FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

29
ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990 ) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari

description

Folio Ting 2 Mantan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama

Transcript of FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

Page 1: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

ELEMEN 1

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang

Page 2: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Isi kandungan

[sorok]

1 Kehidupan peribadi o 1.1 Pendidikan o 1.2 Keluarga

2 Kerjaya politik o 2.1 Laluan ke kemerdekaan o 2.2 Sebagai Perdana Menteri

3 Kegiatan Islam 4 Kehidupan kemudian 5 Garis masa 6 Rujukan 7 Pautan luar

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Page 3: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan

Page 4: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan

Page 5: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan

Page 6: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada

Page 7: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih

Page 8: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan

Page 9: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.

Kehidupan kemudian

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan

Page 10: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Garis masa

1903 : Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.

1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.

1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.

1919 (umur 16): Belajar di England. 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera

(Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.

1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.

1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.

1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.

1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.

1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.

Page 11: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

1934 : Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.

1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.

1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.

1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.

1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.

1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.

1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.

1946 : Menyertai UMNO. 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober

sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.

1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.

Page 12: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.

1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.

1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.

1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).

1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.

1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.

1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.

1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.

1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

Page 13: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya Nabihah bt Abdul Kadir ingin

merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan Pengetua

sekolah iaitu Pn. Che Sham bt Abdul yang memberikan

kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan

kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Pn.

Rosmaini bt Yusof kerana telah sudi memberikan bimbingan

dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek .

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang

tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Tuan Haji

Abdul Kadir bin Ibrahim dan Pn Hajjah Norzilayati bt Chik yang

Page 14: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan

kajian ini. Saya juga amat bersyukur kerana mendapat

kerjasama dan pertolongan daripada sahabat-sahabat saya.

Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada

beberapa pihak yang telah menolong saya bagi menyiapkan

tugasan ini .

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA

SEJARAH

Mantan Perdana Menteri

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Page 15: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

ISI KANDUNGAN

BILANGAN SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

1 TAJUK KAJIAN

2 SENARAI KANDUNGAN

3 PENGHARGAAN

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 HASIL KAJIAN

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

Page 16: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

TAJUK KAJIAN

TOKOH MANTAN PERDANA

MENTERI

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

AL-HAJ

Page 17: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Saya telah

mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan tugasan

ini .

Objektif kajian ini adalah untuk saya menambahkan

pengetahuan saya mengenai tokoh ini . Malah saya telah ke

Perpustakaan Negara untuk lebih mengenali tokoh ini .

Selain itu , kajian ini bertujuan menyedarkan

masyarakat betapa pentingnya kita mengenali tokoh-tokoh

perdana menteri selain daripada tokoh yang saya pilih iaitu ,

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Akhir sekali , ia adalah untuk saya menghargai dan

menyanjungi jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh

mantan perdana menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj .

Page 18: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat

penyelidikan terhadap sebuah buku iaitu Buku Sejarah

Tingkatan 3 oleh Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin Samsuri

dan Muslimin bin Fadzil pada tahun 2005 oleh keluaran

Dawama Sdn.Bhd. Seterusnya, saya telah membuat kajian

dengan cara melayari Internet di laman web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman. Dan akhir

sekali saya telah mengimbas kembali keratan akhbar di akhbar

Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober 2008 mengenai

Mantan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Page 19: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

HASIL KAJIAN

1. NAMA TOKOH

Dalam kajian ini, saya telah memilih Mantan Perdana

Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang

merupakan Perdana Menteri yang ke 1.

I) NAMA PENUH

Nama penuh beliau ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

II) GELARAN

Beliau diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan atau

Bapa Malaysia kerana telah memerdekakan negara ini.

III) NAMA SAMARAN

Beliau digelar AWANG semasa beliau kecil kerana beliau

tidak sesegak abang-abangnya yang lain.

Page 20: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

2. BIODATA

I) TARIKH DAN TEMPAT LAHIR

Pada 8 februari 1903, beliau telah dilahirkan di Istana Tiga

Tingkat di Alor Setar, Kedah.

II) KELUARGA

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam,

seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak

perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan

dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra

dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934

kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet

Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Beliau dititahkan

untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, kerana

peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light.

Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi

Barakbah. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab

yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan

Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang

Page 21: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah,

Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang

yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah

mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi

nama Tunku Noor Hay.

III) PENDIDIKAN

Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di

sebuah sekolah rendah melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.

Beliau biasa berbahasa siam di rumah dan belajar bahasa

melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang kerumahnya

untuk mengajar bahasa inggeris. Kemudian beliau berpindah ke

sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan

sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913 sewaktu

beliau berusia 10 tahun, beliau telah belajar di Sekolah

Thebsirintrawat (Debsirindir School)bersama abang sulungnya,

Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau

pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.

Pada tahun 1919, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah

untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di

Universiti Cambridge. Beliau memperolehi ijazahnya Sarjana

Muda Sastera pada tahun 1925. Beliau lulus semester pertama

Page 22: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun

1930. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England

untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge.

Kemudian Tunku pulang ke tanah air. Pada tahun 1938, Tunku

pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk

menyambung pelajaran undang-undangnya. Tunku

menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada

tahun 1947.

IV) PEKERJAAN

Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat

Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik

sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun

berikutnya. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai Pegawai

Jajahan di Sungai Petani. Beliau juga bertindak sebagai hakim

daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan

Sungai Petani. Sewaktu beliau berusia 36 tahun (1940) beliau

dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan

Kawalan Am Selatan Kedah. Pada tahun 1958, beliau telah

dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation

(AFC) (1958 – 1976). Dan pada tahun 1982, beliau telah dilantik

Page 23: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

sebagai Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan

Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

3. KEJAYAAN TOKOH

I) BIDANG YANG DICEBURI

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik pada

tahun 1946 dengan menyertai UMNO dan menjadi Presiden

UMNO. 4 tahun kemudiannya, beliau telah dilantik sebagai

Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Pada tahun, beliau

dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.

Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di

Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan

Presiden Mahkamah Sesi.

II) PANGKAT/KEBESARAN

- Kedah order of Merit 1958

- Darjah Seri Mahkota Negara

- Degree of Doctor of laws, Cambridge University

1960

- Hononary Doctor of letters, University of Oxford 29

june 1970

- Doctorate in Law, University of Sydney

Page 24: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

- Hononary degree of The Premier of South Korea

1965

- Doctorate of Law, University of Philippines

- Doctorate from University of Alligarh, India 1962

- Tunisia’s Highest Award 5 july 1969

- Doctorate fromn University of Songkla, Thailand

- Ramon Magsaysay Award 1960

- Medal of Appriciation (First Class), Thai Red Cross

6 Sept 197

III) PENGIKTIRAFAN

- Yang amat dihormati Darjah Kerabat Negeri Perlis

- Hononary Doctorate Og Law, Universiti Sains

malaysia

- Hononary Doctorate of Law, Universiti Kebangsaan

Malaysia 1981

- Chancellor Award, Universiti Malaya

- Darjah Utama Negeri Melaka

- National Sports Personality Award 2 june 1979

- United States Distinguished Service Award 6 Feb

1981

Page 25: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

IV) SUMBANGAN

Pada tahun 1954, beliau telah mengetuai satu

rombongan ke England untuk menuntut kemerdekaan bagi

Tanah Melayu tetapi ianya tidak berhasil. Beliau telh

menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) bagi

membantu golongan mualaf.selang beberapa tahun kemudian,

beliau telah membentuk Malaysia pada 16 September, apabila

Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,Sarawak dan

Sabah. Pada tahun 1969 ,beliau telah membantu menubuhkan

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai

Setiausaha Agungnya yang pertama

Page 26: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

RUMUSAN

Hasil kajian yang saya jalankan, saya dapat mengenali

latar belakang tokoh tersebut dengan lebih mendalam. Malah

saya memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji

sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan perdana

menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Melalui kajian ini juga, saya dapati ramai generasi

masyarakat tanpa mengira kaum menghormati, menghargai,

dan mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul

Rahman Putera Al-Haj.

Selain itu, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada

generasi yang akan datang belia di negara kita tentang betapa

besarnya sumbangan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi

Page 27: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

membebaskan negara kita daripada kuasa penjajah. Ia juga

dapat memupuk jiwa masyarakat supaya generasi masa kini

dapat merangka wawasan pada masa akan datang untuk

mempertahankan kedaulatan negara.

RUJUKAN

1. Buku Sejarah Tingkatan 3, Ramlah Binti Adam, Abdul

Hakim Bin Samsuri, Muslimin Bin Fadzil, 2005, Dawana

Sdn.Bhd

2. Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

3. Akhbar Berita Harian 11 Oktober 2008

Page 28: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

LAMPIRAN

Page 29: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri IAITU Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

Page 30: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

Ilustrasi menunjukkan gambar Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

ELEMEN 3

Page 31: FOLIO TING 2 Tunku Abdul Rahman

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME