fisikal

15
PEMBERIAN TANAH KEPADA PENDUDUK NEGERI KELANTAN DAN KESANNYA KEPADA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PENGENALAN Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan s pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Dasar bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi. Sema inflasi, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu mening cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agre untuk mengatasi masalah inflasi. Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), k akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keraja dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengat masalah pengangguran. Dasar Fiskal budi bicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaa kerajaan. Contohna, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan dan menambahkan perbelanjaan kerajaan. Salah satu cara ang dapat digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah lompa inflasi dan deflasi ialah melalui dasar fiskal. Dasar fiskal ini boleh digunakan cara iaitu ! - a) "engubah cukai #erubahan cukai dapat dilakukan ke atas cukai-cukai ang dikutip daripada indi$i firma. %ntuk menghadapi pengangguran, kerajaan akan mengurangkan cukai. Cukai a lebih rendah akan menebabkan pendapatan boleh guna rumahtangga bertamba dapat meningkatkan penggunaan.&a juga menebabkan keuntunganselepascukai bertambah dan lebih banak wang dapat digunakan untuk membuat pelaburan. b) "engubah perbelanjaan kerajaan Dalam masa inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaanna bagi menurunkan perbelanjaan agregat dan mengurangkan kadar inflasi. #ada masa berlakuna kadar pengangguran ang tinggi, kerajaan akan bertindak menambahkan perbelanjaan agreg supaa dapat menggalakkan perkembangan akti$iti ekonomi.'alau bagaimanapun, kebanakan negara selaluna membuat pertimbangan ang teliti sebelum melaksanaka dasar ini disebabkan beberapa kesan buruk ang mungkin timbul. al ini berlaku k 0

description

dasar fiskal

Transcript of fisikal

PEMBERIAN TANAH KEPADA PENDUDUK NEGERI KELANTAN DAN KESANNYA KEPADA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

PENGENALANDasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi. Semasa masalah inflasi, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budi bicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan. Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.Salah satu cara yang dapat digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah lompang inflasi dan deflasi ialah melalui dasar fiskal. Dasar fiskal ini boleh digunakan melalui tiga cara iaitu : -a) Mengubah cukai

Perubahan cukai dapat dilakukan ke atas cukai-cukai yang dikutip daripada individu atau firma. Untuk menghadapi pengangguran, kerajaan akan mengurangkan cukai. Cukai yang lebih rendah akan menyebabkan pendapatan boleh guna rumahtangga bertambah dan dapat meningkatkan penggunaan. Ia juga menyebabkan keuntungan selepas cukai bertambah dan lebih banyak wang dapat digunakan untuk membuat pelaburan.

b) Mengubah perbelanjaan kerajaan

Dalam masa inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi menurunkan perbelanjaan agregat dan mengurangkan kadar inflasi. Pada masa berlakunya kadar pengangguran yang tinggi, kerajaan akan bertindak menambahkan perbelanjaan agregat supaya dapat menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara selalunya membuat pertimbangan yang teliti sebelum melaksanakan dasar ini disebabkan beberapa kesan buruk yang mungkin timbul. Hal ini berlaku kerana kerajaan terpaksa meminjam dan menambahkan hutang negara untuk membiayai peningkatan dalam perbelanjaan sedangkan pinjaman secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan berlakunya inflasi pula. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kerajaan perlu meminjam daripada sumber luar negeri kerana jumlah matawang asing yang banyak perlu disediakan untuk membayar pinjaman dan faedahnya.

c) Mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak

Teknik ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dengan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan ke arah yang bertentangan, iaitu apabila cukai dinaikkan maka perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan sebaliknya. Ataupun, cukai dan perbelanjaan kerajaan berubah ke arah bersamaan. Tujuan teknik kedua ialah untuk mencapai belanjawan berimbang.Kedudukan kewangan Malaysia dalam tahun-tahun akan datang bergantung kepada usaha untuk meningkatkan hasil cukai, meningkatkan produktiviti perbelanjaan awam, meningkatkan tabungan, dan memperbaiki kecekapan perusahaan-perusahaan awam. Langkah-langkah ini akan dapat mengurangkan jurang fiskal yang wujud dan mengecilkan saiz hutang awam. Salah satu cara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keupayaan cukai ialah mengubah suai perbelanjaan awam. Selain daripada meningkatkan hasil cukai, langkah-langkah untuk memperbaiki imbangan belanjawan melibatkan usaha-usaha untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir atau meningkatkan produktiviti sektor awam. Ini tidak bermaksud perbelanjaan awam perlu dikurangkan bagi semua aktiviti sektor awam kerana langkah seperti ini akan menjejaskan keupayaan produktif sektor-sektor berkenaan dan juga mengurangkan kebajikan awam. Pengurangan perbelanjaan sepatutnya ditujukan kepada perbelanjaan yang memberikan faedah yang kecil kepada masyarakat atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi. Untuk menentukan aktiviti mana yang perlu diteruskan dan yang mana perlu dikecilkan, kajian yang menyeluruh secara tahunan bagi semua aktiviti sektor awam perlu dilakukan.DASAR KERAJAAN DENGAN MEMBERIKAN TANAH KEPADA RAKYAT DAN BADAN BERKANUN UNTUK DIUSAHAKANBermula pada tahun 1988 Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka atau memberi kebenaran kepada rakyatnya untuk mendapatkan tanah kerajaan untuk di buka bagi penempatan pertanian dan sebagainya dalam usaha menambah pendapatan rakyat hasil dari kegiatan hasil pembangunan tanah tersebut yang akhirnya boleh dipohon untuk tanah milik kekal (Surat PTG, 1988).Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian semua Pentadbir Tanah Jajahan Negeri Kelantan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan mengikut Kertas Bil. 20/596/88(12) pada 12.10.1988 telah meluluskan perakuan Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Hasil Bumi Negeri bagi mewujudkan satu garis panduan untuk mengurus permohonan milik tanah. Pihak Berkuasa Negeri telah mendapati pada akhir akhir ini banyak berlaku di beberapa jajahan permohonan-permohonan milik tanah telah diterima dan deposit dipungut daripada orang ramai bertentangan dengan dasar dan peraturan yang sedia ditetapkan. Kegiatan ini berlaku walaupun tidak ada kawasan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk dibuka bagi permohonan kepada orang ramai.Objektif

i. Mewujudkan suatu sistem pemberian milik tanah kepada rakyat secara teratur, terkawal dan adil memandangkan tanah adalah terhad berbanding dengan penduduk yang kian bertambah.

ii. Memastikan tanah-tanah yang diberi milik itu dimajukan dan mana-mana tanah yang telah dilulus milik tetapi tidak diusahakan dalam tempoh yang ditetapkan boleh dirampas.

iii. Memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah atau mempunyai tanah yang tidak ekonomik luasnya, memiliki tanah.

iv. Mengubah fikiran rakyat daripada menganggap tanah sebagai harta kepada tanah sebagai punca penggantungan hidup.

Tanah-Tanah Yang Boleh Diterima Permohonan Milik

i. Tanah Kerajaan yang tersempit antara tanah dimiliki.

ii. Tanah milik yang kembali menjadi tanah kerajaan kerana tidak bayar hasil tanah. Keutamaan memohon diberi kepada tuan asal atau waris yang terdekat.

iii. Tanah yang diusahakan di bawah TOL yang layak diberi milik, iaitu bukan tanah rizab sungai, rizab jalan atau tanah tumbuh dan sebagainya.

iv. Tanah Kerajaan yang sudah disekat menjadi lot-lot dalam suatu kawasan pemberian milik berancang, rancangan penyelesaian tanah haram, rancangan Kampung Baru Pindahan Darurat dan lain-lain kawasan yang telah disukat setelah mendapat kelulusan dasar daripada pihak berkuasa negeri.

v. Tanah-tanah Kerajaan yang termasuk dalam kawasan yang dipersetujui dimaju oleh Felcra atau Risda di bawah pemulihan tanah.

vi. Tanah-tanah Kerajaan yang telah disukat menjadi lot-lot dalam masa penyelesaian tanah oleh Pejabat Penyelesaian Tanah Kelantan.

vii. Tanah-tanah yang sempit di pinggir tanah milik.Semua Pentadbir Tanah hendaklah menyimpan dan mengemas kini rekod pemohon-pemohon yang telah diluluskan pemberian milik tanah semenjak 1.1.1990. Dengan cara ini adalah diharapkan pemberian milik tanah kepada individu dapat dengan mudah dikawal dan mengelak daripada seseorang individu memperolehi tanah lebih daripada yang sepatutnya.PEMBERIAN TANAH KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH MELALUI RISDA

Mengikut pendaftaran RISDA 1985 terdapat seramai 54,716 keluarga dalam Negeri Kelantan yang terdiri daripada pekebun kecil yang memiliki kawasan tanah getah seluas lebih kurang 83,795 hektar. Berpandu kepada satu aerial suryey dalam tahun 1974, keluasan tanah getah yang diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil berjumlah lebih kurang 126,55.9 hektar. Daripada jumlah ini lebih kurang 45,860 hektar adalah terdiri daripada tanah-tanah usaha tanpa hak milik. Tanah-tanah usaha tanpa hak milik ini agak besar keluasannya dan merugikan negeri ini dari segi aliran kewangan daripada skim bantuan tanaman semula RISDA pada kadar $2,200.00 bagi setiap ekar, kerana pekebun-pekebun kecil yang terlibat itu tidak dapat menyertai skim tanaman semula semata-mata kerana tanah yang mereka usaha itu tidak mempunyai hak milik yang sah. Tanah-tanah usaha tanpa hak milik ini terbahagi kepada 2 golongan.(a) Tanah yang telah dilulus milik tetapi tidak dijelas premium kerana tidak mampu ;(b) Tanah-tanah yang belum dilulus milik atau belum dipohon.Bagi mengatasi keadaan ini Kerajaan Negeri melalui Kertas Bil. 15/485/87(38) telah meluluskan dasar pemberian milik tanah bagi Rancangan Mini Estet RISDA setelah mengambil hitungan :-

Ketidakmampuan pengusaha-pengusaha tanaman getah membayar premium tanah telah tidak membolehkan mereka memperolehi hak milik tanah yang sah. Tanpa hak milik yang sah, pekebun-pekebun kecil tidak dapat memperoleh bantuan tanaman semula dan menyertai Skim Mini Estet RISDA ;

Dengan menebang pokok-pokok getah tua dan menanam semula dengan benih terpilih, pekebun-pekebun kecil akan menikmati pendapatan yang diharapkan dan Negara tidak terus menanggung kerugian dari segi pungutan wang sekiranya pengeluaran hasil yang rendah ;

Kerajaan Negeri dapat membantu tindakan membangun kawasan-kawasan pendalaman dan seterunya membuka peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pertanian. Di samping itu Kerajaan akan memperolehi bayaran premium dan hasil tanah apabila kawasan dimajukan dan mengeluarkan hasil. Pekebun-pekebun kecil getah yang terlibat yang belum mempunyai hak milik tanah akan mendapat hak milik dan seterusnya dapat bantuan tanam semula dan menyertai Skim Mini Estet. Selanjutnya mereka akan memperoleh jaminan pendapatan yang bertambah berbanding dengan sebelumnya.Dasar-dasar dan pelaksanaannya yang telah diluluskan itu adalah bagaimana berikut :-

Mengenal Kawasan

i. RISDA bersama-sama Pejabat Tanah dan Jajahan berkenaan, mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dibangun secara mini estet.ii. Unit Pembangunan Tanah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian akan menyukat tanah-tanah dalam kawasan dikenalpasti dan mengemukakan laporan untuk perakuan Jawatankuasa Tanah Jajahan, dari segi :-

a. Persetujuan membangun kawasan dikenalpasti di bawah Skim Mini Estet RISDA;

b. Memilih dan mengesahkan pekebun-pekebun kecil yang mengusaha tanah tanpa hak milik sebagai peserta mini estet RISDA.

Pentadbir Tanah Jajahan berkenaan mengemukakan perakuan Jawatankuasa Tanah untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Syarat-syarat kelulusan pemberian milik tanah bagi pekebun-pekebun kecil yang akan menyertai Skim Mini Estet RISDA ialah bagaimana berikut :-

a. Jenis hak milik : Pajakan 99 tahun

b. Jenis Kegunaan : Pertanianc. Syarat Nyata : Getah atau lain-lain tanaman yang sesuai ditentukan.

d. Sekatan Kepentingan : Tidak boleh dipindah milik atau diberi pajak dalam tempoh 10 tahun pertama daripada tarikh pendaftaran hak milik.

e. Premium : $100.00 sehektar dengan secara enhance rent mengikut kadar yang ditentukan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan.

f. Premium Denda : Dikenakan mengikut Kaedah Tanah Kelantan 1966 dan dipungut secara tangguhan dalam tahun ketujuh secara ansuran mengikut cara dan kadar yang ditentukan oleh Pengarah Tanah Dan Galian, Kelantan.

g. Hasil Tanah : $6.00 sehektar setahun dalam tempoh 6 tahun pertama daripada tarikh pendaftaran hak milik dan selepas itu $35.00 sehektar setahun dan syarat bayaran dipungut secara enhance rent mengikut kadar yang ditentukan oleh Pengarah Tanah Dan Galian, Kelantan.

h. Upah Ukur : Dikenakan 1/3 daripada kadar terjadual dalam Perintah K.T.N.

(Bayaran Ukur) 1965.

i. Bayaran lain-lain : Mengikut kadar terjadual dalam Kaedah Tanah Kelantan 1966.KESAN KEPADA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN MELALUI PEMBERIAN TANAH KEPADA RAKYAT UNTUK DIUSAHAKAN

Yang pertama dalam strategi belanjawan ialah meningkatkan sistem pengumpulan kutipan hasil, pengawalan kadar pertumbuhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan, penumpuan kepada projek untuk membantu golongan daif dan kebajikan sosial, dan peningkatan kemahiran pengurusan kewangan. Beliau juga menegaskan bahawa selain konsep cermat dan berhemat dalam perbelanjaan, Kerajaan PAS Kelantan juga telah dapat memperolehi hasil terbanyak dari sumber yang sedikit. Selain ini, beliau juga memberi contoh dasar pemberian tanah yang tanpa mengira fahaman politik memberi kesan kepada hasil kerajaan negeri kerana sebelum 1990 hasilnya cuma kira-kira RM 6 juta manakala selepas 1990 meningkat kepada RM 10 juta.

KESAN KEPADA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI KELANTANBerdasarkan kepada laporan audit negara 2009, pertambahan pendapatan hasil dari cukai tanah seperti bayaran premium tanah dilihat semakin bertambah dan menjadi salah satu dari lima sumber utama pendapatan kerajaan negeri Kelantan. Keadaan ini memberikan impak yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri, seterusnya memberikan kesan yang baik kepada perbelanjaan pembangunan negeri (Jabatan Audit Negara, 2010) .

Hasil Kerajaan Negeri merupakan sumber utama yang digunakan bagi tujuan perbelanjaan mengurus. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah Premium Tanah, Royalti Kayu Kayan, Cukai Tanah, Pemberian Mengikut Ramai Penduduk dan Premium Perhutanan. Di mana kutipannya Cukai Tanah:Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2006 Hingga 2010Butiran20062007Tahun

(RM Juta)

200820092010

Premium Tanah13.4796.6317.4526.2229.06

Royalti Kayu Kayan19.8327.3126.7324.4424.31

Cukai Tanah13.3318.5322.2223.7627.87

Pemberian Mengikut

Ramai Penduduk20.6020.6820.7620.8420.91

Premium Perhutanan49.57116.8041.44204.5962.40149.5617.84113.1028.87131.02

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri KelantanKESAN KEPADA EKONOMI RAKYAT MENINGKATKesan dari penempatan semula pekebun kecil getah oleh RISDA di tanah-tanah kerajaan negeri Kelantan, terutama di kawasan Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai sudah mula menampak hasil di mana, RISDA telah memberi penekanan kepada pembangunan tanah pekebun kecil dan telah berjaya menanam semula seluas 1.2 juta hektar dengan getah, sawit dan tanaman lain. Kawasan tanah pekebun kecil yang sesuai untuk dibangunkan mulai terhad. Begitu juga dengan purata keluasan kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil juga terhad iaitu 2.3 hektar. Untuk memastikan peningkatan pendapatan dari hasil kebun, produktiviti kebun sedia ada perlu ditingkatkan. Oleh itu, sebagai susulan sekarang, RISDA telah disarankan supaya memberi penekanan dan fokus kepada produktiviti kebun-kebun yang telah ditanam semula. Bagi tahun 2009, RISDA telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil getah dari 1,580 kilogram sehektar setahun kepada 1,600 kilogram sehektar setahun. Manakala bagi pekebun kecil sawit pula, daripada 18 tan sehektar setahun kepada 19 tan sehektar setahun. Peningkatan produktiviti pekebun kecil adalah penting bagi merealisasikan peningkatan pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2010 (Halimah Kadir, 2009). Keadaan ini berjaya di capai kerana kenaikan harga minyak mentah yang tinggi di pasaran menyebabkan pasaran industri mula beralih kepada getah asli.Untuk memastikan hasil getah dikeluarkan sepenuhnya, Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) telah diperkenalkan oleh RISDA pada tahun 2007 supaya pekebun kecil dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti getah ke tahap minimum 2000 kg sehektar setahun melalui amalan teknologi terkini. Input Pertanian yang dibekalkan termasuk baja, racun rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/GFlex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil:

a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut amalan agronomi yang baik supaya menjadi produktif.

b. Memastikan kebun getah matang tidak terbiar ditoreh atau ditoreh semula.

c. Memastikan kebun getah matang yang menyertai PPG terus ditoreh dan diurus.

Kesan rakyat mengusahakan tanah untuk pertanian mampu untuk membayar premium tanah dan pada masa yang sama berbelanja untuk keperluan hidup mereka tanpa meminta bantuan dari kerajaan. Keadaan menjadi bebanan kerajaan bertambah ringan dam mampu memberikan pulangan melalui pembayaran cukai tanah yang diusahakan.

MEMBANTU MENGURUS TANAH MELALUI KEGIATAN EKONOMI

Jabatan Pertanian bertanggungjawab membangun dan memajukan tanah terbiar di seluruh Negeri. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Jabatan ini telah diperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk tujuan tersebut. Sehingga akhir tahun 2009, sebanyak 13 projek tanah terbiar seluas 476 hektar telah dibangunkan. Pada keseluruhannya, pelaksanaan projek pembangunan tanah terbiar adalah memuaskan. Bagaimanapun, didapati pembangunan tanah terbiar tidak mencapai sasaran sebagaimana yang dirancang kerana peruntukan yang tidak mencukupi. Sehingga akhir tahun 2009, Jabatan mensasarkan untuk membangunkan seluas 830 hektar tanah terbiar namun seluas

476 hektar sahaja dapat dibangunkan. Pada tahun 2007 hingga 2009, Jabatan mensasarkan sebanyak 12,674 metrik tan (mt) hasil pertanian diperolehi oleh peserta projek

tanah terbiar (Laporan Audit Negara, 2009). Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Gong Kulim, Pasir Puteh

Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Gong Kulim mula dibangunkan pada tahun 2007 di atas tanah seluas 46 hektar dan disertai oleh 33 peserta. Tanaman utama bagi projek ini ialah tembikai tanpa biji, tembikai wangi dan tembikai madu yang ditanam dua pusingan setahun. Pada tahun 2008, projek ini berjaya memperoleh pendapatan sejumlah RM0.83 juta iaitu melebihi 1.2% berbanding sasaran Jabatan berjumlah RM0.82 juta. Pada tahun 2009, pendapatan daripada projek ini telah meningkat sebanyak 31.4% iaitu RM0.92 juta berbanding sasaran Jabatan berjumlah RM0.70 juta. Foto 3.1 dan Foto di bawah adalah sebahagian daripada tanaman tembikai dan tembikai wangi di Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Gong Kulim. Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Nara, Pasir Puteh

Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Nara pula mula dibangunkan pada tahun 2006 di atas tanah seluas 56 hektar. Projek ini ditanam dengan tanaman tembikai wangi, tembikai, labu, cili, jagung dan sayur-sayuran oleh 51 peserta sebanyak dua kali setahun. Pendapatan yang diperolehi daripada projek ini pada tahun 2008 berjumlah RM1.01 juta iaitu 90.2% berbanding sasaran Jabatan berjumlah RM1.12 juta. Pada tahun 2009, Jabatan telah meletakkan sasaran pendapatan lebih rendah iaitu RM0.58 juta kesan dari serangan penyakit kulat downy mildew pada tahun 2008 yang menyebabkan tanaman tidak dapat mengeluarkan hasil sepatutnya dan pemulihan tanah perlu dilakukan. Semakan Audit mendapati sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan pada tahun 2009 telah dapat dicapai 100%. Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Pangkal Chuit, Machang

Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Pangkal Chuit, Machang mula dibangunkan pada tahun 2006. Projek tanaman padi semusim setahun ini dibangunkan di atas tanah seluas 50 hektar dan disertai seramai 30 peserta. Jabatan mensasarkan perolehan pendapatan berjumlah RM150,000 setahun bagi tahun 2008 dan 2009 untuk projek ini. Jabatan juga mensasarkan hasil purata pengeluaran padi sebanyak empat metrik tan sehektar diperolehi bermula tahun 2008. Semakan Audit mendapati setelah mengambil kira pemberian harga subsidi padi, pencapaian pendapatan bagi tahun 2008 berjumlah RM141,096 iaitu 94.1% daripada sasaran Jabatan, manakala pencapaian tahun 2009 berjumlah RM146,868 atau 97.9% daripada sasaran Jabatan. Bagaimanapun, pengeluaran hasil purata sehektar belum mencapai sasaran iaitu hanya sebanyak 2.70 mt bagi tahun 2008 dan 2.60 mt tahun 2009. Keadaan ini berlaku disebabkan tanah di kawasan projek mempunyai tahap pH yang rendah, tanah yang tidak rata menyebabkan pengaliran air tidak sempurna.

Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Kelong, Tumpat

Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg. Kelong, Tumpat dibangunkan atas tanah seluas 60 hektar melibatkan 56 peserta dengan tanaman utamanya kelapa wangi. Projek ini dilaksanakan melalui empat fasa dengan Fasa I dibangunkan pada tahun 2001 hingga 2003, Fasa II tahun 2004, Fasa III tahun 2006 dan Fasa IV dilaksanakan pada tahun 2007. Bagi Fasa I dan Fasa II pengeluaran hasil daripada tanaman kelapa wangi sepatutnya telah diperolehi pada tahun 2005, 2006 dan 2008. Pada tahun 2008, Jabatan mensasarkan hasil sejumlah RM0.60 juta daripada pengeluaran kelapa wangi dan tanaman singkat masa. Bagaimanapun, pencapaian sebenar hanyalah RM0.42 juta sahaja. Bagi tahun 2009, sasaran Jabatan hasil daripada produk kelapa wangi seperti air nira dan manisan berjumlah RM150,000 telah tercapai. Jabatan juga mensasarkan pendapatan purata peserta dapat dipertingkatkan kepada melebihi RM1,000 sebulan berbanding pendapatan sebelum ini yang berjumlah RM380 sebulanKEBAIKAN UNTUK JANGKA PANJANGMelalui penilaian, pembangunan tanah pertanian terbiar untuk jangka panjang dilihat boleh memberikan satu kebaikan dari segi ekonomi peserta yang menyertainya dan pada masa yang sama pendapatan kepada kerajaan negeri dari segi premium mengerjakan tanah tersebut. Pada masa yang juga tanah terbiar itu boleh memberikan ekonomi dari segi pendapatan yang baik kepada peserta dan pada masa yang sama juga boleh menjual hasil tanaman mereka kepada rakyat Kelantan dengan harga yang murah dan berpatutan dan menjadikan negeri ini dengan kos sara hidup yang murah dan seterusnya membawa keluar Kelantan jika mempunyai lebihan stok atau ada permintaan yang tinggi dan ini memberikan keuntungan yang baik kepada rakyat negeri yang menyertainya.

Tanah kerajaan negeri yang terbiar sebelum ini tanpa hasil yang baik telah dapat digunakan dengan baik dan memberikan satu sumber pendapatan kepada rakyat dan negeri dengan kerjasama kedua-dua pihak.

DASAR FISIKAL KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Jika hasil kerajaan kurang dari perbelanjaan maka akan wujud belanjawan defisit (kurangan). Sebaliknya, kerajaan mempunyai belanjawan lebihan, jika hasil melebihi perbelanjaan. Sekiranya hasil semasa bersamaan dengan perbelanjaan semasa maka wujud belanjawan seimbang. Tiap-tiap jenis dasar belanjawan ini mesti dijalankan bersama-sama dengan jenis dasar kewangan yang sesuai untuk mencapai kesan maksima yang dikehendaki.

Di dalam dasar fiskal, istilah dasar fiskal mengembang digunakan untuk maksud pertambahan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan permintaan agregat; sebaliknya dasar fiskal mengucup jika perbelanjaan kerajaan dikurangkan untuk menurunkan permintaan agregat. Manakala istilah dasar kewangan mengembang merujuk kepada dasar Bank Negara untuk menambah penawaran wang dan kredit serta mengembangkan permintaan agregat. Sebaliknya, dasar kewangan menguncup merujuk kepada dasar yang mengurangkan penawaran wang dan kredit serta menurunkan permintaan agregat.

Untuk melawan pengangguran, maka dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan mengembang adalah lebih sesuai. Apabila ekonomi berada di bawah tingkat guna tenaga penuh, kerajaan boleh menambah permintaan agregat dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan (termasuk bayaran pindahan) atau memotong cukai. Manakala dalam dasar kewangan mengembang, seperti pembelian pasaran terbuka akan meninggalkan kesan terhadap pasaran kredit dan kadar bunga akan jatuh. Kejatuhan kadar bunga akan menarik pelaburan yang seterusnya akan meningkatkan KDNK dan juga harga dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang, penawaran agregat akan bertambah kerana pertambahan perbelanjaan pelaburan meningkat keupayaan ekonomi. Ini akan cenderung meningkatkan KDNK dan menurunkan harga.

Untuk melawan inflasi pula dasar fiskal mengucup dan dasar kewangan mengucup boleh dilaksanakan. Dalam dasar fiskal mengucup kerajaan boleh memotong perbelanjaan melalui cara berjimat cermat atau menaikkan cukai atau gabungan kedua-duanya untuk mengurangkan permintaan agregat melalui proses penggandaan. Kesannya, KDNK akan menurun kadar inflasi akan jatuh. Manakala dalam dasar kewangan mengucup pula, apabila penawaran wang dan kredit dapat diturunkan, kadar bunga akan meningkat dan pelaburan menurun, tetapi meningkatkan pengangguran. Oleh itu perlu difikirkan gabungan dasar kewangan dan dasar fiskal yang paling bersesuaian dengan masalah ekonomi semasa.Keadaan telah berjaya dibuktikan oleh kerajaan negeri melalui perbelanjaan berkhemah yang seterusnya berjaya mengecilkan hutang kerajaan negeri dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan negeri melalui pemberian tanah dan juga mengusahakan tanah terbiar untuk tujuan pertanian dan ia mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada rakyat tempatan yang mengusahakannyaKESIMPULAN

Pembangunan ekonomi memerlukan kecekapan peruntukan yang mempunyai dimensi unik dalam Ekonomi Islam. Memenuhi syarat sut mungkin tidak akan menjamin kecekapan dalam peruntukan sumber disebabkan oleh perbezaan antara keuntungan persendirian dengan keutamaan sosial yang mempunyai kaitan dengan kebajikan awam dan pembangunan ekonomi dari perspektif Islam. Hal ini dicerminkan dalam struktur cukai Sistem Ekonomi Islam. Walaupun instrumen fiskal percukaian menunjukkan perbandingan yang ketara dalam sistem semasa, namun sifatnya berbeza disebabkan oleh sistem nilai yang unik yang mendasari Ekonomi Islam. Sistem ini mempunyai dasar yang sedia ada yang memihak kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat golongan yang berada akan dipersalahkan atas sebarang penderitaan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik. Mereka yang menderita akan sengsara kerana golongan yang kaya tidak menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Oleh itu, negara akan memihak kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam melaksanakan langkah dasarnya termasuk dasar fiskal. Hal ini mempunyai beberapa kaitan dengan peruntukan dan pembangunan.

Pertama, struktur cukai dalam Sistem Ekonomi Islam adalah sedemikian rupa hinggakan cukai hanya dikenakan terhadap golongan kaya sahaja, dan tidak pernah dikenakan terhadap golongan yang berada di bawah garis kemiskinan. Ini melibatkan Cukai Pendapatan dan bukannya cukai tidak langsung, sebaik-baiknya dengan kadar yang berperingkat, dan Duti Eksais dan Import yang membebankan ke atas barang mewah, malah ke atas barang untuk keselesaan sekiranya peratusan penduduk yang agak besar dinafikan keperluan asas mereka.

Kedua, cukai mencegah akan membantu masyarakat membebaskan diri daripada aktiviti pengeluaran dan perdagangan barang serta perkhidmatan yang memudaratkan, dan cukai berdiskriminasi akan mendenda pengeluaran barang yang rendah keutamaannya dalam hierarki keperluan. Sebaliknya, insentif cukai akan diberikan kepada industri yang mengeluarkan barang untuk keselesaan, dan sebagainya. Hal ini akan memenuhi kriteria penting dalam Islam, iaitu kecekapan peruntukan dan pembangunan ekonomi.

Ketiga, sumber yang dimobilisasi menerusi cukai boleh digunakan untuk memenuhi perbelanjaan biasa kerajaan dan bagi tujuan pembangunan. Sumber tersebut boleh dipindahkan kepada projek yang memberikan lebih banyak manfaat kepada mereka yang di bawah garis kemiskinan selepas memenuhi perbelanjaan asas kerajaan. Contohnya, projek untuk membekalkan keperluan asas termasuklah makanan, kediaman, rawatan perubatan, pendidikan dan sebagainya. Hal ini akan menyumbangkan kepada kebajikan awam dan juga produktiviti. Hasil cukai juga akan digunakan untuk membina infrastruktur fizikal dan membangunkan modal manusia dari segi kualiti moral dan profesional. Hasil cukai juga boleh digunakan bagi tujuan penstabilan yang bergantung pada dasar fiskal..

RUJUKAN

Surat PTG. (1988). Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian, Kelantan Bilangan 5 Tahun 1988 Garis Panduan Bagi Urusan Permohonan Milik Tanah. Kota Baharu: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan.

Halimah Abd. Kadir, (2009). Peningkatan Produktiviti Kebun Pekebun Kecil Menjadi Keutamaan Risda. Majalah Suara RISDA, Bil. 2009.

Jabatan Audit Negara. (2009). Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 Negeri Kelantan. Putrajaya: Jabatan Audit Negara.Jabatan Audit Negara. (2010). Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 Negeri Kelantan. Putrajaya: Jabatan Audit Negara.9