Folio Munakahat

download Folio Munakahat

of 48

Transcript of Folio Munakahat

BAHAGIAN 1 : PERKAHWINAN3.1 MAKSUD PERKAHWINAN Menurut bahasa, perkahwinan bermaksud cantum atau himpun

Manakala dari sudut istilah pula bermaksud akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasabahasa lain yang memberikan makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan perempuan untuk melakukan persetubuhan

3.2 HUKUM PERKAHWINAN Hukum perkahwinan adalah sunnah kerana diamalkan oleh Rasuluallah SAW. Para ulama telah menetapkan hukum perkahwinan berubah-ubah mengikut keadaan individu. Keterangan adalah seperti berikut: HUKUM KETERANGAN Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk HARUS berkahwin dan tidak ada perkara yang boleh mengharamkannya untuk berkahwin Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir WAJIB dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu. Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir SUNAT dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangannya. Bagi mereka yang tidak mampu member nafkah tetapi MAKRUH berkeinginan untuk beristeri Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah HARAM zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.

3.3 HIKMAH PERKAHWINAN

1. Menjamin kesihatan

perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutamanya jenayah zina yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan Siplis.

2. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani perasaan kasih saying dan hubungan sosial yang menjadi fitrah manusia dapat disalurkan melalui jalan yang halal 3. Memupuk kasih saying perkahwinan diikat oleh rasa tanggungjawab bersama suami isteri. Dengan itu, terjalinlah kasih sayang diantara kedua-duanya 4. Menjalinkan silaturrahim perkahwinan dapat menghubungkan persaudaraan antara pihak lelaki dan perempuan, serta merapatkan hubungan antara masyarakat. Ikatan perkahwinan boleh berlaku tanpa mengira bangsa dan budaya 5. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri perkahwinan merupakan perkongsian hidup suami isteri. Kesenangan dan kesusahan akan dihadapi bersama . Zuriat yang dihasilkan melalui ikatan perkahwinan member ketenteraman dan keceriaan kepada mereka

3.4 RUKUN PERKAHWINAN Dalam kontrak perkahwinan terdapat lima rukun dan setiap rukun mempunyai syarat-syarat yang tertentu, iaitu:

1. Sighah, iaitu ijab daripada wali perempuan ( wakilnya) dan Kabul daripada lelaki ( suaminya) atau( wakilnya ) dan sah didahulukam kabul daripada ijab. Sighah disyaratkan beberapa syarat seperti berikut:

i.

hendaklah menggunakan perkataan kahwin atau nikah

ii.

ijab dan Kabul hendaklah menggunalan perkataan kahwin atau nikah secara jelas. Oleh itu tidak sah perkahwinan dengan menggunakan perkataan sindiran ( kinayah ) dan dengan cara bertulis

iii. iv.v. vi.

tidak diselang lama di antara ijab dan Kabul, iaitu bersambungan antara ijab dan Kabul berkekalan keahlian dua pihak yang berakal sehingga selesai kabul sighah hendaklah boleh berkuatkuasa serta-merta sighah tidak diikatkan dengan masa yang tertentu

2. Isteri, iaitu perempuan yang boleh dikahwinkan tanpa halangan-halangan syarak. Isteridisyaratkan beberapa syarat, iaitu: i. isteri tidak terdiri daripada mereka yang diharamkan berkahwin buat selama-lamnya atau sementara

ii.iii.

isteri hendaklah orang yang tertentu isteri hendaklah tidak dalam ihram haji atau umrah

3. Suami : disyaratkan beberapa syarat berikut: i. ii. iii. suami hendaklah seorang yang dihalalkan berkahwin dengan isterinya suami hendaklah orang yang tertentu suami bukan dalam ihram haji atau umrah

4. Wali, iaitu orang yang mempunyai kuasa melakukan akad perkahwinan terhadap meeka yang dibawah kuasanya yang diberikan oleh syarak. Wali disyaratkan beberapa syarat berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. islam - orang kafir tidak boleh menjadi wali terhadap perempuan Islam adil iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil sampai umur (baligh) kanak-kanak tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan berakal iaitu tidak gila selamat dari penyakit yang menjejaskan penglihatan tidak ditegah dengan sebab bodoh

vii.

tidak di dalam ihram haji atau umrah

5. Dua orang saksi, iaitu dua orang saksi yang hadir untuk menyaksikan akad perkahwinan dan disyaratkan beberapa syarat berikut: i. ii. islam tidak sah perkahwinan yang disaksikan oleh orang bukan Islam lelaki tidak sah akad perkahwinan yang disaksikan oleh perempuan atau seorang lelaki dan dua orang perempuan iii. berakal dan baligh tidak sah disaksikan orang gila, bodoh , tidak siuman dan kanakkanak iv. v. bersifat adil tidak melakukan dosa besar tau tidak melakukan dosa kecil berterusan boleh mendengar tidak sah kesaksian oleh orang pekak, orang tidur dan seumpamanya vi. boleh melihat tidak sah kesaksian orang yang buta

3.5 WALI

1. Wali nikah ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.2. Wali nikah terbahagi kepada dua bahagian iaitu: i. Wali nasab (keturunan) Wali nasab terbahagi kepada wali mujbir dan wali bukan mujbir. Wali mujbir ialah bapa dan datuk. Mereka berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat suami sekufu dengannya. Sementara itu, wali bukan mujbir pula ialah mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu atau sebapa. ii. Wali hakim Wali hakim ialah mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk ,mengahwinkannya. 3. Syarat wali nikah :

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Islam Lelaki Baligh Berakal Tidak dalam ihram haji Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta Merdeka

4. Perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim disebabkan oleh :i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. tidak terdapat wali nasab mengikut susunan wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati wali tinggal jauh melebihi dua marhalah wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi wali sedang dalam ihram haji atau umrah wali menyembunyikan diri wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali yang lain wali enggan memuliakan perempuan itu

5. Susunan wali nikah i. ii. iii. iv. bapa ( wali mujbir ) datuk ( wali mujbir ) saudara lelaki seibu sebapa saudara lelaki sebapa anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke atas anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke atas

v.vi.

vii. viii. ix. x. xi.

bapa saudara seibu sebapa dan ke atas bapa saudara daripada sebelah bapa anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah ( sepupu ) anak lelaki daripada saudara sebapa ( sepupu ) wali hakim

3.6 CIRI-CIRI BAKAL SUAMI DAN ISTERI

Islam telah menganjurkan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon untuk mendirikan rumahtangga. Antara ciri-ciri berikut ialah bertaqwa, beriman , bertanggungjawab, dan bertimbang rasa.

Ciri-ciri lain yang disebut oleh Rasuluallah SAW dalm sebuah hadis: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: sabda Rasuluallah SAW: perempuan itu dikahwini kerana empat perkara: iaitu kerana hartanya, keterunannya, kecantikkannya, dan kerana agamanya. Oleh itu, pilihlah perempuan yang beragama, bahagialah engkau.

Jika memilih pasangan suami isteri berdasarkan harta benda dan kekayaan, maka rumahtangga akan goyang apabila harta dan kekayaan sudah tiada. Begitu juga jika pemilihan dibuat hanya berdasarkan rupa paras, kasih saying akan leyap apbila kecantikkan beransur ansur pudar dan usia semakin meningkat.

Rumahtangga yang dibina di atas agama dan taqwa dapat menjamin kebahagiaan hidup sepanjang hayat

3.7 GOLONGAN HARAM DIKAHWINI 3.7.1 HARAM SEMENTARA Yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram dikahwini sementara waktu ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan lelaki disebabkan oleh beberapa sebab. Apabila hilang sebab itu, maka ia halal berkahwin dengan perempuan tersebut. Antaranya : 1. Perempuan yang ditalak tiga kali

2. Perempuan yang bersuami 3. Perempuan yang masih dalam idah 4. Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan 5. Perempuan yang tidak beragama samawi 6. Mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu sama seperti saudara perempuan atau anak saudara perempuan 7. Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat orang isteri 3.7.2 HARAM SELAMA-LAMANYA Ada tiga sebab mengakibatkan perempuan haram untuk dikahwini buat selama-lamanya seperti :

1. KETURUNANI. ibu, nenek dan ke atas anak perempuan, cucu dan ke bawah adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu sahaja anak saudara sebelah bapa dan ibu ke atas anak-anak saudara daripada adik-beradik seibu sebapa, seibu dan ke bawah

II.III. IV.

V.

2. PENYUSUAN I. II. III. IV. V. ibu susuan dan ke atas anak susuan dan ke bawah adik-beradik susuan anak saudara susuan dan ke atas (adik beradik ibu susuan dan adik-beradik suaminya) anak saudara susuan dan ke bawah ( anak kepada adik-beradik susuan)

3. PERSEMENDAAN I. ibu tiri dan ke atas sama ada disetubuhi atau tidak

II.

isteri anak ( menantu perempuan ) dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada disetubuhi atau tidak

III. IV. 3.8 MAHAR

ibu mertua dan ke atas anak tiri dan ke bawah apabila disetubuhi ibunya

1. PENGERTIAN MAHAR Mahar ialah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah 2. HUKUM MAHAR Hukum pemberian mahar adalah wajib. Suami wajib memberikan mahar kepada isterinya sebagai tanda penghargaan , tanggungjawab dan kasih sayang . 3. JENIS-JENIS MAHAR I. Mahar musamma Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak II. Mahar mislu Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri 4. KADAR MAHAR

Kadar mahar tidak ditentukan . Mahar bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri. Kedudukan isteri dan kemampuan suami diambil kira sebagai asas penentuannya

Di Malaysia, Majlis atau Jabatan Agama Islam telah meletakkan kadar minimum pemberian mahar untuk mengelakkan kesulitan

Mas kawin atau mahar hendaklah barangan bernilai mengikut persetujuan masing-masing

5. SYARAT MAHAR

Para ulama mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa semua barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah, boleh dijadikan mahar.

Contohnya wang, perak , pengajaran Al-Quran dan pekerjaan yang halal.

6. HIKMAH DIWAJIBKAN MAHAR I. II. III. melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab member nafkah kepada isteri IV. menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk melakukan hidup baru bersama suami

3.9 WALIMATUL URUS 1. PENGERTIAN DAN HUKUM WALIMATUL URUS Walimatul urus bermaksud kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad.

2. ADAB WALIMATUL URUS

Jamuan ini wajiblah diadakan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran dan bergolak-gadai.

Unsur-unsur maksiat dan khurafat hendaklah dijauji seperti upacara tepung tawar untuk menolak bala, percampuran bukan mahram tanpa batasan dan sebagainya

Hiburan seperti paluan kompang, silat nasyid-nasyid yang berunsurkan nasihat adalah diharuskan. Keizinan ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasuluallah yang membenarkan orang Islam bermain gendang dan menyanyi ketika hari raya

3. HIKMAH WALIMATUL URUS I. melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat membina rumahtangga

II. III. IV. V.

melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah disatukan secara sah mengikut ajaran agama dan sunnah Nabi Muhammad SAW

3.10 TIGA MASALAH DAN PENYELESAIAN 1. HUKUM MENGADAKAN AKAD NIKAH DI MASJID

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

ii.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalahdisunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.

2. Akad Nikah Menerusi Sidang Video Tarikh Keputusan: 24 Jan, 2001 Huraian Tajuk/Isu: Di dalam kitab Feqah karangan ulama Mujtahidin tidak terdapat perbahasan tentang perkahwinan menerusi sidang video secara langsung kerana di zaman mereka belum ada alatalat komunikasi elektronik seperti video, internet dan sebagainya. Seandainya sudah ada dan telah dikemukakan kepada mereka di zamannya, kita yakin para fuqaha' akan mengeluarkan hukum atau fatwa. Cuma di akhir-akhir ini dengan perkembangan teknologi yang pesat baru kedengaran soalan-soalan dan pertanyaan, apakah perkahwinan jarak jauh menerusi sidang video (Video Conference) tanpa kehadiran wali dan calon lelaki di dalam satu majlis ini sah? Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Jan 2001 telah membincangkan mengenai akad nikah menerusi sidang video. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut : i. ii. iii. iv. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin (bukan zan) Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah termasuk tazkiah syuhud. Tertakluk kepada enakmen keluarga Islam 1983.

Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan alasan bahawa syarat ithadul majlis ( ) menjadi persoalan pokok sah atau tidak akad nikah menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai ithadu hakiki ( ) tetapi ia boleh dikelaskan sebagai ithadu fil ma"na atau ithadu majazi(.)

3. KEWAJARAN MEWAJIBKAN PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Muzakarah telah memutuskan bahawa: i. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.

ii.

Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masamasa akan datang.

4. PERNIKAHAN MENGGUNAKAN WALI HAKIM DAN WALI TAHKIM Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

i.

Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasab di negeri sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadi yang dilantik oleh tuan yang terutama adalah dikira pernikahan secara wali hakim dan pernikahan itu adalah sah di sisi syarak.

ii.

Mufti negeri sabah hendaklah membuat kenyataan umum di negeri itu mengenai keputusan seperti di perenggan di atas

iii.

Pernikahan pelajar atau rakyat malaysia di luar negeri secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan malaysia adalah dilarang

BAHAGIAN 2 : TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI4.1 TANGGUNGJAWAB SUAMI 1. MEMBERI NAFKAH ZAHIR DAN BATIN Nafkah yang diwajibkan merangkumi zahir dan batin. Nafkah batin ialah suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak. Manakala nafkah zahir pula ialah keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan, dan pakaian. 2. MEMBERI PENDIDIKAN Suami bertanggungjawab member asuhan dan didikan agama secukupnya kepada isteri. Didikan yang sempurna dapat membentuk isteri menjadi seorang solehah serta mewujudkan rumahtangga yang bahagia Pendidikan yang diberikan meliputi ilmu fardhu ain seperti solat, bersuci dan sebagainya. Suami yang tidak berkemampuan mengajar hendaklah membenarkan isterinya keluar belajar dengan pengawasaannya. 3. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK Suami mesti bersikap lemah lembut , pengasih dan ramah mesra terhadap isteri. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT : Maksudnya: Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. , surah An-Nisa , 19:4

4.2 TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Mentaati suami Isteri wajib mentaati suami kecuali dalam perkara-perkara yang berlawanan dengan syariat. Ketaatan merupakan kewajipan yang amat dituntut dalam Islam 2. Memelihara kehormatan diri Isteri hendaklah sentiasa menjaga maruah dan kehormatan dengan tidak melakukan perkaraperkara yang boleh menimbulkan fitnah. Isteri wajib menjaga akhlak, aurat, dan berhias hanya untuk suami. Isteri juga dilarang menceritakan keaiban suami dan rahsia rumahtangga kepada orang lain 3. Menjaga harta suami Isteri wajib menjaga harta suami . Mereka hendaklah bijaksana dalam merancang perbelanjaan rumahtangga , tidak boros, dan mendapat keizinan suami terlebih dahulu untuk membelanjakan harta suami. 4. Memberi layanan yang baik kepada suami

Isteri wajib memberi layanan yang baik dan mesra kepada suami agar kehidupan rumahtangga menjadi tenteram dan damai. Oleh itu, isteri perlulah bijak mengambil hati suami.

5. Tinggal di rumah suami Isteri dilarang tinggal berasingan dengan suami. Isteri juga dilarang keluar dari rumah tanpa keizinan suami walaupun untuk menunaikan fardhu haji atau umrah

4.3 TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI

Tanggungjawab bersama yang wajib dilaksanakan oleh suami dan isteri ialah:

1. Memelihara dan mendidik anak-anak 2. Menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak

3. Memenuhi keperluan masing-masing menurut kehendak syarak seperti keperluan kasih sayang

4. Saling menghormati dan menjaga keaiban 5. Saling menasihati dengan lemah-lembut

4.4 HAK SUAMI & ISTERI 1. HAK SEORANG SUAMI

i.

Seorang suami berhak dipatuhi oleh isterinya dalam pergualan dan aktiviti harian seperti seseorang wanita tidak boleh keluar dari rumah tanpa kebenaran suaminya sekalipun untuk menunaikan fardhu haji atau umrah

ii.

Seorang isteri perlu memlihara amanah yang diberikan oleh suaminya iaitu kepercayaan Suami berhak mendapatkan pergaulan yang baik daripada isterinya Suami telah diberi hak oleh Allah SWT untuk mendidik isterinya ke jalan yang benar

iii.iv.

2. HAK SEORANG ISTERI i. ii. Isteri berhak mendapatkan mahar dari suaminya Suami juga perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan menyediakan nafkah untuk isterinya iii. Seorang isteri berhak sepenuhnya untuk mendapatkan layanan dan pergaulan yang baik dari seorang suami iv. Jika wanita itu bermadu, dia berhak mendapatkan giliran yang sama dengan madunya, sama ada ketika suaminya sakit atau sihat, demikian juga dengan isteri tersebut sama ada wanita itu dalam keadaan sihat, haid atau nifas, sama ada ia mukminah atau ahli kitab.

3. HAK BERSAMA SUAMI ISTERI i. ii.Hak istima, ertinya hak berseronok antara pasangan. Hak berakhlak mulia, masing-masing pihak perlu saling menghormati dan menghargai pasangannya. Suami perlu berbuat baik kepada isteri dengan sebaik-baiknya, sebaliknya isteri juga demikian

4.5 NAFKAH 1. PENGERTIAN NAFKAH

Memberi nafkah termasuk kewajiban suami terhadap isterinya dan menyediakan segala keperluan isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, mencarikan pembantu dan ubatubatan, apabila suaminya itu kaya.

Ijma menetapkan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isteri mereka apabila suami telah baligh dan isteri tidak nusyuz kerana perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya.

2. SEBAB-SEBAB WAJIBNYA NAFKAH Islam menetapkan suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isteri mereka apabila suami telah baligh dan isteri tidak nusyuz dan tiada sebab-sebab lain yang akan mnyebabkan terhalangnya nafkah.

Ini berdasarkan kaedah umum yang mengakui bahawa orang yang menjadi milik orang lain dan diambil manfaatnya maka nafkahnya menjadi tanggungan orang yang menguasainya.

3. SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN NAFKAH i. ii. iii. iv. akadnya sah perempuan itu sudah menyerahkan dirinya kepada suaminya isteri itu memungkinkan bagi si suami untuk dapat menikmati dirinya isteri tidak keberatan untuk pindah tempat apabila suami menghendakinya , kecuali apabila suami bermaksud jahat dengan kepergiaanya itu atau tidak membuat aman diri si isteri dan kekayaannya, atau pada waktu akad sudah ada janji untuk tidak pindah dari rumah isteri atau pada waktu tidak akan pergi dengan isterinya. v. kedua-dua suami isteri masih mampu melaksanakan kewajipan sebagai suami isteri

4.6 MUTAH

1. PENGERTIAN MUTAH

Merujuk kepada kes penceraian, mutah ialah suatu pembayaran saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang berupa wang ringgit atau barang

Ulama mazhab Shafie mendefinisikan mutah sebagai pemberian harta yang diwajibkan ke atas suami kepada isterinya yang telah diceraikan ketika hidup dan penceraian itu bukan disebabkan pihak isteri

2. HUKUM PEMBERIAN MUTAH Menurut mazhab Shafie, pemberian mutah adalah wajib. Terdapat tiga keadaan yang mewajibkan pihak bekas suami membayar mutah kepada bekas isterinya : i. isteri yang diceraikan sebelum berlaku persetubuhan dan belum ditentukan mahar. Tetapi jika dia telah diberi sebahagian maharnya, dia tidak lagi berhak menuntut mutahnya ii. isteri yang sudah disetubuhi dan telah ditetapkan maharnya isteri yang sudah disetubuhi, tetapi belum ditetapkan maharnya. Menurut qawl jadid, isteri tersebut wajib diberi mutah 3. KADAR PEMBERIAN MUTAH Pada dasarnya , kadar pemberian mutah bergantung kepada kedudukan kewangan seseorang bekas suami. Ringkasnya, penentuan kadar pemberian mutah sebenarnya terserah kepada budi bicara Hakim. Hakim akan melihat kemampuan suami dan kedudukan kewangannya. Itulah perkara yang paling penting untuk menentukan kadar mutah

iii.

4.7 HADHONAH 1. PENGERTIAN HADHONAH Dari sudut bahasa, hadhonah bermaksud menjaga dan mengasuh anak kecil dengan menanggung nafkah dan didikannya.

Dari sudut syarak, menurut mazhab Shafie ia dikatakan sebagai menjaga seseorang yang tidak mampu menjaga dirinya sendiri atau tidak boleh menjaga maslahat dirinya, seperti kanak-kanak, orang gila, orang bodoh atau seseorang yang tidak mumayyiz.

2. HUKUM

Hukum hadhonah ke atas kanak-kanak kecil adalah wajib, kerana mengabaikannya bererti membiarkannya kepada bahaya dan kebinasaan.

Kewajipan ini lebih tertumpu kepada ibunya kerana seseorang ibu mempunyai sifat-sifat yang sesuai untuk tujuan pengasuhan berbanding bapa.

Hak dan tanggungjawab ibu dalam pengasuhan anaknya itu berterusan sehinggalah anaknya mencapai umur mumayyiz iaitu 7 tahun. Setelah itu, dia diberi pilihan sama ada terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama bapanya.

3. ORANG YANG BERHAK TERHADAP HADHONAH Orang yang utama sekali berhak mengasuh kanak-kanak ialah ibunya. Mengikut mazhab Shafie, jika ibu telah hilang kelayakan untuk menjadi pengasuh atau meninggal dunia , hak tersebut akan berpindah kepada: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. nenek selah ibu hingga ke atas bapa nenek sebelah bapa hingga ke atas kakak atau adik perempusn seibu sebapa kakak atau adik perempuan seibu kakak atau adik perempuan sebapa anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu sebapa anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu anak prempuan kepada kakak atau adik perempuan sebapa emak saudara sebelah ibu emak saudara sebelah bapa waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah

xii.

4. SYARAT-SYARAT PENGASUH Mengikut mazhab Shafie, seseorang pengasuh itu mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

islam berakal beramanah baligh perempuan yang baik dan bermoral tinggi merdeka tinggal dengan kanak-kanak yang diasuh sekiranya pengasuh itu ibu kandungnya sendiri, disyaratkan dia belum lagi berkahwin dengan lelaki lain

ix. x.

mempunyai tempat tinggal jika pengasuhnya ialah seorang wanita asing, maka suaminya mesti mempunyai pertalian saudara dengan kanak-kanak tersebut

4.8 KESAN PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI Apabila suai dan isteri gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, pelbagai kemungkinan akan berlaku yang boleh menyebabkan kerukunan rumahtangga tergugat. Apabila situasi ini berpanjangan, suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian Anak-anak pula yang akan menjadi mangsa dan akibatnya mereka hidup dalam keadaan terbiar tanpa penjagaan dan didikan yang sewajarnya

4.9 TIGA MASALAH DAN PENYELESAIAN

1. HUKUM SUAMI YANG MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanita adalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yang sah. Oleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalam sebuah perkahwinan yang sah dan keganasan rumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yang boleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada. 2. MASALAH SARA NAFKAH SELEPAS PERCERAIAN Tarikh Keputusan: 9 Sep, 1968 Huraian Tajuk/Isu: Kedudukan sara nafkah isteri dan anak-anak setelah diberikan oleh suami dengan desakan isteri serta membuat pengakuan di hadapan kadi yang ianya tidak akan menuntut sara nafkah yang wajib bagi suaminya. Keputusan: Keputusan Jawatankuasa Syariah adalah seperti berikut:

i.ii.

Kewajipan sara nafkah tidak gugur jika didapati perceraian bersabit di sisi Kadi, kezaliman ke atas isteri. Perceraian di hukum (talak raj'ie) jika bersabit di sisi Kadi talaknya dengan keikhlasan tidak menindas.

3. SUAMI MANDUL Tarikh Keputusan: 29 Mar, 1995 Huraian Tajuk/Isu: Bolehkah pihak isteri menuntut cerai apabila suami dikesan oleh doktor bahawa suaminya mandul. Keputusan: Jawatankuasa memutuskan bahawa tidak boleh dituntut talak atas alasan mandul, kecuali keduaduanya berpakat sesama suami isteri.

BAHAGIAN 3 : PEMBUBARAN PERKAHWINAN5.1 TALAK 5.1.1 MAKSUD TALAK Talak menurut bahasa ialah cerai atau melepaskan ikatan. Dari sudut istilah pula , talak bererti merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak , cerai atau yang mengandungi makna keduanya. 5.1.2 DALIL TALAK Pensyariatan talak ini adalah berdasarkan al-Quran ,sunnah dan ijmak. Firman Allah SWT dala surah al-Talak,65:1 bermaksud Wahai Nabi ! Apabila (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan lidahnya.

Rasulullah SAW menyebutkan tentang talak di dalam beberapa hadithnya, antaranya ialah Perbuatan halal yang paling dibenci Allah adalah talak (Abu Daud dan Ibnu Majah)

Manakala pensyariatan talak melalui ijmak ialah bahawa para ulama telah sependapat semuanya tentang pensyariatan talak yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah , dan tidak ada seorang pun yang membantah tentang hal ini.

5.1.3 HUKUM TALAK Talak diharuskan oleh syarak sebagai langkah penyelesaian terakhir bagi mengatasi masalah rumahtangga.

Walaupun diharuskan, syarak menganggap talak perkara yang dibenci oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: Daripada Ibn Umar, daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda: Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah

Para ulama telah menjelaskan hokum talak dengan lebih terperinci seperti berikut : HUKUM WAJIB KETERANGAN Apabila seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah atau melakukan kezaliman sehingga mengancam keselamatan SUNAT HARAM Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara memperbaikinya Apabila talak dilafazkan pada waktu yang diharamkan seperti waktu isteri sedang haid, hamil dan nifas atau bertujuan menganiaya MAKRUH Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah

5.1.4 JENIS TALAK Talak terbahagi kepada dua bahagian iaitu dari aspek hukum dan aspek kesan. Dari aspek hukum, talak terbahagi kepada dua: i. TALAK SUNNI , bermaksud talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi ii. TALAK BIDI , bermaksud talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi oleh suaminya atau menceraikan dengan talak tiga sekaligus. Hukm melakukan talak BidI adalah haram tetapi ia dikira sah.

Dari aspek kesan, talak juga terbahagi kepada dua : i. TALAK RAJI , bermaksud talak satu atau dua yang belum tepat edahnya. Suami boleh merujuk kembali isterinya semasa edah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.

ii.

TALAK BAIN , ialah talak yang mempunyai dua, iaitu Sughrah dan Kubra. Talak Bain Sughrah ialah talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru. Talak jenis ini merangkumi khulu , fasakh, ilak, talak rajI yang tepat tempuh edah dan talak sebelum (bersetubuh) .

Talak Bain Kubra ialah talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

5.1.5 BAHAGIAN TALAK Talak taklik bererti talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Ia terbahagi kepada dua, iaitu:

1. TAKLIK BIASA

i.

Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isteri, Apabila engkau keluar dari rumah ini tanpa izinku, maka engkau tertalak dengan talak satu .

ii.

Talak ini akan berlaku apabila isteri keluar dari rumah tanpa kebenaran suaminya

2. TAKLIK SECARA KHULU

i.

Bentuk taklik ini biasanya diamalkan di sesetengah negeri di Malaysia. Contoh lafaz taklik secara khulu ialah : Manakala saya tinggalkan isteri saya selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut, padahal dia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian dia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau mahkamah Syariah dan dia memberi kepada kadi bagi pihak saya RM 1.00, maka ketika itu, tertalaklah dia dengan satu talak khulu .

5.1.6 RUKUN TALAK Mengikut mazhab Shafie dan Hanbali, rukun talak ada lima perkara , iaitu : i. ii. orang yang talak shighah

iii. iv.

orang yang diceraikan kuasa menceraikan kesengajaan atau qasad untuk memceraikan

v.

5.1.7 KESAN TALAK Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah : 1. KESAN EMOSI Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanantekanan perasaan berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Jiwa terganggu Marah Sedih Rasa bersalah Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

2. DUA TANGGUNGAN Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah:

i. ii.

sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah

3. KESAN KEPADA ANAK Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri Mengalami tekanan jiwa dan perasaan Perasaan terganggu dan bingung Hilang tumpuan pada pelajaran Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

vii.

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-anak , maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka.

4. MASALAH KEWANGAN Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : i. ii. iii. iv. Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan. Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Kebuntuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas pretasi mereka.

v.

Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga. Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi.

vi.vii.

5. KESAN SOSIAL Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh: i. ii. iii. iv. Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya. Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing. Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudaramara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian vi. Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

v.

6. UNDANG-UNDANG Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undangundang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang sudah bercerai; i. Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak memperolehi rumah HDB. ii. iii. Bayaran cukai pendapatan akan meningkat. Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.

iv. v. vi.

Perbelanjaan guaman. Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian. Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari

tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan. Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya. 5.1.8 HIKMAH DISYARIATKAN TALAK Tujuan sebenar dari perkahwinan adalah mengekalkan hubungan antara pasangan suami isteri. Allah telah menentukan pelbagai hukum dan etika yang begitu banyak untuk dilaksanakan oleh manusia dalam perkahwinannya, semua ini bertujuan untuk menjamin kekalnya hubungan pasangan suami isteri di dalam Islam.

Seandainya terdapat antara pasangan yang menyeleweng, tidak mengambil berat undangundang Allah dan tidak boleh mengawal diri dalam menguruskan rumahtangga, maka Islam mencarikan jalan tengah.

Penceraian addalah jalan terakhir yang mesti diambil perhatian oleh pasangan suami isteri. Islam tidak menggalakkan penceraian antara pasangan suami isteri. Seandainya ada di kalangan orang Islam bercerai kerana hawa nafsu, atau kerana masalah-masalah kecil, Allah SWT amat memarahinya.

5.2 RUJUK 5.2.1 MAKSUD RUJUK Menurut bahasa ialh kembali. Dari sudut istilah pula ialah suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya. Suami boleh merujuk kembali isteri yang diceraikannya dengan talak satu atau dua dalam tempoh edah. 5.2.2 SYARAT SAH RUJUK Syarat rujuk berdasarkan kepada rukun rujuk seperti yang berikut :

RUKUN 1. Islam SUAMI 2. Baligh 3. Berakal 4. Kemahuan sendiri 1. Islam ISTERI

SYARAT

2. telah disetubuhi oleh suami 3. Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk 4. Bukan dijatuhkan talak tiga 5. Masih dalam tempoh edah 1. Menggunakan lafaz rujuk seperti , Aku ceriakan engkau

SIGHAH

2. Tidak bertaklik. Jika suami berkata, Aku rujuk jika engkaubersetuju , maka rujuk tersebut tidak sah. 3. Tidak ditentukan masa. Jika suami berkata, Aku rujuk engkau selama tiga bulan , rujuk itu juga tidak sah.

5.2.3 KAIFIAT RUJUK PROSEDUR RUJUK:

1. Jika selepas perceraian yang boleh dirujukan (dalam iddah rajiyy) dan rujuk telah berlakudengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukkan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh perujukan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon rujuk atas persetujuan bersama semasa di dalam iddahrajiyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.

3. Setiap rujuk yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerahhendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syariah berkaitan sebelum rujuk dijalankan.

4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah berpuashati bahawa rujuk tersebut berlakusecara sah dari segi hukum syara, baharulah pendaftaran atau permohonan rujuk diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.

5. Pendaftaran atau permohonan rujuk hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Ceraidan Rujuk Daerah

6. Setiap rujuk yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah berkaitan.

7.

Pemohon yang telah didaftarkan rujuk mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Rujuk (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Rujuk

8. Butir-butir perujukkan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Ceraidan Rujuk Daerah dalam Buku Daftar Rujuk (Borang 2E). 5.2.4 HIKMAH RUJUK Islam menggalakkan para suami yang melakukan talak supaya merujuk kembali isterinya jika persefahaman boleh dicapai. Antara hikmah disyariatkan rujuk ialah : 1. Bertetapan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesilapan 2. Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazaman dan sikap yang baru 3. Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu 4. Dapat memberi ketenteraman jiwa 5. Dapat menyatukan semula keluarga

5.3 EDAH

5.3.1 MAKSUD EDAH Edah menurut bahasa ialah tempoh pengiraan. Dari sudut istilah ialah tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

5.3.2 HUKUM EDAH Edah wajib bagi seorang isteri yang dicerai oleh suaminya, baik cerai kerana kematian mahupun cerai kerana faktor yang lain. Dalil yang menjadi landasannya adalah firman Allah Subhanahu wa Taala: Orang-orang yang meninggal dunia di antara kalian dengan mening galkan isteri-isteri, maka hendaklah para isteri itu menangguhkan diri nya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.(AlBaqarah: 234) Dan firman-Nya yang lain: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian menikahi wanita- wanita yang beriman, kemudian kalian hendak menceraikan mereka sebelum kalian mencampurinya, maka sekali-kali tidak Wajib atas mere ka iddah bagi kalian yang kalian minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mutah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya. (A1-Ahzab: 49) 5.3.3 BAHAGIAN DAN TEMPOH EDAH Edah terbahagi kepada dua jenis iaitu edah kematian suami dan edah perceraian.

EDAH DISEBABKAN PERCERAIAN HIDUP Edah Hingga melahirkan anak Tiga kali suci Tiga bulan Tiada edah

KEADAAN ISTERI STATUS ISTERI HAMIL TIDAK HAMIL PUTUS HAID BELUM DISETUBUHI

EDAH DISEBABKAN KEMATIAN SUAMI Edah Hingga melahirkan anak Empat bulan sepulah hari Empat bulan sepulah hari Empat bulan sepuluh hari

5.3.4 HIKMAH EDAH 1. Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelakkan daripada berlakunya percampuran keturunan apabila isterinya berkahwin dengan lelaki lain 2. Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya, mudah-mudahan dia merujuk kembali isterinya 3. Menzahirkan kepentingan dan kesuciaan ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat 4. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya terutamanya isteri. Tempoh edah dapat menenangkan fikiran isteri sebelum melakukan hidup baru. 5.3.5 HAK ISTERI KETIKA EDAH 1. Hak semasa edah

i.

isteri diceraikan suami dengan talak satu ataut dua masih di bawah tanggungjawab suami. Isteri berhak mendapat hak-hak sebagaimana sebelumnya seperti nafkah zahir, pakaian, tempat tinggal dan harta perwarisannya. Semasa tempoh edah, isteri dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa keizinannya.

ii.

isteri yang dalam tempoh edah talak Bain (tidak boleh dirujuk), berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan menurut jumhur ulama

iii.

isteri yang kematian suami berhak diberi tempat tinggal selama tempoh edahnya oleh waris terdekat dengan si mati (suami)

2. Hak selepas edah i. Isteri yang tamat tempoh edah nya tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Dia bebas menentukan kehidupannya sendiri. Mereka berhak berkahwin semula dan boleh pinang oleh lelaki-lelaki yang ingin memperisterikannya.

5.4 FASAKH 5.4.1 MAKSUD FASAKH

Fasakh menurut bahasa bererti batal. Manakala dari sudut istilah pula ialah pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan oleh syarat-syarat yang tidak dipatuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

Harus bagi seorang isteri untuk menuntut fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua pihak

5.4.2 DALIL DISYARIATKAN FASAKH Tidak terdapat dalil dari al-Quran yang mensyariatkannya secara khusus. Hadis yang boleh dijadikan sebagai alas an untuk membolehkan fasakh ialah hadis yang bermaksud, Jangan memudaratkan dan jangan saling memudaratkan. Prinsip yang dipakai oleh ulama berkaitan dengan fasakh ialah menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Secara khusus, dalam sunnah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW telah mengahwini seorang wanita dari Ghuffar, apabila Rasulullah ingin menyetubuhinya maka baginda melihat di sisinya terdapat tompok putih (sopak), maka Rasulullah berkata: pakailah pakaian kamu dan kembalilah kepada keluargamu (talak).

Rasulullah berkata kepada keluarganya, Kamu menyembunyikan keaibannya daripadaku. Diriwayatkan oleh Imam Syafie dari Umar b. al-Khatab r.a. bahawa beliau telah memisahkan sepasang suami isteri dengan sebab penyakit kusta, sopak dan juga gila. (Mustafa al-Khin 1987:4/112)

5.4.3 SEBAB DIBOLEHKAN FASAKH Antara sebab yang membolehkan fasakh ialah: 1. Suami tidak memberi nafkah

Isteri berhak menuntut fasakh apabila suami tidak mampu memberi nafkah zahir atau batin. Ini disebabkan nafkah merupakan tanggungjawab suami yang paling penting. Jika suami tidak dapat menunaikannya, isteri akan berada di dalam kemudaratan.

2. Suami berpenyakit Apabila suami menghadapi penyakit yang sukar diubati seperti mati pucuk, sopak, kusta dan Aids, isteri berhak menuntut fasakh untuk mengelakkan kemudaratan yang bakal dihadapinya. 3. Suami melakukan kezaliman terhadap isteri

Isteri berhak menuntut fasakh apabila suami berlaku zalim ke atas isteri seperti memukul dan mengancam keselamatannya.

4. Suami hilang Isteri boleh menuntut fasakh apabila suami hilang setelah enam bulan tempoh berlalu menurut mazhab Hanbali berdasarkan amalan saidina Umar al-Khatab.

Mazhab Maliki pula berpendapat tempoh diharuskan fasakh ialah setahun dan mazhab Syafie berpendapat selama empat bulan. Ini kerana kemudaratan yang disebabkan kehilangan suami adalah sama dengan kemudaratan yang disebabkan tidak memberi nafkah zahir dan batin.

5.4.5 HIKMAH FASAKH 1. Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan 2. Mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan 3. Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga

4. Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anakanak 5. Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad

5.5 KHULU 5.5.1 MAKSUD KHULU Khulu menurut bahasa bererti mencabut atau menanggalkan. Dari sudut istilah, khulu ialah perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khulu. Kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu Khulu hukumnya adalah harus. Apabila isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya dan dia bimbang berlaku derhaka terhadapnya jika meneruskan ikatan perkahwinan, maka isteri boleh mengemukakan tuntutan khulu melalui mahkamah. 5.5.2 DALIL PENSYARIATAN KHULU Perceraian secara khulu memang berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Dalil al-Quran dan Sunnah telah membuktikan bahawa ia dibenarkan oleh Islam.

i.

Surah al-Baqarah 2:229: Maksud : Tidak halal bagimu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika kedua-duanya khuatir tidak kan dapat menjalankan hukum-hakam (peraturan) Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya (Q.2:229)

ii.

Hadis riwayat Al-Bukhari, An-NasaI dari Ibnu Abbas: Mafhumnya: Isteri Thabit bin Qais bin Syamas telah dating kepada Rasulullah SAW seraya berkata: Wahai Rasulullah SAW, saya tidak ingin bercerai dengan suami saya kerana buruk perangainya dan tidak pula kerana kekurangan agamanya, tetapi saya khuatir akan menjadi kafir. Rasulullah SAW bertanya: Adakah kamu mahu mengembalikan kebun itu kepadanya? Wanita itu menjawab: Ya mahu, maka Rasulullah bersabda kepada Thabit: Terimalah kebun itu dan talakkan dia dengan talak satu.

5.5.3 RUKUN KHULU Khulu terlaksana apabila menepati rukun-rukun yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu:

1. Aqid iaitu suami. Suami itu disyaratkan seorang yang berakal dan baligh serta tidak dipaksa. Khulu sah sekalipun suami itu mahjuralayh kerana dia dianggap mencukupi syarat menjatuhkan talak. Cuma, iwad itu hendaklah diserahkan kepada wali. 2. Maqud Alaih iaitu isteri yang menepati syarat-syarat berikut: i. seorang yang sah dijatuhkan ke atasnya sama ada beliau masih seorang isteri atau masih di dalam edah raji ii. iii. iv. hendaklah isteri itu bersetuju membayar iwad kepada suaminya hendaklah isteri itu dengan kerelaan hatinya untuk melakukan khulu hendaklah isteri itu seorang yang sah melakukan derma. Isteri yang safih tidak sah melakukan khulu kecuali dengan izin walinya 3. Sighah, iaitu ucapan . Khulu terjadi apabila suami berkata kepada isteri: Saya menceraikan kamu dengan bayaran sekian atau Saya tebus talak kamu dengan bayaran sekian 4. Iwad, iaitu bayaran ganti atau imbalan. Iwad merupakan perkara pokok dalam masalah khulu kerana tanpanya tiadalah khulu. Tetapi Allah tidak menetapkan kadar iwad dari isteri yang dikhulukan kepada suaminya. Jadi, ia boleh diberikan sama ada nilainya kurang, atau lebih

daripada mahar, secara tunai atau hutang. Malah iwad itu boleh juga di dalam bentuk manfaat asalkan halal kerana ia diibaratkan mahar.

Disyariatkan iwad itu daripada harta yang diketahui dengan jelas sifat dan kewujudannya, mampu diserahkan serta menjadi hak milik isteri secara sah. Isteri yang sakit boleh melakukan khulu jika iwadnya sekadar mahar mithil. Jika lebih, maka tambahan itu adalah sebanyak 1/3 dari nilai pesaka yang ditinggalkan dan dia dianggap tabarru (berbuat baik).

5.5.4 KESAN KHULU

1. institusi keluarga runtuh2. suami dan isteri tidak boleh rujuk kecuali dengan akad yang baru 3. isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa idah. 5.5.5 HIKMAH KHULU 1. Penghormatan kepad aisteri supaya bertindak mengikut undang-undang./ syarak serta melaksanakan diri daripada ikatan perkahwinan 2. Mengelakkan kemungkinan berlaku penderhakaan (nusyuz) daripada pihak isteri seandainya dia terpaksa hidup bersama suami yang tidak disukai 3. Mengelakkan sifat ego suami menyalahgunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati

5.6 TIGA MASALAH DAN PENYELESAIAN 1. HUKUM PERCERAIAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perceraian melalui alat-alat media elektronik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan seperti berikut : i. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus melalui alat-alat media elektronik seperti SMS, Feksemili, E-MEL dan lain - lain adalah sah sekiranya disertai dengan niat dan hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut. ii. Talak yang dilakukan melalui alat-alat media elektronik adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak. 2. MASALAH SUAMI MELAFAZKAN TAKLIK Tarikh Keputusan: 15 Nov, 1986

Huraian Tajuk/Isu: Sepasang suami isteri telah membuat pengaduan ke Pejabat Kadi yang menyatakan bahawa suami telah melafazkan taklik yang berbunyi: "Kali ini kalau gugur (hamil) saya ceraikan awak." Masalah ini telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk difatwakan. Keputusan: Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan ahli Jawatankuasa berpendapat, bahawa lafaz yang disebutkan di

atas itu adalah tidak membawa kepada hukum jatuhnya talak, kerana lafaz yang disebutkan itu hanyalah ia berazam untuk menceraikan sahaja.

3. ADAKAH SEMUA CERAI TAKLIK MENJATUHKAN TALAK DAN ADAKAH IA BOLEH DITARIK BALIK?Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970 Keputusan: Semua jenis Cerai Taklik adalah Sah dan jatuhlah Talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik. Keterangan/Hujah: Dalil:

i.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk".

ii.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu talak, membebaskan hamba dan nikah".

4. HUKUM PERCERAIAN AKIBAT PELANGGARAN TAKLIK Tarikh Keputusan: 27 Dec, 2009 Keputusan: Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penceraian akibat pelanggaran taklik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut: Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan: i. Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan perceraian pelanggaran taklik, lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula. ii. Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Rajie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk semula dalam tempoh iddah.

Apabila telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dibuat oleh suami, maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri, maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut: i. Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Rajie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah, maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif. ii. Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian rajie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan.

5. TUNTUTAN FASAKH ISTERI KERANA SUAMI MENGHIDAP PENYAKIT AIDS ATAU PENAGIH DADAH Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mar 1995 telah membincangkan Tuntutan fasakh Nikah Isteri Kerana Suami Mengidap Penyakit Aids Atau Penagih Dadah. Muzakarah telah meluluskan fatwa tuntutan fasakh nikah isteri kerana suami mengidap penyakit aids atau penagih dadah dengan perakuan dari pakar perubatan yang adil. 6. TEMPOH EDAH BAGI PEREMPUAN YANG DIBUANG RAHIM Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :Mesyuarat memutuskan bahawa perempuan yang dibuang rahimnya beriddah selama 3 bulan mengambil kira kaedah perempuan yang telah putus asa daripada kedatangan haid.

BAHAGIAN 4 : NUSYUZ DAN POLIGAMI6.1 NUSYUZ 6.1.1 MAKSUD NUSYUZ

Nusyuz menurut bahasa ialah derhaka atau ingkar. Manakala dari sudut istilah pula, nusyuz bererti keengganan isteri menunaikan kewajiban terhadap suami tanpa alas an yang munasabah mengikut hukum syarak.

Para malaikat melaknat isteri yang nusyuz kerana nusyuz adalah perbuatan yang diharamkan oleh syarak . Antara bentuk nusyuz adalah isteri melakukan kekasaran kepada suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan dan isteri melakukan kecurangan terhadap suami.

6.1.2 HUKUM DAN DALIL PENSYARIATAN NUSYUZ Haram ke atas isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya. Mengingkari kewajipan yang telah ditetapkan Allah berkaitan dengan kepatuhan kepada suami adalah termasuk salah satu bahagian dari dosa-dosa besar yang ditetapkan oleh syariat. Hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari menyebutkan maksudnya: Apabila seorang suami memanggil isterinya untuk tidur, kemudian ia tidak dating, maka marah suami kepadanya pada malam tersebut , maka ia akan dikutuk oleh malaikat sampai subuhnya. Hadis yang diriwayatkan Muslim menyebutkan maksudnya: Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah, mana-mana suami yang memanggil isterinya untuk tidur, lalu ia enggan berbuat demikian, maka segala yang ada dilangit akan membencinya sampailah suaminya merelakannya. Rasulullah SAW pernah juga bersabda maksudnya:

Rasulullah SAW bersabda Demi yang diriku di bawah kekuasaannya, seorang isteri yang tidak dapat menunaikan hak Tuhannya, sampailah ia menunaikan hak suaminya (H R Ahmad,4:381,No1853).

6.1.3 TANDA ISTERI NUSYUZ 1. Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur 2. Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab-sebab yang munasabah 3. Melakukan kekasaran sama ada dengan perkataan atau perbuatan terhadap suami 4. Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak 5. Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami. 6.1.4 LANGKAH PENYELESAIAN NUSYUZ 1. Apabila sudah diketahui seorang isteri melakukan nusyuz, maka pada saat itu suami perlu memperingatkannya atau menasihatinya berdasarkan al-Quran , di mana ia perlu menyampaikan peringatan-peringatan tentang kewajibannya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam melayani suami. Nasihat ini perlu disampaikan dengan cara yang baik , dalam keadaan tenang, tidak emosional . Sebab itu suami perlu mencari waktu yang sesuai. Namun jika tidak kelihatan perubahan apa-apa di dalam diri isteri, atau ia terus menderhaka kepada suaminya, dalam keadaan demikian suami perlu mengubah cara dalam mendidik isteri. Islam memberi peluang untuk mengajar isteri dengan cara yang lebih keras tetapi tidak melampaui batas yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.

2. Pendidikan yang diberikan kepada isteri dalam peringkat kedua adalah memisahkan isteri daritempat tidur. Ertinya suami jangan tidur dekat isteri. Ia boleh menyuruh isteri tidur di tempat lain atau suami sendiri mencari tempat lain yang tidak berdekatan dengannya. Keadaan ini perlu dijalankan selama beberapa hari sehingga ia menunjukkan tanda-tanda penyesalannya.

3. Kalau sudah berlalu beberapa hari namun ia masih tidak berubah dan masih terus berdegil, makasuami boleh mengambil tindakan yang seterusnya. Dimana suami boleh memukul isterinya dalam bentuk pukulan setakat untuk mengajarnya,bukan untuk merosakkan atau mencederakan mana-mana anggota tubuhnya,seperti memukul wajahnya,mematahkan tulangnya,atau menghilangkan sebahagian anggota badannya.

4. Seandainya pergaduhan suami isteri terus terjadi disebabkan nusyuz isteri ini, dan tidak ada tanda ia akan selesai, maka ketika ini perkara tersebut mestilah dibawa ke mahkamah. Hakim akan memberi penilaian terhadap kes ini dan akan melantik dua orang pendamai, yang satu dari kalangan keluarga suami dan satu lagi dari kalangan keluarga isteri. Mereka mestilah orang Islam, adil dan memahami cara-cara untuk mendamaikan pasangan tersebut.

5. Walaubagaimanapun, sekiranya pasangan suami isteri tersebut tidak setuju dengan parapendamai yang dilantik , dan mereka tidak mahu menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh para pendamai, maka hakim akan memanggil kedua-dua pasangan tersebut dan akan mendidik mana-mana di antara mereka yang telah berbuat zalim terhadap pasangannya dan hakim juga akan mengembalikan segala hak-hak yang dimiliki oleh orang yang teraniaya, dan terakhir hakim akan melaksanakan apa-apa keputusan berdasarkan dua orang pendamai. 6.1.5 KESAN NUSYUZ Isteri yang nusyuz akan hilang hak daripada suaminya. Jika isteri tersebut bermadu, dia akan kehilangan giliran bermalam bersama suaminya. Hak-hak ini hilang sementara waktu sahaja. Apabila isteri kembali mentaati suaminya, isteri itu akan mendapat semula haknya. Nusyuz meninggalkan kesan yang buruk terhadap suami, keuarga dan masyarakat: i. Kesan terhadap suami Suami yang tidak dihormati dalam rumahtangga akan berasa tercabar dan hilang pertimbangan. Dia akan bertindak kasar terhadap isterinya dan menggunakan kekasaran untuk melepaskan kemarahannya. ii. Kesan terhadap keluarga Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa. Jiwa dan minda mereka akan tertekan dengan tindak-tanduk ibu bapa mereka. iii. Kesan terhadap masyarakat Kehancuran rumahtangga akan memberi kesan yang buruk dalam masyarakat. Hubungan yang akrab antara keluarga suami dan isteri akan terjejas. 6.1.6 HIKMAH LARANGAN NUSYUZ Nusyuz adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam undang-undang Islam, ia merupakan sebahagian dari dosa besar. Allah dan RasulNya membenci perbuatan nusyuz, sama ada ia dilakukan oleh suami mahupun isteri.

Bagi memelihara hak masing-masing terpelihara, Islam telah meletakkan suatu undang-undang khas yang berkaitan dengan masalah nusyuz kerana dengan adanya undang-undang tersebut, maka masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawabnya, disamping itu meraka juga akan merasa terlindung melalui undang-undang ini.

Selain itu, nusyuz adalah berupa pengabaian terhadap kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah kepada pasangan suami isteri. Apabila isteri mengabaikan tanggungjawabnya, atau dia tidak mentaati suaminya, maka ia telah melakukan nusyuz tehadap suaminya. Sebaliknya, jika suami yang cuai, tidak melaksanakan tangguangjawab atau menafikan hak-hak yang sepatutnya, maka dalam keadaan ini, suami telah melakukan nusyuz terhadap isterinya.

6.2 POLIGAMI 6.2.1 MAKSUD POLIGAMI

Poligami berasal daripada bahasa Latin iaitu banyak isteri. Manakala dalam konteks Islam, ia bermaksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada

6.2.2 HUKUM POLIGAMI Hukum berpoligami adalah harus berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: Maka kahwinilah mana-mana perempuan yang kamu sukai, dua, tiga, atau empat, jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (antara isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja. (Q.4:3) 6.2.3 SYARAT POLIGAMI Orang yang hendak mengamalkan poligami wajib memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Tidak melebihi empat isteri Berdasarkan ayat 3 daripada surah An-Nisa, amalan poligami dalam Islam dibataskan kepada empat orang isteri. Perkahwinan yang melebihi bilangan ini adalah terbatal. 2. Boleh berlaku adil

Setiap lelaki yang berpoligami hendaklah yakin dapat berlaku adil terhadap bakal-bakal isterinya. Keadilan yang dimaksudkan ialah dari aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan giliran bermalam.

Kasih sayang tidak termasuk dalam pengertian keadilan kerana berada di luar kawasan manusia. Walaubagaimanapun, suami tidak boleh menzahirkannya dalam bentuk tindakan agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.

3. Mampu dari segi jasmani dan kewangan Orang yang hendak berpoligami mestilah mempunyai kemampuan dari segi jasmani dan kewangan. Kekurangan dua aspek ini akan menyebabkan suami tidak dapat memenuhi keperluan keluarganya yang semakin bertambah. 6.2.4 HIKMAH POLIGAMI Poligami yang diharuskan oleh Islam mempunyai pelbagai hikmah untuk menyelesaikan masalah rumahtangga, antaranya: 1. Menyambung keturunan Zuriat adalah penyambung keturunan yang menjadi waris di dunia dan Akhirat. Sehubungan itu, jika terdapat pasangan yang tidak mempunyai zuriat disebabkan isteri sakit, mandul atau sebabsebab yang tertentu, maka poligami merupakan jalan yang boleh mengatasinya. 2. Membela nasib anak yatim dan wanita Anak-anak memerlukan pembelaan dan kasih sayang daripada seorang bapa. Begitu juga wanita yang tidak bersuami sama ada janda atau gadis memerlukan perlindungan.

Pengabaian dua golongan yang lemah ini akan menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam masyarakat. Poligami merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3. Mengelakkan diberi daripada maksiat Islam mensyariatkan poligami bagi lelaki yang tidak memadai debgan seorang isteri untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat. 4. Mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat

Lelaki yang berpoligami dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Mereka akan dibalas dengan pahala dan syurga di Akhirat. Apabila berlaku keadilan dalam rumahtangga, keluarga akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Suasana

seperti ini sangat penting dalam membantu proses pendidikan anak-anak.

6.2.5 AKIBAT POLIGAMI YANG TIDAK MENGIKUTI SYARIAT

Poligami yang dilaksanakan dengan baik mengikut peraturan Islam di kira sebagai ibadah. Sebaliknya poligami yang tidak mengikut peraturan Islam seperti tidak berlaku adil akn mengundang kemurkaan Allah SWT.

Perasaan tidak puas hati antara isteri-isteri akan menyebabkan berlaku pergaduhan. Anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada keluarga.

Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang ancaman azab ke atas suami yang tidak berlaku adil. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu dia cenderung ( memberi keistimewaan ) kepada salah seorang daripada keduanya, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan sebelah bahunya senget. (H R Abu Daud dan Tarmizi)

6.3 ZIHAR 6.3.1 MAKSUD ZIHAR Zihar menurut bahasa berasal daripada perkataan zihar yang bererti belakang. Dari sudut istilah, zihar bermaksud suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya.

Perkataan zihar (belakang) digunakan oleh orang Arab sebagai kiasan bagi hubungan kelamin. Apabila suami melafazkan perkataan ini, dia telah menyamakan isterinya dengan mahramnya dari segi pengharaman hubungan kelamin.

6.3.2 AMALAN ZIHAR PADA ZAMAN JAHILIAH Az-Zahru bermaksud belakang. Dalam lafaz zihar, Az-Zahru bagi orang Arab jahiliah bermaksud jimak , seperti kata suami kepada isterinya : Engkau haram bagiku seperti belakang ibuku. Pada zaman jahiliah, zihar merupakan suatu bentuk talak. Kedatangan Islam membatalkan hukum tersebut dan mengharamkan suami yang menzihar itu mendekati isterinya selagi tidak membayar kaffarah yang ditetapkan olah Allah SWT.

6.3.3 HUKUM DAN DALIL ZIHAR

Perbuatan zihar adalah haram dan berdosa besar. Peristiwa zihar pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Aus bin As-Shamit telah berkata kepada isterinya, Khaulah binti Malik bin Thalabah : Engkau bagiku seperti belakang ibuku . Perkataan seperti ini apabila dilafazkan oleh lelaki kepada isteri dapa zaman jahiliah, maka isteri itu haram disetubuhi.

Setelah menyesal atas ucapannya, Aus mengajak isterinya bersetubuh tetapi ditolak oleh isterinya sehingga mendapat penjelasan daripada Rasulullah SAW. Baginda menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dilarang dan perhubungan antara mereka adalah haram.

Khaulah meminta jalan penyelesaian daripada Rasulullah SAW sehingga turunlah ayat ini : Maksudnya : Orang-orang yang menziharkan isteri-isteri mereka di kalangan kamu, (pada hal) isteri mereka bukanlah ibu mereka. Ibu-ibu hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Sesunggunhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

6.3.4 KAEDAH PENYELESAIAN ZIHAR Apabila suami melafazkan perkataan zihar terhadap isterinya, perhubungan mereka menjadi haram sehingga suami kaffarah zihar. Kaffarah adalah mengikut tertib berikut:

i. ii.

Memerdekakan seorang hamba mukmin Jika tidak mampu, suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan kepada enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang. Makanan ini disyaratkan daripada jenis yang sah dikeluarkan zakat seperti beras.

iii.

Tidak halal seorang isteri kepada suami yang telah menziharkannya selagi suami tidak menyelesaikan bayaran kaffarahnya. Oleh yang demikan, suami yang mencampuri isterinya pada ketika ini dianggap melakukan dosa dan mendurhakai Allah. Maka, dia mesti memohon supaya diampunkan dosa serta bertaubat dan menahan diri dari mendekati isterinya sehinggalah selesai menunaikan sekali kaffarahnya.

Suami yang mengucapkan satu lafaz zihar terhadap beberapa orang isterinya dikenakan kaffarah mengikut bilangan isteri yang diziharkan itu. Demikian juga seandainya suami itu menzihar pada beberapa anggota badan , maka tiap-tiap satu anggota itu dikenakan satu kaffarah.

6.3.5 KESAN ZIHAR Kesan-kesan zihar adalah seperti berikut: 1. Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah SWT dan berdosa besar kerana dia mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT. 2. Suami isteri haram melakukan persetubuhan 3. Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri 4. Suami wajib membayar kaffarah 6.3.6 HIKMAH LARANGAN ZIHAR Islam telah mensyariatkan nikah sebagai satu ikatan yang kukuh dan tidak mungkin dapat diputuskan kecuali dengan maut atau talak. Walaupun dihalalkan , namun talak amat dibenci oleh Allah.

Nikah telah menghalalkan segala sesuatu pada isteri kepada suaminya. Mengubah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah kepada haram bermakna telah melakukan dosa besar yang sudah tentu akan dihukum oleh Allah. Balasan dosa itu bertujuan memberi pengajaran kepada para suami supaya sabar dan mahu memperbaiki akhlak serta mendidik jiwanya.

6.4 TIGA MASALAH DAN PENYELESAIAN

1. HUKUM

CERAI

TAKLIK

PILIHAN

KEPADA

ISTERI

SEKIRANYA

SUAMI

BERPOLIGAMIKeputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

i.

Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan

ii.

Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.

2. BERKENAAN ZIHAR YANG BERLAKU DALAM KALANGAN UMAT ISLAM MELAYU DIMALAYSIA Tarikh Keputusan: 30 Jul, 2002 Huraian Tajuk/Isu: Apakah jatuh hukum zihar segala ucapan dan lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isterinya bertujuan berkasih sayang, tidak ada tujuan serta niat untuk zihar dan telah menjadi adat kebiasaan bagi orang melayu Islam di Malaysia.

Keputusan: Keputusan Fatwa : Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membuat keputusan seperti berikut : Alhamdulillah fatwanya;" Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya ( orang yang haram dinikahinya ) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. "

3. NAFKAH KEPADA ISTERI YANG NUSYUZ Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970 Huraian Tajuk/Isu: Adakah Isteri Yang Disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah Dan Di Talakkan Oleh Suaminya Berhak Mendapat Nafkah Eddah Dan Mut"ah Keputusan:

Maksud Nusyuz: Yang dimaksudkan dengan nusyuz ialah penderhakaan isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang diharuskan syara' dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki kerumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya.

Hukum Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz: Isteri yang telah disabitkan oleh Mahkamah Qadi Nusyuznya, maka menurut Ijma" Ulama" bahawa nafkah kepadanya gugur kerana nafkah diwajibkan kepada isteri disebabkan ianya terkurung dalam rumah tangga. Isteri yang nusyuz ialah isteri isteri yang membebaskan dirinya dari kurungan suami dengan tidak mentaatinya, tanpa alas an yang diharuskan syara' maka gugurlah nafkah ke atasnya. Adapun isteri yang belum disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Qadi, walaupun ada angapan nusyuz, maka nafkah ke atasnya masih wajib. Keterangan/Hujah:

i.

Dalil al-Quran surah an-Nisa" ayat 34 : Yang bermaksud : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz (derhaka) hendaklah kamu

menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya) kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkna mereka. Sesungguhnya Allah maha tinggi lagi maha besar".

ii.

Dalil al-Hadis : Maksudnya : "Jika seseorang perempuan engkar untuk tidur bersama suaminya maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga waktu subuh".