Folio Karangan

download Folio Karangan

of 48

Transcript of Folio Karangan

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMIContoh 1: Anda dapati sebuah album koleksi gambar lawatan zoo yang anda pinjam daripada rakan pena anda atelah hilang. Tulis sepucuk surat untuk memohon maaf daripadanya.

Blok Raja Udang, Asrama S.M.K Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. 12 Julai 2010.

Menemui sahabatku Kasidah yang diingati selalu. Apa khabar saudari sekarang? Semoga saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di sisi teman-teman seasrama. Saudari, Kata orang tua-tua malang tidak berbau. Saya sebenarnya telah tercicir album koleksi gambar zoo yang saudari pinjamkan kepada saya. Ceritanya begini, pada pagi 9 Julai lalu saya sedang menunggu bas untuk pergi ke perpustakaan awam sabak bernam. Apabila keluar dari perpustakaan, baru saya menyedari bahawa album koleksi gambar saudari itu telah hilang. Atas kealpaan saya ini, saya memohon berbanyak-banyak maaf daripada saudari. Oleh itu saya bercadang untuk membayar balik kos album tersebut. Saya berharap saudari tidak keberatan menerima pelawaan sayaini. Saya telah membeli wang pos dan dikepilkan bersama-sama surat ini. Dua naskhah lagi buku saudari yang lain masih dalam simpanan saya, saya berjanji akan menjaganya dengan baik supaya tidak hilang lagi, bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali. Kalau saudari bersetuju, pada cuti semester akan datang, saya ingin menjemput saudari dan keluarga saudari makan angin bersama kami di pulau tioman. Semoga saudari akan maklumkan kepada saya dalam surat yang akan datang.

Eh, sudah pukul 10.00 malam! Sampai setakat ini sahajalah untuk kali ini. Terimalah salam rindu daripada kami sekeluarga di sabak bernam. Wassalam.Yang benar, Siti sarah

Contoh 2: Anda tidak dapat menghadiri majlis hari lahir kawan anda kerana sebab-sebab tertentu. Tuli sepucuk surat untuk memberikan penjelasan kepada kawan anda.

No.50 Lot Anis, Kampung Medong, 96300 Dalat, Sibu, Sarawak. 7 Oktober 2010. Menemui sahabatku Connie yang kini berada di Kuala Lumpur semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar saudari sekeluarga di ibu kota? Atas sebab peperiksaan akhir tahun yang semakin dekat, saya tidak lekang ditemani oleh buku-buku pelajaran pada setiap hari. Saya menulis warkah ini untuk menyatakan rasa kesal saya kerana tidak dapat meraikan hari lahir saudari pada 28 September 2010 yang lalu. Hajat saya menghadiri majlis hari lahir saudari tidak tercapai kerana aral melintang yang tidak dapat saya elakkan pada masa itu. Ceritanya begini, pada malam sebelum tarikh lahir saudari, tiba-tiba emak saya jatuh sakit. Doktor mengesyorkan beliau berehat secukupnya. Oleh itu, saya pelu tinggal di rumah untuk membuat kerja-kerja rutin emak. Saudari tentu faham sebagai seorang perempuan, saya perlu menyiapkan srapan pagi, mengemas rumah, memasak dan membasuh kain. Bapa saya pula sibuk dengan kerja yang berlambak di pejabatnya. Bapa juga perlu berulang-alik melihat emak di hospital dan menjeput adik-adik dari sekolah. Saya tidak sampai hati untuk membiarkan bapa membuat kerja rutin emak, kerana bapa penat di pejabat. Walau bagaimanapun, saya tetap ada satu hadiah yang istimewa untuk diposkan kepada saudari. Oh ya, pada cuti yang akan datang ini saya ingin mengajak saudari bersiar-siar di Gua Mulu! Kalau saudari setuju dengan cadangan saya ini, sila maklumkan kepada saya dengan seberapa segera yang mungkin.

Sampai setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini. Selamat Hari Lahir saya ucapkan istimewa buat saudari. Sekian terima kasih Sahabatmu, Mawar

Contoh 3:kakak atau abang anda yang seang menuntut di luar negara berasa bimbang dengan keadaan jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini. Tulis sepucuk surat untuk memberikan penjelasan tentang keadaan jerebu kepadanya. 133, Jalan Sena, Taman Mawar, Gurun, Kedah Darul Aman. 18 Julai 2010 Menemui kakandaku Hafiz yang kini menuntut di Universiti Monach, Australia dengan penuh rasa rindu. Kakanda, Surat kakanda yang bertarikh 10 Julai 2010 telah selamat diterima. Kami seisi keluarga di sini berasa gembira kerana kakanda sudah dapat menyesuaikan diri berada di tempat yang jauh itu. Dalam surat yang lepas, kakanda ada mennyatakan rasa khuatir tentang bala jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini. Kejadian ini berpunca daripada musim kemarau yang berpanjangan dan kebakaran huitan di negara jiran. Akibatnya, keadaan di sekitar kelihatan mendung sahaja sepanjang hari. Kakanda jangan risau tentang kesihatan kami di sini. Setakat ini, belum ada kecelakaan nyawa yang berlaku disebabkan oleh keadaan jerebu. Pihak Kementerian Kesihatan telah memastikan setiap negeri mempunyai bekalan topeng pernafasan ketika berada di luar rumah. Laporan tentang indeks pencemaran juga tersiar melalui media massa dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, kami sering dibekalkan dengan maklumat yang terkini tentang keadaan jerebu. Kini, keadaan jerebu di sekitar tempat tinggal kita sudah semakin pulih. Kakanda jangan terlalu bimbang terhadap keselamtan kami. Tumpukanlah perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran kakanda di sana.

Adinda ada satu berita baik untuk kakanda. Kakanda Shima telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya oleh universitinya. Beliau telah menghadiahi adinda sebuah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet. Sebaik sahaja talian Internet dipasang, adinda akan menghantar e-mel kepada kakanda. Terimalah salam kasih sayang daripada kami sekeluarga di tanah air.

Adindamu, Fatin syahirah

FAKTAContoh 1: Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan pentingnya kerajaan mewujudkan Rumah Seri Kenangan di negara kita. Kemajuan negara kita dalam era dunia globalisasi tanpa limitasi turut mencetuskan peristiwa yang menyayat hati. Seorang anak yang berjawatan tinggi sudah semestinya mempunyai pendapatan yang lumayan sanggup menghantar ibunya sendiri ke Rumah Seri Kenangan atas alasan sendiri. Rumah Seri Kenangan merupakan sebuah pusat penjagaan yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan orang tua-tua. Persoalannya, apakah pentingnya di wujudkan Rumah Seri Kenangan ini?. Tujuan utama kerajaan mewujudkan Rumah Seri Kenangan adalah untuk menempatkan orang tua-tuayang tidak mempunyai keluarga. Terdapat kemungkinan orang tua-tua ini tidak mempunyai anak atau saudara-mara yang boleh menjaga mereka. Sekiranya mereka dibiarkan bersendirian, kehidupan mereka mungkin tidak terurus tanpa jagaan yang rapi. Oleh itu, lebih baik sekiranya mereka ditempatkan Rumah Seri Kenangan yang menjanjikan hidup yang terurus. Penubuhan Rumah Seri Kenangan oleh kerajaan juga bermotifkan memberi keselesaan kepada warga tua. Di pusat ini, warga tua akan dijaga makan dan minum serta aktiviti seharian mereka. Mereka dilayan oleh pekerja-pekerja pusat tersebut dengan baik. Mungkin juga terdapat orang tua-tua ini yang berpenyakit seperti nyanyuk atay lelah. Di samping memberi leselesaan, menghilangkan kesunyian dalam menghabiskan sisa-sisa hidup juga merupakan kepentingan wujudnya Rumah Seri Kenangan. Di sini orng tua-tua mempunyai teman sebaya sebagai rakan berbualbual dan mengadu masalah yang sering menghantui mereka pada masa silam. Kerajaan juga prihatin akan nasib yang menimpa warga tua. Dengan adanya Rumah Seri Kenangan, nasib warga tua lebih terbela. Warga tua yang pada masa dahulu merupakan tonggak negara tidak dilupakan begitu sahaja. Jelas di sini kewujudkan Rumah Seri Kenangan menunjukkan keprihatinan kerajaan membela nasib orang tua.

Kesimpulannya, kerajaan perlu meningkatkan kemudahan di Rumah Seri Kenangan bagi keselesaan orang tua-tua yang tinggal di situ. Nilai kasih sayang juga perlu diserap dalam kalangan masyarakat hari ini agar menghargai ibu bapa mereka kerana mereka pernah menjaga dan mendidik kita sehingga berjaya. Warga tua harus dihargai kerana mereka mempunyai banyak pengalaman yang boleh diikuti oleh remaja kini.

Contoh 2: Penyakit AIDS merupakan penyakit berbahaya. Nyatakan bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti seseorang. Menghindari lebih baik daripda merawat. Pernyataan ini sesuai sekali dengan penyakit berbahaya yang sehingga kini belum lagi ditemui penawarnya. Penyakit AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus HIV. Virus HIV akan menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan manusia. Keadaan ini akan melemahkan daya ketahanan tubuh badan seseorang untuk melawan sebarang penyakit. Berkongsi jarum suntikan merupakan salah satu cara bagaimana penyakit AIDS boleh menjangkiti seseorang. Penggunaan yang sama dengan pesakit AIDS akan mengundang malapetaka yang paling ditakuti ini. Terdapat juga kesilapan yang dilakukan oleh pihak hospital terhadap pesakit. Golongan yang paling banyak dijangkiti AIDS ialh penagih dadah. Mereka berkongsi jarum suntikan bagi tujuan yang sama. Pesakit kencing manis turut terdedah dengan virus HIV melalui suntikan insulin yang menggunakan jarum suntikan yang tidak disteril terlebih dahulu. Di samping berkongsi jarum suntikan, hubungan seks secara rambang juga memungkinkan seseorang itu dijangkiti AIDS. Sikap suka bertukar-tukar pasangan ini akan mendedahkan seseorang kepada penyakit tersebut. Dalam hal ini, virus HIV akan dipindahkan melalui air mani mangsa tersebut. Contohnya golongan pelacur atau sesiapa sahaja yang suka melanggani pelacur mempunyai peluang yang besar dijangkiti penyakit AIDS. Bukan itu sahaja, virus mampu dipindahkan kepada keluarga masing-masing melalui hubungan seks atau anak dalam kandungan. Selain itu, virus AIDS juga dapat disebarkan melalui proses pemindahan darah. Seseorang yang menjalani pemindahan darah akan dijangkiti AIDS sekiranya darah yang diterima oleh tubuhnya mengandungi kuman AIDS. Kecuaian pihak hospital dalam mengesan masalah ini menerusi darah yang diderma akan memburukkan lagi keadaan. Kesan yang dialami oleh mangsa pemindahan darah akan berpanjangan. Terdapat kes seorang suri rumah di Kedah dijangkiti AIDS selepas menjalani pemindahan darah sewaktu bersalin.

Pendek kata, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh semua pihak sama ada masyarakat atau kerajaan bagi mengelakkan kesilapan seperti ini boleh berlaku. Langkah yang palinh berkesan untuk menentang penyakit AIDS ialah menjauhi punca-punca yang memungkinkan berlakunya jangkitan tersebut. Kempen Amalkan cara hidup sihat yangsering diuar-uarkan oleh kerajaan mampu mengatasi masalah ini.

Contoh 3: Industri pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju. Jelaskan kebaikan yang diperoleh oleh negara melalui industri pelancongan negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil lagi terpencil di mata dunia. Malaysia tetap mempunyai daya tarikan tersendiri yang bukan berupaya menarik pelancong Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia. Langkah kerajaan mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia sekali gus melonjakkan lagi industri pelancongan negara. Promosi Cuti-cuti Malaysia memberi impak baik terhadap sektor pelancongan negara. Pemilihan negara Malaysia sebagai tuan rumah dalam pelbagai acara di peringkat global sudah tentu dapat membuka mata orang luar tentang keistimewaan negara kita. Keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah dalam penganjuran acara lumda kereta Formula-1 merupakan satu bonus kepada sektor pelancongan negara. Anjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa ini menunjukkan negara kita mempunyai prasarana yang mampu bersaing dengan negara Barat sekali gus membuktikan Malaysia boleh. Sememangnya kedatangan pelancong dari luar negara akan memberi kebaikan yang besar kepada peningkatan ekoomi negara kita dari segi pengaliran wang masuk. Pelancongan yang berkunjung ke Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang membeli oleh-oleh buat keluarga mereka. Sehubungan itu, industri kraf tangan seperti wau atau barangan tempatan yang lain akan turut menjadi maju. Memajukan industri perhotelan juga merupakan kebaikan yang diperoleh hasil daripada industri pelancongan negara kita. Pusat-pusat penginapan yang dibina di kawasan peranginan seperti pulau, tepi pantai dan sebagainya menarik minat warga asing untuk menginap. Seterusnya, industri perhotelan akan berkembang maju dan banyak kawasan baru akan dibuka. Selain itu, penduduk Malaysia yang berbilang bangsa mempunyai adat dan budaya yang pelbagai. Melalui industri pelancongan, adat dan budaya rakyat Malaysia yang pelbagai ini dapat diketengahkan kepada pelancong asing.

Keramahan dan sopan santun yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia juga mampu menarik minat pelancong mengunjungi Malaysia. Sesungguhnya industri pelancongan memberi sumbangan yang besar dari segi ekonomi kepada negara Malaysia. Kerjasam semua pihak, terutama Tourism Malaysia dalam mempromosikan Malaysia mampu meningkatkan lagi nama Malaysia. Namun begitu, Malaysia perlu mewujudkan identiti tersendiri agar terus kekal sebagai tempat pelancongan yang unggul.

PERIBAHASAContoh 1: Sifat bersabar dan terus berusaha itu amat penting untuk sesorang pelajar. Tulis sebuah karangan yang menjelaskan maksud genggam bara api biar sampai jadi arang. Genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa ini bertentangan dengan satu lagi peribahsa yang berbunyi hangat-hangat tahi ayam. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mereka yang ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya. Salah satu contoh dalam hidup kita yang perlukan nasihat yang sedemikan ialah semasa menerima pendidikan di sekolah. Tidak kira sama ada kita di sekolah rendah, di sekolah menengah atau di universiti. Apabila didapati ada matapelajaran yang sukar, kita harusla bersabar dan terus berusaha sehinnga matapeljaran yang mulanya susah itu kita fahami pada akhirnya. Aku masih ingat lagi, Radin, iaitu rakan sekelasku semasa kami berada di tahun enam beberapa tahun yang lalu. Pada awl tahun, dia tidak pernah lulu dalam semua ujian Matematiknya. Namun demikian, dia sering mengingatkan dirinya supaya bersabar. Langkah yang seterusnya, dia telah memperuntukan masa selama sejam sehari untuk membuat ulang kaji Matematik sahaja. Di samping selalu bertannyakan guru Matematiknya, Radin sering berbincang denganku soalansoalan Matematik yang tidak difahaminya. Sifat sabar dan rajin beruaha Radin telah membuahkan hasil pada akhirnya. Dalam pepriksaan PMR pada tahun yang sama, dia telah memperoleh gred A dalam matematik. Kisah benar Radin ini membuktikan bahawa dalam hidup ini kita harus mengamalkan semangat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Contoh 2: Mutiara tidak dimuntahkan timbul oleh laut. Begitulah buni peribahasa Melayu. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahsa tersebut. Manusia sejak dahulu lagi sedar bahwa mutira tidak dimuntahkan oleh laut. Dengan kata lain, ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah. Jika ada antara orang yang hendak mencuba jalan singkat atau dengan cara yang mudah semasa mempelajari sesuatu kemahiran atau pelajaran di sekolah, orang berkenaan akan menyesal kelak. Abangku yang sedang menuntut di Universiti Malaya pernah menceritakan kisah benar Awang Azri, iaitu rakan sekursusnya. Diceritakan bahawa pada semester yang lalu,rakannya itu mula berasa malas untuk menghadiri kuliah dan enggan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang disyorkan oleh pensyarahnya. Apabila dinasihatkan oleh abangku, dia akan memberitahu dia ada cara mudah untuk belajar. Apabila peperiksaan universiti menjelang, dia kelihatan tidak risau langsung. Padanya, sekadar meminjam nota-nota yang disalinkan oleh abangku sudah memadai untuknya lulus dalam peperiksaan. Semasa keputusan peperiksaan diumumkan beberapa bulan kemudian, ternyata dia gagal dalam kebanyakan kursus yang diikutinya. Akibat pihak kerajaan telah menarik balik biasiswa yang ditawarkan kepadanya pada semester yang lalu. Kini barulah di sedar bahawa mutiara tidak dmuntahkan oleh laut. Dia bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama lagi.

Contoh 3:Bagai air mencari jenisnya, beginilah bunyi peribahasa Melayu. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini. Bagai air mencari jenisnya merupakan satu pepatah yang sangat berguna kepada setipa manusia. Maksudnya ialha seseorang itu harus mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti atau berusaha dengan tidak mengenal jerih payah. Nasihat sebegini bukan sahaja penting untuk setiap pelajar pelbagai peringkat, bahkan kepada mereka yang sedang bekerja. Seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam bidang pelajarannya harus ingat akan peribahasa ini selalu. Kalau tidak, pelajar yang setahun jagung dengan mudah akan tertarik dengan hiburan dan perkara lain yang tidak berfaedah. Lama-kelamaan mereka ini akan menjadi malas dan tidak berminat untuk belajar. Mereka tidak sedar dalam memperoleh sesuatu kejayaan, seseorang itu harus bertindak bagai air mencari jenisnya. Para usahawan dan peniaga yang ingin berjaya juga harus bertindak bagai air mencari jenisnya. Tanpa usaha gigih dan semangat kental menempuh segala jerih payah, jarang sekali seseoang akan berjaya dalam apa jua perniagaan yang dijalankannya. Jika teringin mencari rezeki tetapi tidak mahu berusaha, rasa saya Tuhan pun tidak akan menolong kita! Denagn kata lain, sifat rajin dan tidak kenal jerih payah merupakan satu sifat yang mulia. Apabila kita melihat seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya, kita harus bertanyakan diri sendiri, adakanh orang itu berjaya tanpa sebarang usaha? Pada saya pastinya tidak! Jadi, ingatlah nasihat orang tua-tua kita, kalau anda ingin berjaya dalam kehidupan anda, bertindaklah bagai air mencari jenisnya.

LAPORANContoh 1: Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) sekolah anda telah diminta menghantar ahli-ahlinya untuk bertugas dalam temasya sukan peringkat daerah tempat tinggal anda. Sebagai ketua rombongan, tulis laporan yang lengkap untuk diserahkan kepada guru penasihat PBSM. Laporan Bertugas Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Mergong di Temasya Sukan Peringkat Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman Seramai sepuluh orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah ini telah bertolak dari sekolah ke Stadium Darul Aman tepat pada jam 7.00 pagi tanggal 7 Jun 2010. Rombongan petugas ini diiringi oleh seorang guru penasihat, iaitu Cikgu Othman Yassin. Rombongan kami tiba ke destinasi pada jam 7.30 pagi sebagaimana yang dijangkakan. Setibanya di stadium, kami telah dibawa ke khemah yang disediakan khas untuk petugas. Pihak penganjur yang prihatin telah menyediakan sarapan, iaitu kuih-muih Melayu yang enak serta minuman kepada kami. Selepas perut diisi, Cikgu Othman Yassin telah memberikan satu taklimat ringkas kepada kami. Temasya sukan bermula tepat pada jam 8.00 pag. Rombongan kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan bersedia di lokasi yang strategik. Antara jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi tidak berlaku sebarang peristiwa yangtidak diingini. Namun, pada jam 10.30 pagi, seorang pelari acara 1500 meter rebah di pertengahan lariannya. Kami sempat membawanya keluar dari trek dan memberikan bantuan pertolongan cemas kepadanya. Dua puluh minit kemudian, dia sedar kembali. Pada sebelah petang pula, seorang peserta yang mengambil bahagian dalam acara lompat jauh telah cedera di bahagian otot pahanya. Kami telah membawanya ke khemah dan menguruit bahagian kaki yang tercedera. Apabila didapati kecederaannya agak serius, Cikgu Othman Yassin dan dua orang ahli telah menghantarnya ke klinik berdekatan.

Selain kedua-dua kes kecemasan ini, semua acara sukan berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan yang lain. Kami berasa amat letih, namun hati kami gembira kerana dapat membantu orang yang memerlukannya. Kami bersedia untuk bertugas dalan temasya sukan daerah ini pada masa akan datang. Disediakan oleh, Ting Pek Gim (TIK PEK GIM) Ketua Rombongan Petugas, Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Mergong. 12 JUN 2010

Contoh 2: sekolah anda mengadakan mini bazar pada minggu lepas. Selaku setiausaha badan penganjur, anda dikehendaki menyediakan laporan berkenaan dengan sambutan mini bazar itu. Tulis laporan anda selengkapnya. Laporan Mini Bazar Sekolah Menengah Asia Jaya Mini bazar yang ke-12 ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Asia Jaya pada 21 Mac 2011. Objektif utama diadakan mini bazar ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan penduduk tempatan di samping memberikan pengalaman berniaga untuk warga sekolah. Berbagai-bagai jenis gerai menjual barangan dan makanan telah diadakan di kawasan sekolah selama sehari itu. Sebanyak enam buah gerai makanan dan sepuluh buah gerai menjual barangan telah mengambil bahagian dalam bazar sehari itu. Kedai yang paling mendapat sambutan pengunjung ialah gerai makanan tradisional dan kraf tangan penduduk tempatan. Bermula sahaja jam 7.00 pagi, ramai pengusaha gerai yang terdiri daripada orang luar dan pelajar sekolah sibuk menguruskan lokasi masing-masing. Pada masa yang sama, pameran-pameran daripada badan kerajaan juga tidak kurang hebatnya. Ini termasuklan pameran daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan banyak lagi. Ada antara mereka yang memberikan ceramah ringkas berkenaan jabatan kepada pengunjung yang melawat bilik pameran mereka. Untuk menarik lebih ramai pengunjung, pihak sekolah membuka bilik-bilik tayangan wayang yang menarik. Selain itu, rumah hantu juga diadakan untuk menghiburkan pengunjung. Semua ini bertujuan untuk memberikan banyak alternatif kepada pengunjung agar dapat memanfaatkan kunjungan mereka sepnuhanya ke mini bazar. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, diharapkan aktiviti yang sedemikian akan dijalankan pada masa akan datang. Hal ini penting untuk memperat hubungan antaran pihak sekolah dengan anggota masyarakat disekelilingnya. Disediakan oleh, 28 MAC 2010

Johnny Khoo (JOHNNY KHOO) Setiausaha, Jawatankuasa Penganjur Mini Bazar, Sekolah Menengah Kebangsaan Asia Jaya.

Contoh 3: Sebagai setiausaha Kelab Kadet Polis sekolah, anda dikehendaki menulis laporan tentang perkhemahan Kadet Polis sekolah anda untuk diserahkan kepada guru nasihat. Tulis laporan itu selengkapnya. Laporan PerkhemahanKadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Tuah, Melaka Kelab Kadet Polis Sekolah Menengah Hang Tuah telah mengadakan satu perkhemahan di kaki Gunung Ledang. Perkhemahan selamatiga hari dua malam itu telah diadakan dari 4 hingga 6 Julai 2010. Perkhemahan ini telah diketuai ole Inspektor Abdul Rahim dan Inspektor Tan Bonn Bing, iaitu guru penasihat Kadet Polis sekolah. Seramai 30 orang ahli Kadet Polis telah menyertai perkhemahan ini. Tujuan utama perkhemahan itu adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan menguji ketahanan mental dan fizikal ahli-ahli kadet untuk hidup di luar rumah. Sebagaimana yang dirancang, tepat jam 2.00 petang pada 4 julai 2010, semua ahli berkumpul di padang sekolah untuk bertolak ke tempat perkhemahan. Pihak Balai Polis Pekan Klebang telah menghantar rombongan kami ke tempat perkhemahan dengan menggunakan trak polis. Perjalanan ke lokasi perkhemahan memakan masa lebih kurang satu jam. Setibanya kami di lokasi perkhemahan, kami bergotong-royong mendirikan khemah. Sebanyak 10 buah khemahyang setiap satunya boleh menampung empat orang telah didirikan. Kerjasama dan komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua ahli kelab, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan sepanjang perkhemahan tiga hari itu adalah seperti latihan fizikal masuk hutan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental ahli, aktiviti unggun api, senaman pagi, nyanyian beramai-ramai dan kawad di tanah lapang. Kami juga dikehendaki bangun awal untuk mengikuti kawad pagi. Walaupun amat sukar untuk meninggalkan bantal, namun semua kadet mesti sampai di lokasi tepat pada waktunya. Semua aktiviti ini mementingkan disisplin diri yang tinggi. Secara keseluruhannya dalam perkhemahan ini ahli-ahli Kadet Polis telah mempelajari banyak hal tetang disiplin diri di samping menimba pengalaman bagaimana hendak hidup berdikari. Kumpulan Sejati diisytiharkan sebagai johan

keseluruhan dalam perkhemahan tiga hariitu. Program ini berakhir tepat pada pukul 3.00 petang. Disediakan oleh, Aisyah (AISYAH) Setiausaha, Kadet Polis, Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Tuah. 14 JULAI 2010

BERITAContoh 1: kelab Pencinta Alam sekolah anda telah berjaya dalam ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Anda sebagai wartawan ditugaskan menulis berita tentang ekspedisi tersebut. Tulis berita anda selengkapnya. KANGAR, 13 Ogos Puncak Gunung Tahan telah berjaya ditawan ole Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangar yang mengikuti ekspedisi Kenali Malaysia dari 5 hingga 9 Ogos 2010. Ekspedisi ini disertai oleh 10 orang pelajar tingkatan 4 dan 10 orang pelajar tingkatan 2 yang memulakan cabaran mereka dari Kuala Tahan dengan diiringi lima orang guru pengiring. Mereka dipilih berdasarkan kecermelangan dalam peperiksaan akhir tahun. Selain menghargai kecermelangan mereka, ekspedisi ini juga menanam rasa cinta akan alam semula jadi. Aktiviti ini secara tidak langsung mendedahkan para pelajar kepada kehidupan di dalam hutan. Kemahiran hidup yang mereka pelajari secara teori di sekolah selama ini dapat diterapkan sepanjang ekspedisi ini. Kepayahan yang mereka tempuhi dapat mendidik para peserta agar bertanggungjawab, berdikari dan bersabar. Selain itu, dapat menanam sifat keyakinan diri, tahan lasak dan semangat tolong-menolong. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini mampu membentuk peribadi yang mulia, tegas Ketua Ekspedisi, Encik Ravi Shankar. Dalam ekspedisi tersebut, peserta berpeluang melawat tempat-tempat menarik di sekitar Gunung Tahan. Antara tempat yang sempat mereka kunjungi ialah Taman Negara Pahang yang mempunyai banyak tempat menarik seperti Lata Berkoh, Gua Teling dan Kuala Tahan. Mereka juga dibawa melihat corak kehidupan masyarakat kaum Asli yang tinggal di sepanjang Sungai Pahang. Di situ mereka dapat malihat sendiri keunikan dan keindahan rumah masyarakat tersebut. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba senjatayang digunakan ole Orang Asli untuk memburu, iaitu sumpit.

Wakil pelajar yang menyertai ekspedisi ini, Saudara Ali Rahman berharap agar program seperti ini dapat dijadikan program tahunan sekolah kerana dapat memperkaya pengalaman serta pengetahuna para peserta yang mengikutinya.

Contoh 2: Sederet rumah telah mengalami kebakaran di rumah anda. Sebagai wartawan, anda dikehendaki membuat liputan tentang kejadian itu. Tulis berita itu selengkapnya. PASIR GUDANG, 1 Ogos Kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta dalam satu kebakaran yang memusnahkan sederet rumah sewa di Kampung Gelam, lewat semalam. Namun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Dalam kebakaran itu, mangsa-mangsa yang terlibat sedanh nyenyak tidur. Kebakaran itu hanya disedari oeh salah seorang penduduk kampung yang baru pulang dari tempat kerja. Ketika itu, kebakaran baru bermula di dinding bili rumah yang terletak di bahagian hujung deretan rumah papan itu. Penghuni rumah itu tiada di rumah kerana keluar menonton wayang. Setelah dikejutkan, mangsa-mangsa bergegas keluar menyelamatkan diri dan harta benda yang sempat mereka bawa. Penduduk kampung bersama-sama berusaha memedamkan kebakaran. Malangnya, tekanan air rendah dan ketiadaan pili bomba menghalang usaha mereka. Pihak bomba yang dihubungi hanya tiba di kawasan kejadian setengah jam kemudian. Pada ketika itu hampir keseluruhan deretan rumah itu telah musnah dijilat api. Antara barang yang dapat diselamatkan ialah peti televisyen, pakaian serta dokumen-dokumen penting. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Hasil siasatan awal menunjukkan kebakaran tersebut berpunca daripada nyalaan ubat nyamuk yang telah membakar kelambu bilik tidur rumah setelah penghuninay keluar pada malam tersebut. Pihak polis telah bertindak dengan menahan penghuni rumah untuk disoal siasat. Buat sementara ini, mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Masyarakat Seri Mahkota. Bantuan berupa makanan, pakaian dan buku sekolah telah diserahkan kepada lapan keluarga yang malang itu oleh Wakil Rakyat Bahagian Pasir Gudang, Datuk Aziz Roslan. Beliau berjanji akan memastikan rumah mangsa-mangsa itu akan dibina dengan secepat mungkin agar mereka semua dapat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Kita akan berusaha mendapatkan bantuan sebanyak mungkin bagi meringankan beban mereka yang terlibat, tambah beliau lagi.

Contoh 3: Satu kemalangan ngeri telah berlaku di jalan raya berhampiran kawasan tempat tinggal anda. Selaku wartawan, anda dikehendaki menulis berita tersebut. Tulis berita itu selengkapnya. KUALA LUMPUR, 17 Oktober Seramai 15 penumpang terkorban manakala 17 lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Batu 10 Lebuh Raya Timur- Barat petang semalam. Kemalangan berlaku apabila bas ekspres yang mereka naiki bertembung dengan treler yang datang dari arah yang bertentangan. Bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur manakala treler itu pula sedang menuju ke Kuantan. Dalam kejadian tersebut, pemandu basitu dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan yang merupakan zon larangan berhenti. Permukaan yang basah akibat hujan menyebabkan bas tersebut gagal dikawal lalu merempuh treler yang pemandunya turut mati dalam kejadian itu. Menurut jurucakap polis yang ditemukan di tempat kejadian, polis masih meneruskan siasatan bagi mencari punca sebenar berlakunya kejadian yang malang itu. Berdasarkan bahan bukti yang ditemukan, pihak polis percaya bahawa kondisi bas itu memang tidak selamat untuk memberikan perkhidmatan kepada para penumpang. Pemilik syarikat bas itu enggan ditemui untuk memberikan sebarang komen berhubung dakwaan polis itu. Mangsa-mangsa cedera masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur. Menurut ketua unit tersebut, DatukDr. Amin Saad, mangsa masih dalam keadaan kritikal danberharap keluarga mangsa dapat bersabar.Kami akan sentiasa berusaha bagi memastikan mereka menerima rawatan yang sewajarnya, jelasnya lagi. Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di hospital menyatakan bahawa sekiranya laporan polis itu benar, maka pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat bas terbabit kerana masih meneruskan operasi walaupun keselamatan bas tersebut tidak terjamin.Kenderaan yang menjalankan perkhidmatan membawa penumpang sepatutnya mesti menjalani ujian keselamatan yang ditetapkan sebelum digunakan, ujarnya dengan nada kesal. Pihak polis juga menahan pemandu kenderaan yang berhenti di zon larangan kerana boleh dikaitkan dengan punca kemalangan.

PERBAHASANContoh 1: Galakan meningkatkan penguasaan bahsa Inggeris menjejaskan perkembangan bahasa Melayu. Bahaskan tajuk ini. Baru-baru ini pihak kerajaan amat menitikberatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Ada pihak yang menyatakan kebimbangannya bahawa tindakan kerajaan ini akan menjejaskan perkembangan bahasa Melayu. Jika diteliti, galakan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malyasia tidak menjejaskan perkembangan bahasa Melayu langsung. Pertama, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia masih kekal di tempat yang asal. Tidak ada orang yang boleh menafikan kenyataan ini. Dengan kata lain, semua orang tahu bahawa bahasa Inggeris berkedudukan sebagai bahasa kedua yang kedua. Rakyat Malaysia juga sedar bahawa dalam era perkembangan teknologi maklumat ini, penguasaan bahasa Inggeris amat diperlukan. Hal ini bukan bermakna dengan mengalakkan rakyat Malaysia bahasa ini, kedudukan bahasa Melayu disisih. Kita juga tidak perlu air setitik dilautkan, batu seketul digunungkan dalam isu ini. Sesungguhnya pelajar yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM, Bahasa Malaysia masih kekal sebagai mata pelajaran wajib. Begitu juga apabila mereka hendak memohon pekerjaan atau masuk ke institusi pengajian tempatan,syaratnya adalah mempunyai kepujian Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Syarat yang sedemikian sudah cukup untuk memastikan perkembangan bahasa kebangsaan kita tiadak terbantut. Sehingga hari ini, Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) masih memainkan peranan yang aktif dalam mengenbangkan bahasa Melayu dan sastera Melayu. Setiap tahun pihak DPB telah menerbitkan beratus judul buku dalam bahasa Melayu. DBP juga menganjurkan banyak kursus atau ceramah di seluruh negara untuk meningkatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Berasaskan hujah-hujah ini, jelaslah bahawa kedudukan bahasa Melayu masih belum tersisih daripada arus perkembangan bahasa-bahasa di negara kita. Mengalakkan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan bahasa kebangsaan.

Contoh 2: Kempen antimerokok tidak mencapai matlamatnya.Bahaskan. Merokok merupakan penyakit sosial yang diwarisi secara turun menurun. Apabila kajian perubatan mendapati perbuatan ini mendatangkan kesan negatif pada kesihatan manusia, Kementerian Kesihatan mula menganjurkan kempen demi kempen antimerokok. Namun demikian, kempen antimerokok yang dianjurkan sehingga ahri ini nampaknya tidak mencapai hasil yang diharap-harapkan. Hal ini berikutan industri tembakau dan perniagaan yang berasaskan rokok masih berkembang maju sehingga hari ini. Rokok pelbagai jenama seperti Dunhill, Benson and Hedges, Winston dan banyak lagi dijual dikedai runcit, pasar raya, pusat beli-belah dan di gerai-gerai kecil di tepi jalan. Hal ini sudah cukup membuktikan bahawa masih ramai anggota masyarakat yang ketagih rokok. Satu lagi bukti yang menunjukkan kempen antimerokok ini tidak mencapai sasarannya adalah kerana kita masih boleh nampak ramai perokok di tempattempat awam. Walaupun kerajaan telah telah menetapkan tempat-tempat awam seperti hospital, kedai makan, perhentian bas dan banyak lagi sebagai kawasan larangan merokok. Selain itu, didapati bahawa bilangan perokok baru, terutamanya golongan remaja turut bertambah. Ada jugapelajar yang curi-curi menghisap rokok di dalam kawasan sekolah. Lebih buruk lagi, ada dalam kalangan mereka yang berpakaian seragam sekolah menghisap rokok di tempat awam secara terang-terangan. Hal ini memaksa kerajaan menetapkan peraturanbahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pekedai yang menjual rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun. Hujah-hujah yang dinyatakan dia atas membuktikan kepada kita bahawa kempen antimerokok gagal menyedarkan anggota masyarakat untuk berhenti merokok. Tanpa kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat, kempen demi kempen yang diadakan secara hebat-hebatan menjadi indah khabar daripada rupa.

Contoh 3: Cuti panjang sekolah merugikan pelajar sahaja. Bahaskan tajuk ini. Pernyataan yang menyatakan cuti panjang sekolah merugikan pelajar ternyata tidak tepat sekali. Secara lgiknya, kalau sesebuah jentera itu perlukan rehat selepas beroperasi untuk sekian masa apatah lagi tubu manusia yang terbentuk daripada darah dan daging. Dengan kata lain, cuti panjang sekolah itu membawa manfaat tertentu kepada guru dan pelajar. Kita sedia maklum bahawa setiap pelajar dibebankan dengan hal-hal pelajaran untuk selama beberapa bulan. Mereka perlu mengikuti jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah, membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, membuat ulang kaji pelajaran untuk menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan. Semua aktiviti ini perlu konsentrasi di bahagian otak. Selepas itu mereka perlu rehat yang panjang melalui kegiatan riadah. Dengan adanya cuti panjang, kebanyakan pelajar berpeluang mengikuti keluarga melancong ke tempat-tempat yang tertentu. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menambahkan pengetahuan berada di tempat lain. Pengetahuan sedemikian pasti tidak diperolehi daripada buku. Untuk mereka yang kurang mampu, mereka juga boleh melancong ke tempat-tempat yang dekat. Dengan adanya cuti sekolah yang panjang inilah baru hal sedemikian boleh direalisasikan. Satu lagi kebaikan yang dapat diperolehi daripada cuti panjang ini ialah pelajar mempunyai masa yang lebih lama untuk berada di rumah. Pada masa yang sama mereka berpeluang bergaul mesra dengan ahli keluarga yang lain. Hal ini penting agar pelajar dapat memperatkan tali silaturahim dengan ahli-ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi untuk pelajar yang tinggal di asama. Bercuti panjang tidak semestinya memeberi peluang kepada pelajar untuk melakukan perkara-perkara yang buruk. Dengan adanya kawalan ibu bapa dan perancangan yang baik, cuti panjang itu penting agar pelajar mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan semester yang baru.

SYARAHANContoh 1: Anda menyertai satu pertandingan syarahan peringkat negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan Negeri. Tajuk syarahan ialah Masalah Kesesakan Lalu Lintas Berpunca Daripada Tabiat Pengguna Jalan Raya. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan berbicara tentang masaalh kesesakan lalu lintasberpunca daripada tabiat pengguna jalan raya. Hadirin yang saya muliakan, Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang serius di kebanyakan bandar raya di negara kita. Bandar raya yang dimaksudkan adalah seperti Kuala Lumpur, Ipoh Kota Kinabalu dan lain-lain. Apabila jalan sesak, pergerakan kenderaan terhalang. Ketika ini, pemandu hanya boleh bergerak dalam keadaan perlahanlahan atau langsung tidak dapat bergerak. Sehingga kini, pihak kerajaan sudah pun membina rangkaian lebuh raya yang luas lagi selesa untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya. Namun demikian, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di bandar raya. Jika diteliti, sikap pemandu sendiri akan menyebabkan berlakunya fenomenaini. Kebanyakan pemandu memandu dalam keadaan yang tidak sabar-sabar. Apabila pemandu memandu dalam keadaan tergesa-gesa, peluang berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi. Apabila berlakunya sesuatu kemalangan, jalan mulai sesak. Hadirin sekalian, Satu lagi pemandangan yang biasa kita lihat di negara kita ialah sewaktu berlakunya kemalangan jalan raya, pemandu lain akan memeperlahankan kenderaan mereka untuk melihat keadaan kemalangan itu. Sifat ingin tahu yang sedemikian akan menyebabkan kelancaran lalu lintas terhalang. Sikap buruk sesetengah pemandu kenderaan yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan turut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya. Ramai pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di tepi jalan. Tabiat memberhentikan kenderaan di lokasi jalan raya yang

sempit juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan jalan. Hal ini disebabkan perbuatan yang sedemikian akan menghalang pengguna jalan raya yang lain. Akhir kata, pemandu haruslah memupuk sifat bertimbang rasa, bertindak sabar dan tidak mempunyai sifat ingin tahu yang terlampau apabila ternampak sesuatu kemalangan jalan raya. Jika semua ini dipatuhi, kesesakan lalu lintas di bandar raya pasti akan berkurangan.

Contoh 2: Sebagai pegawai sukan, anda dijemput oleh pihak sekolah untuk menyampaikan syarahan yang bertemakan kepentingan pendidikan jasmani kepada pelajar. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan bersyarah tentang kepentingan pendidikan jasmani kepada pelajar. Sidang hadirin yang saya hormati, Pendidikan jasmani memang sudah lama diperkenalkan di sekolah. Syang sekali, sehingga hari ini masih ramai pelajar naif akan kepentingan kelas pendidikan jasmani. Oleh hal yang demikian, ramai pelajar beranggapan bahawa pendidikan jasmani membuang masa ataupun waktu pendidikan jasmani merupakan waktu bermain semata-mata. Tanggapan yang sedemikian ternyata tidak betul sama sekali. Sidang hadirin sekalian, Tujuan utama diadakan kelas pendidikan jasmani tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membina kekuatan fizikal seseorang. Kekuatan fizikal seseorang berkait rapat dengan kesihatan yang baik. Kata orang, otak yang cerdas memerlukan tubuh yang sihat. Objektif yang sedemikian boleh dicapai melalui kelas pendidikan jasmani yang sistematik. Dalam kelas pendidikan jasmanilah pelajar didedahkan dengan gerak kerja pemanasan badan dan latihan kekuatan otot yang betul. Hadirin sekalian, Di samping latihandari aspek jasmani, kelas pendidikan jasmani juga melatih disiplinseseorang pelajar. Dalam apa jua permainan yang diperkenalkan dalam kelas pendidikan jasmani, setiap pelajar harus mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dengan mengikuti peraturan sesuatu permainan, acara olahraga dan banyak lagi, pelajar juga akan belajar untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sidang hadirin yang saya hormati, Kelas pendidikan jasmani juga membolehkan pelajar belajar nilai-nilai murni bermasyarakat seperti bercampur baur, bekerjasama, dan membantu antara satu sama lain. Dalam permainan bola keranjang, bola sepak, bola jaring, hoki dan

permainan-permainan lain, semangat bekerjasama antara satu sama lain sangat dipentingkan. Sidang hadirin yang saya muliakan, Jelaslah bahawa kelas pendidikan jsmani itu amat penting untuk membentuk kekuatan fizikal dan sahsiah seorang pelajar. Oleh itu, jangan pandang remeh akan kelas pendidikan jasmani. Libatkanlah diri dengan penuh aktif dan minat terhadap kelas pendidikan jasmani. Sekian, terima kasih.

Contoh 3: Tulis teks syarahan yang bertemankan tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan anggota masyarakat Malaysia untuk disampaikan di satu perhimpunan mingguan sekolah. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Tuan Pengetua, penolongpenolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.pada pagi yang mulia ini, saya akan bersyarah tentang kekurangan tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan anggota masyarakat di negara kita. Sidang hadirin yang saya hormati, Diketahui umum bahawa membaca itu jambatan ilmu. Melalui kegiatan bahanbahan bacaan yang sihat inilah ilmu pengetahuan seseorang akan bertambah. Malang sekali, kita dapati tidak banyak anggota masyarakat Malaysia yang menjadikan tabiat membaca sebahagian daripada gaya hidup seharian. Sidang hadirin yang saya muliakan, Di kawasan sekolah, pada waktu sebelum loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat, jarang-jarang didapati ada dalam kalangan pelajar yang membaca buku. Pelajar harus membentuk tabiat meminjam buku-buku lain dari perpustakaan untuk dibaca. Kita boleh membaca pada waktu lapang, tidak kira sama ada di kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Hadirin yang dihormati sekalian, Kita juga jarang-jarang ternampak ada dalam kalangan anggotra masyarakat kita yang membaca buku di tempat-tempat awam. Sebagai perbandingan, pelancong dari negara atas angin yang leka membaca buku di tempat-tempat awam. Umpama di perhentian bas, di lapangan terbang, di ruang legar hotel, dan tepi pantai yang indah permai. Pemandangan yang sedemikian menunjukkan bahawa rakyat dari negara maju memang gemar membaca. Tindakan yang sedemikian akan memjadikan mereka orang yang bijak dan kaya dengan ilmu. Sidang hadirin yang saya hormati, Tidak ramai anggota masyarakat Malaysia yang gemar membeli buku ilmiah ataupun mengadakan perpustakaan mini di rumah. Sehubungan itu, ibu bapa yang peka telah mengambil inisiatif mewujud kan perpustakaan mini di sekolah. Dengan

adanya perpustakaan mini yang dilengkapkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang sihat, anak-anak berpeluang menambahkan pengetahuannya di rumah sendiri. Sidang hadirin yang saya muliakan, Tabiat membaca harus dipupuk dalam kalangan anggotra masyarakat Malaysia. Kerajaan ingin melihat rakyatnya menjadi orang yang berpengetahuan dan dapat berfikir dengan tajam. Hasrat kerajaan ini akan tercapai jika semua lapisan masyarakat suka membaca bahan bacaan yang sihat. Sekian, terima kasih.

SURAT KIRIMAN RASMIContoh 1: Anda berminat untuk mengadakan projek menternak arnab di kawasan tanah terbiar milik keluarga. Anda perlu menulis sepucuk surat kepada Jabatan Pertanian Negeri untuk memohon khidmat nasihat. Tulis surat permohonan tersebut. No.15, Jalan Tedong, Kampung Merlimau, 13000 Melaka. Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri, 13000 Melaka Tuan, Memohon Khidmat Nasihat Penternakan Arnab Merujuk perkara di atas. Saya bernama Awalludin Alwi berminat untuk menternak arnab bagi pasaran tempatan. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya merupakan siswazah dalam bidang veterinar dari Universiti Putra Malaysia dan telah dua tahun menganggur. 3. Pada pengamatan saya, penternakan arnab berpotensi tinggi untuk berjaya kerana masih belum banyak usahawan yang mengusahakan perusahaan ini secara besar-besaran. Kini, arnab telah menjadi hidangan istimewa di hotel-hotel. Sate arnab juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. 4. Saya bercadang untuk memanipulasi tanah terbiar milik keluarga saya seluas lima ekar untuk dijadikan kawasan penternakan arnab. Sehubungan itu, saya berharap pihak Jabatan Pertanian dapat menghantar seorang pegawai untuk menilai kesesuaian lokasi tersebut. 5. Selain itu, saya juga ingin memohon khidmat nasihat tentang aspek-aspek penyelenggaraan sebelum memulakan projek. Pendedahan awal tentang selokbelok projek tersebut bagi menjamin kejayaan.

14 APRIL 2010

Saya benar-benar mengharap sokongna daripada pihak tuan dan segala kerjasama daripada pihak tuan diucapkan terima kasih. Sekian, Yang benar, Awalludin (AWALLUDIN ALWI)

Contoh 2: Sebagai seorang guru disiplin sekolah, anda telah diminta oleh pihak sekolah agar menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa seorang pelajar yang sering melanggar masalah disiplin.tulis surat itu selengkapnya. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Peti surat 23, 76500 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Encik Mohamad Hassan No.45 Taman Jaya, 76500 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tuan, Pemberitahuan tentang Kesalahan Disiplin Merujuk perkara di atas, saya selaku guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim telah diarahkan untuk menghantar surat pemberitahuan kepada tuan tentang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh anak tuan bernama Mohd. Alif Haikal Mohamad. 2. Mohd. Alif Haikal yang kini berada dalam tingkatan 4 telah beberapa kali melanggar disiplin sekolah. Berikut ialah pelanggaran disiplin yang telah dilakukan: a) b) c) d) tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru, datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah melebihi 10 kali dalam setahun, merokok di kawasan sekolah.

4 NOVEMBER 2010

3. Berdasarkan pelanggaran disiplin yang telah dilakukan oleh pelajar berkenaan, maka pihak sekolah telah mengambil kata sepakat menjatuhkan hukuman gantung persekolahan selama dua minggu dan satu kali sebatan serta dihantar mengikuti sesi kaunseling.

4. Pihak sekolah memohon kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam menangani masalah sosial ini sekali gus membentuk Mohd. Alif Haikal menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Kami berharap agar pihak tuan memahami situasi kami dan sama-sama membantu kami mengatasi masalah pelanggaran disiplin di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Rashidi (ENCIK RASHIDI ISHAK) Guru Disiplin, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim.

Contoh 3: Sejak dua bulan yang lalu, satu projek pembangunan telah diadakan berhampiran kawasan kediaman anda. Pembinaan tersebut telah mendatangkan masalah dan menjadi buah mulut penduduk sekitar. Anda sebagai ahli jawatankuasa kampung perlu bertindak segera. No. 12, Jalan 3/2, Taman Wirama,, 45670 bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran, 45678 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tuan, Aduan Masalah Akibat Projek Pembangunan Merujuk perkara di atas, saya sebagai Ahli Jawatankuasa Taman Wirama ingin menarik perhatian tuan tentang maslah yang timbul sejak adanya projek pembangunan membina kolej swasta berhampiran kawasan kediaman kami. 2. Kami berasa dukacita dengan sikap pihak kontraktor yang tidak mengendahkan keselamatan penduduk kawasan berhampiran. Sikap pemandu lori yang memandu dengan laju semasa melalui kawasan kediaman amat mebimbangkan kami. Kecuaian pemandu akan mengakibatkan kemalangan yang tidak diinginiberlaku kerana anak-anak sering bermain di tepi jalan, terutama pada waktu petang. 3. Di samping itu, pihak kontraktor juga tidak mementingkan kebersihan di kawsan pembinaan. Impaknya, kawasan perumahan kami kinni di gangggu oleh nyamuk-nyamuk dan pencemaran bau dari kawasan tersebut. 4. Permasalahan lain yang timbul ialah pekerja-pekerja binaan yang terdiri daripada warga asing membina rumah kongsi mereka berhampiran tapak pembinaan. Selain mencacatkan pemandangan, masalah sosial turut menganggu kami, iaitu mereka sering menganggu gadis yang lalu-lalang di kawsan tersebut.

4 NOVEMBER 2010

Kami amat mengharapkan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya diambil bagi membendung masalah ini. Keselesaan dan keselamatan penduduk di sini bergantung pada tindakan segera oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Hassan (HASSAN BIN WAHAB) Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Wirama, Bandar Baru Bangi.

UCAPANContoh 1: Dalam majlis hari lahir anda sendiri, anda telah diminta untuk menyampaikan sepatah dua kata. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya. Syukur saya kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya mengadakan sambutan hari lahir ini. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih atas kesudian saudara dan saudari datang untuk sama-sama memeriahkan majlis hari lahir saya yang tidak seberapa ini. Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, Saya berasa amat gembira dengan kehadiran rakan-rakan sekalian ke rumah saya pada petang ini. Dalam hidup setiap insan, selain kasih sayang daripada ahli keluarga, persahabatan merupakan satu unsur yang tidak boleh dikesisikan. Dengan kasih sayang dan bantuan saudara dan saudari sekalianlah, hidup ini menjadi lebih bermakna kepada saya. Setiap kali jika saya menghadapi masalah dalam pelajaran, saudara dan saudarilah orang yang sanggup menghulurkan bantuan dan memberikan tumjuk ajar yang tidak terhingga kepada saya. Saya berasa bangga kerana mempunyai sekumpulan rakan karib seperti ini menyebabkan saya menyedari betapa pentingnya sesuatu persahabatan itu. Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, Kehadiran anda sekalian akan memberikan suntikan semangat kepada saya untuk memajukan pelajaran saya pada tahun akan datang. Saya ingin bersama-sama kalian dalam mengharungi alam persekolahan hingga ke menara gading. Tanpa berbuat demikan, sya akan menjadi pembelot kepada ibu bapa dan rakan sekalian yang ingin melihat saya memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, Sebelum saya memotong kek hari lahir yang dibuat oleh ibu saya sendiri, saya berdoa agar persahabatan antara kita akan kekal selama-lamanya. Semoga kalian akan berseronok dan menikmati hidangan yang tidak seberapa ini. Sekali lagi saya ucapkan ibuan terima kasih kerana kalian datang bersama-sama menyambut majlis hari lahir saya.

Contoh 2: Sebagai wakil pelajar, anda dikehendaki menyampaikan satu ucapan dalam majlis ucapan dan penyampaian hadiah peringkat sekolah anda. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Mulia Tuan Pengetua,Encik Selman Hj Omar, penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu bapa rakan-rakan yang dikasih sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada hadirin sekalian, khususnya para ibu bapa. Dengan kehadiran kalian, majlis ucapan dan penyampaian hadiah tahunan sekolah menjadi lebih meriah. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Sebagaimana yang kita tahu, tuuan majlis ini adalah untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai prestasi akademik dan kegiatan kokurikulum yang cemerlang. Hal ini merupakan satu pengiktirafan yang cukup bermakna kepada pelajar yang telah berusaha dengan bersungguhsungguh selam ini. Sidang hadirin sekalian, Majlis seumpama ini juga akan memberikan semangat kepada pelajar lain agar bertekad memajukan diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pelajarpelajar yang menerima anugerah sukan dan sijil pencapaian akademik merupakan contoh yang patut diteladani oleh pelajar lain. Sebagai generasi pengganti, kita harus melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang berguna di samping bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum yang akan menyihatkan anggota badan kita. Hadirin sekalian, Ibu bapa dan guru semua merupakan pihak yang prihatin akan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar. Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, banyak telah dihulurkan kepada pihak sekolah demi memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang dapat dikekalkan dari setahun ke setahun yang lain. Kita sedia maklum, ada dalam kalangan pelajar yang belajar sehingga larut malam. Akhirnya, ketekunan inilah yang membuahkan hasil dalam kalangan mereka dengan memperoleh keputusan yang cemerlang. Oleh hal

demikian, majilis ini amatlah penting dalam memberikan ganjaran yang setimpal kepada pelajar yang telah gigih berusaha. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mewakili semua rakan di sekolah ini ingin mengucapkan syabas kepada rakan-rakan yang berjaya dalam bidang masingmasing. Sesungguhnya kejayaan anda sekalian merupakan kebanggaan ibu bapa, pihak sekolah dan rakan-rakan sekalian di sekolah ini. Sekian, terima kasih.

Contoh 3:Sebagai Pengerusi Penganjur Mini Sukan Hari Guru, anda dijemput memberikan sepatah dua kata dalam majlis mini sukan sempena menyambut Hari Guru sekolah anda. Tulis teks ucapan anda selengkapnya. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Tuan Pengetua, penolongpenolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru kita yang tersayang. Hari Guru merupakan hari yang istimewa untuk kita mengenang jasa yang telah ditaburkan oleh guru kita selama ini. Guru-guru yang dihormati sekalian, Dalam majlis mini sukan ini, pihak penganjur telah mengaturkan bebrapa acara yang menarik untuk dipertandingkan. Antara acara kesukaan ramai yang telah diadakan pada Hari Guru yang lepas seprti lari dalam guni, memancing dengan epal, memijak belon dan kerusi berirama turut diadakan pada tahun ini. Selain itu, pihak penganjur telah memasukkan beberapa acara lain yang lebih mencabar dan menarik. Buat masa ini pihak penganjur merahsiakan dahulu acaraacara baru itu. Sekejap lagi guru-guru pasti akan terhibur dengannya. Setiap acara yang dipertandingkanbrtujuan menghiburkan guru-guru. Pihak penganjur juga ingin mewujudkan hubungan akrab antara guru dengan pelajar di sekolah ini. Dengan itu, pihak pengnajur berharap semmua guru akan mengambil bahagian dalam suasan yang mesra dan berhibur sepuas-puasnya dengan permainan kecil yang bakal dipertandingkan nanti. Semoga pasukan guru akan menang dalam semua acara yang dapat dalam mini sukan kali ini. Namun, menang atau kalah bukan soal yang besar,yang kami pentingkan ialah semua guru akan berasa riang nanti. Guru-guru yang yang dihormati sekalian, Saya juga mewakili seisi pelajar sekolah ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru sekalian atas nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada kami. Kalau tidak masakan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah kita adalah antara yang

terbaik di seluruh negeri. Seklai lagi saya ingin mengucapakan Selamat Hari Guru dan selamat bersukan kepada guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Sekian, terima kasih.

DIALOGContoh 1: Anda dan rakan anda sedang berada di pasar raya mencari hadiah hari lahir untuk seorang rakan yang lain. Tuli sebuah pebualan kalian sewaktu di dalam pasar raya itu. ROSLI : Esok hari jadi Roslina. Apa yang patut kita hadiahkan kepadanya, Din? UDIN: Apa kata kita fikirkan yang unik untuk dia. Saya tidak mahu membeli yang biasa kepada rakan karib kita. ROSLI: Maksud kamu, hadiah yang macam mana? UDIN: Kalau kita beli buku, bingkai gambar, anak patung, alat tulis, jambangan bunga, dan album koleksi gambar, orang lain juga akan menghadiahkan kepadanya benda yang sama. Kita perlu fikirkan hadiah yang lain selain daripada senarai yang saya sebutkan tadi. ROSLI: Oh ya, idea kamu baik betullah Din! Kalau begitu ada baiknya kita buatkan satu hasil kraf tangan untuk dia, di dalamnya kita masukkan sebuah novel penulis pujaannya, tentu dia berasa gembira nanti. Apa pendapat kamu? UDIN: Setuju. Mari kita pergi ke toko buku untuk mencari novel untuknya terlebih dahulu. ROSLI: Jom, kita pergi sekarang juga! UDIN: Wah, banyaknya buku di kedai ini! Nah, itu novel-novel karya A. Samad Said, selama ini dia gemar buku-buku A. Samad Said! Apa kata kita pilih senaskhah untuknya. ROSLI: Kalau begitu, kita beli novel terkini hasil A. Samad Said. UDIN: Novel sudah ada, sekarang mari kita pergi mencari bahan untuk menganyam bakul pula. ROSLI: Jom kita pergi rumah Pak Cik Ngah pula.

Contoh 2: Di pertengahan jalan acara merentas desa, anda dan seorang lagi rakan anda tidak berdaya lagi untuk meneruskan larian. Tulis perbualan kalian sewaktu berjalan-jalan di pertengahan jalan. ALI: Jauhkah lagi garisan penamat, Abu? Saya sudah tidak larat lagi nak berlari. ABU: Kira-kira tiga kilometer lagi. Saya pun berasa penat juga. Kalau begitu baik kita jalan kaki saja. ALI: Saya rasa baik juga cadangan kamu tu, Abu. Menang atau kalah bukanlah soal yang besar. Yang penting kita ikut serta dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. ABU: Lihat George dan rakan-rakannya di situ! Mereka mula berjalan kaki juga. Eh, di hujung sekali ialah Shan, staminanya kuat betullah! Dia sedang mendahului peserta-peserta lain. ALI: Maklumlah, dia jaguh lari jarak jauh. Sudah dua kali dia memenangi acara merentas desa peringkat sekolah. Baru-baru ini dia telah menjadi juara Larian Merdeka peringkat daerah Kota Setar. Nampaknya kali ini tidak ada pelari jarak jauh di sekolah kita yang akan bersaing dengannya. ABU: Eh, rupa-rupanya kamu tahu banyak hal tentang Shan! Bilakan kau mula meminati perkembangan sukan di sekolah kita? ALI: Apa salahnya kita mengambil tahu tentang perkembangan sukan di sekolah sendiri. Kita tidak patut asyik membaca buku sahaja tanpa mengendahkan yang berlaku di sekeliling kita. ABU: Ya, saya memang bersetuju dengan pendapat Ali. Pengetahuan am memang penting untuk seorang untuk seorang pelajar. Kalau tidak, kita bagaikan katak di bawah tempurung. ALI: Ayuh, nampaknya kita harus berlari-lari anak kembali. Kalau terus berjalan seperti kura-kura, entah-entah kita yang paling belakang sampai di garisan penamat nanti. ABU: Nasib baik kau ingatkan saya. Kita sudah banyak berehat ini, marilah kita berlari-lari anak sehingga ke garisan penamat.

Contoh 3: Bapa anda telah membawa anda ke sebuah kedai komputer untuk membeli sebuah komputer. Tulis perbualan bapa anda dengan pekedai itu selengkapnya. PEKEDAI: BAPA: PEKEDAI: BAPA: PEKEDAI: Selamat datang encik. Boleh saya bantu? Hajat kami datang adalah untuk bertanyakan hal-hal komputer. Saya sedia membantu encik. Saya difahamkan terdapat tawaran istimewa dalam bentuk pakej komputer terbaru. Bolehkah encik terangkan pakej baru ini? Model Centrino Coro Duo berjenama Acerini diperagakan sebagai model yang terbaru di pasaran. Harganya hanya RM3,500 dan diberi jaminan selama 1 tahun. Apakah perisian dalaman yang dibekalkan bersama-sama model komputer ini? Encik tidak perlu risau tentang soal itu. Kami akan masukkan program yang penting seperti Microsoft Word, Excell, Power Point dan apa-apa sahaja yang encik minta. Apakah kelengkapan percuma lain dalam pemelian pakej ini? Oh ya,dalam pakej ini pembeli akan diberikan satu set mikrofon, wayar sambungan, bekas CD dan penutup komputer! Pemasangan pula adalah percuma. Kalau begitu, saya akan beli pakej ini. Encik telah membuat pilihan yang bijak. Tolong berikan alamat rumah dan nombor telefon encik untuk memudahkan kami menguruskan kerja penghantaran komputer nanti. Encik hendak bayar secara tunai atau dengan kad kerdit? Saya akan bayar dengan kad kredit. Bilakah komputer ini akan sampai ke rumah saya? Sebelum pukul 3.30 petang ini. Terima kasih, encik. Sama-sama

BAPA: PEKEDAI:

BAPA: PEKEDAI:

BAPA: PEKEDAI:

BAPA: PEKEDAI: BAPA: