Folio Jahitan[1] (2)
Transcript of Folio Jahitan[1] (2)
HALAMAN PENGAKUAN
TARIKH SERAHAN: 1 September 2012
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………..
Nama Penulis : Norasikin binti Iznan
Tarikh : 28 Julai 2012
i
TAJUK
REKA BENTUK PAKAIAN
PROJEK SOSIAL SIMPLE AND FUN DI PANTAI
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat llahi, dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan
tugasan Reka Bentuk Pakaian ( RBT 3106 ) di semester ke tiga ini disamping
menimba ilmuNya yang amat luas.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, Dr Sarimahbinti
Abd Razak dan rakan-rakan seperjuangan RBT 3 yang bersama-sama membantu dan
menyumbangkan idea dengan saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan
kepada ahli keluarga saya yang turut memberikan nasihat dan bimbingan tanpa jemu.
Terima kasih, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian.
Norasikin Iznan
ii
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
PENGENALAN 1
REKA CIPTA STAIL PAKAIAN 2
ILUSTRASI TEKNIKAL STAIL PAKAIAN 3
LAKARAN STAIL PAKAIAN 5
BAHAN DAN ALATAN 6
UKURAN BADAN 8
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT 11
POLA PAKAIAN 37
PENGIRAAN KOS 38
PENILAIAN HASIL KERJA 39
BLAUS YANG SIAP 41
RUMUSAN 42
REFLEKSI 43
LAMPIRAN - 10 CONTOH JAHITAN 44
- TUGASAN / KALENDER SEMESTER 3
BIBLIOGRAFI 45
BORANG KOLABORASI 46
PENGENALAN
Di zaman era globalisasi teknologi yang pesat ini, kebanyakan orang lebih suka
membeli pakaian yang sudah siap daripada menjahit. Bagi mereka, menjahit
sesuatu pakaian banyak mengambil masa.Jahit menjahit sebenarnya adalah satu
seni yang banyak manafaatnya dan mudah dipelajari oleh pelbagai golongan.
Justeru itu, bagi mendokumentasikan satu projek amali menjahit dalam bidang
Reka Bentuk Pakaian (RBT 3106) maka terhasil sehelai blaus yang dijahit
bertemakan “ Projek sosial simple and fundi Pantai” berserta folio tugasan.
Blaus ini menggunakan fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai
dengan iklim panas dan mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,
tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini ialah ia mempunyai
kolar lurus, lengan pendek, belah kelepet yang sama lebar dengan butang dan
lubang butang sebagai kancingnya.
Di samping itu, proses yang terlibat dalam penghasilan blaus ini juga boleh
dipelajari oleh semua pelajar dengan mudah. Oleh itu, diharap penerangan
daripada folio ini, di samping bahan-bahan lampiran dapat dimanfaatkan dengan
sebaiknya.
1
Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti
warna, corak, tekstur, garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.
Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu biru muda. Warna lembut
sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya
kelihatan gempal.
Corak blaus iniberbunga kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang
yang gempalitu akan kelihatan lebih kurus dan langsing.
Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang
sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.
Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu
garis lengan yang dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang
rendah dan gempal supaya kelihatan kurus dan kecil.
Kolar yang dipadankan pada blaus ini adalah kolar lurus. Kolar lurus ini sesuai
untuk orang yang bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan
kurus.
Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan
ringkas.Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siardan berehat di tepi pantai.
4
BAHAN DAN ALATAN
Bahan
Fabrik Kapas
Benang
Butang
Kertas pola
Kertas karbon kain
Alatan-Alatan
Kecil
Gunting kertas
Gunting kain
Gunting lubang
butang
Pita ukur
Jarum peniti
Jarum jahit
Jarum mesin
Penetas jahitan
Roda surih
6
Alat-Alat
Menekan
Seterika Elektrik
Bod seterika dan
alas
Kain pelembap
Alat-Alat besar
Mesin jahit tepi
Mesin jahit elektrik
7
UKURAN BADAN
Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut :
Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pita
ukur tidak kendurdi bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju.
Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran
yang tepat.Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian
menegak.
Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian
asas yang sama sendatnya.
Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran
hendaklah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Rekodkan ukuran yang diambil.
Bil Bahagian Badan Ukuran ( cm )
1. Leher 30
2. Dada 68
3. Pinggang 60
4. Punggung 76
5. Bahu 32
6. Bidang dada 28
7. Bidang belakang 29
8. Labuh tengah belakang 31
9. Labuh lengan 22
10.
Lebar lengan di kelepet 21
11.
Labuh blaus 50
12.
Jarak pinggang ke punggung 16
13.
Lebar kolar 5.5
8
10
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.
Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian
badan belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola
tersebut pada kertas pola dan semua pola perlu ditambah basi kelim sebanyak
1.5 cm. ( Rujuk pola pakaian yang telah dilakar )
Tanda pola
Ira lurus
Tanda Imbangan
Garisan Pemadan
Tanda Lipatan
11
Huruf-huruf Ringkas Pada Pola
Cm Sentimeter
S.L Sebelah Luar
S.D Sebelah Dalam
G.P Garisan Pemadan
G.T.H Garisan Tengah Hadapan.
(satu garisan di pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada hadapan skirt atau baju)
G.T.B Garisan Tengah Belakang
(satu garisan ini menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian, pada belakang skirt atau baju)
12
2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan
Bahan jahitan yang digunakan
untuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas corak bunga sebanyak 1.5 meter,
benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.
3. Menyediakan Fabrik
Kenalpasti sebelah luar dan
sebelah dalam fabrik,
melipat dua fabrik ikut ira
lurus,
menekan fabrik dengan
seterika
untuk mendapatkan
permukaan
yang licin dan rata.
Kemudian fabrik dibentangkan di atas
permukaan meja yang besar dan luas.
13
4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik
Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah
selari dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan
diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu
kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.
5. Menggunting Fabrik
Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu,
diikuti dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila
menggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan
gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik.
Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.
14
6. Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik
Dengan menggunakan roda surih dan kertas
karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik
mengikut garisan pemadan yang dilakar
7. Jahit Kemas Tepi
Semua kepingan fabrik
dijahit kemas
tepi.
15
8. Menjahit Blaus
Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung
Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung
A) Proses menjahit Kelim Belah Kangkung
Langkah 1
Rajah 8.1 Proses menjahit kelim belah kangkung
- Jahit tepi semua kepingan fabrik tersebut.
- Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan.
- Semat dengan peniti dan jelujur .
- Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.
16
Rajah 8.2 Proses menjahit kelim belah kangkung
Langkah 2
- Cabut benang jelujur .
- Susup benang jahit mesin yang lebih .
- Sekiranya tepi kelim tidak dikemaskan dengan jahit mesin tepi ia boleh
dikemaskan dengan jahit insang pari atau jahit mesin.
- Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam
dan luar kelim .
Rajah 8.3 Proses menjahit kelim belah kangkung
17
B) Menyediakan kolar lurus, mencantum dan mengemas kolar.
Langkah-langkah menjahit kolar lurus
i. Menyediakan Kolar Lurus
Langkah 1
- Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher
kolar.
- Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis
leher.
- Buka jelujur
- Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di
penjuru.
Rajah 9.1 Proses menjahit kolar lurus
18
Langkah 2
- Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.
- Jelujur di sekeliling tepi kolar
- Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.
Rajah 9.2 Proses menjahit kolar lurus
ii. Menyediakan Badan Pakaian
Langkah 1
- Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.
- Jelujur dan mesin .
Rajah 9.3 Proses menyediakan badan pakaia
19
Langkah 2
- Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.
- Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah
hadapan. Buka jelujur.
- Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di
sudut hingga tinggal 6mm.
Rajah 9.4Proses menyediakan badan pakaian
Langkah 3
- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.
Rajah 9.5 Proses menyediakan badan pakaian
20
- Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. - Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.
Rajah 9.6 Proses menyediakan badan pakaian
Mencantum dan mengemas kolar lurus
iii. Menjahit Kolar ke Pakaian
Langkah 1
- Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung
kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis
tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.
Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim
bahu.
- Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher
- Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.
21
Rajah 9.7 Proses menjahit kolar ke pakaian
Langkah 2
- Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan.
- Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian.
- Jahit mesin di atas garis leher.
- Buka jelujur.
- Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
- Snip basi penjahit 6mm – 1.3mm jarak.
Rajah 9.8 Proses menjahit kolar ke pakaian
22
Langkah 3
- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari
pakaian dan seterika.
- Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam
fabrik.
- Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
- Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di
atas jahitan mesin. Jelujur.
- Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.
- Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.
Rajah 9.9 Proses menjahit kolar ke pakaian
23
C) Menyedia dan mencantum lengan blaus
Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata
Langkah 1
- Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian.
Rajah 10.1 Proses menjahit lengan blaus
Langkah 2
- Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas
garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin
longgar yang ke dua 3 mm di bawah gp.Jahitan longgar.
24
Rajah 10.2 Proses menjahit lengan blaus
Tanda imbang
- Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat
- Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan
- Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim
- Kemaskan hujung lengan dengan kelepat
- Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.
Rajah 10.3 Proses menjahit lengan blaus
25
Langkah 3
Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan
- Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk
menyeratakan ukuran lengan dengan lubang lengan.
- Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.
Rajah 10.4 Proses menjahit lengan blaus
Langkah 4
- Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan
hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim
bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan
belakang.
- Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan
dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.
- Jejulur pada garis pemadan
- Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
- Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih
atas.
26
Rajah 10.5 Proses menjahit lengan blaus
- Jahit dengan jahitan mesin di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin
yang akhir menindih mata jahitan mesin yang awal 3 hingga 4 cm.
Untuk mengukuhkan kelim, tekan dan seterika kelimdari SD supaya
rata.
Rajah 10.6 Proses menjahit lengan blaus
27
D) Menyedia dan menetapkan kelepet lurus
Proses menjahit kelepet lurus
Langkah 1
- Tandakan kedudukan kelepet
Rajah 11.1 Proses menjahit kelepet lurus
Langkah 2
- Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam selebar 6 mm
Rajah 11.2 Proses menjahit kelepet lurus
28
Langkah 3
- Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti selebar 2 ½ – 6 1/2 cm.
Rajah 11.3 Proses menjahit kelepet lurus
- semat dan jelujur
- Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit silang pangkah
Rajah 11.4 Proses menjahit kelepet lurus
29
Proses menjahit penjuru Jahit tindih
i.Penjuru jahit tindih
Langkah1
- Lipat dan tekan supaya mendapat - Buka penjuru yang telah ditekan
kesan garisan kelepet dan gunting bahagian X 6 mm
Langkah 2
- Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti.
Rajah 11.5 Proses menjahit penjuru
- lipat semula kelepet dan jahit jelujur jahit lilit ubi
- Kemas kelepet dengan jahit sembat susup
- Jahit sembat halus
- Jahit lilit ubi
Rajah 11.6 Proses menjahit penjuru
30
D) Menjahit lubang butang dan butang
Langkah-langkah menjahit lubang butang
Langkah 1
- Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti tepi belah dan GTH
Rajah 12.1 Proses menjahit lubang butang
Langkah 2
- Ukuran lubang butang
- Ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci )
- Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada
kedua-dua belah lubang butang
Rajah 12.2 Proses menjahit lubang butang
31Langkah 3
- Gunting lubang butang mengikut urat benang
- .Lubang butang boleh digunting dengan :
- Sepasang gunting kecil yang tajam
Rajah 12.3 Proses menjahit lubang butang
Langkah 4
- Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan
jarum di antara 2 lapisan kain.
- Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam
kain garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah tegak dan menghala ke
penjahit.
Rajah 12.4Proses menjahit lubang butang
- Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke
bawahjarum.
- Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi.
Langkah 5
- Jahit lubang butang di sepanjan tepi lubang hingga ke hujung bulat.
- Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.
Rajah 12.5 Proses menjahit lubang butang
Langkah 6
- Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak
berdekatan dengan penjahit.
- Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.
Rajah 12.6 Proses menjahit lubang butang
Langkah 7
- Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung
segiempat ,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar
pada kaki jahitan yang akhir.
33
- Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat
Rajah 12.7 Proses menjahit lubang butang
Langkah 8
- Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat.
- Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di
sebelah dalam baju.
Rajah 12.8 Proses menjahit lubang butang
34
Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang
- Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3
atau 4 kali.
- Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat.
- Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai +
6mm.
Rajah 12.9 Proses menjahit butang bertangkai
35
E) Menekan dengan seterika
Setelah selesai proses menjahit blaus, blaus hendaklah ditekan dengan
seterika mengikut laras suhu kepanasan yang sesuai. Tekan bahagian badan
dahulu diikuti dengan bahagian lengan dan kolar.
Sesudah selesai ditekan gantung blaus untuk dianginkan seketika.
36
POLA PAKAIAN BLAUS
37
PENGIRAAN KOS MENJAHIT BLAUS
A) Kos Bahan
Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit
(RM)
Kos
(RM)
1. Fabrik kapas bercorak 1.5 meter 3.00 4.50
2. Benang jahit I buku 0.80 0.80
3. Butang 5 biji 0.10 0.50
Jumlah 5.80
B) Kos Upah
Kos upah = 1 orang x 4 jam x RM3.00 = RM12.00
C) Kos Sampingan
Elektrik = RM0.60
Jahit Kemas = RM1.50
Air = RM0.30
RM2.40
D) Kos Projek
Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan
RM5.80 + RM12.00 + RM2.40
Jumlah = RM20.20
38
PENILAIAN HASIL KERJA
Tajuk Tugasan : Blaus
Arahan i. Tandakan ( /) pada ruang trampil atau tidak trampil
ii. Dikategorikan trampil apabila telah menguasai semua kriteria
yang dinyatakan.
iii. Hendaklah melakukan semua kriteria yang belum dapat dikuasai
sehingga trampil.
Bil Proses Dan Kriteria Yang Diuji Trampil Tak Trampil Catatan
1 Kelim Bahu & rusuk
- Kelim Belah Kangkung
Lebar kedua-dua basi kelim sama
Kelim rata dan terbuka
Tegangan mata jahitan sesuai
Tidak beralur di S.L
2 Belah
- Belah Kelepet Sama Lebar
Garis lipatan belah rata
Lebar belah sama keseluruhannya
Ditetapkan
Belah sama panjang
3 Garis leher
- Kolar Lurus
Permukaan kolar rata
Terletak rata dan kemas di garis leher
Bahagian kiri dan kanan kolar seimbang
Kolar sama lebar
Lapisan bawah kolar tidak kelihatan di tepi
kolar
Cantuman kelim kolar tidak beralur
39
4 Lengan – Lengan Padanan Rata
GTL bertemu garis bahu
Kelim lengan bertemu kelim rusuk
Lengan tergantung dengan elok
Basi kelim lubang lengan dikemaskan
Cantuman lengan tidak berkedut
Hujung lengan dikemaskan
Kedua-dua hujung lengan sama panjang
5 Penyudah Tepi
- Kelepet
Lebar sama keseluruhan
Terletak rata
Ditetapkan dengan kemas
6 Kancing
- Butang Bertangkai
Dijahit bersetentang
Dijahit kukuh
Kedudukan betul
7 Rupa Am
Pilihan fabrik sesuai dengan stail pakaian
Pilihan warna dan corak sesuai dengan
stail pakaian
Ditekan rata
Bersih
Boleh dipakai
Kreativiti
Nama :…………………………………..
Kelas :…………………………………..
Keputusan : Trampil / Tak Trampil
Disahkan oleh :…………………………………..
( Penilai )
Tarikh :…………………………………...
40
BLAUS YANG SIAP
41
REFLEKSI
Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yang
mencabar kerana saya kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit
kemahiran menjahit asas tangan dan mesin sahaja. Walaubagaimana pun, untuk
meningkatkan kemahiran dalam bidang jahit menjahit ini , saya banyak mendapat
tunjukajar dan membuat perbincangan bersama pensyarah, Dr Serimah dan rakan
dari kelas RBT3. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet dan bahan-
bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1, 2 dan 3 juga saya
aplikasikan dalam tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini,
saya juga tidak malu untuk bertanya rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang lain
di sekolah.
Saya juga melakukan satu contoh jahitan blaus sebagai latihan awal,
sebelum kelas amali jahitan dijalankan. Banyak kelemahan yang dapat saya perbaiki
ketika menyiapkan tugasan sebenar menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan
tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran menjahit dan maklumat yang
sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus dan pelbagai maklumat yang
telah saya kumpulkan dalam portfolio,akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan
ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka Bentuk Pakaian
yang saya peroleh di semester ketiga ini, akan saya gunakan apabila ditugaskan
untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah. Akhir kata,
pengetahuan dan kaedah baru dan lama yang digabungjalinkan ini akan saya
aplikasikan sepanjang perkhidmatan saya di dalam dunia pendidikan yang semakin
mencabar . Sekian.
Norasikin binti Iznan
RBT 3 IPKTI
2011/2014
43
LAMPIRAN
10 CONTOH JAHITAN
Kelim
1. Kelim Betawi
Belah
2. Belah Berzip
Kancing
3. Butang Berlubang Dua
4. Butang Katup
5. Cangkuk Dan Mata / Cangkuk Dan Palang
Penghilang Gelembung
6. Kedut Lepas
7. Lisu Beriring
8. Lisu Bertentang
9. Lisu Pemadan
Penyudah Tepi
10. Kun
44
BIBLIOGRAFI
Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan
5.KBSM. Blue T Communication Sdn Bhd.Selangor.
Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roba’ayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains
Rumahtangga.
Modul Reka Bentuk Dan Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.
Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga
SPM. Pelangi. Kuala Lumpur.
Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani
(2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran: Edu Sysrem
Sdn Bhd.Kuala lumpur
Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa
(2002).Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.
Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah
Demi Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.
Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006).
KBSM Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bajhasa dan Pustaka.
45
Lampiran A
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus
Nama : Norasikin binti Iznan Semester : 3
Mata Pelajaran : Reka Bentuk Pakaian ( RBT 3106 )
Pensyarah Pembimbing : Dr Sarimah binti Abd Razak
Tarikh Perkara yang
dibincangkan
Catatan T/Tangan
23.6.2012Menerima soalan
tugasan daripada
pensyarah. Tugasan
yang perlu dibuat
- Blaus Simple and Fun
di pantai dan blaus.
- Folio jahitan
- 10 contoh jahitan
* Penerangan dan
perincian tugasan
daripada pensyarah
* Tugasan folio blaus dan
blaus termasuk 10
contoh jahitan perlu
dihantar pada 2.9.2012.
Dr Sarimah
Norasikin
4.7.2012 Memahami kehendak
tugasan dan
perbincangan dengan
pensyarah dan rakan
RBT 3.
* Membuat
perbincangan secara
sms dan online tugasan
folio dan blaus.
Dr Sarimah
Norasikin
Mislina
28.7.2012 Mencari maklumat dari
internet, sumber bahan
bacaan dan maklumat
tambahan daripada
rakan guru di sekolah.
Melakukan jahitan blaus
contoh untuk uji diri.
*Menyusun maklumat
folio blaus
*Memperincikan tugasan
folio blaus
* Menjahit blaus contoh.
*Mengedit dan
melaksanakan tugasan
folio yang dirancang
dengan lengkap.
Norasikin
Roslawati
29.7.2012 Amali menjahit blaus di
IPKTI pukul 8 – 3
petang.
* Menjahit blaus
mengikut proses yang
ditetapkan.Melaksanaka
n tugasan dan semakan
telah dilakukan bersama
pensyarah.
* Tugasan menjahit blaus
telah dapat
disempurnakan 90%
Dr Sarimah
Norasikin
Marlia
11.8.2012 Mendapat tugasan
menjahit 10 contoh
jahitan.
* Jahitan 10 contoh
seperti yang dikehendaki
adalah dari tajuk kelim,
belah, kancing,
penghilang gelembung
dan penyudah tepi.
Dr Sarimah
13 hingga
30.8.2012
1.9.2012
Menyiapkan tugasan.
Menghantar tugasan
RBT 3106
Menyiapkan tugasan
menjahit blaus, 10
contoh jahitan dan
melengkapkan folio.
Tugasan Folio, Folio Blaus dan 10 contoh jahitan dihantar.
Norasikin
Dr Sarimah
Norasikin