[FIRST - 13] BH/DALAM NEGERI/PAGES 30/03/16 · Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin...

1
EFARID HAMZAH [email protected] ENCIK Hassan Latiff pernah merokok sehingga 50 batang sehari – tidak kira di mana, rokok adalah ‘teman sejatinya’. Malangnya, gara-gara merokoklah Encik Hassan, 59 tahun, hilang suaranya buat selamanya. Ini kerana rokok, yang menjadi teman sejati sejak zaman rema- janya, adalah punca barah tekak yang dialaminya. Encik Hassan, bekas penolong jurutera, kini perlu menulis di kertas setiap kali ingin berbicara. Menceritakan kisahnya, beliau berkata antara tan- da awal yang dialaminya termasuk batuk tanpa henti sehingga sakit tekak. Telinganya juga terasa sakit. “Dulu saya suka berborak dengan rakan-rakan di kedai kopi, sambil merokok tanpa henti. Ke mana sa- ja pasti ada kotak rokok dalam kocek saya. Pada 2007, saya perasan saya batuk tanpa henti. Tekak dan telinga terasa amat sakit,” jelasnya. Dua tahun kemudian, beliau disahkan menghidap barah tekak setelah kesihatannya semakin buruk ter- masuk sukar bernafas. Apabila diberitahu barah tekaknya sudah berada pada tahap keempat, Encik Hassan dan isterinya, Cik Marlina, 56 tahun, berasa seolah dunia mereka sudah berakhir. Encik Hassan kemudian menjalani pembe- dahan – membuang kotak tekaknya pada tahun itu selepas dijejas teruk oleh serangan sel barah. Kini selain menulis di kertas, Encik Hassan meng- gunakan aplikasi WhatsApp dan e-mel untuk berbi- cara dengan isteri dan rakannya. “Saya reda dengan kejadian ini. Saya rasa ada hik- mahnya. Sebab, kalau dahulu saya gemar habiskan berjam lamanya di kedai kopi dengan berborak sam- bil menghisap rokok, kini saya lebih banyak habis- kan masa di rumah,” jelasnya, yang tinggal di flat sewa jenis ‘L’ di Beach Road. Bagi menampung keperluan keluarga, isterinya bekerja sebagai pembantu gerai dengan gaji $1,000 sebulan, manakala Encik Hassan ada kalanya menawarkan khidmat membaiki perkakas dan keper- luan rumah rakan dan kenalannya. Mereka menerima bantuan kewangan selain ban- tuan Skim Pengayaan Serenity Ain (Asers) dan kaun- seling daripada Persatuan Ain. Asers membolehkan pemohonnya menggunakan sehingga 80 peratus dari- pada dana disediakan bagi meningkatkan kemahiran dan pembangunan peribadi mereka. “Saya bersenam setiap hari sebagai satu cara me- nguatkan otot. Saya tidak boleh terus bersedih, seba- liknya saya perlu kuatkan diri demi masa depan saya dan isteri,” tambahnya sambil memandang wajah is- terinya. SEHINGGA tiga pesakit baru barah tekak tampil mendapatkan ra- watan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) setiap minggu. Bilangan itu merupakan antara 40 pesakit barah yang tampil bagi mendapatkan rawatan setiap ming- gu di hospital tersebut. Antara 2012 dengan tahun lalu, bilangan pesakit barah larinks, atau kotak tekak (larynx), mencecah 85 orang. Selain daripada itu, ada juga 67 pesakit barah oropharynx atau ba- hagian tengah tekak, dan 35 pesakit barah hypopharynx atau bahagian bawah tekak, dalam tempoh yang sama. Mendedahkan itu kepada Gah!, Konsultan Jabatan Pakar Penyakit Telinga Hidung dan Tekak (Otorhi- nolaryngology) TTSH, Dr Lim Ming Yann, berkata kebanyakan pesakit barah tekak adalah perokok yang mengamalkan tabiat merokok sejak bertahun lamanya. “Sesetengah pesakit ini juga meminum minuman keras secara berlebihan. Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin menja- di penyumbang kepada barah mulut dan tekak. “Tetapi sejak kebelakangan ini, kami juga ditemukan dengan pesa- kit barah tekak yang berpunca dari- pada virus papiloma manusia, yang ada kaitan dengan amalan mempu- nyai berbilang pasangan seksual se- lain mengamalkan seks oral dengan pasangan mereka itu,” katanya se- masa ditemui di kliniknya baru-ba- ru ini. Antara simptom barah tekak ter- masuk tekak berasa perit, dengan ra- sa sakit bertambah buruk, darah dalam kahak, sakit telinga, bunyi kuat semasa bernafas dan sukar bernafas. Terdapat juga kelenjar lim- fa pada tengkuk dan pesakit akan mula susut berat badannya. Menurut Dr Lim, sekiranya barah tekak itu berlaku pada kotak suara, si pesakit akan sering menga- lami mutu suara yang semakin te- ruk atau hilang suara mereka, se- dang sel barah menyerang pita suara dan kotak suara. “Serangan barah itu akan menje- jas pergerakan pita sehingga menyebabkan pesakit hilang suara. “Pesakit juga mungkin kehila- ngan suara bagi memenuhi sebaha- gian daripada rawatannya. Con- tohnya, bagi menghapuskan barah, sebahagian atau seluruh kotak suara perlu dibuang atau menjalani radia- si,” jelasnya. Secara umum, mereka yang mengalami barah pada peringkat awal (tidak kira apa jua pilihan ra- watan) tidak akan kehilangan selu- ruh suara mereka tetapi mutu suara akan berubah selepas rawatan, teru- tamanya bagi barah kotak suara. Bagaimanapun, biasanya pada peringkat awal penyakit, sebahagi- an suara asli dapat dikekalkan. “Apabila barah sudah mencapai tahap lewat, adalah sukar mengekal- kan suara asal. Jika pembedahan perlu dilakukan akibat penyakit yang semakin berkembang, kerap kali kotak suara perlu dibuang dan suara asli akan hilang,” kata beliau. Namun, terdapat rawatan yang boleh mengembalikan suara. Antaranya menerusi peng- gunaan alat yang dipanggil elektro- larinx, dengan pesakit hanya perlu memegang alat yang menghasilkan suara itu pada tekaknya dan menye- but ayat pada masa yang sama. Meskipun mudah dipelajari dan suaranya agak jelas, mutu suara se- perti perbualan robot. Satu lagi rawatan ialah dengan menebuk lubang kecil antara salu- ran udara dengan saluran makanan dan memasukkan injap kecil di dalamnya. Pesakit boleh menyalurkan udara daripada saluran udara me- nerusi injap ini ke dalam saluran ma- kanan dan kemudian ke mulut – menghasilkan bunyi menerusi salu- ran makanan yang bergegar. Bunyi suara yang dihasilkan agak baik. Kaedah rawatan mengembalikan suara terakhir ialah dengan me- nelan udara dan kemudian ber- sendawa dari perut ke saluran ma- kanan dan mulut. Ini akan meng- hasilkan suara. Dinamakan pertuturan esofagus, cara ini sukar dipelajari. EFARID HAMZAH Hidap barah tekak dek hisap 50 batang rokok sehari Apa anda harus tahu mengenai barah tekak HARUS JAGA MAKAN: Cik Marlina kini memastikan suaminya, Encik Hassan, menjaga diet dan ubat yang perlu diambilnya. – Foto TAUFIK A. KADER BUAT PEMERIKSAAN: Dr Lam (kiri) menunjukkan cara pemeriksaan bagi menentukan masalah barah dalam tekak. – Foto TAUFIK A. KADER CATCH GUNS N' ROSES LIVE IN MEXICO CITY! Berita Harian | Rabu, 30 Mac 2016 13 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Transcript of [FIRST - 13] BH/DALAM NEGERI/PAGES 30/03/16 · Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin...

Page 1: [FIRST - 13] BH/DALAM NEGERI/PAGES 30/03/16 · Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin menja-dipenyumbang kepada barahmulut dan tekak. ... ruk atau hilang

EFARID [email protected]

ENCIK Hassan Latiff pernah merokok sehingga50 batang sehari – tidak kira di mana, rokok adalah‘teman sejatinya’.

Malangnya, gara-gara merokoklah Encik Hassan,59 tahun, hilang suaranya buat selamanya. Ini keranarokok, yang menjadi teman sejati sejak zaman rema-janya, adalah punca barah tekak yang dialaminya.

Encik Hassan, bekas penolong jurutera, kini perlumenulis di kertas setiap kali ingin berbicara.

Menceritakan kisahnya, beliau berkata antara tan-da awal yang dialaminya termasuk batuk tanpa hentisehingga sakit tekak. Telinganya juga terasa sakit.

“Dulu saya suka berborak dengan rakan-rakan dikedai kopi, sambil merokok tanpa henti. Ke mana sa-ja pasti ada kotak rokok dalam kocek saya. Pada2007, saya perasan saya batuk tanpa henti. Tekakdan telinga terasa amat sakit,” jelasnya.

Dua tahun kemudian, beliau disahkan menghidapbarah tekak setelah kesihatannya semakin buruk ter-masuk sukar bernafas.

Apabila diberitahu barah tekaknya sudah beradapada tahap keempat, Encik Hassan dan isterinya, CikMarlina, 56 tahun, berasa seolah dunia mereka sudahberakhir. Encik Hassan kemudian menjalani pembe-

dahan – membuang kotak tekaknya pada tahun ituselepas dijejas teruk oleh serangan sel barah.

Kini selain menulis di kertas, Encik Hassan meng-gunakan aplikasi WhatsApp dan e-mel untuk berbi-cara dengan isteri dan rakannya.

“Saya reda dengan kejadian ini. Saya rasa ada hik-mahnya. Sebab, kalau dahulu saya gemar habiskanberjam lamanya di kedai kopi dengan berborak sam-bil menghisap rokok, kini saya lebih banyak habis-kan masa di rumah,” jelasnya, yang tinggal di flatsewa jenis ‘L’ di Beach Road.

Bagi menampung keperluan keluarga, isterinyabekerja sebagai pembantu gerai dengan gaji $1,000sebulan, manakala Encik Hassan ada kalanyamenawarkan khidmat membaiki perkakas dan keper-luan rumah rakan dan kenalannya.

Mereka menerima bantuan kewangan selain ban-tuan Skim Pengayaan Serenity Ain (Asers) dan kaun-seling daripada Persatuan Ain. Asers membolehkanpemohonnya menggunakan sehingga 80 peratus dari-pada dana disediakan bagi meningkatkan kemahirandan pembangunan peribadi mereka.

“Saya bersenam setiap hari sebagai satu cara me-nguatkan otot. Saya tidak boleh terus bersedih, seba-liknya saya perlu kuatkan diri demi masa depan sayadan isteri,” tambahnya sambil memandang wajah is-terinya.

SEHINGGA tiga pesakit barubarah tekak tampil mendapatkan ra-watan di Hospital Tan Tock Seng(TTSH) setiap minggu.

Bilangan itu merupakan antara40 pesakit barah yang tampil bagimendapatkan rawatan setiap ming-gu di hospital tersebut.

Antara 2012 dengan tahun lalu,bilangan pesakit barah larinks, ataukotak tekak (larynx), mencecah 85orang.

Selain daripada itu, ada juga 67pesakit barah oropharynx atau ba-hagian tengah tekak, dan 35 pesakitbarah hypopharynx atau bahagianbawah tekak, dalam tempoh yangsama.

Mendedahkan itu kepada Gah!,Konsultan Jabatan Pakar PenyakitTelinga Hidung dan Tekak (Otorhi-nolaryngology) TTSH, Dr Lim MingYann, berkata kebanyakan pesakitbarah tekak adalah perokok yangmengamalkan tabiat merokok sejakbertahun lamanya.

“Sesetengah pesakit ini jugameminum minuman keras secaraberlebihan. Masalah penjagaan gigikurang bersih juga mungkin menja-di penyumbang kepada barah mulutdan tekak.

“Tetapi sejak kebelakangan ini,kami juga ditemukan dengan pesa-kit barah tekak yang berpunca dari-pada virus papiloma manusia, yangada kaitan dengan amalan mempu-nyai berbilang pasangan seksual se-lain mengamalkan seks oral denganpasangan mereka itu,” katanya se-masa ditemui di kliniknya baru-ba-ru ini.

Antara simptom barah tekak ter-masuk tekak berasa perit, dengan ra-sa sakit bertambah buruk, darahdalam kahak, sakit telinga, bunyikuat semasa bernafas dan sukarbernafas. Terdapat juga kelenjar lim-fa pada tengkuk dan pesakit akanmula susut berat badannya.

Menurut Dr Lim, sekiranyabarah tekak itu berlaku pada kotaksuara, si pesakit akan sering menga-lami mutu suara yang semakin te-ruk atau hilang suara mereka, se-

dang sel barah menyerang pitasuara dan kotak suara.

“Serangan barah itu akan menje-jas pergerakan pita sehinggamenyebabkan pesakit hilang suara.

“Pesakit juga mungkin kehila-ngan suara bagi memenuhi sebaha-gian daripada rawatannya. Con-tohnya, bagi menghapuskan barah,sebahagian atau seluruh kotak suaraperlu dibuang atau menjalani radia-si,” jelasnya.

Secara umum, mereka yangmengalami barah pada peringkatawal (tidak kira apa jua pilihan ra-watan) tidak akan kehilangan selu-ruh suara mereka tetapi mutu suaraakan berubah selepas rawatan, teru-tamanya bagi barah kotak suara.

Bagaimanapun, biasanya padaperingkat awal penyakit, sebahagi-an suara asli dapat dikekalkan.

“Apabila barah sudah mencapaitahap lewat, adalah sukar mengekal-kan suara asal. Jika pembedahanperlu dilakukan akibat penyakityang semakin berkembang, kerapkali kotak suara perlu dibuang dansuara asli akan hilang,” kata beliau.

Namun, terdapat rawatan yangboleh mengembalikan suara.

Antaranya menerusi peng-gunaan alat yang dipanggil elektro-larinx, dengan pesakit hanya perlumemegang alat yang menghasilkansuara itu pada tekaknya dan menye-but ayat pada masa yang sama.

Meskipun mudah dipelajari dansuaranya agak jelas, mutu suara se-perti perbualan robot.

Satu lagi rawatan ialah denganmenebuk lubang kecil antara salu-ran udara dengan saluran makanandan memasukkan injap kecil didalamnya.

Pesakit boleh menyalurkanudara daripada saluran udara me-nerusi injap ini ke dalam saluran ma-kanan dan kemudian ke mulut –menghasilkan bunyi menerusi salu-ran makanan yang bergegar. Bunyisuara yang dihasilkan agak baik.

Kaedah rawatan mengembalikansuara terakhir ialah dengan me-nelan udara dan kemudian ber-sendawa dari perut ke saluran ma-kanan dan mulut. Ini akan meng-hasilkan suara.

Dinamakan pertuturan esofagus,cara ini sukar dipelajari. EFARIDHAMZAH

Hidap barah tekakdek hisap 50 batang

rokok sehari

Apa anda harus tahumengenai barah tekak

HARUS JAGA MAKAN: Cik Marlina kini memastikan suaminya, Encik Hassan, menjaga diet dan ubat yang perludiambilnya. – Foto TAUFIK A. KADER

BUAT PEMERIKSAAN: Dr Lam (kiri) menunjukkan cara pemeriksaan bagimenentukan masalah barah dalam tekak. – Foto TAUFIK A. KADER

CATCH GUNS N' ROSES LIVE IN MEXICO CITY!

Berita Harian | Rabu, 30 Mac 2016 13

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan