Folio Sejarah Ting. 2

22
NAMA : Nor Fauziatun Bt Mohd Fauzi TINGKATAN : 2 Zainab IC : 940407-02-5534 NAMA & ALAMAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, SEKOLAH 75460 Melaka. TAJUK : Latar Belakang Sekolah NAMA GURU: Pn. Yuriza bt Muhammad ELEMEN MARKAH 1 2 Jumlah Markah Tahap Pencapaian

Transcript of Folio Sejarah Ting. 2

Page 1: Folio Sejarah Ting. 2

NAMA : Nor Fauziatun Bt Mohd Fauzi

TINGKATAN : 2 Zainab

IC : 940407-02-5534

NAMA &ALAMAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, SEKOLAH 75460 Melaka.

TAJUK : Latar Belakang Sekolah

NAMA GURU: Pn. Yuriza bt Muhammad

ELEMEN MARKAH

1

2

Jumlah Markah

Tahap Pencapaian

Page 2: Folio Sejarah Ting. 2

1

Page 3: Folio Sejarah Ting. 2

KANDUNGAN MUKA SURAT

Tajuk 1Senarai Kandungan 2

Penghargaan 3

Objektif 4

Kaedah Kajian Lawatan Rujukan

5

Laporan Kajian Asal-usul awal sekolah Sebab nama sekolah dipilih Tarikh nama sekolah mula

digunakan Tempat asal sekolah Perasmian sekolah

6-7

Rumusan 8

Lampiran Lencana sekolah Lagu sekolah Peta kedudukan dan pelan

sekolah

9-12

Rujukan Buku ilmiah Laman web

13

2

Page 4: Folio Sejarah Ting. 2

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru bimbingan saya, Pn. Yuriza

Muhammad yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Terima kasih yang tidak terhingga

kepada keluarga saya ibu bapa saya, En. Mohd Fauzi b Endut dan Pn. Nor Zaitun bt Zakaria atas

dorongan dan sokongan mereka kepada saya selama masa saya menyiapkan folio ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan, Najwa Asyiffa bt Abd

Rahman yang banyak memberikan semangat dan komitmen yang tinggi semasa saya menyiapkan folio

ini.

3

Page 5: Folio Sejarah Ting. 2

Mengenal dan memahami sejarah perkembangan sekolah.

Mengenali nama sekolah.

Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.

Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang

sekolah.

4

Page 6: Folio Sejarah Ting. 2

Semasa menyiapkan folio ini, saya telah menjalankan kaedah kajian lawatan. Saya telah

melawat ke Bilik Warisan Sekolah dan perpustakaan sekolah untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih lanjut. Guru bimbingan saya, Pn. Yuriza Muhammad yang telah membenarkan saya masuk ke

Bilik Warisan untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah penubuhan sekolah.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah kajian rujukan. Saya telah membuat rujukan

beberapa buah buku seperti 2 naskhah majalah sekolah(Assharifah) yang tahun terbitannya berbeza.

Saya juga membuat rujukan di laman web rasmi sekolah iaitu http://www.smkasr.net untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah.

5

Page 7: Folio Sejarah Ting. 2

ASAL-USUL SEKOLAH

Penubuhan SMK(A) Sharifah Rodziah bermula dari idea tiga orang tokoh agama Melaka yang

berhasrat agar anak-anak perempuan mendapat pendidikan tinggi dalam aliran agama. Mereka

adalah Allahyarham Tuan Shaikh Said b Mohamad(Yang DiPertua Majlis Agama Islam Melaka),

Allahyarham Tuan Haji Johar b Haji Abdul Aziz, Penyelia Sekolah Agama LAPIS, negeri Melaka

dan Tuan Haji Bokhari b Said PJK, JP(Penghulu Telok Mas). Penubuhan sekolah ini mula dirangka

pada tahun 1968 oleh Kerajaan Negeri Melaka dan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Melaka.

SEBAB NAMA SEKOLAH DIPILIH

Upacara meletakkan batu asas dirasmikan oleh Yang Mulia Toh Puan Sharifah Rodziah bt Syed

Alwee Barakhbah S.P.M.T. isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Sebagai tanda

penghargaan, sekolah ini dinamakan Sekolah menengah Agama Perempuan Sharifah Rodziah dan

ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah yang kekal sehingga hari

ini.

TARIKH NAMA SEKOLAH MULA DIGUNAKAN

Nama sekolah dipilihpada 20 April 1969 bersempena nama isteri Perdana Menteri Malaysia

yang pertama.

6

Page 8: Folio Sejarah Ting. 2

TEMPAT ASAL SEKOLAH

Batu asas telah dirasmikan di atas tapak tanah seluas kira-kira 20 ekar di atas Bukit Punggur,

Telok Mas(10 Kilometer ke Selatan dari Bandar Melaka). Pembinaan sekolah siap pada awal

tahun 1970-an dan pengajarannya dimulakan pada 4 Mei 1970 dengan pelajarnya seramai 131

orang, 6 orang tenaga pengajar dan seorang kakitangan pejabat.

PERASMIAN

Pada 6 Ogos 1971, DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 5, iaitu Tengku Bahiyah telah mencemar duli untuk merasmikan sekolah ini. Pada 01 Januari 1977, pentadbiran

sekolah telah diambilalih oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran

Malaysia sehingga sekarang.

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodziah telah bertambah maju dari

semua aspek sama ada segi fizikal, kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini telah mencipta sejarah

kecemerlangan bukan sahaja di Melaka malah di Malaysia.

7

Page 9: Folio Sejarah Ting. 2

Dengan membuat kajian mengenai sejarah perkembangan sekolah, saya dapat mengenal,

memahami, dan mendalami sejarah penubuhan sekolah yang telah banyak berjasa kepada saya.Saya juga

dapat mengenali nama sekolah tentang sebab-sebab nama tersebut digunakan.

Melalui pemahaman yang mendalam tentang sejarah perkembangan sekolah, saya dapat

memupuk rasa bengga dan cinta terhadap sekolah.Oleh itu, saya akan sentiasa menjaga nama baik

sekolah dan perkera-perkara lain tentang sekolah saya.

Melalui kajian ini juga, saya dapat mempertingkatkan kemahiran mencari, mengumpul,

merekod dan menganalisis maklumat tentang sejarah penubuhan sekolah semasa menjalankan kajian ini.

8

Page 10: Folio Sejarah Ting. 2

9

Page 11: Folio Sejarah Ting. 2

BENTUK:

Ia merangkumi 5 sudut & bergaris 6 yang bemaksud rukun Islam dan rukun Iman.

SIMBOL

Bulan & bintang termasuk menara masjid bermaksud Agama Islam.

Bumbung & peralatan belajar bermaksud ilmu yang dituntut di bawah satu bumbung.

WARNA

Lambang kepada sifat mulia & amanah, ia juga berasaskan pegangan kepada prinsip rukun Negara.

Lambang keagamaan Islam(ISLAM) & kebahagiaan dunia dan akhirat.

Melambangkan keberanian dan kegigihan untuk menuntut ilmu dan menjadi manusia yang Berpelajaran.

Melambangkan kemesraan, perpaduan dan keinsafan.

AS-SHARIFAH JAYA

10

Page 12: Folio Sejarah Ting. 2

Kami pelajar Sharifah Rodziah }Chorus 2XBergerak serentak mengejar cita

Al-Amanah pegangan kami Berakhlak mulia sifat terpuji

Berilmu, beramal, jadi ikutan kami

Akan membentuk insan harmonis

Chorus 2X

Rajin usaha kearah jaya

Taat dan setia junjung perintah

Gemilang, cemerlang, akademik utama

Perintah Allah tidak dilupa

Chorus 2X

Saling hormat mengenang jasa

Perteguhkan iman semangat waja

Didikan, jasamu , kami tidakkan lupa

Syukur nikmatnya tetap bertakhta

Chorus 2X

11

Page 13: Folio Sejarah Ting. 2

Pelan digital kedudukan SMK(A)SR dari atas

Pelan SMK(A)SR

12

Page 14: Folio Sejarah Ting. 2

1. Majalah sekolah terbitan 2002/2003 halaman 5 dan 2006/2007 edisi 15 halaman 6, 7, 8, 13, 64.

2. Laman web sekolah-http://www.smkasr.net.

3. Lawatan ke Bilik Warisan dan perpustakaan sekolah.

13

Page 15: Folio Sejarah Ting. 2

14

Page 16: Folio Sejarah Ting. 2

15

Page 17: Folio Sejarah Ting. 2

16