Fitrah Kejadian Manusia

4
Fitrah Kejadian Manusia mengikut Perspektif Agama Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T di bumi ini. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan ciptaan-Nya yang lain. Menurut Al-Ghazali (1971) Setiap insan mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri sendiri untuk menjadi insan yang bertakwa. Menurutnya lagi, terdapat dua unsur yang berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia dimuka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam Al-Quran ( surah Al- Imran,ayat 19) yang membawa maksud: “Sesungguhnya apa yang diredhai disisi Allah S.W.T hanyalah Islam” Ini bermakna kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Firman Allah dalam surah Al-Zariyat, ayat 51- 56 yang bermaksud: “Dan ingatlah Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepada Ku”. Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi Memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang.

description

perkembangan kanak-kanak

Transcript of Fitrah Kejadian Manusia

Page 1: Fitrah Kejadian Manusia

Fitrah Kejadian Manusia mengikut Perspektif Agama

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T di bumi ini.

Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan ciptaan-Nya yang lain.

Menurut Al-Ghazali (1971)

Setiap insan mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri sendiri untuk menjadi insan yang bertakwa. Menurutnya lagi, terdapat dua unsur yang berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia dimuka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam Al-Quran ( surah Al-Imran,ayat 19) yang membawa maksud:

“Sesungguhnya apa yang diredhai disisi Allah S.W.T hanyalah Islam”

Ini bermakna kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Firman Allah dalam surah Al-Zariyat, ayat 51-56 yang bermaksud:

“Dan ingatlah Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepada Ku”.

Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi

Memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang.

Fitrah kejadian manusia juga mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:

Kognitif – tahap kecerdaan seseorang Fizikal – warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah, dan sebagainya. Emosi – kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Page 2: Fitrah Kejadian Manusia

Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah manusia daripada aspek berikut:

Latarbelakang keluarga Pengaruh rakan sebaya Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Sumber teknologi Guru dan sekolah

Fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan potensi

Potensi –keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang.

Menurut Kamus Dewan (1989) – bermakna kemampuan(mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu) kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju.

Potensi seseorang itu berkembang sejak manusia dilahirkan. Berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk

berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di bumi ini. Merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual,

rohani, emosi dan jasmani.

Manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada dalam dirinya selaras dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah agar mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Potensi Manusia Perkembangan intelek

Perkembangan emosi

Perkembangan jasmani

Perkembangan sosial

Perkembangan rohani

Page 3: Fitrah Kejadian Manusia

Implikasi fitrah kejadian manusia terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap potensi yang ada dalam diri

murid-murid dapat membantu mengembangkannya supaya mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan memainkan

peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia. Jika pendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia itu terus meningkat dan

berkembang.

Merancang strategi untuk mengembangkan potensi pelajar

Mengenalpasti potensi-potensi yang ada pada pelajar

Memberi motivasi kepada pelajar untuk meneruskan potensi-potensi yang ada pada pelajar.

Guru mesti menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.