Folio Kecacatan Pendengaran

13
Pengenalan Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Seluruh dunia, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Pengetahuan mengenali telinga anda adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi. Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. Struktur telinga manusia

description

- Folio PBS Sains Tingkatan 2 2013- Band 6- SMK Long Gafar

Transcript of Folio Kecacatan Pendengaran

Page 1: Folio Kecacatan Pendengaran

Pengenalan

Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku di

dalam masyarakat kita. Seluruh dunia, masalah pendengaran dihadapi

oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa

mahupun warga tua. Pengetahuan mengenali telinga anda adalah penting

untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang

anda hadapi.

Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah

dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang

jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian

akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah

pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan

masing-masing.

Struktur telinga manusia

Page 2: Folio Kecacatan Pendengaran

Mekanisme pendengaran manusia

Ciri-ciri

Meminta percakapan diulang berkali-kali

Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa

Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan

Sukar memahami perbualan di tempat bising

Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk

memahami apa yang didengari

Sukar memahami perbualan telefon

Toleransi terhadap bunyi bising berkurang

Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual

Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat

Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian

kepala dan leher.

Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran

Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)

Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah

pinggang dll)

Page 3: Folio Kecacatan Pendengaran

Tahap Kecacatan

NORMAL  - Mengesan bunyi pada intensiti lebih daripada 25dB 

RINGAN  - Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga 40dB

SEDERHANA  - Mula mengesan antara 41dB hingga 70dB

TERUK  - Mengesan pada intensiti 71dB hingga 90dB

SANGAT TERUK - Mengesan pada intensiti 90dB ke atas

Punca Kecacatan

Sebelum Kelahiran

1. Baka

2. Pengambilan dadah, alkohol

3. Toksemia

4. Jangkitan penyakit

5. Tidak diketahui

Page 4: Folio Kecacatan Pendengaran

Semasa Kelahiran

1. Tidak cukup bulan

2. Kelahiran yg terlalu lama

3. Penyakit hemolosis

4. Anoxia

5. Sawan

Selepas Kelahiran

1. Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus

2. Kecederaan telinga

3. Pengambilan ubat berlebihan ototoksik (streptomycin)

4. Demam campak, beguk

5. Jaundis

6. Berat badan kurang dari 1500g

7. Jangkitan kuman telinga tengah

8. Tidak diketahui

Pencegahan

1. Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)

2. Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)

3. Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan minyak

4. Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau sakit

5. Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor - mengandung

6. Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat

7. Elakkan memukul di bahagian kepala

Page 5: Folio Kecacatan Pendengaran

Jenis Masalah Pendengaran

Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting

kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut.

Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh

dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh

dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif,

sensorineural dan campuran

'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)

1. Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian

telinga luar dan telinga tengah.

2. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang

bunyi dan tidak teruk.3. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan

masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga

Page 6: Folio Kecacatan Pendengaran

(atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.

Sensorineural' (Saraf Deria)

1. Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian

telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran

berada.

2. Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi

tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan

pendengaran.

3. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.

4. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

'Mixed' (Campuran)

Page 7: Folio Kecacatan Pendengaran

1. Masalah

pendengaran gabungan pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.

2. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.

Mengesan Kecacatan

Page 8: Folio Kecacatan Pendengaran

Secara Objektif

-Saringan Pendengaran

-Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologi

Secara Subjektif

Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry – PTA)

- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi

Ujian pertuturan

- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas

Pemerhatian

- Kurang memberi pemerhatian – tahap kepekakan

- Tidak memahami arahan

- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan

- Seringkali bertanya pada rakan-rakan

- Selalu berkhayal

- Lemah dalam akademik (Bahasa)

- Cara percakapan yang janggal

- Sering memandang ke arah penutur

Prosedur Penilaian

Page 9: Folio Kecacatan Pendengaran

-Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latarbelakang klien

-Menjalankan pemeriksaan telinga luar

-Menjalankan ujian telinga tengah

-Menjalankan ujian-ujian pendengaran

-Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran

Cara Merawat Kecacatan Pendengaran

Jenis 'conductive'

Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan

rawatan ubat dan pembedahan.

o Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran

tersebut

o Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga -

ubat dan pembedahan

o 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga

Page 10: Folio Kecacatan Pendengaran

o Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah

ubat dan pembedahan bukan pilihan

Jenis 'sensorineural'

Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan

pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan

menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis

ini adalah seperti berikut:

o Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran

Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.

'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan

pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi

kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.

o Latihan strategi komunikasi

Kemahiran mendengar

Kemahiran komunikasi

Page 11: Folio Kecacatan Pendengaran

o Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan

pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program

intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang

perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai

pilihan komunikasi di negara ini

Komunikasi lisan

'Cued speech'

Bahasa isyarat

Alat Bantuan Pendengaran:

Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga

manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar

tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel

deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara

dan bunyi-bunyian dari luar.

Alat bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik

yang menggunakan bateri di mana dalam pemakaiannya terdapat

mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi

tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh

Page 12: Folio Kecacatan Pendengaran

meningkatkan kelantangan dan menghantarnya pada speaker yang

ada pada bahagian dalam telinga.

Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver) yang

mengarahkan bunyi ke dalam telinga   -Selesa dan kecil

   - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni

   - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana

Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan

diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - Amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah       pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat

teruk    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya 

      bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan 

Page 13: Folio Kecacatan Pendengaran

      objek kecil       - Jangka hayat bateri lebih lama

Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC)

Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga    - Mudah dikendalikan

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke      tahap yang teruk

Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga

yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan

      penampilan    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan 

      kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana 

      dan teruk