Folio Arab Spring

9
1.0 PENGENALAN 1.1 2.0 PUNCA TERCETUSNYA ARAB SPRING 3.0 KRONOLOGI PERISTIWA ARAB SPRING 3.1 5 Penguasa yang Terguling dalam `Arab Spring 3.1.1. Zine El Abidine Ben Ali Tunisia Revolusi Arab Spring bermula dari kisah penjual buah di Tunisia. Mohamed Bouazizi namanya. Ia adalah peniaga dengan pendapatan minimum Rp 1.3 juta dan perlu menyara 8 ahli keluarganya. Alih-alih mendapatkan bantuan daripada kerajaan, Bouazizi malah menjadi mangsa pemerintahan kuku besi dari aparat pemerintah. Hanya kerana tidak mampu membayar wang pelicin, lelaki ini habis diusir pegawai kerajaan tempatan. Ia juga dipentung dan dipukul. Kesal dengan ketidakadilan tersebut, Bouazizi melancarkan aksi protes ekstrem dengan membakar diri. Pada 17 Disember 2010, lelaki ini menyiram tubuhnya dengan petrol lalu menyalakan korek api. Aksinya itu membuat nyawanya harus melayang. Ia mengalami luka bakar parah. Hampir seluruh tubunya atau sekitar 90 peratus terbakar. Pada

Transcript of Folio Arab Spring

Page 1: Folio Arab Spring

1.0 PENGENALAN

1.1

2.0 PUNCA TERCETUSNYA ARAB SPRING

3.0 KRONOLOGI PERISTIWA ARAB SPRING

3.1 5 Penguasa yang Terguling dalam `Arab Spring

3.1.1. Zine El Abidine Ben Ali

Tunisia Revolusi Arab Spring bermula dari kisah penjual buah di Tunisia. Mohamed

Bouazizi namanya. Ia adalah peniaga dengan pendapatan minimum Rp 1.3 juta dan perlu

menyara 8 ahli keluarganya. Alih-alih mendapatkan bantuan daripada kerajaan, Bouazizi

malah menjadi mangsa pemerintahan kuku besi dari aparat pemerintah. Hanya kerana tidak

mampu membayar wang pelicin, lelaki ini habis diusir pegawai kerajaan tempatan. Ia juga

dipentung dan dipukul. Kesal dengan ketidakadilan tersebut, Bouazizi melancarkan aksi

protes ekstrem dengan membakar diri. Pada 17 Disember 2010, lelaki ini menyiram

tubuhnya dengan petrol lalu menyalakan korek api. Aksinya itu membuat nyawanya harus

melayang. Ia mengalami luka bakar parah. Hampir seluruh tubunya atau sekitar 90 peratus

terbakar. Pada akhirnya, ia meninggal pada 5 Januari 2011. Sejak saat ini, kemarahan

awam tersulut. Kematian Bouazizi melecut protes rakyat pada kerajaan. Melalui sosial

media, aksi protes digalang hingga membuat Presiden Zine El Abidine Ben Ali tumbang

selepas 23 tahun berkuasa. Ia kemudian kabur ke Arab Saudi pada 14 Januari 2011. Ben Ali

kemudian dijatuhi hukuman tambahan 20 tahun penjara oleh mahkamah tentera negara

tersebut pada 13 Jun 2012. Ben dianggap bersalah akibat mengambil keputusan yang

mengakibatkan terbunuhnya 4 orang dalam kes yang dikenali sebagai Ouardanine. Selain

Page 2: Folio Arab Spring

hukuman dari mahkamah tentera, Ben Ali dijatuhi hukuman 66 tahun penjara oleh

mahkamah sivil. Ia dihukum akibat tuduhan melakukan perdagangan senjata haram dan

penyalahgunaan dana awam

3.1.2. Hosni Mubarak

Mesir Dari Tunisia, revolusi menjalar ke negara jiran, Mesir. Unjuk rasa untuk melawan sang

diktator Hosni Mubarak digelar sekaligus merayakan Hari Polis Mesir - peringatan atas

terbunuhnya 50 polis di Mesir oleh Inggeris. Demonstrasi merebak begitu cepat melalui

bantuan media sosial. Kekuatan terus bertambah. Umat Muslim dan Kristian bersatu hingga

bikin aparat pemerintah kucar-kacir. Kerajaan cuba mengancam para pemberontak dengan

menyatakan dibantu pihak asing untuk menghalang penunjuk perasaan. Namun massa

kumpulan penentang itu tidak takut. Demonstrasi tetap berjalan. Hingga pada hari ke-18

atau tepatnya pada tanggal 11 Februari 2011, Presiden Mubarak menyerah dan

menyerahkan kuasanya kepada tentera. Diktator yang telah duduk di singgahsana selama

30 tahun itu berjaya ditumbangkan. Kini Mubarak tengah menjalani rawatan sambil

menjalani proses undang-undang yang menjeratnya. Pada akhir Disember 2012, ia

dipindahkan dari rumah sakit tahanan ke rumah sakit tentera di Mesir, kerana keadaannya

semakin memburuk setelah tergelincir di bilik mandi

3.1.3. Muammar Gaddafi

Page 3: Folio Arab Spring

Libya Kebangkitan rakyat Timur Tengah juga merembet ke Libya. Sebahagian besar rakyat

bersatu untuk menumbangkan Presiden Muammar Gaddafi.

Aksi demonstrasi pertama kali digelar di bandar Benghazi pada 15 Februari 2011. Tentera

kerajaan dikerahkan untuk menghalang massa. Alih-alih reda, tunjuk perasaan justeru

merebak ke Ibukota Tripoli. Putra Gaddafi, Saif al-Islam Gaddafi mengimbau agar rusuhan

tidak dilanjutkan kerana boleh mencetuskan perang saudara. Tapi tetap saja aksi protes

berterusan. Terus menerus konflik berlangsung antara kubu rakyat pemberontak dan aparat

pemerintah. Semakin rumit, pihak asing pun turut campur. Meski PBB mengeluarkan

resolusi larangan terbang di Libya pada 17 Mac 2011, Perancis, Inggeris dan Amerika

Syarikat malah menjatuhkan bom di negara tersebut untuk melawan serangan tentera

Gaddafi. Mendapat sokongan negara asing, pemberontak semakin kuat. Satu demi satu

bandar di Libya berjaya dikuasai. Khadafi kemudian hijrah ke bandar yang lebih selamat

hingga pada akhirnya diktator tersebut tewas dibunuh di Bandar Sirte, selepas lebih dari 40

tahun berkuasa

3.1.4. Ali Abdullah Saleh - Yaman Arab Spring di negeri jiran membuat warga Yaman

dinyalakan untuk melakukan perkara sama. Pada 27 Januari 2011, kira-kira 16 ribu rakyat

berkumpul di pusat ibu negara. Meminta Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah berkuasa

selama 33 tahun itu berundur. Mundurnya Mubarak pada 11 Februari 2011 membuat rakyat

semakin berusaha untuk menjatuhkan Saleh. Sang penguasa sudah cuba menenangkan

rakyat dengan berjanji tidak akan mengikut pilihan raya selanjutnya. Namun tak berhasil.

Aksi protes tetap berjalan. Malah semakin menjadi-jadi sampai berbulan-bulan. Rakyat

berkumpul di depan istana demi menurunkan Saleh. Dan pada akhirnya pemimpin tersebut

berundur setelah mengeluarkan perintah, memberi kuasa kepada Naib Presiden Abd al-Rab

Mansur al-Hadi. Kemudian Saleh menandatangani pemindahan kuasa pada 23 November

2011.

3.1.5. Mohammed Morsi – Mesir

Page 4: Folio Arab Spring

"Game Over", begitu tulisan hasil kumpulan sinar laser yang ditonjolkan para demonstran di

Lapangan Tahrir, Rabu 3 Julai 2013 malam, sebagai petanda Presiden Mesir Mohammed Morsi

rasmi digulingkan kekuatan tentera yang dipimpin Jeneral Besar Abdel Fattah al-Sisi . Rangkaian

penggulingan ini bermula usai Morsi mengeluarkan perintah presiden yang kontroversi. Kira-kira

begini bunyinya: "Kekebalan undang-undang bagi semua keputusan presiden." Sejak itu, revolusi 25

Januari 2011 yang melengserkan Mubarak seperti tak ada gunanya. Sebab Morsi undian tidak

menjalankan demokrasi penuh selepas mengeluarkan perintah kebal undang-undang itu. 'Senario'

penggulingan terus berlanjut. Sepuluh menteri Mesir mengajukan pengunduran diri selepas berlaku

tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan Presiden Mohammed Morsi. Namun,

Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil menolak pengunduran diri para menteri tersebut. Tak lama

kemudian, tentera Mesir memberikan kata dua kepada semua kekuatan politik di negeri itu. Tentera

memberikan masa 48 jam sejak Isnin 1 Julai malam untuk semua pihak, penentang dan penyokong

Morsi, untuk menyelesaikan konflik mereka. Jika tidak, tentera akan turun tangan. Tarikh akhir

ultimatum telah habis. 48 Jam telah berlalu sejak ultimatum diumumkan. Namun keadaan tetap

tegang tak terkawal. Artinya, sudah waktunya bagi tentera untuk bertindak menyelesaikan

semuanya. Di bawah komando Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi, tentera mengambil alih kuasa Presiden

Morsi. Transisi politik ini diumumkan langsung oleh al-Sisi selepas bertemu dengan beberapa

pemimpin politik, pemimpin agama, dan pemimpin muda. Jurucakap Ikhwanul Muslimin - parti yang

membesarkan Morsi - gehad El-Haddad menyatakan, Morsi saat ini tengah mendekam di tahanan

rumah di Markas Pengawal Republik, Kaherah. Ia kemudian dipindah ke Pejabat Menteri

Pertahanan. 

Page 5: Folio Arab Spring

4.0 KESAN

4.1 Pertama : Dari Sudut Antarabangsa:

1. Hakikat pertembungan ialah pertembungan antara projek Islam dan projek Barat yang

didominasikan oleh Yahudi dan USA. Analisis ini diperkuatkan dengan kenyataan yang

menyebut usaha campuratangan USA untuk menjatuhkan identiti Islam telah dimulakan

sejak tahun 2008 melalui gerakan liberalis atas nama Alliance of Youth Movement aktivis

gerakan Massa Mesir yang telah mengadakan pertemuan di New York. Agenda mereka ialah

menggunakan media sosial seperti Youtube, Facebook, MTV, Google dan sebagainya

menuntut pembaharuan dan kebebasan hak asasi. Tokoh yang ditonjolkan pula ialah

Muhamad al-Baradie seorang anak didik USA dan pemegang amanah International Crisis

Group dibawah tajaan kewangan oleh National Endownment for Democracy [NED].

2. Zionis atau Israel tidak akan membenarkan mana-mana kerajaan atau pemerintah yang

menggugat kepentingan Israel di Asia Barat. Kemenangan Mursi dan jalur Islamis pasca

Arab Spring  mengecewakan pihak Israel. Langkah terbaik menyekat dan memusnahkan

kerajaan ini. Mesir adalah pusatnya kerana laluan ke Palestin adalah dari arah Mesir.

Kerajaan Mursi yang pro Hamas menyukarkan Israel. Ini kerana sepanjang Presiden Mursi

mengambil alih pasca revolusi selepas menang lebih 52 % sokongan , tiada pertemuan

perjanjian damai dengan pihak Israel. Bahkan Mesir menjadi rumah penyelamat buat rakyat

Palestin.

3. USA terancam dan tergugat kepentingannya terutama melibatkan kepentingan ekonomi

dan percaturannya di Asia Barat. Dasar lunak Mursi ke negara-negara timur untuk

menjalankan pelaburan perniagaan menyebabkan masa depan ekonomi USA dan

cengkamanya terhadap kekayaan Mesir lemah .Maka  penggulingan dan rampasan kuasa

serta penyembunyian Mursi menggembirakan pihak USA dan memberikan reputasi negative

kepada IM. Sebenarnya USA takut dengan ideologi perjuangan Islam yang dibawa IM akan

memberikan kesan besar kepada negara bersekitaran.

4. Kegagalan OIC dalam memberikan tekanan kepada regim kudeta tentera dan kelesuan

suara umat Islam bersatu untuk menentang kekuatan mustakbirin USA dan Zionis.

Hakikatnya umat Islam lemah dan pemimpin umat Islam menjadi boneka USA dan Yahudi.

5. Revolusi pertama adalah revolusi menjatuhkan sistem tirani diktator tetapi kebangkitan

kedua menentang regim tentera adalah ‘thaurah tamaiyuz’ untuk membezakan pejuang

tulen dan pejuang palsu.

Page 6: Folio Arab Spring

4.2 Kedua : Dari Sudut Serantau

1. Negara-negara teluk seperti Arab Saudi mengisytiharkan sokongan kepada rejim kudeta

kerana untuk memastikan kelangsungan system monarki beraja. Kebaculan kerajaan beraja

teluk kerana perjuangan IM boleh mengancam kedudukan mereka dan membawa

kebangkitan rakyat menolak sistem diktator beraja jika dibiarkan Mursi memerintah. Oleh

sebab itu mereka memberikan sumbangan dana yang banyak kepada kerajaan kudeta.

2. Amerika juga tidak mahu kepentingan mereka di negara-negara teluk terutama Negara-

negara ini menjadi pengkalan tentera Amerika. Peristiwa Perang Teluk antara Iraq- Kuwait

cukup menafsirkan agenda tersirat USA di rantau Asia Barat.

3. Pengaruh pemikiran IM akan menjalar ke negara –negara teluk dan serantau dan ini

menggugat status quo system yang sedia ada. Sejarah pernah menyatakan sesiapa yang

menguasai Mesir bermakna ia menguasai kekuasaan dunia. Mesir berada di titik kekuasaan

geopolitik dan geoekonomi dunia.

4.3 Ketiga : Dari Sudut Mesir

1. Kerajaan kudeta tentera adalah kerajaan haram dan menjadi boneka Barat. Membenarkan

terus kerajaan ini bermakna membenarkan imperialis barat campurtangan urusan Negara

Mesir.

2. Yahudi atas nama Israel merasa terancam kerana Mesir menjadi pintu masuk bantuan

sokongan dan kewangan kepada pejuang Palestin. Jika berterusan menggugat kestabilan

Israel. Penubuhan Israel sendiri untuk menyekat kebangkitan Islam di Asia Barat terutama

Mesir yang menjadi ibu gerakan Islam.

3. Mesir menuju ke zaman gelap dengan kembali mengekalkan semula penguasaan tentera.

Penguasaan tentera ini disokong oleh anak-anak muda Tamarood, sekularis, liberalis yang

dibelakang mereka adalah USA. Turut serta juga menjayakan agenda liberal sekular ini ialah

puak Syiah atas nama perjuangan demokrasi dan hak asasi.

4. Pengaruh tentera di dalam pentadbiran dan campurtangan pihak asing di dalam

menentukan halatuju negara Mesir dan bukan rakyat Mesir yang menentukan negara

mereka sendiri.

5. Mesir berada di kedudukan strategik dunia dari sudut kepentingan geopolitik, geososial dan

geoekonomi. Menguasai Mesir bermakna menguasai jajaran ekonomi dan politik 3 zon

Afrika-Asia- Eropah.

4.4 Keempat : Dari Sudut Gerakan Islam

1. Islam dan Jahiliyah , al-Haq dan kebatilan pasti akan bertembung kerana itu sunnah

perjuangan. Pertembungan Islam dan jahiliyah bukan sekadar pertembungan fikroh seperti

aliran Islam dan aliran liberalis tetapi sampai ke tahap pengorbanan jiwa.

2. Gerakan Islam perlu sedar bahawa pentas demokrasi hanya wasilah menyampaikan fikroh

dan dakwah. Ia bukan matlamat perjuangan, ini kerana jika kemenangan islam mengancam

Page 7: Folio Arab Spring

status quo jahiliyah, maka tiada lagi bahasa demokrasi. Demokrasi akan diperkosa serta

menjadi senjata tajam untuk menghapuskan kekuasaan islam.

3. Gerakan Islam adalah gerakan berfasa-fasa dan bermanhaj. Ia akan melalui saat-saat ujian

kerana jalan dakwah bukan jalan yang dihampiri permaidani indah tetapi penuh duri. Ujian

yang dilalui oleh pejuang islam di Mesir adalah siri penyaringan dan pemilihan untuk

memilih para syuhadak fi toriq dakwah.

4. Manhaj perjuangan Islam adalah manhaj yang tulen, manhaj yang dilalui oleh para Rasul

dan para sahabat r.a. Ia adalah manhaj yang berbeza dengan manhaj perubahan yang lain,

mesti ada tamaiyuz dari sudut fikroh, harokah dan jalan amal untuk melakukan taghyir.

5. Gerakan islam perlu menguasai dua qaedah untuk memimpin perubahan iaitu menguasai

qaedah sulbah [strategi vertikal-kualiti ] dan menguasai qaedah sya’biyah [ strategi

horizontal-kuantiti]. Gerakan islam wajib memantapkan kekuatan dalaman dengan

pengukuhan tarbiyah dan pembinaan kader di samping melebarkan penguasaan di dalam

masyarakat dengan amal-amal umum, amal kemasyarakatan, penguasaan institusi dan

sebagainya. Perlu perkuatkan tanzim dengan takween dan perkuatkan amal dengan tajmik

yang menambah sokongan massa.

6. Gerakan Islam perlu kuasai 4 pengupayaan di dalam menguasai massa iaitu :

1. Kemampuan menguasai kaedah bermasyarakat.

2. Kemampuan menguasai kaedah bergerak.

3. Kemampuan menguasai kaedah berfikir.

4. Kemampuan menguasai kaedah berpolitik.

7. Gerakan Islam perlu keluar dari fasa eksklusif kepada fasa inklusif dari sudut amal dakwah. Eksklusif

dari sudut pembinaan kelompok teras tetapi inklusif dari sudut amal tajmik. Membiarkan berterusan

bergerak secara eksklusif dan secara bawah tanah akan mengundang fitnah dan memberikan reputasi

buruk dari pandangan massa.

8. Gerakan Islam perlu menjaga thawabit manhaj perjuangan walaupun ditekan tetapi anjal di dalam

kaedah dan strategi perjuangan.

9. Penyediaan rijal yang berkualiti dengan tarbiyah yang mendalam akan melahirkan pelapis dakwah

dan harokah. Mata rantai dakwah tidak terputus dengan bilangan rijal yang bertambah. Rijal akan

menjadi banteng perjuangan melawan raksasa kezaliman.

10. Kesatuan gerakan-gerakan Islam dari bekerja secara mahalli [lokal] kepada bekerja secara

tandhim alami bagi mendepani kekuatan musuh yang bersifat antarabangsa.

11. Merangka strategi dan seni berinteraksi dengan waqi berdasarkan pengalaman gerakan Islam

yang berbeza-beza mengikut situasi. Gerakan perlu memiliki fiqh syarie diiringi dengan fiqh waqi agar

ijtihad yang diambil menepati masa dan realiti. Pengalaman di Tunesia, pengalaman di Mesir atau

pengalaman di Turki adalah khazanah bernilai dalam menambahkan pengkayaan kamus perjuangan

gerakan Islam di dalam memimpin perjuangan li tamkin dinillah. Gerakan Islam perlu menyusun atur

strategi dan halatuju dan membuat retrospeksi terhadap fasa-fasa yang dilalui.

Page 8: Folio Arab Spring