Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 31

Transcript of Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/31

    4531/3 FIZIK 3

    Fizik 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Fizik 3 SPM (4531/3) mengandungi 2 bahagian.

    Bahagian A: Bahagian ini mengandungi 2 soalan yang wajib dijawab oleh calon.

    Bahagian B: Bahagian ini mengandungi 2 soalan berbentuk merancang eksperimendan calon diminta menjawab 1 soalan sahaja.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Calon mempamerkan prestasi yang baik. Sebahagian besar calon menunjukkankemahiran membaca angkup vernier, menjadualkan data, melukis graf, menganalisisgraf dan menyatakan hubungan graf. Namun begitu, masih ada calon yang tidak

    menulis unit apabila menentukan kecerunan dan tidak menulis unit dalam hasilpenghitungan. Untuk kemahiran merancang eksperimen, calon dapat menentukanpembolehubah dengan betul tetapi tidak dapat menghuraikan kaedah eksperimendengan tepat.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon dapat membaca alat pengukur, menjadualkan data, memplotkan graf dengan

    tepat dan juga menguasai kemahiran menganalisis graf. Calon hanya menunjukkansedikit kelemahan sebab tidak menulis unit kecerunan graf dan menyatakan langkahberjaga-jaga eksperimen yang kurang releven. Untuk kemahiran merancangeksperimen, calon dapat menentukan pembolehubah dengan betul dan menulisprosedur eksperimen dengan tepat.

    Kumpulan Sederhana

    Calon dapat membaca alat pengukur, menjadual data dan memplot graf tetapi kurangmantap. Untuk kaedah graf yang diuji, calon dapat mengintrapolasi graf tetapi tidakmenggunakan kaedah yang tepat bagi menentukan kecerunan graf. Calon tidak

    menulis unit pada nilai hasil hitungan terutamanya unit bagi kecerunan. Untukkemahiran merancang eksperimen, calon dapat menentukan pembolehubah denganbetul tetapi tidak menulis prosedur eksperimen dengan tepat.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/31

    Fizik 3 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Rendah

    Calon gagal membaca angkup vernier dengan betul dan menjadualkan data yang

    salah. Calon menggunakan data yang salah untuk memplot graf, akibatnya hubungangraf tidk dapat dinyatakan dengan betul. Calon boleh mengintrapolasi graf tetapimenunjukkan kelemahan semasa menentukan kecerunan graf. Untuk kemahiranmerancang eksperimen, sebilangan kecil calon dapat menentukan pembolehubah yangbetul tetapi tidak menulis prosedur eksperimen dengan tepat.

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1(a)(i)

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasikan dengantepat.

    Soalan 1(a)(ii)

    Ramai juga calon dapat menyatakan pembolehubah bergerakbalas dengan tepat.

    Soalan 1(a)(iii )

    Sebahagian kecil calon tidak menyatakan pembolehubah dimalarkan dengan betul.Calon memberi jawapan yang bukan kuantiti fizik seperti contoh di bawah.

    Contoh

    Soalan 1 (b) (i)

    Sebahagian kecil calon mencatat ralat sifar yang salah seperti contoh di bawah.

    Contoh

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/31

    Fizik 3 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1 (b) (ii )

    Ramai calon boleh menjadualkan data dengan betul, tetapi masih ada calon yang tidak

    mencatat unit pada jadual data. Ada juga calon yang tidak menjadualkan ketiga-tigakuantiti fizik seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1: Jawapan yang betul

    Kuantiti fizik tidak disertai dengan unit dan data yang salah seperti contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/31

    Fizik 3 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Tidak menjadualkan ketiga-tiga kuantiti fizik, kekurangan turus untuk bilangan lilitan, nseperti contoh 3 di bawah.

    Contoh 3

    Soalan 1 (c)

    Ramai calon melukis graf yang betul tetapi masih ada calon melukis graf yangtergantung dan graf yang bukan garisan terbaik seperti contoh 1 dan contoh 2di bawah..

    Contoh 1

    Graf tergantung, paksi tidak dilabel dengan unit dan bilangan titik-titik diplot tidakmencukupi

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/31

    Fizik 3 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/31

    Fizik 3 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 2

    Bukan garisan terbaik

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/31

    Fizik 3 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (a) (i)

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan perubahan kepada X apabila D bertambah

    dengan betul.

    Soalan 2 (a) (ii)

    Sebahagian besar calon menunjukkan kemahiran mengintrapolasi graf.

    Soalan 2 (a) (ii i)

    Kesalahan yang dilakukan oleh ramai calon dalam soalan ini adalah tidak menyatakanunit kecerunan. Sebahagian besar calon menggunakan segitiga yang kecil untukmenentukan kecerunan dan menyatakan jawapan dalam bentuk pecahan .

    Contoh

    Tidak menyatakan unit kecerunan dan jawapan dalam bentuk pecahan.

    Soalan 2 (b)

    Ramai calon tidak memberikan jawapan dalam unit meter mengikut kehendak soalanseperti contoh 1.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/31

    Fizik 3 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 1

    Jawapan salah disebabkan unit

    Jawapan yang betul adalah seperti contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

    Soalan 2 (c) (i)

    Ramai calon dapat memberikan jawapan yang tepat

    Soalan 2 (c) (ii)

    Ramai calon dapat memberikan jawapan yang tepat

    Soalan 2 (d)

    Ramai calon menyatakan langkah berjaga-jaga yang tidak relevan dengan eksperimenseperti dalam contoh di bawah.

    Contoh

    Jawapan yang tidak relevan dengan eksperimen

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/31

    Fizik 3 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BAHAGIAN B

    Soalan 3(a)

    Sebahagian besar calon boleh menyatakan inferens dengan tepat, dengan menyatakanpembolehubah sesuai dengan situasi yang diberi seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian kecil calon tidak dapat menulis inferens dengan tepat, keranamenggunakan pembolehubah yang memberi maksud berbeza dengan situasi sebenarseperti contoh 2 di bawah.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/31

    Fizik 3 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 2

    Sebahagian calon menyatakan inferens yang salah kerana ditulis dalam bentukhubungan antara pembolehubah seperti contoh 3 di bawah.

    Contoh 3

    Soalan 3(b)

    Sebahagian besar calon dapat menulis hipotesis dengan betul seperti contoh 1 dibawah.

    Contoh 1

    Sebahagian calon menulis hipotesis yang salah kerana menggunakan pembolehubahyang tidak boleh diaplikasikan di dalam makmal seperti contoh 2 di bawah.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/31

    Fizik 3 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 2

    Soalan 3(c)(i)

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan tujuan eksperimen dengan tepat

    menggunakan pembolehubah yang dinyatakan dalam hipotesis seperti contoh 1 dibawah.

    Contoh 1

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/31

    Fizik 3 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian calon menyatakan tujuan eksperimen yang tidak tepat keranamenggunakan pembolehubah yang salah seperti contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

    Soalan 3(c)(ii )

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan tepatseperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Ramai calon gagal menyatakan pembolehubah dimalarkan (fixed variable) denganbetul seperti contoh 2 dan 3 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/31

    Fizik 3 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 3

    Soalan 3(c)(iii )

    Sebahagian besar calon dapat menyenaraikan radas dan bahan eksperimen denganbetul sama ada tertera dalam pernyataan atau rajah seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian calon tidak dapat menyenaraikan senarai radas dan bahan yangmencukupi untuk menjalankan penyiasatan tujuan eksperimen yang dinyatakan seperticontoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/31

    Fizik 3 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(c)(iv)

    Terdapat ramai calon berjaya menggambarkan susunan radas eksperimen yangberfungsi dan berlabel seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian besar calon gagal menyatakan atau melukis susunan radas yang lengkapberlabel dan berfungsi seperti contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/31

    Fizik 3 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(c)(v)

    Sebahagian kecil calon berjaya menyatakan kaedah mengawal pembolehubahmanipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan mengulang eksperimen bagiempat nilai pembolehubah manipulasi yang berbeza seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian besar calon menulis prosedur yang panjang tetapi tidak memenuhikehendak soalan dengan prosedur yang salah untuk mengawal pembolehubah

    manipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan tidak mengulang eksperimen

    untuk empat nilai pembolehubah manipulasi seperti contoh 2 di bawah.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/31

    Fizik 3 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/31

    Fizik 3 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(c)(vi)

    Sebahagian besar calon dapat membuat jadual yang lengkap di mana pembolehubahmanipulasi dan bergerakbalas ditulis dengan unit yang betul seperti contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Terdapat ramai calon dapat membuat jadual yang lengkap tetapi denganpembolehubah yang salah seperti contoh 2 dan 3 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/31

    Fizik 3 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 3

    Soalan 3(c)(vii )

    Sebahagian besar calon dapat menunjukkan kaedah analisa data sama ada dalambentuk pernyataan atau lakaran graf dengan paksi yang betul seperti contoh 1 dan 2 dibawah.

    Contoh 1

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/31

    Fizik 3 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ramai calon tidak dapat menunjukkan lakaran graf dengan paksi yang betul sepertijawapan dalam contoh 3 di bawah.

    Contoh 3

    Soalan 4(a)

    Sebahagian besar calon boleh menyatakan inferens dengan tepat, dengan menyatakanpembolehubah sesuai dengan situasi yang diberi seperti jawapan dalam contoh 1 dibawah.

    Contoh 1

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/31

    Fizik 3 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian kecil calon tidak dapat menulis inferens dengan tepat, keranamenggunakan pembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

    Soalan 4(b)

    Sebahagian besar calon dapat menulis hipotesis dengan betul seperti jawapan dalamcontoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian calon menulis hipotesis yang salah kerana menggunakan pembolehubahyang tidak boleh diukur seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/31

    Fizik 3 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(c)(i)

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan tujuan eksperimen dengan tepatmenggunakan pembolehubah yang dinyatakan dalam hipotesis seperti jawapan dalamcontoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian calon menyatakan tujuan eksperimen yang tidak tepat keranamenggunakan pembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/31

    Fizik 3 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(c)(ii )

    Sebahagian besar calon dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan tepatseperti jawapan dalam contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Ramai calon gagal menyatakan pembolehubah bergerakbalas yang boleh diukur danpembolehubah dimalarkan dengan betul seperti jawapan dalam contoh 2 dan 3 dibawah.

    Contoh 2

    Contoh 3

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/31

    Fizik 3 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(c)(iii )

    Sebahagian besar calon dapat menyenaraikan radas dan bahan eksperimen denganbetul sama ada tertera dalam pernyataan atau rajah seperti jawapan dalam contoh 1 dibawah.

    Contoh 1

    Sebahagian calon tidak dapat menyenaraikan senarai radas dan bahan yangmencukupi untuk menjalankan penyiasatan bagi tujuan eksperimen yang dinyatakanseperti jawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/31

    Fizik 3 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(c)(iv)

    Terdapat ramai calon berjaya menggambarkan susunan radas eksperimen yangberfungsi dan berlabel seperti jawapan dalam contoh 1 di bawah.

    Contoh 1

    Sebahagian besar calon gagal menyatakan atau melukis susunan radas yang lengkapberlabel dan berfungsi. dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/31

    Fizik 3 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat ramai calon melukis semula gambarajah dari soalan seperti jawapan sepertijawapan dalam contoh 3 di bawah.

    Contoh 3

    Soalan 4(c)(v)

    Sebahagian besar calon berjaya menyatakan kaedah mengawal pembolehubahmanipulasi, mengukur pembolehubah bergerakbalas dan mengulang eksperimen bagi

    empat nilai pembolehubah manipulasi yang berbeza seperti jawapan dalam contoh 1dan contoh 2 di bawah.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/31

    Fizik 3 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 1

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/31

    Fizik 3 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ramai calon menulis prosedur yang tidak menyatakan bagaimana mengukurpembolehubah bergerakbalas dan tidak mengulang eksperimen untuk empat nilaipembolehubah manipulasi yang berbeza seperti jawapan dalam contoh 3 di bawah.

    Contoh 3

    Soalan 4(c)(vi)

    Sebahagian besar calon dapat membuat jadual yang lengkap dengan menulis

    pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas yang betul seperti jawapan dalam contoh1 di bawah.

    Contoh 1

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/31

    Fizik 3 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat ramai calon dapat membuat jadual yang lengkap tetapi denganpembolehubah yang salah seperti jawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

    Soalan 4(c)(vii )

    Sebahagian besar calon dapat menunjukkan kaedah analisa data sama ada dalambentuk pernyataan atau lakaran graf dengan paksi yang betul seperti jawapan dalamcontoh 1 di bawah.

    Contoh 1

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/31

    Fizik 3 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ramai calon gagal mendapat markah kerana pembolehubah yang salah sepertijawapan dalam contoh 2 di bawah.

    Contoh 2

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/31

    Fizik 3 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Calon perlu menguasai kemahiran membaca alat pengukur yang seringdigunakan di makmal. Menyatakan bacaan dengan menggunakan tempatperpuluhan dan unit yang betul.

    2. Boleh menjadualkan data. Setiap turus data harus dilabel dengan kuantiti fizikdan unitnya. Tempat perpuluhan data mesti konsisten.3. Melukis graf dengan kaedah yang betul seperti pemilihan skala yang sesuai,

    memplot titik-titik dengan tepat dan melukis garisan graf garis lurus terbaik.4. Menguasi kemahiran menganalisis graf seperti membuat ekstrapolasi,

    intrapolasi, menentukan kecerunan dan menyatakan hubungan graf. Calon harusmenggunakan segi tiga yang cukup besar semasa menentukan kecerunan sertamenyatakan unit kecerunan.

    5. Langkah berjaga-jaga yang diberikan oleh calon mesti sesuai dan dapatmeningkatkan kejituan eksperimen.

    6. Calon mesti mengkaji situasi soalan dengan teliti untuk menyatakan inferens

    yang sesuai, menentukan pembolehubah dan hipotesis yang betul bagi situasiyang berkaitan.7. Senaraikan alat radas dengan lengkap dan mencukupi untuk mengukur semua

    pembolehubah yang dinyatakan.8. Pastikan susunan radas berfungsi dan boleh mengukur pebolehubah.9. Prosedur eksperimen hendaklah jelas dengan cara memperolehi pembolehubah

    manipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.10. Ulang eksperimen untuk empat set bacaan lagi supaya memperolehi minima lima

    set data.11. Jadual hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai dua lajur dan baris dengan

    tajuk pembolehubah manipulasi dan pembulehubah bergerakbalas.12. Untuk analisis data, cadangkan pernyataan atau graf yang sepadan dengan

    pembolehubah yang digunakan.13. Calon hendaklah menguasai semua konstruk yang diuji dalam PEKA.

  • 7/27/2019 Fizik K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/31

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Guru harus memberi lebih peluang kepada pelajar menggunakan alat pengukurdan menjalankan eksperimen. Pelajar harus menguasai kemahiran yangtersenarai dalam konstruk PEKA.

    2. Berikan penekanan terhadap kejituan setiap alat pengukur yang ada di dalammakmal.3. Latih pelajar memerhati pelbagai situasi di luar makmal dan hubungkaitkan

    dengan eksperimen yang sesuai dalam makmal.4. Melatih pelajar untuk menganalisis graf secara lebih terperinci merujuk kepada

    pelbagai bentuk graf termasuk ekstrapolasi, intrapolasi dan kaedah menentukandan mengira kecerunan dengan unit yang betul.

    5. Guru perlu melatih pelajar merancang eskperimen secara terperinci dengan ayatyang betul.

    6. Eksperimen yang tidak dapat dilakukan dalam makmal harus dibincangkandengan pelajar secara teori.

    7. Lebih perihatin terhadap fakta asas fizik semasa penandaan kertas ujian danpeperiksaan.