Folio Sejarah- Elemen 3

2
Tajuk: Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan? Modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan dengan mewujudkan masyarakat yang berbangga sebagai rakyat Malaysia . Hal ini akan menjadikan setiap rakyat sentiasa menghormati raja dan pemimpin negara dengan penuh taat setia. Bahkan, rakyat akan selalu bersungguh- sungguh untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Selain itu, aktivit sukan dan permainan yang juga dapat membentuk individu yang bersifat cinta akan negara dengan melahirkan masyarakat yang bersemangat setia negara . Dengan wujudnya aktiviti sukan dan permainan ini, rakyat akan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada negara dan bangsa . Oleh itu, negara akan sentiasa aman sentosa tanpa sebarang masalah dan kucar- kacir. Bertitik tolak dari situ, aktiviti sukan dan permainan yang sentiasa memerlukan kerjasama setiap individu akan melahirkan masyarakat yang bersemangat kekitaan dan menjadikan masyarakat Malaysia semakin bersatu padu dan berharmoni . Hal ini juga akan mewujudkan sifat bersefahaman dan bermuafakat sesama masyarakat sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Tambahan pula, sikap yang berdisiplin iaitu yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia dapat dilahirkan dalam diri setiap individu melalui aktiviti sukan dan permainan. Rakyat juga akan sentiasa berusaha mematuhi peraturan dan undang- undang . Justeru, segala

description

Check this out also...

Transcript of Folio Sejarah- Elemen 3

Page 1: Folio Sejarah- Elemen 3

Tajuk: Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan?

Modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan dengan mewujudkan masyarakat yang berbangga sebagai rakyat Malaysia. Hal ini akan menjadikan setiap rakyat sentiasa menghormati raja dan pemimpin negara dengan penuh taat setia. Bahkan, rakyat akan selalu bersungguh- sungguh untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Selain itu, aktivit sukan dan permainan yang juga dapat membentuk individu yang bersifat cinta akan negara dengan melahirkan masyarakat yang bersemangat setia negara. Dengan wujudnya aktiviti sukan dan permainan ini, rakyat akan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada negara dan bangsa. Oleh itu, negara akan sentiasa aman sentosa tanpa sebarang masalah dan kucar- kacir.

Bertitik tolak dari situ, aktiviti sukan dan permainan yang sentiasa memerlukan kerjasama setiap individu akan melahirkan masyarakat yang bersemangat kekitaan dan menjadikan masyarakat Malaysia semakin bersatu padu dan berharmoni. Hal ini juga akan mewujudkan sifat bersefahaman dan bermuafakat sesama masyarakat sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.

Tambahan pula, sikap yang berdisiplin iaitu yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia dapat dilahirkan dalam diri setiap individu melalui aktiviti sukan dan permainan. Rakyat juga akan sentiasa berusaha mematuhi peraturan dan undang- undang. Justeru, segala huru- hara dan jenayah dapat dielakkan dan ini akan menjadikan negara sentiasa aman dan makmur.

Akhir sekali, aktiviti sukan dan permainan akan membentuk peribadi seseorang rakyat Malaysia melalui sikap berusaha dan produktif yang ditonjolkan. Setiap warga Malaysia akan menjadi lebih rajin dan gigih serta tabah menghadapi cabaran hidup yang mendatang. Hasilnya, negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terus maju dalam setiap aspek kehidupan.