FIZIKAL
-
Upload
sarimah-eimah -
Category
Documents
-
view
75 -
download
3
description
Transcript of FIZIKAL
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN FIZIKAL
• Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian – bahagian badan, fungsi anggota – anggota
badan dan perawakan manusia.( Woolfolk & Margetts,2007).
• Perubahan – perubahan yang berlaku mempengaruhi tingkah laku kanak
–kanak secara langsung dan tidak langsung. (Hurlock,1978).
• Perkembangan kanak – kanak membolehkan mereka melakukan
sesuatu aktiviti bersama – sama dengan rakan sebaya mereka.
• Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi
asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
PENGENALAN
Prinsip asas dalam perkembangan fizikal ada empat iaitu :
1. Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki 2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan
berterusan ke luar.3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik4. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL
Saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti
dengan perkembangan badan, kaki, dan tangan.
Dalam tempoh 2 bulan, bayi dapat mengawal pergerakan
kepala dan ekspresi muka.
Kemudian boleh meniarap dan mengangkat badannya
menggunakan lengan dan pada usia 6 – 12 bulan, bayi
dapat mengawal kaki, dapat merangkak, berdiri dan
berjalan.
1. PERKEMBANGAN BERMULA DARIPADA KEPALA DAN BERANSUR KE KAKI .
Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar
badan.
Peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu
sebelum kaki dan tangan.
Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir
perkembangan fizikal badan. Bayi juga masih tidak dapat mengawal otot-
otot tangannya.
Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua2 tangan
untuk menggengam objek. Kemudian barulah dapat menggengam
objek dengan sebelah tangan.
2. ARAH PERKEMBANGAN BERLAKU DARIPADA TENGAH BADAN DAN BERTERUSAN KE LUAR.
3. KEBOLEHAN BAYI BERTAMBAH JELAS DAN SPESIFIK
Contohnya , jika kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi
akan menangis dengan kuat.
Kemudian jika perkara yang sama berlaku, bayi sudah
boleh menunjukkan kepada kawasan kepalanya yang
sakit.
Apabila menguasai kebolehan berbahasa, bayi sudah
dapat memberitahu kepalanya yang sakit.
Bahu mengambil masa yang lama untuk berkembang
berbanding kawasan kaki dan tangan semasa
peringkat remaja.
4. ASPEK BERBEZA BERKEMBANG PADA TAHAP YANG BERBEZA.
PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL
KANAK – KANAK
PRENATAL
BAYI
KANAK – KANAK
AWAL REMAJA
PRENATAL
Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan.Setiap
wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua2 ovarinya. Ovum
yang tersimpan akan memasuki tiub falopia yang dinamakan proses ovulusi.
Ovum yg disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.
Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbeza menghasilkan
kembar dwizigot ( kembar bersaudara).
Jika ovum yg disenyawakan oleh sperma bercerai kpd dua
bahagian, maka kembar monozigot atau kembar serupa terhasil.
Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada tiga fasa
iaitu pembenihan, embrio, dan fetal.
Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada
dinding rahim. ( berlaku selama 2 minggu)
Zigot kemudian bergerak ke rahim. Zigot kemudiannya akan mengalami
proses pembahagian sel atau mitosis.
Sel-sel baru yg terbentuk akan menjadi bahagian2 sistem saraf, otak, organ
dan bahagian2 lain. Sel-sel ini juga akan menerima salinan gen yg
mengandungi DNA yg diperturunkan drp ibu bapa.
Perkara ini menyebabkan tidak ada dua individu yg mempunyai baka yg
sama kecuali kembar serupa yg berasal drp zigot yg sama.
1. FASA PEMBENIHAN
• Fasa ini bermula dr minggu ketiga hingga kelapan selepas persenyawaan. Pada fasa ini, organisma yg terbentuk dipanggil embrio.
• Minggu ke4 – perkembangan otak,mata, telinga, dan mulut terbentuk.
• Minggu ke8 – embrio mempunyai sistem organ yg asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat.
• Tali pusat memainkan peranan yg penting tetapi juga bertanggungjawab ke ats sebarang kecacatan yg kmungkinan berlaku ke atas bayi. Perkembangan yg agak pesat berlaku pada frasa ini.
2. FASA EMBRIO
2. Fasa Embrio
Fasa ini bermula dr minggu ketiga hingga kelapan selepas
persenyawaan. Pada fasa ini, organisma yg terbentuk
dipanggil embrio.
Minggu ke4 – perkembangan otak,mata, telinga, dan mulut
terbentuk.
Minggu ke8 – embrio mempunyai sistem organ yg asas,
rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima
makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat.
Tali pusat memainkan peranan yg penting tetapi juga
bertanggungjawab ke ats sebarang kecacatan yg
kmungkinan berlaku ke atas bayi. Perkembangan yg agak
pesat berlaku pada frasa ini.
Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi.
Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama bertambah saiz, otot serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.
Bulan ke 3 hingga 6 – pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi.
Bulan ke 7- jika bayi lahir, mempunyai peluang untuk hidup tetapi mengalami masalah pernafasan.
Berat badan dan panjang bayi juga bertambah dan mengubah kedudukan kepala pada dasar rahim.
3. FASA FETAL
BAYI
PERKEMBANGAN BAYI DARI LAHIR HINGGA DUA TAHUN
Perkembangan fizikal peringkat bayi merujuk kepada perkembangan motor
yang merangkumi kemahiran 2 kordinasi untuk untuk menjalankan aktiviti 2 fizikal.
Antara Kemahiran motor asas ialah memegang , menyedut , menghisap ,
memanipulasi objek , duduk , merangkak , berjalan , berlari , melompat dan
sebagainya.
Manakala perkembangan fizikal yang merangkumi perkembangan sensori ,
khasnya penglihatan dan pendengaran.
Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau
bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik.
Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta
kaki.
Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
Pada umur enam minggu, bayi boleh tersenyum.
Lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
Tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut
dalam tempoh sekejap.
Sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran
pendengarannya.
UMUR 0 HINGGA 3 BULAN
SEHARI
SEMINGGU
2 BULAN
3 BULAN
Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang
dan sebaliknya.
Boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
Memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
Mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan
memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya.
Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
UMUR 3 HINGGA 6 BULAN
4 BULAN
4 BULAN
Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan
lutut.
Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
Bayi juga mulai merangkak.
Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari
telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
Boleh berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak,
meja dan sebagainya.
Berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas
tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang
kemahirannya bercakap.
UMUR 6 HINGGA 9 BULAN
6 BULAN
7 BULAN
8 BULAN
Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa
bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41
minggu.
Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek
yang lebih besar seperti bola.
Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan
cermat.
Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa
dan adik-beradik.
Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’. Bayi gemar
bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya
menjadi lebih fokus ketika melihat.
UMUR 9 HINGGA 12 BULAN
9 BULAN 10 BULAN
11 BULAN
Pada peringkat ini kanak – kanak biasanya sudah pandai berkata –
kata.
Contohnya. “Mana mama?”
Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka
cakapkan itu.
Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama
objek- objek yang ada di dalamnya.
Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
Sudah pandai melukis.
Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang
kemahirannya memegang sesuatu benda.
UMUR 12 HINGGA 24 BULAN
1 TAHUN
KANAK – KANAK
AWAL KANAK - KANAK
• 2 – 5 TAHUN
PERTENGAHAN
• 6 – 8 TAHUN
PERINGKAT
AKHIR
• 9 – 11 TAHUN
DIBAHAGIKAN KEPADA 3 PERINGKAT :
1. Kadar pertumbuhan fizikal perlahan pd peringkat ini jika dibanding dgn
pertumbuhan pd tahun pertama kanak-kanak tersebut.
2. Ketinggiannya 2 kali bertambah berbanding semasa dilahirkan & berat badannya
4 kali ganda.
3. Otot-otot besar sudah berkembang tapi otot halus belum berkembang dgn
sempurna.
4. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat
berbanding kana-kanak lelaki pd peringkat ini.
5. Perubahan dlm psikomotor ini mengikut aturan, seperti kanak-kanak boleh
berjalan dahulu sebelum berlari.
AWAL KANAK-KANAK (2-6 TAHUN)
6. JADUAL MENUNJUKKAN SECARA RINGKAS PERKEMBANGAN KANAK2.
Umur (Tahun)
Perkembangan fizikal (sensori-motor)
2 HINGGA 3 Menmbh berat & tinggi dgn kdr lebih perlahan dr umur 1 – 2 tahun. Koordinasi berjln baik. Pkmbgn kmhrn berlari ,mlompat,mlontar dan menangkap. Blh memakai & menanggal bj yg longgar. Blh mgunakan sudu.
3 HINGGA 4 Koordinasi berjln btmbh baik. Kmhrn berlari ,mlompat,mlontar dan menangkap lebih berkesan. Menaiki & menurun tangga tanpa bantuan
5 HINGGA 6 Tbh btmbh tggi.Gigi tmbh ptama reput. kmhrn motor kasar btmbh dgn laju.Mnunjukkan pola melontar & melonjak. Boleh memakai kasut,melukis gmbr yg kompleks.
6 HINGGA 8 Berat dan tinggi btmbh dgn plahan hingga peringkat remaja.Gigi beransur berganti dgn gigi kekalPenulisan lebih baik.
2 TAHUN
Implikasi kepada pengajaran & pembelajaran dalam kelas
Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yg perlu.
Bantuan yg berlebihan akan mengalakkan pergantungan kanak-kanak kpd ibubapa/guru & menimbulkn perasaan kurang yakin.
Mereka akan mendapat kepuasan jika berjaya melakukan sesuatu dgn sendiri.
Elakkn membanding antara mereka kerana tahap perkembangan mereka berbeza.
Guru boleh menyediakn aktiviti permainan seperti bola dan lain2 kerana mereka aktif pd tahap begini.
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil
dan tidak begitu pesat.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan
diganti.
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga
10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun.
KANAK – KANAK ( 7-12 TAHUN)
Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10-12 tahun dan mencapai
tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Umumnya kanak-kanak menjadi semakin kurus.
Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.
Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik.
IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS
Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.
Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bola sepak manakala permainan bola jaring untuk pelajar perempuan.
Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.
AWAL REMAJA( 12 - 15
TAHUN )
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi.
Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya.
Manakala bagi lelaki pula akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’.
Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama.
UMUR LELAKI PEREMPUAN
12 – 15 Tahun Bermula pertumbuhanBermula memancut sperma.Kesedaran orientasi seksual.Suara menjadi kasar lemak berkurang , otot menjadi lebih kuat.Prestasi kemahiran motor bertambah secara dramatik.
Bermula haidDitambah lebih lemak daripada otot. mencapai puncak pertumbuhan. prestasi kemahiran motor berkurang.
JADUAL MENGHURAIAKN SECARA RINGKAS PERKEMBANGAN FIZIKAL (SENSORI MOTOR ) AWAL REMAJA.
IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS
Guru boleh merancang dan melaksana aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja
menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya.
Guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Ini kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan
fizikal dan bentuk badan.
Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.
Akil baligh juga menandakan kematangan dari segi seksual.
Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja
membincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku
dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang
tepat.
Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-
perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan
dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran di sekolah
KESIMPULAN Setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu
daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan
perkembangan otak seorang manusia itu.
Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan
tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-
kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan
lagi.
Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan
tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dan kita juga
dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan
tahap umur mereka