Folio Ikan

41
1.0 PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.1 PENGENALAN Antara salah satu aktiviti waktu lapang yang dapat dijadikan sebagai hobi adalah memelihara ikan hiasan. Ikan dipelihara dan dapat dijadikan sebagai hobi yang menarik kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik dan unik. Melihat ikan hiasan ini berenang di dalam akuarium dapat memberikan ketenangan dan keseronokkan kepada si pemelihara ikan hiasan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan hiasan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan dihiasi dengan aksesori yang lain. Terdapat pelbagai ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri untuk hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik. Bagi mendapatkan akuarium yang cantik, pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

description

sem 6

Transcript of Folio Ikan

1.0 PEMELIHARAAN IKAN HIASAN1.1PENGENALAN

Antara salah satu aktiviti waktu lapang yang dapat dijadikan sebagai hobi adalah memelihara ikan hiasan. Ikan dipelihara dan dapat dijadikan sebagai hobi yang menarik kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik dan unik. Melihat ikan hiasan ini berenang di dalam akuarium dapat memberikan ketenangan dan keseronokkan kepada si pemelihara ikan hiasan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan hiasan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan dihiasi dengan aksesori yang lain.

Terdapat pelbagai ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri untuk hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.

Bagi mendapatkan akuarium yang cantik, pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

1.1.1Jenis-jenis Ikan Hiasan

1.1.1.1 Ikan Guppy

Gambar 2 Ikan Guppy JantanGambar 1 Ikan Guppy BetinaIkan Guppy (Poecilia Veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados Ciri-ciri ikan guppy :

1. dapat hidup dalam air kotor. 1. membiak secara beranak. 1. sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. 1. boleh mengambil pelbagai jenis makanan. 1. cepat matang dan kurang penyakit. 1. dapat hidup dalam suhu air 60-1000F. 1. tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina. Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina. Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang.

1.1.1.2 Ikan EmasPembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang. Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.

Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Gambar 4 Ikan Emas BetinaGambar 3 Ikan Emas JantanIkan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah dipelihara di dalam kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m. Selalunya, makanan yang diberikan adalah pellet yang mengandungi 30-35% protein dan sisa gandum yang diadun bersama fish meal dan diberi 2 kali sehari. Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm).

Pembiakan ikan emas

Sebelum pembiakan, induk jantan dan induk betina diasingkan selama seminggu. Pembiakkan biasanya dijalankan pada waktu pagi. Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari. Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur. Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.

Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan. Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi. Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang. Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam. Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

1.1.1. 3 Ikan Tiger BarbBerasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan.

Spesies Ikan Barb : 0. Tiger Barb (Barbus tetrazona) 0. Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) 0. Golden Barb (Barbus schuberti) 0. Cherry barb (Barbus conchonius) 0. Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) 0. Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies).

Gambar 5 Tiger Barb

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

IKAN TIGER BARB JANTANIKAN TIGER BARB BETINA

1. Warna ikan jantan lebih cerah. 1. Perut ikan jantan berbentuk langsing apabila mencapai kematangan. 1. Ikan jantan lebih agresif.

1. Warna ikan betina agak pucat.1. Setelah mencapai kematangan ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit1. Kurang agresif.

Jadual 1 Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betinaPenjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk - sec mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke - 4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus. Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp. Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.

1.1.1.4 Ikan Angel

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.

Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare) :

1. Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. 1. Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.1. Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.1. Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.1. Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina

IKAN ANGEL JANTAN:IKAN ANGEL BETINA:

1) Badan lebih besar. 2) Pada pandangan atas, perutnya pipih dan kepala lebih besar. 3) Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. 4) Warna lebih terang. 5) Liang genital kecil panjang.6) Lebih agresif. 1) Badan lebih kecil. 2) Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil. 3) Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. 4) Warna tidak secerah ikan jantan. 5) Liang genital lebih tebal apabila matang. 6) Kurang agresif.

Jadual 2 Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angel betina

Cara penjagaan Ikan AngelInduk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Pembiakan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

Gambar 6 Ikan Angel

1.1.1.5 Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Gambar 7 Ikan pembersih bersaiz sederhanaIkan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

1.1.2Jenis-Jenis Ikan Hiasan Yang Dipelihara

NAMA DAN GAMBARCIRI-CIRI

IKAN MAKAN BAWAH

1. Ikan Tetra

NamaSaintifik:Hyphessobrycon erythrostigmHabitat :Afrika SelatanNama Gelaran:Bleeding Heart Tetra, Red Tipped Tetra, Punto Rojo.Saiz Dewasa :2 inciJangka Hayat Hidup :3 5 tahunSuhu Air:72F 80FNilai PH:6 7Makanan :Ikan ini adalah ikan omnivor.:Makan tumbuhan akuatik, pellet, udang kecil dan Bloodworms.

2. Ikan Bandaraya

Nama Saintifik :Hypostomus plecostomusHabitat :Freshwater Tropica Central dan south AmericanNama Gelaran :Sucker Fish / Ikan BandarayaSaizDewasa : 6 inciJangka Hayat Hidup :4 6 tahunSuhu Air :72F 80FNilai PH :6 7Makanan :Ikan ini adalah ikan Omnivore :Makan tumbuhan hidup dan kotoran yang terdapat di dalam akuarium.

IKAN MAKAN TENGAH

3. Ikan Angle

NamaSaintifik:Pterophyllum eimekei / Pterophyllum scalareHabitat:Amerika SelatanNama Gelaran:Fresh water angel fishSaiz Dewasa :4inciJangka Hayat Hidup : 3 5 tahunSuhu Air:72F 80FNilai PH:6 7Makanan :Ikan ini adalah ikan omnivor. :Makan tumbuhan akuatik dan makanan rumusan seperti pallet ikan.

IKAN MAKAN ATAS

4. Ikan Sepat MutiaraNamaSaintifik :Trichopodus pectoralisHabitat :Asia TenggaraNama Gelaran :IkanSepat Siam / OsphronemidaeSaiz Dewasa :6 8inciJangka Hayat Hidup :3 5tahunSuhu Air :72F 80FNilai PH : 6 7Makanan :Ikan ini adalah ikan omnivor. :Plankton dan serangga.

5. Ikan Molly

Nama Saintifik : Poecilia Habitat : Asia TimurNama Gelaran : Ikan MollySaiz Dewasa: 23 inciJangka Hayat Hidup :6-8 tahunSuhu Air :68F 72FNilai PH :6 7Makanan:pellet dan sisa yang diadun bersama fish meal

Jadual 2 Ikan hiasan yang dipelihara

1.2BAHAN DAN KEPERLUAN IKAN HIASANMenternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungandisamping sebagai satu hobi yang menarik.Apabila ternakan ini berkembang majuianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju.Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhipermintaan yang sentiasa meningkat.Penyediaan peralatan dan bahan untuk memelihara ikan hiasan tidaklah begitu rumit. Cuma ianya memerlukan perbelanjaan yang lebih. Berikut merupakan beberapa peralatan dan bahan yang telah digunakan ketika memelihara ikan hiasan.

1.2.1Jenis Alatan Dan BahanBILJENIS ALATANKEGUNAAN / CIRI-CIRI

1. AKUARIUM

1. Sebagai bekas memelihara ikan hiasan1. Dihiaskan dengan segala kelengkapan dan bahan yang sesuai untuk memelihara ikan hiasan1. Terdapat pelbagai jenis bentuk dan saiz

2.PAM UDARA

1. Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.1. Oksigen dari luar akan dipam masuk ke dalam air1. Udara yang banyak akan membantu mengekalkan suhu air

3. LAMPU

1. Lampu diperlukan dalam penyediaan akuarium kerana ia merupakan salah satu daripada alat pemanas bagi ikan1. Lampu berfungsi dalam pertumbuhan alga untuk ikan hiasan

4.UNDERGRAVEL FILTER

Undergravel iaitu papan yang diperbuat dari plastik yang boleh dipasang dengan panjang serta lebar akuarium. Sebagai penapis untuk memisahkan antara kotoran yang dihasilkan ikan dan tumbuhan yang pastinya jatuh ke bawah

5 .FILTER PAM / PAM PENAPIS

Digunakan untuk menapis udara dan air daripada kotoran Mengasingkan dan menapiskan sisa pepejal

6.RUMPAI AIR

Menyerap natrat dan nitrit hasil buangan ikan Mencantikkan akuarium Sumber utama gas oksigen Menyerap gas karbon dioksida Sumber makanan bagi sesetengah ikan Menjadi tempat ikan berlindung dan bermain

7.AERATOR

Tekanan udara yang dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam akuarium sehingga terhasilnya penyebaran oksigen

8.PENGUJI PH AIR

Untuk menguji pH air yang sesuai untuk ikan hiasan Alat yang digunakan untuk mengetahui keasidan atau pH air Berfungsi secara automatic sehingga menunjukkan angka yang tertera pada penguji pH tersebut

Jadual 3 Jenis Alatan Dan Bahan1.2.2Makanan Untuk Ikan Hiasan

BILJENIS MAKANAN KEGUNAAN / CIRI-CIRI

1.MAKANAN HIDUPBLOOD WORM / CACING MERAH

ULAT ROTI

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

2.MAKANAN KERINGCACING

ROTI

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. Roti tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan air cepat berubah warna dan berbau. Roti yang tidak dimakan ikan harus dibuang segera dari akuarium supaya air tidak cepat keruh dan kotor sekali gus berbau masam.

3.MAKANAN BASAHBAYAM

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

4.MAKANAN RUMUSANPELLET

EMPING

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Jadual 4 Makanan ikan hiasan

2.0BAJET, ANGGARAN KOS PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN IKAN HIASAN2.1. Bajet KeperluanBAHAN DAN ALATANKUANTITI

Ikan Neon Tetra10

Ikan Molly5

Ikan Laga jantan1

Ikan Laga betina1

Aqua Plant2

Moonstones2

1

Background akuarium1

Tiub 3 kaki1

Pam (800watt)1

Lampu1

Pasir hitam (5kg)1

Pasir putih (1kg)1

Figura1

Tunggul kayu1

Polisterin1

Akuarium (1x3 kaki)1

Makanan ikan1

Klorin1

Jadual 5 Bajet keperluan

2.1.1 Anggaran Kos PerbelanjaanBAHAN DAN ALATANKOS SEUNIT (RM)KUANTITIJUMLAH (RM)

Ikan Neon Tetra1.001010.00

Ikan Molly1.0055.00

Ikan Laga jantan8.0018.00

Ikan Laga betina1.0011.00

Aqua Plant2.0024.00

Moonstones1.5023.00

3.8013.80

Background akuarium6.0016.00

Tiub 3 kaki1.0011.00

Pam (800watt)18.00118.00

Lampu10.50110.50

Pasir hitam (5kg)20.00120.00

Pasir putih (1kg)3.0013.00

Figura10.00110.00

Tunggul kayu4.0014.00

Polisterin3.0013.00

Akuarium (1x3 kaki)25.00125.00

Makanan ikan2.5012.50

Klorin1.0011.00

JumlahRM 138.80

Jadual 6 Anggaran kos perbelanjaanKos Peralatan dan kelengkapan =RM 138.80Anggaran kos bagi setiap pelajar= RM 138.80 2= RM 69.40 seorang

2.1.2Kos Pendapatan Bagi Penjualan Ikan Hiasan

Kos Bahan Bagi Seekor Ikan Hiasan

KOSBAHAN MAKANAN/MINGGUBIL. (MINGGU)JUMLAH HARGA(RM)

Kos Bahan MentahRM 0.254RM1.00

Kos MakananRM 2.50 /18 ekor =RM 0.154RM 0.60

JUMLAHRM 1.60

Jadual 7 Kos Bahan

Kos Upah Bagi Seekor Ikan HiasanKOSUPAH SEORANG/MINGGUBIL. (MINGGU)JUMLAH HARGA(RM)

Penjagaan Induk dan anakRM 1.004RM 4.00

JUMLAHRM 4.00

Jadual 8 Kos Upah

Kos Sampingan Bagi Seekor Ikan HiasanPERKARAJUMLAH/MINGGU (RM)

AirRM 0.50x 1= RM 0.50

Elektrik RM 0.15x7x4=RM 4.20

JUMLAHRM 4.70

Jadual 9 Kos Sampingan

JUMLAH KESELURUHANKos Bahan= RM 1.60Kos Upah=RM 4.00Kos Sampingan= RM 4.70

PENDAPATAN SEEKOR IKAN HIASAN : Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan : RM 10.303.0 REKOD PENJAGAAN IKAN HIASAN3.1Proses Penyediaan Akuarium

Langkah pertama yang telah dilakukan ialah dengan membersihkan akuarium kumpulan kami. Kumpulan kami telah memilih akuarim yang berad dalam keadaan baik dan tidak pecah dengan . Proses membersihkan akuarium ini mengambil masa selama 1 hari. Dalam proses ini kami telah berbincang antara satu sama lain antara keperluan keerluan dan bahan yang akan digunakan untuk projek ini nanti . Kami saling berkerjasama agar projek akuarium yang kami rancang terhasil dengan jayanya.LANGKAH 1

Gambar 7 Proses membersihkan akuarium

Langkah kedua yang telah kami lakukan ialah dengan membuat persediaan awal bagi akuarium. Kami telah berkerjasama dalam membersihkan kotoran-kotoran lama yang terdapat pada akuarium. Kami juga turut memeriksa jika terdapat sebarang kebocoran pada akuarium sebelum ianya diisi air.LANGKAH 2

Gambar 8Proses penyediaan akuarium

LANGKAH 3

Langkah ketiga ialah meletakkan bahan-bahan dan alatan yang digunakan seperti model, lampu, tumbuhan akuatik, pasir dan sebagainya di dalam akuarium. Hal ini bertujuan untuk menjadikan akuarium itu lebih menarik. Gambar 10Meletakkan bahan-bahan di dalam akuariumLANGKAH 4

Gambar 11 Memasukan air ke dalam akuariumLangkah seterusnya ialah dengan memasukkan air ke dalam akuarium dan menguji tahap pH air yang sesuai.

LANGKAH 5

Langkah berikutnya ialah membuat pengapungan kepada ikan sebelum memasukkan ikan ke dalam akuarium. Hal ini bertujuan untuk membiasakan ikan dengan pH air di dalam akuarium.

Gambar 12 Membuat pengapungan kepada ikan

Setalah siap menetapkan akuarium, ikan hiasan telah siap untuk dipelihara di dalam akuarium. Pastikan suis lampu, aerator, sistem penapisan dan pam air berfungsi dengan baik. Hal ini bertujuan memastikan tahap kehidupan ikan hiasan di dalam akuarium adalah baik.LANGKAH 6

Gambar 13 Akuarium yang lengkap

3.2 Rekod Penjagaan Ikan Hiasan (Harian)Rekod penjagaan ini merangkumi kepada aspek tugasan :1. Memberi makanan Makanan seperti pallet diberikan 2 kali sehari 1. Membersihkan akuarium 1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan1. Memastikan pH air pada paras yang dikehendakiTARIKHTUGASAN

16 FEB 20141. Membersihkan akuarium dan menyusun barang dan kelengkapan mengikut prosedur1. Proses mengapungkan ikan

18 FEB 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan1. Memastikan pH air pada paras yang dihendaki

21 FEB 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

23 FEB 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

25 FEB 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

28 FEB 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

1 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Membersihkan akuarium menggunakan berus magnet memberihkan lumut pada cermin akuarium1. Memastikan Ph air pada paras yang dikehendaki

4 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

6 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

8 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

19 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

21 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

25 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

27 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

31 MAC 20141. Memberi makan ikan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

6 APRIL 20141. Membersihkan akuarium secara minor clearning1. Menyusun atur kembali alatan dan kelengkapan1. Mengukur pH air mengikut paras yang dikehendaki1. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan

Jadual 10 Rekod penjagaan ikan hiasan (harian)

3.2.1Rekod Penjagaan Ikan Hiasan (Bulanan)BIL BULAN

AKTIVITIFEBMACAPRIL

1.Pemilihan ikan hiasan

2.Menyediakan keperluan makanan

3.Memantau kualiti air

4.Menukar air akuarium

5.Pengawalan penyakit dan perosak

6.Memantau semua peralatan dan aksesori berfungsi

Jadual 11 Rekod penjagaan ikan hiasan (bulanan)4.0PROGRAM PEMBIAKAN, REKOD INDUK DAN ANAK4.1Pembiakan Ikan Hiasan (Jenis Beranak)Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku samada di dalam badan atau di luar badan induk ikan betina.Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan, sperma ikan jantan dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang telah tersenyawa itu disimpan dan berkembang membentuk anak di dalam badan ikan betina. Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia dikenali sebagai viviparous. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali sebagai ovoviviparous.4.1.1 Perbezaan JantinaDalam spesies ikan beranak, sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasaannya ikan jantan dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini.4.1.1.2 Biologi PembiakanSemasa mengawan, ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina melalui gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukkan (brood) boleh dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak.4.1.1.2 Penyediaan Tempat PembiakanUntuk mencapai kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu : Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.5 Air baru dan bersih Induk yang matang dan tidak berpenyakit Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter. Menyediakan sangkar pembiakan.4.1.1.3Tangki PembiakanTangki pembiakan digunakan juga sebagai tempat mengumpul anak yang dihasilkan dari tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.4.1.1.4 Menyediakan Sangkar PembiakanSemua ikan jenis ikan hiasan beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak yang baru dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada jarring netlon atau sebarang kotak plastik yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas keluar perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki pembiakan yang digunakan.

4.1.1.5 Pemilihan Induk

. Rajah 4 Pemilihan induk4.1.1.6 Pengumpulan Anak IkanUntuk penghasilan ikan secara komersial pembiakan dijalankan dalam tangki simen atau fiber glas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10 x 10m).

Ikan yang dihasilkan dikutip dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk mengelakkan pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan, tangki tersebut perlu diletakkan tumbuhan akuatik seperti keladi bunting (Eichhorniacrassipes) atau Hydrillasp yang berfungsi sebagai tempat persembunyian.4.1.1.7 Penjagaan Anak Ikan HiasanAnak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan pindahkan induk untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangkap dan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah. Untuk menggalakkan pembesaran, anak ikan diberi makan Moinaatau pellet dua kali sehari.Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh dipasarkan.

4.2. Pembiakan Ikan Hiasan (Jenis Bertelur)

Rajah 5 Pembiakan ikan hiasan jenis bertelur

4.2.1Keperluan Peralatan dan Bahan.

Rajah 6 Keperluan Peralatan dan Bahan4.2.2. Proses Pembiakan Ikan HiasanPilih pasangan ikan yang tidak terlalu tua. Jika ikan yang dipilih terlalu tua, ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan, berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makanan kerana ia dikehendaki mengurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. Selepas diberi makan, sediakan tangki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tangki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian, letakkan air di dalam tangki tersebut.Tangki tersebut diisi air tidaklah terlalu penuh. Kemudian, letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Kemudian letakkannya di permukaan tangki yang sudah diisi air nya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hidup.Tumbuhan air yang hidup lebih baik (seperti kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan air juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan. Letakkan ikan jantan ke dalam tangki mengawan terlebih dahulu dan tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tangki mengawan yang telah disediakan. Kemudian, letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu, anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikanbetina akan lebih putih dari sebelumnya.Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelage berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi pada waktu malam suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertical tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah bersedia, lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Sekiranya proses pengawanan atau pembiakan tidak berlaku, ikan jantan akan menggigit ikan betina. Oleh itu, ikan betina mesti diletakkan ke dalam serombong semula. Apabila ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mula mengawan. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam.Selepas 2 hari, anak ikan yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tangki mengawan.

4.2.3 Perkara Penting Ketika Melakukan Proses PembiakanJangan meletakkan batu di dalam tangki mengawan.Tumbuhan air amat penting semasa proses mengawan.Selepas mengawan, ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini, ikan betina boleh dikeluarkan dari tangki tersebut. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu

4.2.4 Cara Penjagaan Dalam Proses PembiakanLangkah Penjagaan Selepas Pembiakan :1. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.2. Pindahkan induk betina dan beri makan secukupnya.3. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan.4. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan info suria selama 3 hari.5. Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.

5.0REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN5.1Rekod Inventori Alat Ikan HiasanBILALAT-ALAT YANG TIDAK HABIS GUNAKUANTITIKOS

1.Akuarium kaca1RM 40.00

2.Penutup akuarium1RM 15.00

3.Model2RM 30.00

4.Batu halus2 paket

RM 2.00

5.Batu kecil1 paketRM 2.00

6.Batu besar1 paketRM 2.00

7.Pasir halus1 paketRM 8.00

8.Tumbuhan tiruan1RM 7.50

9.Lampu1RM 8.00

10.Aerator1RM 35.00

11.Penyaring (Filter)1RM 7.80

12.Gravel1RM 25.00

13.Kainkasa1RM 1.00

14.Poster1RM 2.00

15.Tumbuhanakuatik2RM 4.00

16.Tiub2 meterRM 0.60

Jadual 12 Rekod Inventori Alat Ikan Hiasan

5.1.2Stok Bahan Ikan HiasanBILBAHAN-BAHAN YANG HABIS GUNAKUANTITIKOS

1.Makanan1RM 4.50

2.Antiklorin1RM 1.50

3.Blok Algae1 paketRM 1.00

Jadual 13 Stok Bahan Ikan Hiasan

BIBLIOGRAFI

Buku Andi Nursaiful dan Mohd Sallehuddin, Kaedah Mengatasi Masalah Secara Praktikal- Akuarium Laut, Kuala Lumpur, Synergy Media VentureTeng Ching Sing dan Wahiza A. Wahab, Panduan Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium, Kuala Lumpur, Synergy Media Venture Yasir Mohd, Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar di Malaysia, Kuala Lumpur, Synergy Media Ventures

Laman InternetAkuakultur- Belajar Pembiakan Ikan Hiasan dan Pembenihan Ikan, dilayar pada 21 Februari 04:00 PM di halaman http://mpv-akuakultur.blogspot.com/Penjagaan Tumbuhan Akuatik dilayar pada 20 Februari 2014, 03:36 AM di halamanHttp://hilalsabri99.blogspot.com/Pembiakan Ikan Laga dilayar pada 21 Februari 2014, 03:45 PM di halamanhttp://e-bigfish.blogspot.com/2010/05/pembiakan-ikan-laga.htmlSenarai Keperluan Akuarium Tropika dilayar pada 28 Februari 2014, 09.43 PM di halamanhttp://aquamania.info/senarai-keperluan-akuarium-tropika/