FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU.pptx

9
FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU 1. Sifat Makna 2. Kelas Makna 3. Lewa !ala" Makna SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Disediakan oleh ASNIN SMERA PP! AMBILAN "EB #$1# BM KUMPULAN #

Transcript of FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU.pptx

FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU1. Sifat Makna2. Kelas Makna 3. Lewah dalam MaknaSEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)

Disediakan olehASNIN OSMERAPPG AMBILAN FEB 2012BM KUMPULAN 2SIFAT MAKNAmerupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.Ciri semantik bermaksud, perkataan-perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing menurut makna perkataan berkenaan.Zaaba (1965) menggolongkan perkataan kepada jenis-jenis yang berikut : Perkataan nama kakak, burung, meja Perkataan perbuatan - ambil, masak, duduk Perkataan sifat (nama) - kecil, besar, tua Perkataan sendi - dengan, dan, oleh Perkataan seruan - aduh, amboi, cis

Fitur semantik ini dapat menjelaskan secara lebih mendalam tentang eleman semantik.Kaedah ini digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata.Analisis ciri semantik menggunakan tanda (+) atau (-). Tanda (+) bermaksud bahawa ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya.Tanda (-) pula menunjukkan bahawa kata itu tidak mempunyai ciri tersebut.

suamiisterikakakabangAdik+ orang+ orang+ orang+ orang+ orang+ dewasa+ dewasa+ dewasa+ dewasa- dewasa+ lelaki- lelaki- lelaki+ lelaki+ lelaki- wanita+ wanita+ wanita- wanita+ wanita+ bapa+ ibu+ kanak-kanakAnalisis Fitur Semantik bagi Kata Manusia

KELAS MAKNAi. Makna emotif Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan.Dengan kata lain, makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.- Contoh : meninggal dunia, mati, wafat, mampus, (membawa maksud sudah meninggal dunia)ii. Makna KonotatifMakna konotatif adalah bersifat negatif. (Fathimah Djajasudarma, 1999:9)Makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan.Tujuannya untuk menegur, memberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan tetapi dalam cara yang sopan agar tidak menyinggung perasaan pihak lain.Contoh : Cantiknya muka macam tu, kata cantik bukan membawa maksud lawa atau indah tetapi makna yang sebaliknya.- Konotatif juga sering dikaitkan dengan peribahasa.- Makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu.- Contoh : bunga dedap, kepala batu, lidah bercabang.

iii. Makna Piktorial menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yang muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.

LEWAH DALAM MAKNADapat didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi. Konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan (Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis).Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut mempunyai unsur kelewahan.Contoh : memperbesarkan, memperolehi sepatutnya memperbesar, memperolehPengulangan kata sendi nama secara berturutan juga merupakan kelewahan seperti selain daripada itu dan demi untuk.