Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Dan Biologi

3
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA Perkataan fitrah merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu fatara. Menurut Kamus Dewan (1998), istilah fitrah ditakrifkan sebagai satu sifat semula jadi, bakat pembawaan atau perasaan keagamaan. Ringkasnya fitrah ialah satu sifat semula jadi atau bakat semulajadi yang berupa dorongan atau pembawaan yang ada pada setiap manusia sejak dilahirkan ke dunia ini.Maka, fitrah manusia boleh diertikan sebagai insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.Aa Gym pula mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah.Ia merupakan satu anugerah dari Tuhan sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Ia juga merupakan suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan. Biasanya fitrah manusia dikategorikan kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah kejasmanian, kebendaan dan keduniaan manakala yang kedua ialah kategori kerohanian, keakhiratan dan ketuhanan. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri dan ia meliputi semua bidang kehidupan. Potensi ini terkandung dalam beberapa aspek seperti jasmani, mental, kerohanian dan emosi.Seseorang individu itu berkemampuan untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka ke tahap yang maksima. Menurut Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik dan kerana itu manusia sentiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri. Di dalam agama Islam, fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.Ini disokong oleh seorang tokoh sarjana Islam iaitu al- Ghazali yang mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Fitrah kejadian ini dapat dilihat melalui perspektif agama dan persekitaran. Agama adalah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Agama menyediakan satu model untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan serta ia membantu manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran. Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa manusia sejak dahulu telah mencari sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang mencipta mereka dan kehidupan di alam ini.Walaupun manusia leka dengan kemewahan duniawi, namun jauh di sudut hati seseorang manusia itu masih ada ruang untuk beriman kepada Allah S.w.t. Semua agama di dunia ini percaya bahawa setiap manusia yang dilahirkan ke dunia dilahirkan dengan sifat-sifat baik dalam dirinya.Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya. Rasulullah Saw pernah bersabda maksudnya : “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah.Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang musyrik.” (Hadis Riwayat Bukhari)

description

xfbdfgeddsfgedfgdthedgedtfgrdtghbdxfgbfjchfdfhdddhrtfhrtfhr

Transcript of Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Dan Biologi

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA

    Perkataan fitrah merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu fatara. Menurut

    Kamus Dewan (1998), istilah fitrah ditakrifkan sebagai satu sifat semula jadi, bakat pembawaan

    atau perasaan keagamaan. Ringkasnya fitrah ialah satu sifat semula jadi atau bakat semulajadi

    yang berupa dorongan atau pembawaan yang ada pada setiap manusia sejak dilahirkan ke

    dunia ini.Maka, fitrah manusia boleh diertikan sebagai insan yang mempunyai bakat atau

    potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.Aa Gym pula mendefinisikan fitrah sebagai

    tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau

    diubah.Ia merupakan satu anugerah dari Tuhan sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Ia

    juga merupakan suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan. Biasanya fitrah

    manusia dikategorikan kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah kejasmanian, kebendaan

    dan keduniaan manakala yang kedua ialah kategori kerohanian, keakhiratan dan ketuhanan.

    Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri dan ia meliputi semua

    bidang kehidupan. Potensi ini terkandung dalam beberapa aspek seperti jasmani, mental,

    kerohanian dan emosi.Seseorang individu itu berkemampuan untuk mengembangkan potensi

    yang ada dalam diri mereka ke tahap yang maksima. Menurut Rogers (1951), manusia

    berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik dan kerana itu manusia sentiasa berusaha ke arah

    penyempurnaan diri.

    Di dalam agama Islam, fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang

    benar dan Tuhan yang menciptakannya.Ini disokong oleh seorang tokoh sarjana Islam iaitu al-

    Ghazali yang mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan

    fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.

    Fitrah kejadian ini dapat dilihat melalui perspektif agama dan persekitaran. Agama adalah satu

    set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Agama menyediakan satu

    model untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan serta ia membantu

    manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun

    semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran.

    Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka

    beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Sejarah sendiri telah membuktikan

    bahawa manusia sejak dahulu telah mencari sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang

    mencipta mereka dan kehidupan di alam ini.Walaupun manusia leka dengan kemewahan

    duniawi, namun jauh di sudut hati seseorang manusia itu masih ada ruang untuk beriman

    kepada Allah S.w.t.

    Semua agama di dunia ini percaya bahawa setiap manusia yang dilahirkan ke dunia dilahirkan

    dengan sifat-sifat baik dalam dirinya.Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan

    manusia dengan segala ciptaannya.

    Rasulullah Saw pernah bersabda maksudnya :

    Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah.Kedua orang tuanyalah yang membuatnya

    menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang musyrik. (Hadis Riwayat Bukhari)

  • Dengan kata lain, manusia yang lahir perlu dan berhajat kepada agama. Oleh itu, agama dan

    manusia tidak boleh dipisahkan.Sifat semula jadi manusia kepada agama sememangnya ada

    pada setiap manusia yang hidup di muka bumi.Agama adalah fitrah iaitu perasaan semulajadi

    yang selaras dengan kejadian asal manusia yang diciptakan Allah S.w.t.

    Selain daripada kecenderungan untuk beragama, manusia juga mempunyai ciri-ciri yang

    semulajadi dalam diri mereka apabila dilahirkan.Antara ciri-ciri tersebut ialah keupayaan untuk

    bertutur.Manusia mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dengan simbol, bahasa atau kata-

    kata.Kecenderungan menggunakan akal dalam segala bentuk amat digalakkan dalam

    Islam.Selain keupayaan untuk bertutur, manusia juga memiliki ciri kecenderungan moral yang

    mana kecenderungan ini amat berkait rapat dengan kecenderungan beragama.Manusia

    mempunyai akal untuk membezakan perkara yang baik dan buruk.Ia juga boleh menguasai

    segala keinginan untuk melakukan sesuatu yang melanggar norma masyarakat. Selai itu,

    manusia juga memiliki kecenderungan untuk hidup bermasyarakat. Manusia sememangnya

    mempunyai kecenderungan untuk bersosialisasi atau bermasyarakat. Mereka tidak mampu

    hidup bersendirian tetapi perlu berusaha untuk menjalin hubungan dengan anggota masyarakat

    yang lain.

    Ahli sarjana Kristian menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu semulajadi

    berdosa, tabula rasa dan innate goodness

    Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan.Justeru,

    tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada dosa

    tersebut.Menurut perjanjian lama / Old Testement, orang Yahudi mengorbankan lembu dan

    kambing untuk membersihkan dosa ini serta untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia.

    Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa.Kanak-kanak diibaratkan

    seperti Blank blanket dan keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.Pada kurun

    berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness.Menurutnya

    pula, kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

    Kesimpulannya, secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat yang baik yang

    dianugerahkan oleh penciptanya.Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebsan untuk

    memeilih serta tahu membezakan antara yang baik dan buruk.

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI

    Kajian mendapati bahawa tingkah laku manusia berdasarkan kepada arahan-arahan gen dalam

    diri manusia dan dipengaruhi oleh baka. Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan oleh ibu

    bapa kepada anak-anaknya melalui gen.Interaksi antara gen-gen menghasilkan keupayaan dan

    kecenderungan kepada manusia untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang,

    beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan dan pengaruh budaya mencungkil potensi

    tersebut daripada himpunan gen dalam diri manusia.

    Perwarisan atau baka ini berlaku melalui proses persenyawaan kromosom yang terdapat dalam

    sel badan manusia. Persenyawaan kromosom ini berlaku apabila sperma lelaki menembusi

    ovum wanita. Persenyawaan ini disebut mitosis dan embrio akan terbentuk dalam tempoh 40

    minggu sehingga lahirnya bayi itu. Semasa proses persenyawaan inilah, bayi akan menerima

    kromosom daripada sperma bapa dan ovum ibu. Setiap kromosom mengandungi gen.gen

    inilah yang akan menentukan keadaan bayi yang akan dilahirkan dan menurunkan ciri-ciri

    kebakaan.

    Fitrah kejadian manusia yang dipengaruhi oleh faktor baka mempengaruhi perbezaan antara

    individu dalam aspek kognitif, fizikal dan emosi.Pengaruh baka dalam sifat semula jadi manusia

    dapat dilihat dalam aspek kehidupan.Sebagai contoh, sifat-sifat manusia atau keupayaan dalam

    melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dipengaruhi oleh baka.Selain itu, faktor keturunan turut

    dilihat membawa kepada sifat semula jadi manusia.Persekitaran turut menyumbang kepada

    perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi.Antara aspek-

    aspek yang mempengaruhi persekitaran ialah latar belakang keluarga, rakan sebaya,

    kebudayaan masyarakat, sumber maklumat dan institusi sekolah.Persekitaran setiap individu

    adalah berbeza-beza mengikut pengalamannya.Ia banyak bergantung kepada perbezaan latar

    belakang keluarga, keagamaan dan lain-lain.

    Latar belakang keluarga merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi perbezaan

    individu.Justeru itu, ibu bapa berperanan mendidik dan mengasuh anak-anak untuk membantu

    tumbesaran yang sempurna.Aspek pemakanan, suasana rumah, kasih sayang dan perhatian

    juga perlu dititiberatkan dalam keluarga.

    Selain itu, rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi setiap

    individu. Rakan sebaya yang baik akan membantu pembentukkan peribadi anak-anak dengan

    baik. Manakala, jika akhlak rakan sebaya tidak baik, ini akan menjejaskan perkembangan

    anak-anak.

    Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menjadi penyumbang kepada pembentukan falsafah

    hidup yang berbeza. Masyarakat yang sihat menjadi lebih bertanggungjawab, memiliki nilai

    moral yang tinggi dan norma hidup yang baik dan mantap.

    Oleh yang demikian, fitrah manusia daripada perspektif biologi berdasarkan kepada aspek-

    aspek seperti baka dan persekitaran menyumbang kepada pembentukan individu.