraj.

Persetubuhan yang bukan syubhat.

4.3.3.SABIT ZINA

Sesuatu persetubuhan haram secara umumnya dikira sabit sebagai perbuatan zina dengan tiga

cara iaitu :

Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya.

Pengakuan zina yang cukup syaratnya.

Qarinah.10

4.3.4.HAD ZINA

Tentang had kesalahan zina secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Rejam.

Sebat atau buang daerah.

10)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 270-271.

8

Page 9: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

4.3.5.HUKUMAN REJAM MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK

Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan

perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh secara sah dengan orang lain. Hukuman

tersebut terdapat dalam nash Al-Quran yang telah dimansuhkan bacaan serta tulisannya.

Namun hukuman masih terus dikekalkan di mana ayat tersebut sebelum dinasakhkan dari

segi tulisan dan bacaan adalah sebahagian daripada Surah An-Nur yang maksudnya berbunyi:

Lelaki tua dan perempuan tua apabila keduanya berzina maka rejamlah keduanya sebagai

balasan daripada Allah.

Hukuman rejam tersebut juga terdapat dalam hadith sahih serta Sunnah fi’liyyah Baginda.

Sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Saamit yang

bermaksud :

“Ambillah daripadaku,sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas

dari dosa)hendaklah disebat sebanyak 100 kali dan direjam dengan batu.”

Jumhur ulamak berpendapat demikian juga dengan menambah lagi yang mana sebenar nya

hukuman sebatan 100 kali terhadap penzina yang belum berkahwin adalah sebagai

pengajaran dan bukan untuk mematikan. Oleh itu sekiranya pasangan yang telah berkahwin

itu disebat 100 kali sebelum direjam tidak ada guna terhadap mereka dan pengajaran itu tidak

ada faedahnya sebab mereka akan direjam sehingga mati selepas itu.11

4.3.6.HUKUMAN SEBATAN DAN BUANG DAERAH MENGIKUT PENDAPAT

ULAMAK

Hukuman sebatan dan buang daerah ini adalah hukuman terhadap penzina yang belum

berkahwin. Hukuman sebatan 100 kali telah dijelaskan di dalam Al-Quran pada surah Al-Nur

ayat 2 yang berbunyi :

11)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 274-2278.

9

Page 10: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang

dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas

kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu

beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang

dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.

Manakala hamba pula mestilah dikenakan sebatan separuh daripada sebatan terhadap orang

yang merdeka. Iaitu sebanyak 50 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah dalam surah Al-

Nisa’ ayat 25 yang berbunyi :

12

25. dan sesiapa di antara kamu Yang tidak mempunyai kemampuan Yang cukup untuk

berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik (yang merdeka, Yang terpelihara

kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba

perempuan Yang beriman Yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu;

kamu masing-masing (suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal

sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu berkahwinlah Dengan mereka Dengan izin

walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut Yang patut. mereka (hamba-hamba

perempuan Yang akan dijadikan isteri, hendaklah) Yang sopan bukan perempuan-perempuan

lacur, dan bukan pula Yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. kemudian setelah

mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji

(zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa Yang ditetapkan ke atas

perempuan-perempuan Yang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yang demikian (yang

membolehkan seseorang berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-

12)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 278-279.

10

Page 11: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

orang Yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin

Dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah

Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tentang hukuman buang daerah yang dilaksanakan disamping sebatan sebanyak 100 kali

seperti yang dinyatakan oleh ulama’ dan fuqaha dalam hadith yang mana berlaku

percanggahan antara mereka iaitu :

Imam Hanafi berpendapat bahawa hukuman buang daerah itu tidak wajib. Ia boleh

dilaksanakan jika perlu dan berdasarkan pendapat serta penilaian hakim dan qadi

kerana ia bukan termasuk dalam hukuman hudud, tetapi adalah sebagai ta’zir.

Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafi’i berpendapat bahawa hukuman buang

daerah adalah wajib dan ia hendak dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan

100 kali. Keran bagi mereka hukuman sebatan itu juga termasuk dalam hukum hudud.

Sebatan dan buang daerah adalah bagi penina yang bukan muhsan berdasarkan hadis

riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi yang maksudnya : “Ambillah dariku

sesungguhnya Allah SWT telah menentukan bagi mereka yang dara dan teruna rotan

100 kali dan dibuang daerah selama setahun, sesiapa yang sudah berkahwin dengan

yang sudah berkahwin pula ialah sebatan 100 kali dan direjam.”13

4.4.QAZAF

4.4.1.PENGERTIAN QAZAF

Qazaf dalam bahasa bermaksud melemparkan tuduhan atau lontar. Manakala mengikut

pengertian istilah pula membawa maksud sebagai menuduh seseorang yang suci dan terpuji

baik lelaki mahupun perempuan dengan tuduhan zina. Menurut istilah syarak juga,Qazaf

ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti yang kukuh.

4.4.2.HAD QAZAF

Hukuman asal sebatan sebanyak 80 kali.

Hukuman tambahan iaitu tidak diterima penyaksian mereka.

Sekiranya penuduh tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi maka hendaklah ia

disebat sebanyak 80 kali sebatan. Tetapi bagi hamba hendaklah ia disebat sebanyak

13)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 278-279.

11

Page 12: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

40 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4 yang

berbunyi :

4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang

terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,

maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima

persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang

fasik;

4.4.3.SABIT KESALAHAN QAZAF

Lafaz qazaf.

Orang yang melakukan qazaf.

Orang yang dituduh.14

4.4.3.1.LAFAZ QAZAF

Lafaz jelas dan nyata.

Lafaz sindiran dan kinayah.

4.4.3.1.1.LAFAZ JELAS

Ulama’ sepakat mengatakan bahawa lafaz qazaf yang jelas dan nyata mestilah dikenakan had

qazaf sekiranya tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil dan cukup

syaratnya. Mengatakan secara langsung, jelas dan terang meliputi zina dan menafikan

keturunan.

4.4.3.1.2.LAFAZ SINDIRAN DAN KINAYAH

Lafaz ini berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan ulama’ iaitu :

Imam Abu Hanipah mengatakan bahawa tuduhan selain zina serta tuduhan zina secara

sindiran tidak dikenakan had qazaf tetapi dikenakan ta’zir sahaja.

14)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 280-282.

12

Page 13: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Mengikut pendapat Imam Syafi’i dan Imam Malik ialah seseorang yang membuat

tuduhan zina secara kinayah dan sindiran namun ia memang berniat untuk membuat

tuduhan zina atau terbukti membuat tuduhan zina ia dianggap sama seperti lafaz qazaf

yang jelas dan mestilah dikenakan had qazaf.

4.4.3.2.ORANG YANG MELAKUKAN QAZAF

Waras.

Cukup umur.

4.4.3.3.ORANG YANG DITUDUH

Seseorang yang suci yang mana terpelihara kehormatannya.

Masih hidup.

Berakal.

Cukup umur.

Islam.15

Tidak bisu.

Merdeka.

4.4.4.BALASAN TERHADAP PENUDUH ZINA

Sebatan sebanyak 80 kali.

Penyaksian mereka tidak diterima.

Mereka dianggap golongan yang fasiq.

Mereka golongan yang berdosa besar.16

4.5.MINUM ARAK

4.5.1.PENGERTIAN ARAK

15)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 283-284.16)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 284.

13

Page 14: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Mengikut pengertian yang diberikan oleh jumhur ulama’, arak bermaksud segala bahan yang

memabukkan sebab meminumnya baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum,

nira, tapai, beras atau sebagainya baik memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak,

meminumnya sedikit ataupun banyak. Minum arak mengikut pengertian yang luas ialah

segala minuman yang memabukkan dan menyebabkan kehilangan kewarasan akal baik

sedikit atupun banyak.17

4.5.2.PENGHARAMAN ARAK SECARA BERANSUR-ANSUR

Sebelum kedatangan Islam,masyarakat Arab sangta gemar meminum arak. Hanya sebahagian

kecil daripada mereka yang tidak meminum arak. Bagi individu yang bijak pada zaman

tersebut mencegah diri mereka daripada meminum arak kerana bagi mereka perbuatan

tersebut boleh menghilangkan maruah dan menghilangkan sifat malu dalam diri individu

yang meminum arak. Pada awalnya, Allah tidak menurunkan ayat al-Quran yang menyatakan

pengharaman meminum arak dan bermain judi.18

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang berbunyi :

219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:

"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa

keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah

Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang

berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya

(keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

17)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 285.18)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.

14

Page 15: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Kemudian Allah SWT mengharamkan kepada mereka pada saat mereka hendak mendirikan

sembahyang agar mereka betul-betul sedar apa yang mereka ucapkan dan lakukan ketika

dalam solat. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 43 yang berbunyi ;19

43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang

(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui

akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam

keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu

mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di

antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan,

kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu

bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua

tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Pengharaman yang terakhir adalah pengharaman sekali gus untuk meminum arak tidak kira

didalam sembahyang mahupun diluar sembahyang. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam

surah al-Maidah ayat 90 yang berbunyi :

90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan

berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor

(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.20

4.5.3.SABIT HAD MINUM ARAK

19)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.

20)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.

15

Page 16: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Peminum arak akan disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali

dengan cara berikut :

Pengakuan peminumnya dengan cukup syarat.

Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi perempuan dan dua orang

saksi perempuan.

Bahan yang memabukkan itu adalah dalam bentuk minuman.

Mengambil minuman memabukkan itu sekurang-kurangnya sehingga ia sampai ke

halkum.

Dilakukan secara sukarela. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah

ayat 173 yang berbunyi :21

173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan

darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah

maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya

dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah

ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4.5.4.HIKMAT PENGHARAMAN ARAK

Meminum arak boleh melemahkan akal fikiran.

Menghilangkan kewarasan akal.

Membahayakan kesihatan seperti barah.

Membazir wang.

Dosa besar.

Membahayakan orang lain serta individu yang lain.22

4.6.MENCURI

4.6.1.PENGERTIAN MENCURI21)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 289.

22)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 289.

16

Page 17: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Mencuri mengikut pengertian umum ialah mengambil barang atau benda tanpa kebenaran

pemilik barang tersebut. Mencuri dalam erti kata lain juga bermaksud mengambil barang

orang lain dengan sembunyi atau helah yang dilakukan oleh orang yang cukup umur dan

pilihan sendiri daripada tempat simpanan yang sesuai dan termaklum tidak dengan cara yang

diberikan oleh syarak atau tidak dengan cara syubhat.23

4.6.2.JENAYAH MENCURI DAN HADNYA

Jenyah mencuri adalah satu dosa dan diharamkan dalam Islam. Had bagi seorang pencuri

ialah :

Hukuman potong tangan mengikut ketetapan yang terdapat didalam Al-Quran.

Pulangkan semula harta yang dicuri.

4.6.3.SYARAT SABIT MENCURI DAN POTONG TANGAN

Pencuri mencuri barangan yang bernilai 1/4 dinar atau lebih.

Dalam keadaan lain juga seseorang pencuri akan dipotong tangannya jika mencuri

barang yang lebih daripada 3 dirham atau senilai dengannya.

Barangan yang dicuri disimpan pada tempat yang sesuai.

4.6.4.ANGGOTA YANG DIPOTONG DAN MENCURI BERULANG

1. Pendapat pertama mengikut Imam Syafi’i dan Imam Malik yang mana pencuri secara

terperinci dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :

Pencuri yang mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan

hingga pergelangan tangan.

Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga ke buku lali.

Mencuri kali ketiga dipotong tangan kiri hingga ke pergelangan tangan.

Mencuri kali keempat dipotong kaki kanan hingga ke buku lali.

23)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 290.

17

Page 18: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Mencuri kali kelima sehingga seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan

sehingga ia bertaubat.

2. Menurut pendapat “Ata” hukuman terhadap pencuri secara terperinci ada dua sahaja

iaitu :

Pencuri hanya dipotong tangannya bagi kesalahan kali pertama.

Kesalahan kali kedua dan seterusnya akan dikenakan hukuman ta’zir.24

3. Menurut mazhab Zahiri pula hukuman bagi pencuri secara terperinci dapat

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Mencuri kali pertama dipotong tangan kanan.

Mencuri kali kedua dipotong tangan kiri.

Mencuri kali ketiga dan selanjutnya adalah hukuman ta’zir.

4. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, had terhadap pencuri terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu ;

Hukuman potong tangan kanan bagi kesalahan buat kali pertama.

Hukuman potong kaki kiri buat kesalahan kali kedua.

Kesalahan kali ketiga dan seterusnya ia hendaklah ditahan atau dipenjarakan

sehingga ia bertaubat atau ditahan sehingga mati sekiranya dia enggan

bertaubat.

4.6.5.PULANGKAN SEMULA BARANG YANG DICURI

Berlaku perbezaan pendapat pada jumhur ulama’. Iaitu :

Menurut Imam Syafi’i dan Imam Ahmad pencuri hendaklah memulangkan semula

barang yang telah dicurinya. Walaubagaimanapun mengikut pendapat mereka

hukuman potong tangan hendaklah serentak dilakukan.

Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, hukuman mengembalikan dan hukum

memotong tangan tidak boleh dilakukan secara serentak.

Menurut pendapat Imam Malik pula, pencuri hendaklah memulangkan semula barang

yang telah dicurinya itu kepada pemilik asal barang tersebut tetapi jika barang

24)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 290-293.

18

Page 19: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

tersebut sudah tidak ada lagi,pencuri hendaklah membayar sejumlah ganti rugi kepada

pemilik barang tersebut.25

4.7.ROMPAK DAN SAMUN

4.7.1.PENGERTIAN ROMPAK DAN SAMUN

Rompak dan samun mengikut pengertian istilah umum ialah tindakan menggangu laluan

awam dengan tujuan untuk menakut-nakutkan manusia atau merampas serta mengambil harta

orang dengan paksaan dan kekerasan.

4.7.2.HAD ROMPAK DAN SAMUN

Hukuman bunuh.

Hukuman salib dan bunuh.

Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli secara sekali gus.

Hukuman buang daerah.

4.7.3.BAHAGIAN MEROMPAK DAN MENYAMUN

Mengugut orang atau menggangu orang awam tanpa merampas dan tanpa membunuh

mangsa.

Tindakan merampas harta mangsa sahaja.

Tindakan membunuh mangsa sahaja.

Tindakan membunuh dan merampas harta mangsa.

4.7.4.SYARAT SABIT JENAYAH ROMPAKAN

25)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 293-294.

19

Page 20: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Waras.

Baligh.

Mempunyai senjata.26

4.7.5.SYARAT MANGSA ROMPAKAN

Islam.

Kafir Zimmi.

Tidak ada hubungan diantara perompak dan mangsa.

Harta yang dirompak dan disamun adalah hak milik mangsa secara sah atau

diwakilkan kepadanya untuk menjaganya.27

4.8.MEMBERONTAK

4.8.1.PENGERTIAN MEMBERONTAK

Memberontak mengikut pengertian umum membawa maksud suatu kegiatan menentang atau

cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah disisi syarak sama ada dengan

menggunakan senjata atau merancang serta melancarkan serangan secara zalim. Mengikut

pengertian lain juga memberontak membawa makna sebagai sesuatu tuntutan yang tidak

seharusnya dituntut dengan cara kekerasan dan kezaliman. Dalam maksud lain, memberontak

juga ialah suatu tindakan untuk menggulingkan sesebuah kerajaan dan pemerintah Islam, atau

tindakan enggan menunaikan ketetapan pemerintahan yang dilaksanakan diatas dasar

kebaikan dan segala bentuk undang-undang yang tidak bercanggah dengan syarak serta

pemerintah itu memerintah dengan adil dan pemerintah daripada kalangan orang Islam.

4.8.2.HUKUMAN BAGI PEMBERONTAK

Memerangi dan meminta mereka bertaubat.

Jaminan jiwa dan harta benda yang mereka binasakan.

26)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 294-298.

27)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 298-299.

20

Page 21: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Menghukum pemberontak dengan hukuman yang sepatutnya.28

4.9.MURTAD

4.9.1.PENGERTIAN MURTAD (RIDDAH)

Makna Riddah menurut bahasa ialah kembali daripada sesuatu kepada yang lain. Murtad

mengikut pengertian istilah agama ialah tindakan seseorang yang keluar daripada agama

Islam.

4.9.2.TANDA-TANDA ORANG MURTAD

Seseorang itu dikatakan murtad apabila melalui salah satu daripada tiga bentuk berikut :

Melalui i’tikad. Contohnya seseorang yang ragu-ragu dengan kebenaran Al-Quran.

Melalui kata-kata atau ucapan. Contohnya tindakan seseorang yang mencaci dan

menghina Nabi Muhammad SAW.

Melalui perbuatan. Contohnya seseorang memijak al-Quran dengan tujuan

menghina.29

4.9.3.SYARAT-SYARAT SAH MURTAD

Berakal.

Pilihan sendiri atau sukarela.

4.9.4.HUKUMAN BAGI ORANG YANG MURTAD

Hukuman bunuh.

Hukum harta orang yang murtad dan segala urusannya.

Tidak berlaku perwarisan harta.28)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 299-300.

29)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 300-301.

21

Page 22: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Tidak berhak menjadi wali bagi orang muslim.

Tidak dipersoalkan apa-apa pada jenazahnya.30

5.0.QISAS

5.1.PENGERTIAN QISAS

Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut

pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti

dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Mengikut

kitab Fiqh Perundangan Islam, qisas dari segi bahasa bermaksud perturutan kes. Mengikut

syarak ianya adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya.31

5.2.SYARAT WAJIB QISAS

Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah memenuhi syarat-

syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, penjenayah hanya dikenakan

hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu,syarat wajib qisas terbahagi

kepada dua bahagian iaitu :

Syarat terhadap pembunuhan.

Syarat terhadap mangsa.

5.2.1.SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN

Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Diantaranya

ialah :

Membunuh dengan niat sengaja.

Pembunuhan orang yang waras.

Pembunuhan orang yang baligh.

Membunuh dengan kerelaan sendiri.

Pembunuhan dilakukan secara langsung.

30)Fiqh & Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbani Salamon, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 1997, Halaman 176-183.31)Fiqh Islam, Sulaiman Rasjid, Penerbit Djajamurni Djakarta, Cetakan Ketujuh, Halaman 412.

22

Page 23: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Penjenayah atau pembunuh bukan bapa kepada mangsa.

Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah martabatnya daripada mangsa.32

5.2.2.SYARAT TERHADAP MANGSA

Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah :

Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.

Mangsa bukan milik pembunuh.

Mangsa adalah terpelihara darahnya.

5.3.HALANGAN PELAKSANAAN QISAS

Halangan terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Halangan bentuk umum.

Halangan bentuk khusus.

5.3.1.HALANGAN BENTUK UMUM

Antara halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja

oleh penjenayah ialah seperti berikut :

Belum cukup umur.

Tidak waras.

Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau datuk, nenek atau emak terhadap yang

dibunuh.

Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi martabatnya berbanding mangsa.

5.3.2.HALANGAN BENTUK KHUSUS

Antara halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara

sengaja adalag seperti berikut :

Tidak ada persamaan anggota.

Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cara selamat.33

32)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 305.

33)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan

23

Page 24: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

5.4.BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS

Bahagian Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).

Qisas ghairu nafs (qisas selain pembunuhan).

5.4.1.QISAS PEMBUNUHAN

Qisas pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah menghilangkan nyawa seseorang dengan

syart pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si pembunuh memenuhi syarat untuk

dilaksanakan hukuman qisas.

5.4.2.QISAS SELAIN PEMBUNUHAN

Qisas selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki.

Qisas pada luka dengan pelbagainya.34

5.5.JENIS JENAYAH QISAS

Antara jenis jenayah qisas ialah :

Membunuh.

Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja.

5.5.1.MEMBUNUH

Membunuh secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

Membunuh dengan sengaja.

Membunuh dengan separuh sengaja.

Membunuh dengan tidak sengaja.35

Pertama Mac 1997, Halaman 305-307.

34)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise, Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 433-455.35)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan

24

Page 25: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

5.5.1.1.MEMBUNUH DENGAN SENGAJA

Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala perbuatan

jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan kematian, sama ada ia

bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu boleh

menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan menghilangkan nyawa

manusia dengan sengaja atau kematian seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan

tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta alat

yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.

5.5.1.2.HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA

Membunuh dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah. Lebih-lebih lagi terhadap

orang Islam. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 93 yang berbunyi :

93. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah

neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya

serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar.

Lantaran jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang

membunuh dengan sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan

hukuman qisas dengan bunuh balas.36

Pertama Mac 1997, Halaman 307.

36)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 307-308.

25

Page 26: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 33 yang berbunyi :

33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah

membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim,

maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam

pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia

adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan yang benar-benar membunuh serta

dengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan manusia, hukumannya

mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan daripada ahli waris

mangsa.

5.5.1.3.MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Membunuh dengan separuh sengaja atau syubhul ‘amdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh

seseorang dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan

membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak

dapat membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan

kematian. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan tersebut tidak

membawa kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dinamakan

pembunuhan separuh sengaja.37

5.5.1.4.HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun

diwajibkan terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara beransur-

37)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 308-309.

26

Page 27: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun. Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta

dan dibayar mengikut ketetapan seperti berikut :

30 ekor unta betina selama 3 tahun.

30 unta betina selama 4 tahun.

40 unta bunting.

5.5.1.5.MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA

Ulama’ dan fuqaha’ membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian

tertentu yang lebih terperinci iaitu :

Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.

Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.

Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau akibat kecuaian menyebabkan mangsa

terbunuh.

Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.

5.5.1.6.HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA

Jumhur ulama’ berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak wajib

qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada

pembunuhan separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara

beransur-ansur selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat

92 yang berbunyi :38

92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang

lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan

38)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 309-310.

27

Page 28: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang

hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada

ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia

(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia

sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)

memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan

tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan

mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta

memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat

(mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan

berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat

(membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

5.5.2.MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN

Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang dilakukan

dengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia

berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang

dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan

dikenakan qisas juga.39

Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri dan

kaki kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat

45 yang berbunyi :

45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas

Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan

telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah

dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia

39)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 311-312.

28

Page 29: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah

diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

5.6.JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG

Fuqaha’ telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yang

lebih khusus iaitu :

Memotong mana-mana anggota.

Menghilangkan mana-mana anggota.

Melukakan bahagian muka dan kepala.

Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.

Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.40

5.7.SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG

Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu :

Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.

Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai

dengan senang.41

5.8.SYARAT-SYARAT QISAS

Mukallaf iaitu baligh dan berakal.

Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.

Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak ada kesamaran.

40)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 312-313.

41)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 313.

29

Page 30: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Pembunuh ada kebebasan bertindak.

5.9.PENGGUGURAN QISAS

Kematian penjenayah.

Pengampuanan.

Perdamaian.

Perwarisan qisas.

5.10.PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS

Wali dari orang yang terbunuh baligh dan berakal.

Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.

Qisas hanya berlaku pada si pelaku.42

6.0.DIYAT

6.1.PENGERTIAN DIYAT

Diyat mengikut pengertian istilah umum ialah suatu hukuman sebagai alternatif daripada

hukuman qisas iaitu dalam kes-kes seandainya terdapat sesuatu halangan untuk dilaksanakan

qisas atau juga kerana ada sebab tertentu yang menggugurkan qisas terhadap penjenayah dan

pembunuh. Diyat mengikut pengertian lain juga ialah sejumlah bayaran kepada mangsa atau

waris. Dalam sesetengah keadaan juga diyat dilakukan apabila penjenayah atau pembunuh

diberi kemaafan oleh pihak ahli waris mangsa atau dalam kes pembunuh meninggal dunia

sebelum dilaksanakan hukuman qisas terhadap dirinya. Manakala pembunuhan keatas kafir

Zimmi adalah diwajibkan membayar diyat melalui firman Allah SWT dalam surah an-Nisa

ayat 92 yang berbunyi :

42)Fiqh & Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbari Salamon, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 1997, Halaman 279-301.

30

Page 31: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang

lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan

tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang

hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada

ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia

(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia

sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)

memerdekakan seorang hamba Yang beriman.43

dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada

ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah"

(denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang

beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan

dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang

tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan

(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

6.2.PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA

Pembayaran diyat merupakan suatu pembalasan yang dilaksanakan terhadap pembunuh yang

tidak boleh dilakukan qisas terhadapnya. Dalam kes ini para ulamak berbeza pendapat.

Diantaranya ialah :

Menurut pendapat Imam Syafi’i dan jumhur ulamak, diyat itu diwajibkan terhadap

pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya sama ada dengan kerelaannya

ataupun tanpa kerelaannya.

Menurut Imam Hanafi pula, diyat tidak wajibkan keatas pembunuh kecuali dengan

kerelaan dan kemahuannya.

43)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 315-316.

31

Page 32: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

6.3.DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA

Waris kepada pembunuh atau pembunuh tersebut mestilah membayar diyat yang berat iaitu

sejumlah 100 ekor unta iaitu :

30 ekor unta betina berusia 3 tahun.

30 ekor unta betina berusia 4 tahun.

40 ekor unta yang sedang bunting.44

6.4.DIYAT PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA

1. Menurut pendapat “Qaul Jadid Imam Syafi’i”, pembayaran diyat untuk pembunuhan

separuh sengaja yang telah dilakukan adalah dengan unta sahaja. Iaitu membayar

sebanyak 100 ekor unta yang berat. Diyat wajib dibayar kepada ahli waris mangsa

selama tiga tahun. Tiap-tiap akhir tahun dibayar 1/3 daripadanya sehingga selesai

selama tiga tahun. Diyat yang berat tersebut ialah :

30 ekor unta berusia tiga tahun yang masuk tahun keempat.

30 ekor unta berusia empat tahun yang msuk tahun kelima.

40 ekor unta yang sedang bunting.

2. Manakala kesalahan bagi pembunuhan yang tidak sengaja adalah membayar diyat

dengan 100 ekor unta yang lebih ringan. Iaitu :

20 ekor unta betina berusia satu tahun yang masuk tahun kedua.

20 ekor unta betina berusia dua tahun yang masuk tahun ke tiga.

20 ekor unta betina berusia tiga tahun yang masuk tahun ke empat.

20 ekor unta betina berusia empat tahun yang masuk tahun ke lima.

20 ekor unta jantan berusia dua tahun yang masuk tahun ketiga.

3. Mengikut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, pembayaran diyat boleh dilakukan

dengan emas, perak atau unta. Selain itu jika tidak ada unta ditempat tersebut maka

dibolehkan membayar diyat dengan sejumlah wang yang nilainya sama dengan harga

pasaran unta.45

44)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 316-318.

45)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan

32

Page 33: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

6.5.KADAR DIYAT

1. Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai

ketika dulu. Kadar penuh diyat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para

ulamak berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai

dengannya pada masa kini. Di antaranya ialah :

Wang emas  =  1000 dinar.

Wang perak  =   10,000 -12,000 dirham.

Lembu         =   200 ekor.46

Kambing      =   2000 ekor.

Persalinan    =   200 persalinan lengkap.

2. Diyat perempuan 1/2 daripada diyat lelaki. Sebagaimana Hadis Nabi Muhammad

SAW yang mafhumnya :

“Diyat perempuan adalah separuh diyat lelaki”

3. Diyat hamba adalah 1/2 diyat orang yang merdeka.47

6.6.DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN

100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti, terputusnya lidah, hilang akal,

menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka

diaytnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan 

telinga.

30 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).

30 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).

25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap

satu kelopak mewakili 25 unta.

10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang).

15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan

mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

Pertama Mac 1997, Halaman 319-320.46)http://www.qisaskandungandiyat.com.my47)http://www.qisaskandungandiyat.com.my

33

Page 34: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap

satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan

tulang).48

7.0.TA’ZIR

7.1.PENGERTIAN TA’ZIR

Dari segi bahasa al-Ta’zir bermaksud menolak, mencegah atau menghalang. Ia dinamakan

hukuman ta’zir disebabkan wujudnya hukuman tersebut akan dapat menghalang orang-orang

yang melakukan kesalahan daripada melakukan kesalahan ataupun mengulangi pada masa

akan datang. Mengikut pengertian syarak ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan

kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah SWT dan hak

manusia terhadap terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman qisas, hudud, diyat dan

kifarat.49

7.2.TA’ZIR SEBAGAI HAK

Ta’zir sebagai hak Allah SWT (hak masyarakat).

Ta’zir sebagai hak manusia (hak individu).

Maksud ta’zir hak Allah SWT ialah menyentuh kepentingan umum dan yang dapat mencegah

keburukan daripada masyarakat sebagai satu keseluruhan. Seseorang yang melakukan

kesalahan yang tidak menyentuh kepentingan mana-mana orang secara khusus dan tidak ada

hukuman tertentu yang ditetapkan oleh syarak maka individu tersebut boleh dikenakan

hukuman ta’zir. Manakala yang dimaksudkan dengan ta’zir hak manusia ialah sesuatu yang

menyentuh mashlahat dan kepentingan individu tertentu.50

48)http://www.bayarandiyat.com.my49)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 322.50)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 252-257.

34

Page 35: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

7.3.PENETAPAN HUKUM TA’ZIR

Hukuman yang berkaitan dengan ta’zir tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith, di mana

ia terserah kepada kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan sesuatu kesalahan itu

dengan hukuman demi kepentingan penjenayah dan masyarakat serta Negara. Dalam hal

tersebut juga hukum ta’zir berubah mengikut corak kehidupan.51

Hukuman ta’zir juga tidak terhad. Ianya berbentuk penjara, denda, rampas harta atau buang

negeri. Lantaran itu ia meliputi aspek yang luas seperti berkhalwat, pecah amanah, rasuah,

mengedar dadah, menagih dadah dan sebagainya. Oleh itu, dalam konteks lain, pembunuhan

yang diampunkan oleh waris atau ada sebab tertentu yang tidak boleh dilaksanakan qisas

terhadap pembunuh dengan sengaja, hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir terhadap

pembunuh itu.52

7.4.BAHAGIAN TA’ZIR

Ta’zir atas perbuatan maksiat.

Ta’zir untuk kepentingan umum.

Ta’zir atas kesalahan-kesalahan kecil.

7.4.1.TA’ZIR ATAS PERBUATAN MAKSIAT

Ta’zir dilaksanakan bagi individu yang melakukan maksiat bagi kaffarah diatas dosa yang

dilakukannya. Diantara jenis maksiat yang dikenakan ta’zir mengikut sepakat para fuqaha

ialah :

Maksiat yang mewajibkan hukuman had. Maksiat seperti ini tidak memerlukan

hukuman ta’zir kerana baginya hukuman yang tersendiri iaitu hudud. Walaupun

begitu, tiada pula halangan sekiranya keadaan memerlukan untuk mengenakan

51)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 322.

52)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 322.

35

Page 36: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

hukuman ta’zir atas maksiat jenis ini disamping hukuman-hukuman yang asal bagi

setiap maksiat yang berkenaan.

Maksiat yang hukumnya berbentuk kiffarah. Fuqaha berbeza pendapat mengenai hal

ini dan ada diantara mereka yang mengatakan bahawa hukuman ta’zir tidak

diperlukan atas alasan kaffarah sahaja sudah cukup. Manakala sebahagian lagi

mengatakan boleh juga dikenakan hukuman ta’zir disamping hukuman kiffarah

dilaksanakan.53

Maksiat yang tiada hukuman had dan tiada hukuman kiffarah seperti berkhalwat

antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, memakan bangkai, cubaan mencuri dan

lain-lain lagi. Maksiat jenis ketiga ini akan dikenakan hukuman ta’zir sahaja

disebabkan ketiadaan ketetapan hukuman lain melainkan ta’zir.

7.4.2.TA’ZIR UNTUK KEPENTINGAN UMUM

Hukuman ta’zir untuk kepentingan umum ini boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah

dengan dua syarat iaitu :

Telah melakukan perbuatan yang menyentuh kepentingan atau mashlahah umum.

Hukuman dikenakan untuk kepentingan umum.

Contoh ta’zir untuk kepentingan umum ialah seperti menghukum kanak-kanak yang tidak

mendirikan sembahyang. Begitu juga dengan orang gila boleh dikenakan ta’zir bagi

mengelakkan kemudharatan kepada orang ramai.

7.4.3.TA’ZIR ATAS KESALAHAN-KESALAHAN KECIL

Seperti yang telah dipersetujui oleh para fuqaha bahawa ta,zir hanya dilakukan terhadap

perkara-perkara yang haram dan meninggalkan yang wajib. Ta’zir terhadap kesalahan-

kesalahan kecil ini berlaku percanggahan antara fuqaha kerana ada yang membenarkan dan

ada yang menegah daripada pelaksanaan hukuman ta’zir.

7.5.JENIS-JENIS HUKUMAN TA’ZIR

1. Hukuman mengenai tubuh badan.

Hukuman mati.

53)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 253-254.

36

Page 37: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Hukuman sebat.

2. Hukuman yang menyekat kebebasan.

Hukuman penahanan (penjara).

Hukuman buang daerah atau negeri.54

3. Hukuman berbentuk harta (pembayaran ganti rugi).

4. Hukuman yang lain (kesalahan-kesalahan ringan).

Memberi nasihat.

Memberi peringatan dan amaran.

Pemulauan.

Melucutkan jawatan pesalah.

Mencela.55

7.6.TUJUAN PELAKSANAAN HUKUM TA’ZIR

Penetapan hukum ta’zir adalah termasuk dalam bidang kuasa hakim atau mahkamah iaitu

bagi tujuan mengawal keadaan dan undang-undang supaya ia tidak disalahgunakan dan tidak

ada penyalahgunaan kekuasaannya oleh sesiapa selain hakim. Antara tujuan pelaksanaan

hukum ta’zir ialah :

Untuk menjaga kepentingan masyarakat umum.

Pelaksanaannya adalah melalui pertimbangan yang wajar dan berkesan oleh hakim

atau pemerintah untuk menolong orang yang bersalah juga masyarakat dan

mengambil pelajaran dan menghindarkan perbuatan jahat dan untuk kesejahteraan

manusia sejagat.

Hukuman ta’zir janganlah melebihi hukum hudud.

Ta’zir mestilah dilakukan dengan adil jika pesalah terdiri daripada beberapa orany

yang melakukan kesalahan yang sama.56

54)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 254-267.

55)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 267-269.56)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 322-323.

37

Page 38: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

8.0.PERBEZAAN ANTARA HUDUD, QISAS DAN TA’ZIR

8.1.HUDUD

Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah

SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak

mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman

tersebut.

Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum

dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.

Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud

maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim.

Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia.

Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut

syarak.

Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi

dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup

syaratnya.

8.2.QISAS

Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa

menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris

mangsa sahaja.

Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak

hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa

dan waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh.

Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau

membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh

menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap penjenayah.

38

Page 39: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur,

waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak.57

Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah

melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup

syaratnya.

8.3.TA’ZIR

Hukuman ta’zir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang

mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.

Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir

terhadap penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh

member keringanan terhadap penjenayah.

Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh

mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi.

Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur.

Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman

qisas dan hudud.58

57)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 323-324.

58)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan Pertama Mac 1997, Halaman 324-325.

39

Page 40: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

9.0.KESIMPULAN

Kesimpulannya, perlaksanaan diantara qisas, diyat dan ta’zir haruslah seiringan kerana ianya

adalah pelangkap diantara satu dengan yang lain. Selain daripada itu, pelaksanaan hukuman

qisas, diyat dan ta’zir juga adalah sebagai salah satu alternatif dalam melaksanakan syariat

Islam sekaligus dapat menjadikan agama Islam sebagai agama yang utuh dan kukuh

berbanding agama-agama yang lain. Dalam memastikan perlaksanaan undang-undang Islam

di Malaysia menepati kehendak Islam dan perlaksanaanya itu meninggalkan kesan yang baik,

maka beberapa langkah yang berkesan hendaklah diambil seperti menaikkan maratabat dan

taraf Mahkamah Syariah kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa semua kesalahan

yang berkaitan dengan hukum Islam adalah dilaksanakan dan diadili di Mhkamah Syariah.

Penaik tarafan Mahkamah Syariah akan membolehkan perlaksanaan sesuatu hukuman

berlangsung dengan mudah tanpa berlaku pertikaian dan pembaziran masa. Penaik tarafan

Mahkamah Syariah juga akan menyebabkan hukuman dalam keagamaan mudah untuk

dilakukan. Selain itu dalam usaha melaksanakan hukuman hudud, qisas dan ta’zir ini,

perlulah kepada pendedahan yang lebih awal. Yang mana para penuntut ilmu keagaan

khususnya Agama Islam, didedahkan dan dijelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan

hukuman-hukuman tersebut. Justeru usaha ini akan membolehkan perlaksanaan hukuman

dengan mudah kerana setiap individu muslim sering memahami tujuan dan sebab

perlaksanaan hukuman tersebut. Marcapada kini, undang-undang seperti hudud hanya

dilaksanakan di negeri-negeri yang hanya pada skop terbatas. Maknanya tidak dilaksanakan

dikeseluruhan Negara Islam di dunia ini. Ia kerana undang-undang syariah masih tebal

dipengaruhi oleh undang-undang sivil yang dibawa dan diasaskan oleh Inggeris. Hukuman

adalah lebih kepada hukuman ta’zir sahaja iaitu denda dan rotan. Selain itu, menjelaskan

serta menangkis pandangan masyarakat yang menyatakan hudud adalah hukuman yang zalim

serta memecah belahkan masyarakat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah hukuman yang adil

serta mendidik akhlak dan rohani masyarakat dari melakukan perkara-perkara yang

menyusahkan masyarakat yang lainnya. Sekiranya tidak ada hukuman seperti ini, masyarakat

akan sentiasa berada dalam ketakutan kerana bimbang dirinya akan terancam. Secara

kesimpulan keseluruhannya, hukuman hudud, qisas dan ta’zir mestilah dilaksanakan bagi

40

Page 41: Fiqh Jenayah -Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir-

menjamin kesejahteraan hidup justeru memelihara harta, akhlak, rohani, iman dan

sebagainya.

10.0.BIBLIOGRAFI

1. Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka

Salam SDN.BHD., Prospecta Printers SDN.BHD., Kuala Lumpur 1997, Cetakan

Pertama Mac 1997.

2. Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap Jilid 2, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin

Enterprise, Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008.

3. Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Giga

Wise Network SDN.BHD., Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 2008, Cetakan

Kelima 2008.

4. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbari

Salamon, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur

1997, Cetakan Pertama 1997.

5. Undang-undang Jenayah Islam (Jenayah Qisas), Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.

Rahman, Al-Rahimaniah, Jiwamas Printers SDN.BHD., Badan Dakwah Dan

Kebajikan Islam Malaysia, Cetakan Pertama Jun 1989.

6. Fiqh Islam, Sulaiman Rasjid, Penerbit Djajamurni Djakarta, Jakarta 17 Januari 1954,

Cetakan Ketujuh.

7. Hudud : Ke Arah Pelaksanaan Di Malaysia, Firdawati Binti Abu, Institut Pengajian

Ilmu-Ilmu Islam, Jun 2000.

8. http://www.qisaskandungandiyat.com.my

9. http://www.bayarandiyat.com.my

41