Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

21
GELARAN AL-AMIN DAN PERKAHWINAN KHADIJAH

description

Maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan...

Transcript of Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

Page 1: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

GELARAN AL-AMIN DAN

PERKAHWINAN KHADIJAH

Page 2: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

AHLI KUMPULAN:

MUNIRAH BINTI AB WAHAB D20071029171

NORAINAH BINTI RAHMATULLAHD20071029575

NORIZAN BTE HASSAND20071029606

Page 3: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

GELARAN AL-AMIN

Page 4: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

DISEBALIK GELARAN AL-AMIN,,,

• Sifat jujur dan amanah yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W. telah membolehkan baginda mendapat gelaran Al-Amin.

• Rasulullah S.A.W. juga telah memberikan sumbangan dan tenaga dalam peristiwa pembinaan Kaabah.

• Contoh: Rasulullah S.A.W. telah mengangkut batu-batu dengan tangan Baginda sendiri untuk membina Kaabah.

• Gelaran Al-Amin ini juga telah diperakui oleh Quraisy semasa berlakunya perselisihan mengenai perletakan Hajarul Aswad.

Page 5: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Abu Umayyah bin al-Mughira dari Bani Makhzum memberi cadangan agar masalah yang dihadapi diselesaikan dengan melihat siapakah orang yang pertama memasuki pintu Shafa pada pagi keesokan hari.

• Orang tersebut ialah Muhammad Rasulullah SAW.

• Tatkala mereka melihat Rasulullah SAW adalah orang yang pertama memasuki tempat itu, mereka berseru, "Ini al-Amin, kami dapat menerima keputusannya."

DISEBALIK PERLETAKAN HAJARUL ASWAD,,,

Page 6: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

KEBIJAKSANAAN RASULULLAH SAW

• Rasulullah memanggil wakil setiap kabilah• Wakil-wakil kabilah tersebut dipinta untuk

memegang setiap penjuru kain (Kain tersebut adalah serban Nabi Muhammad SAW)

• Mereka  bersama-sama membawa kain tersebut ke tempat batu itu akan diletakkan.

• Lalu Rasulullah SAW mengeluarkan batu itu dari kain dan meletakkan batu tersebut pada tempatnya. Dengan demikian perselisihan itu berakhir dan bencana dapat dihindarkan.

Page 7: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

HIKMAT PEMBINAAN KAABAHPerselisihan telah berakhir.

Bencana dapat dihindarkan.

Dapat mengelakkan masalah kecurian barang berharga

Page 8: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

FIQH SIRAH

• Sifat-sifat mulia yang terdapat pada Rasulullah S.A.W perlu dijadikan ikutan mukmin masa kini

• Setiap permasalahan, ada jalan penyelesaiannya

• Dalam menjayakan sesuatu yang baik, semua orang perlu bergabung tenaga tanpa mengira bangsa, kaum dan agama

• Peribadi mulia Rasulullah S.A.W tidak dapat ditandingi oleh sesiapa

Page 9: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

PERKAHWINAN DENGAN SAYYIDAH KHADIJAH

Page 10: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

LATAR BELAKANG KHADIJAH BINTI KHUWAILID

• Puteri dari Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay bin Kilab al-Qurasyiyah al-Asadiyah.

• Digelar Ath-Thahirah-yang bersih dan suci.

• Dilahirkan kira-kira 15 tahun sebelum tahun fill (tahun gajah).

• Seorang saudagar yang masyhur dan berharta.

• Merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Page 11: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Sebelum berkahwin dengan Rasulullah S.A.W, Khadijah telah berkahwin dengan Abu Halah bin Zurarah At-Tamimi. Dikurniakan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun

• Beliau juga pernah berkahwin dengan Atiq bin ‘A’id bin Abdullah Al-Makhzum. Dikurniakan dua anak iaitu Abdullah dan Jariah.

Page 12: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

~ Memiliki peribadi mulia~ Seorang yang dermawan~ Sabar, tabah, cekal, penyayang~ Berfikiran kreatif~ Seorang isteri yang solehah, setia dan

jujur

SIFAT-SIFAT PERIBADI:

Page 13: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

- Sokongan dan dorongan - Menyumbangkan semua harta

untuk Islam - Memahami tanggungjawab

suaminya- Memberi keyakinan kepada

Rasulullah SAW

SUMBANGAN :

Page 14: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

PERKAHWINAN KHADIJAH DENGAN RASULULLAH SAW

• Khadijah merupakan seorang peniaga yang terkenal.

• Beliau menawarkan kepada Nabi Muhammad SAW supaya memperdagang hartanya ke negeri Syam.

• Beliau memilih Nabi Muhammad SAW kerana baginda seorang yang terkenal dengan sifat jujur,beramanah,berakhlak mulia.

• Nabi Muhammad SAW dibantu oleh Maisarah

• Dalam perniagaan ini Nabi Muhammad SAW telah membawa keuntungan besar.

Page 15: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Khadijah menjadi lebih kagum dengan sifat amanah dan kejujuran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

• Beliau menawarkan dirinya untuk disunting Nabi Muhammad SAW melalui kawannya Nafisah.

• Lamaran itu diterima oleh Nabi Muhammad SAW.

• Maka Rasulullah S.A.W dan Khadijah mendirikan rumahtangga yang bahagia dan juga tidak kurang rintangannya.

• Khadijah telah menjadi seorang isteri yang solehah dan sentiasa bersama dengan Nabi Muhammad SAW di saat suka mahupun duka.

Page 16: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Ketika berkahwin, Khadijah berusia 40 tahun dan Nabi Muhammad SAW berusia 25 tahun.

• Perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Khadijah telah menghasilkan keturunan hanya enam orang, iaitu: Kasim, Zainab, Rukayyah, Ummu Kalthum, Fatimah, dan Abdullah.

Page 17: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Nabi Muhammad SAW bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun

• (15 tahun sebelum menerima wahyu pertama dan 10 tahun kemudian)

• Khadijah wafat pada usia 65 tahun dan tahun berkenaan dikenali sebagai tahun dukacita.

Page 18: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

FIQH SIRAH• Contoh terbaik ibu mithali dan

seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami

• Kasih sayang dan saling memahami akan menjanjikan keharmonian rumahtangga

• Kepentingan isteri yang matang tidak terikat dengan unsur keduniaan dan materialistik dan tidak menjadi penghalang dalam kerja dakwah Islam

Page 19: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

KESIMPULAN• Nabi Muhammad S.A.W tokoh yang paling disegani dan

menjadi ikutan hingga akhir zaman• Sifat-sifat yang menghiasi Nabi Muhammad S.A.W adalah

cerminan dari Kitabullah Al- Quran• Firman Allah SWT yang bermaksud dalam Surah Al-Ahzab

ayat 21 :

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah SWT

• Nabi Muhammad S.A.W seorang yang jujur,amanah,adil,bijaksana dan berakhlak mulia dan dengan sifat-sifat yang mulia ini baginda mendapat gelaran Al-Amin

Page 20: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

• Sayyidah Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh iman dan pendirian,amat setia,beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik.

• Sayyidah Khadijah meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan RasulNya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.

Page 21: Fiqh sirah : Gelaran Al-Amin dan Perkahwinan Khadijah

Syukron,,,