Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

19
FOLIO KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6 / 2011 TEMA: KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA TAJUK: WARISAN NEGARA a) WARISAN SEJARAH b) WARISAN KESENIAN 1

Transcript of Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Page 1: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

FOLIO KAJIAN TEMPATAN

TAHUN 6 / 2011

TEMA: KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA

TAJUK: WARISAN NEGARA

a) WARISAN SEJARAHb) WARISAN KESENIAN

ISI KANDUNGAN

1

Page 2: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF

PEMBAHAGIAN TUGAS

WARISAN SEJARAH

BANGUNAN BERSEJARAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH SUMBER SEJARAH PENEMUAN SUMBER SEJARAH KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

WARISAN KESENIAN

PENGEKALAN WARISAN KESENIAN MEMPERKENALKAN WARISAN KESENIAN KEPENTINGAN WARISAN KESENIAN

RUMUSAN/REFLEKSI

RUJUKAN

2

Page 3: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia – Nya kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subjek Kajian Tempatan kami iaitu ………………. kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa kami yang telah memberi sokongan terutamanya dari segi material. Kepada seluruh ahli keluarga kami, ingin kami ucapkan terima kasih atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama kami menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama .

Jasa-jasa kalian akan sentiasa dikenang.

PENDAHULUAN

3

Page 4: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Kami menuntut dalam tahun di Sekolah ,…………, perlu menyiapkan satu folio secara berkumpulan sebagai memenuhi kehendak subjek Kajian Tempatan

Tema folio yang perlu kami siapkan ialah Kejayaan Dan Kebanggan Malaysia dengan tajuk pilihan ialah Warisan Negara. Dua aspek yang perlu difokuskan dalam tajuk ini ialah Warisan Sejarah dan Warisan Kesenian.

Kami mengagih-agihkan tugasan untuk mencari dan mengumpul maklumat. Kami mengumpul maklumat dari buku teks, akhbar, buku-buku sejarah dan juga internet. Maklumat yang telah dikumpul disunting bersama ahli kumpulan.

Dengan kerjasama ahli kumpulan, folio ini dapat disempurnakan dan dihantar pada tarikh yang ditetapkan

 

OBJEKTIF

4

Page 5: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

 

Folio ini merangkumi objektif – objektif yang berikut

I. Mengenalpasti dan menyenaraikan bangunan yang menjadi warisan kebanggaan Negara.

II. Menjelaskan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah 

III. Mengenalpasti jenis sumber sejarah

IV. Menyenaraikan penemuan yang dijadikan sumber sejarah  dan menghuraikan kepentingan sumber sejarah 

V. Mengenalpasti bidang-bidang seni yang menjadi warisan Negara

VI. Menyenaraikan cara mengekalkan warisan kesenian

VII. Menyatakan langkah-langkah memperkenalkan warisan kesenian

VIII. Menjelaskan kepentingan warisan kesenian

5

Page 6: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

PEMBAHAGIAN TUGAS

NAMA AHLI TUGASAN TARIKH

A

B

C

D

WARISAN NEGARA6

Page 7: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen, kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan datang.

Dalam folio ini, kajian kami akan berfokuskan kepada aspek warisan sejarah dan warisan kesenian yang telah diwartakan sebagai warisan Negara

A. WARISAN SEJARAH

Warisan sejarah merupakan tinggalan lama seperti bangunan. monumen dan artifak.

Bangunan bersejarah dahulunya merupakan pusat pentadbiran, pertahanan, pendidikan dan keagamaan. Monumen pula merupakan bangunan seperti tugu yang dibina untuk memperingati peristiwa penting. Manakala artifak merupakan peninggalan lama seperti objek, peralatan dan bangunan yang dijumpai oleh ahli arkeologi.

BANGUNAN BERSEJARAH DAN MONUMEN

Malaysia amat kaya dengan peninggalan bangunan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Bangunan-bangunan tersebut mempunyai kesan sejarah yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik seperti bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, sekolah, masjid dan istana .

( lampirkan gambar2 disertakan penerangan ringkas)

Kota A famosa Bangunan stadhuys

Monumen

Tugu Negara

Memorial pengisytiharan kemerdekaan

7

Page 8: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

Pemuliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan. Proses ini bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan negara. Penjagaan bangunan lama ini boleh dipraktikkan melalui berbagai kaedah dan teknik pembaikan dan pemuliharaan.Kerja-kerja baik pulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi.

(gambar bangunan lama yg telah dipulihara)

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAHAntara persoalan yang sering diajukan oleh generasi muda hari ini ialah mengapa kita perlu memulihara bangunan lama sedangkan kita boleh membina bangunan baru dengan berbagai pilihan rekabentuk dan senibina. Persoalan ini dapat disangkal dengan mudah kerana jika dikaji secara terperinci, bangunan bersejarah mempunyai kepentingannya yang tersendiri antaranya ialah :

1. Kepentingan Sejarah.Rekabentuk seni bina sesebuah bangunan selalunya akan menggambarkan perkembangan sejarah yang berlaku. Contohnya sejarah negara yang pernah dijajah oleh kuasa luar seperti British selama melebihi 160 tahun boleh dilihat dari senibina kolonial di bangunan-bangunan pentadbiran lama di seluruh Semenanjung Malaysia. Begitu juga dengan bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud di Negeri Melaka yang menceritakan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah pusat perdagangan yang pesat dan penjajahan juga pernah berlaku di sana.

2. Nilai Seni Bina.Dari hari ke hari jelas dilihat perbezaan yang berlaku pada seni bina bangunan di Malaysia. Jika dahulu rekabentuk kolonial dan rumah kayu Melayu dengan tiang yang tinggi boleh dilihat di serata Malaysia. Ia kini diganti dengan senibina moden dan rumah Melayu sesebuah telah diganti dengan rumah teres atau rumah bertingkat. Bangunan kolonial British yang pernah dibina di Malaysia mempunyai senibina tersendiri yang boleh

8

Page 9: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

dikategorikan sebagai ‘Moorish’, ‘Tudor’, ‘Neo-Clasical’ dan ‘Neo-Ghotic’. Rekabentuk seni bina ini amat mementingkan perincian di ruang dinding, tingkap, pintu, tiang dan menara. Manakala rumah kayu Melayu mempunyai rekabentuk berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar seperti pengaruh dari Siam dan Indonesia. Kebanyakannya mempunyai ukiran halus di bumbung, tingkap dan pintu yang menggambarkan kehalusan seni bina Melayu disamping budaya masyarakat itu sendiri. Kini sukar bagi kita untuk menemui bangunan berbentuk kolonial dan rumah kayu Melayu yang mempunyai rekabentuk yang unik dan kehalusan seni yang tinggi.

3. Industri Pelancongan.Di negara barat, usaha pemuliharaan bangunan lama telah menjadi salah satu agenda di dalam industri pelancongan mereka. Ini dapat dilihat dengan jelas di negara Eropah seperti England, Perancis, Itali dan Belanda. Selain daripada mengekalkan bangunan tersebut sebagaimana asal, terdapat juga bangunan yang diubahsuai penggunaannya sebagai muzium, galeri seni lukis, restoran dan pusat pelancongan. Usaha ini telah mampu menarik lebih ramai pelancong dan ia membantu menjana ekonomi negara tersebut. Sehubungan dengan itu, konsep pelancongan warisan yang telah dipraktikkan dengan jayanya patut dilaksanakan di Malaysia memandangkan negara kita juga mempunyai banyak stok bangunan warisan yang mempunyai nilai senibina yang tinggi yang dirasakan mampu menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjunginya.

4. Pendidikan.Generasi muda hari ini semakin lupa dengan susur jalur asal keturunan mereka. Mereka telah dilimpahi dan mengamalkan cara hidup moden yang langsung tidak menunjukkan kebudayaan Malaysia. Setidak-tidaknya dengan masih wujudnya bangunan bersejarah, generasi hari ini masih dapat mempelajari, memahami dan mengkaji tentang bangunan, sejarah kehidupan manusia dan diri sendiri.

5. Pembentukan Minda.Dengan kehidupan yang serba moden, kita khuatir andai kata minda generasi muda Malaysia hari ini juga dipengaruhi oleh kemodenan. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting di dalam membantu pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Dengan adanya bangunan bersejarah ini, generasi muda akan lebih menghargai dan sensitif kepada

9

Page 10: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

perkembangan sejarah negara seterusnya menghargai budaya bangsa sendiri.

)

SUMBER SEJARAH

Sumber sejarah merangkumi dokumen dan artifak. Ahli sejarah mengkaji sesuatu peristiwa menggunakan sumber sejarah. Sumber sejarah mengandungi perincian mengenai masa lampau seperti tarikh, tempat, tokoh yang terlibat dan factor-faktor berlaku sesuatu peristiwa.

DOKUMEN

Dokumen adalah bahan bertulis dan bercetak. Contoh-contoh dokumen adalah seperti surat rasmi, surat perjanjian, akhbar, fail rasmi jabatan, manuskrip dan rekod-rekod mesyuarat. Dokumen dapat menjelaskan sesuatu peristiwa.

( gambar dokumen)

ARTIFAK

Artifak adalah objek dan peralatan buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Artifak boleh diperbuat daripada tanah liat seperti tembikar dan peralatan yang diperbuat daripada logam

(gambar artifak serta nama)

PENEMUAN SUMBER SEJARAH

Ahli sejarah dan ahli arkeologi telah membuat penyelidikan sehingga membawa kepada beberapa penemuan sumber sejarah. Antara penemuan tersebut adalah seperti berikut :-

10

Page 11: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Batu Bersurat Terengganu

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Wang syiling, tembikar dan manik

Di Lembah Bujang Kedah, terdapat penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba. Penemuan tersebut menunjukkan bahawa Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.Penemuan artifak tersebut juga dapat menjelaskan tentang tamadun masyarakat pada masa itu.

( gambar )

Dokumen

Perjanjian Pangkor 1874

Perjanjian Pangkor 1874 menjelaskan peristiwa perluasan kuasa British semasa menguasai negeri-negeri Melayu, Dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu dan Sir James W,W Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Birch telah dibunuh pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876. Peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

11

Page 12: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Dengan termaktubnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 1 Februari !948 telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum perang. Pesekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan sedikit sebanyak membela kepentingan masyarakat pribumi dan sekaligus membawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat penguasaan kolonial British.

(gambar)

KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

Kepentingan sumber sejarah adalah seperti berikut

sebagai punca pertama untuk memahami peristiwa lepas.

dapat menjelaskan kebenaran dan kesahihan sejarah

sebagai kajian awal (literature review)

sebagai panduan untuk mencari sumber-sumber yang lain

membantu memberi gambaran yang lengkap mengenai sesuatu peristiwa yg berlaku.

untuk memberi penjelasan mengenai tinggalan lama, monumen, artifak..dll.

dapat menanamkan semangat ingin tahu (curiosity) yang kuat untuk mengetahui asal usul sesuatu tamadun.

dapat memberikan kepuasan kendiri kepada pengkaji sejarah.

memudahkn pengkaji sejarah bertukar maklumat dgn ahli sejarah yang lain di samping mempercepatkan pencarian maklumat.

CONTOH

DOKUMEN PEMASYURAN KEMERDEKAAN

(gambar dan kepentingan ms 63 )

12

Page 13: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

B. WARISAN KESENIAN

Negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum amat kaya dengan warisan kesenian. Beberapa bidang kesenian telah diwartakan sebagai warisan kesenian Negara. Bidang-bidang kesenian tersebut adalah seperti berikut

Bidang muzik

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang drama

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang seni kraft

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang seni bina

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang seni tari

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang permainan tradisional

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

Bidang mempertahankan diri

(Nyatakan contoh, gambar, penerangan ringkas)

( setiap bidang kesenian disertakan contoh-contoh, gambar dan penerangan ringkas )

PENGEKALAN WARISAN KESENIAN

13

Page 14: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Terdapat banyak cara untuk mengekalkan warisan kesenian, Antara langkah-langkah mengekalkan warisan kesenian adalah melalui

Kuat Kuasa Undang- undang

Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang- undang tersebut.

Pendokumentasian

Usaha pendokumentasian bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

Pendidikan

Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.

Mengadakan Kursus Kesenian

Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapar menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian.

14

Page 15: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Memperkenalkan Warisan Kesenian

Warisan kesenian perlu diperkenalkan keseluruh dunia, terutamanya kepada masyarakat kita. Untuk memperkenalkan warisan kesenian, banyak cara boleh dilakukan antaranya dengan cara

mengadakan pertandingan kesenian – penganjuran pertandingan kesenian dapat memupuk minat di kalangan generasi muda terhadap warisan kesenian

mengadakan pameran – pameran warisan kesenian diadakan di dalam dan di luar Negara. Pameran ini dapat member maklumat kepada masyarakat dan pelancong mengenai warisan kesenian

mengadakan persembahan kesenian – persembahan seperti tarian dan teater dapat menarik minat orang ramai untuk mengenali, mempelajari dan menghayati warisan kesenian Negara kita

mengadakan kursus kesenian - kursus-kursus kesenian yang diadakan dapat memupuk minat generasi muda untuk mendalami pengetahuan tentang bidang-bidang kesenian.

Media massa – warisan kesenian juga dapat diperkenalkan melalui media yang ada masa kini seperti televisyen, akhbar, majalah dan juga internet. Melalui penyiaran dokumentasi, menganjurkan pertandingan dan persembahan warisan kesenian, masyarakat dapat mengenali bidang kesenian kita.

Kepentingan Warisan Kesenian

Warisan kesenian mempunyai kepentingan tersendiri dalam kehidupan kita . Antara kepentingan warisan kesenian adalah seperti berikut:

Perpaduan Kaum

Bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.

Peluang Kerjaya

15

Page 16: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.

Industri Pelancongan

Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara. Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayong, anyaman dan songket. Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari memberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.

RUMUSAN/REFLEKSI

Kami berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan folio ini. Secara langsung kami memahami dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk Warisan Negara. Kami juga menyedari bahawa Negara kita memang kaya dengan warisan Negara yang perlu dikekalkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Warisan Negara juga perlu diperkenalkan kepada generasi baru, masyarakat pelbagai kaum dan juga pelancong agar warisan Negara terpelihara.

Rujukan

16

Page 17: Folio Kajian Tempatan.doc Kump 1

Buku teks Kajian Tempatan Tahun 6

Internet

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

17