Flyers Tid 2012

download Flyers Tid 2012

of 3

Transcript of Flyers Tid 2012

  • 7/27/2019 Flyers Tid 2012

    1/3

    BAHAGIAN SUKAN, SENI & KOKURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN(TID)

    APAKAH TID?

    # PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG UNTUKMEMILIH BAKAL-BAKAL ATLIT YANG BERBAKAT

    UNTUK DISERAPKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH

    SUKAN.

    MATLAMAT# MENGENALPASTI ATLIT YANG BENAR-BENAR

    BERKEBOLEHAN DARI PERINGKAT AWAL.

    UJIAN-UJIAN TID PERINGKAT SEKOLAHUJIAN ANTHROPOMETRIK1. KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

    2. KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)

    3. PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

    4. BERAT BADAN

    UJIAN KECERGASAN5. LARI PECUT 40 METER.6. JANGKAUAN MELUNJUR

    7. LARI ULANG ALIK (1O METER)8. LOMPAT JAUH BERDIRI

    UJIAN 1 - KETINGGIAN BERDIRI

    (STANDING HEIGHT)

    TUJUAN : Untuk mendapat ukuran ketinggian

    murid semasa posisi

    berdiri.

    PROSEDUR- Pita ukur dilekatkan secara menegak di

    permukaan dinding yang rata setinggi dua (2)meter.

    - Murid berdiri membelakangkan dinding dengan

    kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam

    keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada ditengah-tengah belakang badan tanpa memakaialas kaki.

    - Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat

    sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat

    di sisi peha.

    - Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas,tahan nafas, dan memandang kehadapan.

    - Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaanlantai hingga ke bahagian paling atas kepala.

    Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan

    papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat

    pada dinding (90 darjah) secara menegak(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala.

    (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasaukuran diambil).

    - Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.

    - Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada

    0.1cm.

    UJIAN 2 - KETINGGIAN DUDUK (SITTING

    HEIGHT)

    TUJUAN : Untuk mendapat nisbah (panjang kaki)ukuran bahagian

    atas dan bawah badan semasa posisi duduk

    melunjur.

    PROSEDUR

    - Pita ukur dilekatkan secara menegak

    dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2)meter.

    - Murid duduk membelakangkan dinding dengan

    posisi kepala, bahu dan punggung berada dalamkeadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di

    tengah-tengah belakang badan.- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat

    dan melunjur dengan lurus.

    - Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas,tahan nafas dan memandang ke hadapan.

    - Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan

    lantai hingga ke bahagian paling atas kepala.

    Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikanclipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat

    pada dinding (90 darjah) secara menegak

    (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala(Pastikan punggung murid tidak terangkat

    semasa ukuran dibuat).- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

    - Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada

    0.1cm

  • 7/27/2019 Flyers Tid 2012

    2/3

    UJIAN 3 - PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

    TUJUAN : Untuk mendapat ukuran panjang,lengan semasa

    mendepa.

    PROSEDUR- Pita ukur dilekatkan secara melintang di

    permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3)meter. Bacaan sifar (0) pada pita ukur

    hendaklah dilekatkan berada pada (1) penjurudinding.

    - Murid berdiri membelakangkan dinding dengan

    posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam

    keadaan rapat ke dinding. Ke dua belah kakiberada dalam posisi rapat.

    - Murid mendepakan kedua tangan pada paras

    bahu dan ianya selari dengan pita ukur yang

    dilekatkan secara melintang di permukaan

    dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke

    hadapan.- Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki

    menarik nafas dan tahan nafas serta memandangke hadapan.

    - Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari

    tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari

    tangan kanan (Jika ada kecacatan anggotatangan, ukur pada bahagian paling hujung

    anggota tanagan). Untuk mendapatkan bacaanyang tepat, pastikan papan klip A4 diletakkan

    rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak

    di bahagian hujung jari yang bertentangan

    dengan jari di hujung penjuru dinding.- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

    UJIAN 4 - BERAT BADAN

    TUJUAN : Untuk mendapat bacaan berat badan.

    PROSEDUR- Alat penimbang diletakkan di atas permukaan

    lantai yang rata.

    - Pastikan jarum alat penimbang berat bermula

    pada skala sifar (0).

    - Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiridalam posisi menegak di tengah-tengah alat

    penimbang tanpa alas kaki dan memandang kehadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian

    yang ringan).

    - Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada0.5kg.

    - Berasa tidak selesa- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan

    penanda kedua

    - Tumit terangkat

    UJIAN 5 - LARI PECUT 40 METER.

    TUJUAN : Untuk mendapat catatan masa bagimengukur kepantasan.

    PROSEDUR

    - Tandakan garisan permulaan dan penamatdengan jelas untuk jarak 40 meter. Letakkan

    dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaandan garisan penamat.

    - Murid memulakan larian dengan posisi berdiri

    standing start dalam keadaan sebelah kaki

    dominan berada di belakang garisan permulaan.(Dibantu oleh seorang pembantu pelepas).

    - Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan

    permulaan. Pelepas akan memberi isyarat sediadengan mengangkat tangan lurus dengan

    bendera pada paras bahu.

    - Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa)sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke

    bawah.- Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan

    semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak

    dibenarkan.

    - Setiap murid diberi dua (2) percubaan.- Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil

    hampir kepada 0.01 saat.

    **(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang

    setiap kali sahaja)

  • 7/27/2019 Flyers Tid 2012

    3/3

    UJIAN 6 - JANGKAUAN MELUNJUR

    TUJUAN : Untuk mengukur tahap kelenturan dankelembutan sendi pinggul, trunk, otot belakang

    dan belakang paha (hamstring).

    PROSEDUR- Murid duduk melunjur tanpa kasut.

    - Tumit kaki di letak di belakang penanda 25cm.

    - Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.

    Rakan memegang lutut.

    - Tapak tangan kanana ditindih di atas belakangtapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari

    tengah hendaklah sama.

    - Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tanganperlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita

    pengukur.- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat

    tanpa menyentap.- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.

    Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.

    Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.

    - Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

    - Murid yang membantu memegang lutut pelakutidak menganggu pelaku.

    UJIAN 7 - LARI ULANG ALIK (1O METER)

    TUJUAN : Untuk mengukur tahap ketangkasandalam catatan masa yang paling singkat.

    PROSEDUR- Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10

    meter.

    - Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara

    dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)- Murid berdiri di belakang garisan yang

    bertentangan dengan garisan yang diletakkan

    dua (2) bongkah kayu tersebut.- Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan

    berlari menuju ke garisan yang telah diletakkanbongkah kayu, ambil satu daripada dua (2)

    bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke

    garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang

    pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm

    di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisanyang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu

    dan berlari semula ke garisan permulaan untukmenamatkan lari ulang alik 10 meter.

    - Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan

    semasa mengambil dan meletakkan bongkahkayu.

    - Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawaimemberi isyarat mula sehingga torso muridmelepasi garisan setelah selesai mengambil

    bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di

    atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)

    - Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kalimengikut giliran.

    - Pemarkahan: Catatan masa terpantas diambil

    hampir kepada 0.1 saat**Nota :Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /

    terjatuh,semasa berlari, larian perlu dihentikandan ujian perlu dibuat semula.

    UJIAN 8 - LOMPAT JAUH BERDIRI

    TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatan

    kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.

    PROSEDUR

    - Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pitaukur pada lantai yang rata dengan tanda sifar (0)

    tepat berada di garisan permulaan.

    - Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan danbuka kaki seluas bahu. (tidak memijak / berdiri

    terlalu jauh dari gaisan).- Murid berdiri di hujung bebola kaki.

    - Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh

    mungkin dengan bantuan hayunan tangan.

    - Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana

    bahagian tumit yang paling belakang semasamendarat dan skor diambil berdasarkan jarak

    lompatan yang terbaik.

    - Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kaliberturut-turut.

    - Murid diwajibkan memakai kasut sukan.- Pemarkahan:Bacaan diambil hampir kepada

    0.1sm.