Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

download Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

of 13

Transcript of Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    1/13

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFARKUBANG KERANJI, 16150KOTA BHARU, KELANTAN

    Tajuk:KESAN KEGIATAN

    EKONOMI TERHADAP

    ALAM SEKITAR DI

    KUBANG KERIAN, KOTA

    BHARU, KELANTAN

    NAMA : Nurrul Nadziela Bt Mohd Yusof

    TINGKATAN : 3 LG1 (Bitara)

    SEKOLAH : SMK Long Gafar

    NAMA GURU : Pn Khalizah Bt Semail

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    2/13

    BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

    1 Penghargaan 1

    2 Pendahuluan 2

    3 Objektif Kajian 3

    4 Hasil Kajian 4 -8

    5 Kesimpulan 9

    6 Lampiran 10

    7 Rujukan 11

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    3/13

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    4/13

    Saya Nurrul Nadziela Bt. Mohd Yusof yang merupakan pelajar Tingkatan 3 LG1(Bitara) di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Long Gafar. Bagi memenuhi keperluan untuk mendapatkan B5D2E1,

    pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Saya dan rakan-rakan

    diberi tajuk Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar di kawasan pilihan.

    Saya memilih kawasan kajian di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kerana lokasi inimerupakan tempat tinggal saya. Di kawasan ini terdapat banyak kawasan petempatan yang begitu

    padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga, terdapat jalan raya yang

    sentiasa sibuk.

    Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang aman dan harmoni. Saya

    berharap agar kajian dan laporan saya ini dapat mendatangkan manfat khususnya kepada saya

    dan kepada seluruh masyarakat amnya.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    5/13

    Yang berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam pelaksanaan kajian ini :

    a) Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Kubang Kerian, Kota

    Bharu, Kelantan

    b) Menerangkan sumbangan kegiatan ekonomi di Kubang Kerian, Kota Bharu,

    Kelantan

    c) Mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Kubang

    Kerian, Kota Bharu, Kelantan

    d) Mengenal pasti langkah-langkah mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam

    sekitar di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    6/13

    Jenis-Jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian

    Terdapat dua jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini iaitu:

    a) perindustrian

    b) perkhidmatan

    Terdapat beberapa jenis perindustrian di kawasan kajian.

    Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian Bil.

    Pembuatan makanan/minuman

    3

    Barangan bayi

    1

    Kilang alat ganti kereta

    2

    Kilang plastik

    1

    Kilang elektronik

    1

    Jadual 1.1: Jadual jenis-jenis perindustrian di kawasan kajian.

    Kebanyakkan perindustrian di Kubang Kerian mula beroperasi sejak petempatan di sini selain

    mendapat galakan daripada penduduk sekitar kerana dapat menyumbangkan pertumbuhan

    ekonomi di sini.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    7/13

    Terdapat juga jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini dalam sektor perkhidmatan seperti

    pendidikan

    Jenis Pendidikan Yang Terdapat Di Kawasan KajianBil.

    Sekolah Menengah Kebangsaan3

    Sekolah Kebangsaan3

    Pra-Sekolah 3

    Pusat Tusyen5

    Tadika10

    Jadual 1.2: Jenis pendidikan yang terdapat di kawasan kajian

    Sekolah serta Pra-sekolah merupakan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada

    penduduk di kawasan ini serta penduduk di kawasan yang terdekat .Pihak swasta juga

    memainkan peranan dalam menyediakan perkhidamatan dalam sektor pendidikan di kawasan

    ini. Antaranya adalah pusat tusyen. Terdapat lima pusat tusyen di kawasan ini.

    Kebanyakkan pusat tusyen di sini beroperasi pada waktu malam di banggunan perniagaan

    yang terdapat di Kubang Kerian. Ada juga pusat tusyen yang menawarkan khidmat tusyen

    peribadi kepada para pelajar sekolah khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki

    perperiksaan penting seperti UPSR, PMR serta SPM.

    Tadika pula mencatatkan perkhidmatan pendidikan yang paling tinggi di kawasan ini

    berikutan permintaan ramai ibu dan bapa penduduk kawasan ini. Ini menunjukkan bahawa

    para penduduk di sini mengutamakan ilmu pengetahuan atau pendidikan kepada generasi

    muda agar generasi ini dapat memimpin negara ini ke arah kecemerlangan pada suatu hari

    nanti. Selain pendidikan, perdagangan seperti perniagaan runcit juga perkhidmatan yang

    terdapat di kawasan ini. Perniagaan ini melibatkan urusan jual-beli barang, fotokopi dan lain-

    lain lagi.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    8/13

    Sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

    Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk di kawasan ini

    berikutan bilangan kilang serta kedai-kedai semakin meningkat. Antaranya operator

    pengeluaran, pembantu kedai, pelayan restauran dan juga kerani di kilang-kilang. Peluangpekerjaan ini telah membuka peluang kepada para penduduk di sini untuk memajukan diri.

    Dengan ini, bilangan tenaga mahir semakin bertambah dan dapat memenuhi permintaan

    tenaga kerja mahir dalam negara. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan yang banyak

    ditawarkan di kawasan ini telah mengurangkan bilangan pengganggur., Masalah sosial di

    kawasan ini semakin berkurang berikutan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

    Tambahan pula, kemudahan infrastruktur juga sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini.Antaranya, pengangkutan, perhubungan, tenaga elektrik, bekalan air serta sebuah masjid

    yang bakal dibina di kawasan ini. Bilangan bas yang mengambil penumpang ke pusat

    bandar semakin bertambah menunjukkan terdapat sistem pengangkutan di kawasan ini serta

    mendapat sambutan daripada para penduduk dan semakin baik. Sistem perhubungan yang

    baik dapat dibuktikan melalui keadaan jalan yang berkeadaan yang baik dan sempurna.

    Di samping itu, peningkatan taraf hidup juga salah satu sumbangan kegiatan ekonomi di

    kawasan ini. Kuasa beli penduduk telah meningkat membuktikan kenyataan yang diberikan.

    Ini juga dapat membuktikan bahawa terdapat banyak kedai di kawasan ini. Selain itu,

    bilangan rumah yang memenuhi kawasan lot tanah juga semakin bertambah. Bilangan

    penduduk yang bergaji rendah juga semakin berkurang berikutan ramai yang bekerja sebagai

    pekerja tenaga mahir.

    Tenaga elektrik dan bekalan air bersih pula jarang terputus dan secara puratanya terputus

    sebanyak dau kali setahun berikutan menaiktaraf bekalan air bersih. Masjid yang bakaldibina merupakan permintaan penduduk yang rata-ratanya beragama islam. Pembukaan

    tanah kawasan masjid pula telah dilakukan secara bergotong-royong menunjukkan sikap

    penduduk di sini berganding bahu serta tolong-menolong satu sama lain dalam melakukan

    pekerjaan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang sedia membantu dalam

    apa jua keadaan.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    9/13

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    10/13

    Cadangan saya bagi mengurangkan masalah yang timbul adalah:

    a) Penguatkuasaan Undang-Undang

    Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agaralam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan datang. Pihak

    berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadapalam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalamsungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihakkilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yangdilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu jugakepada pihak pemaju kawasan ini. Seharusnya sungai tidak dijadikan sebagai tempatpembuangan sisa-sisa atau bahan lebihan.

    b) Mengadakan kempen kesedaran

    Pihak swasta dan kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk di

    kawasan ini. Para penduduk pula haruslah menyambut baik serta menyokong kempen yangdiadakan oleh pihak swasta dan kerajaan. Kempen juga boleh diadakan di sekolah-sekolahyang tedapat di sini. Ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar bertapa pentingnyamenjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.

    c) Memperbanyakkan tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah

    Pihak kerajaan sepatutnya perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadualpengutipan sampah oleh pihak berkenaan di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistemperparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Tambahan pula, kawasan inisemakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong sampah. Denganpertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau jugasemakin berkurang dan tiada lagi anjing-anjing liar yang menyelongkari sampah.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    11/13

    Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah

    jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan

    ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan

    ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah

    sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini,

    unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan

    ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

    Kegiatan ekonomi merupakan penjana kawasan kajian. Kegiatan ini telah membuka

    mata penduduk tempatan untuk mengenali dunia luar yang serba saing dalam bidang

    ekonomi bagi memajukan diri dari dibelengu pekerjaan yang kurang mendatangkan

    keuntungan. Dengan ini, bilangan penduduk yang bergaji rendah semakin berkurangan

    berikutan kegiatan ekonomi di kawasan ini semakin rancak rentaknya. Akhir kata,

    kegiatan ekonomi di kawasan ini telah banyak memberi faedah kepada perkembangan

    sosioekonomi para penduduk di sini.

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    12/13

  • 8/10/2019 Folio KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

    13/13

    1) BUKU TEKS

    a. Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah, 2002, Geografi Tingkatan 1, Sasbadi SDN.

    BHD

    b. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks

    Geografi Tingkatan 3

    c. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasamy,

    Lim Jin Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

    2) INTERNET

    a. http://smkpenghulusaad.wordpress.com

    b. http://10zzggip.blogspot.com/p/kesan-kegiatan-terhadap-alam-sekitar.html

    c. http://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-

    terhadap-alam-sekitar

    d. http://www.slideshare.net/azamahadi/geografi-tingkatan-3?related=1

    http://smkpenghulusaad.wordpress.com/http://10zzggip.blogspot.com/p/kesan-kegiatan-terhadap-alam-sekitar.htmlhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab9-kesan-penerokaan-sumber-terhadap-alam-sekitarhttp://10zzggip.blogspot.com/p/kesan-kegiatan-terhadap-alam-sekitar.htmlhttp://smkpenghulusaad.wordpress.com/