Fon kum
Transcript of Fon kum
Alofon Berdasarkan Kamus Linguistik (1997:9) alofon atau allophone ialah kelainan bunyi yang merupakan anggota daripada satu fonem. Persekitaran yang saling melengkapi atau dalam keadaan kelainan bebas yang menentukan kedudukan bunyi tersebut. Misalnya, bunyi /k/ dan / Ɂ/ dikatakan alofon yang saling melengkapi dalam /kokoɁ/ kokok. Bunyi /k/ tidak boleh berada dibahagian akhir contoh tersebut. Bunyi /a/ dan /ə/ pula dikatakan dalam keadaan kelainan bebas iaitu:
Papaya : /papaja/ atau Papaya : /pəpaja/
Sambungan…
Pada lingkungan tertentu bunyi /a/ dan /ə/ dalam contoh berikut tidak mengubah makna.
Paitoon M. Chaiyanara (2006:108) mentakrifkan alofon sebagai unsur bunyi yang memiliki ciri-ciri fonetik tambahan khusus.
Beliau menambah lagi, fonem-fonem konsonan letupan dalam bahasa Melayu memiliki alofon seperti yang berikut:
1. Fonem /p/ memiliki dua alofon iaitu /p/ dan /p>/
2. Fonem /t/ memiliki dua alofon, iaitu /t/ dan /t>/
3. Fonem /k/ memiliki dua alofon, iaitu /k/ dan / Ɂ>/ atau /k>/
4. Fonem / Ɂ/ memiliki dua alofon, iaitu / Ɂ/5. Fonem /b/ memiliki dua alofon, iaitu /b/6. Fonem /d/ memiliki dua alofon, iaitu /d/7. Fonem /g/ memiliki dua alofon, iaitu /g/
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pula alofon ialah anggota daripada satu fonem.
Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong di dalam satu fonem.
Perkara ini disebabkan akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang sebelum atau selepas daripadanya.
a) Dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa alofon kerana pengaruh oleh bunyi di sekitarnya.
Misalnya : fonem /k/
i) /k/ : /kiri/ ii)/kw/ atau /wk/ : [#kwuda#] atau [#wkuda#] iii) / Ɂ/ : /kakaɁ/
b) Bunyi yang bervariasi bebas bunyi-bunyi itu walaupun berbeza dalam perkataan
tertentu tetapi tidak membawa makna yang berbeza atau dalam erti kata lain maknanya tetap sama
Misalnya : /faham/ dengan /paham/ /agama/, /ugama/ dan /igama/
Pasangan MinimalKamus Linguistik (1997:172) mendefinisikan
pasangan minimal sebagai dua butir linguistik yang hanya berbeza pada satu unit.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi wujud perbezaan fonem yang membezakan makna antara perkataan tersebut.
Pasangan
Minimal
Transkripsi
Fonetik
paku baku [#pawku#] [#bawku#]
bila bela [#bila#] [#bela#]
bawang bayang [#bawaŋ#] [#bajaŋ#]
Bervariasi Bebas
Menurut Kamus Linguistik (1997:124) kelainan bebas atau free variation, free alternant, facultative variant ialah keadaan hadirnya dua unsur linguistik atau lebih dalam lingkungan yang sama tanpa membezakan makna.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hasssan Basri Nik Ab Kadir bervariasi bebas ialah istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetik yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna.
Misalnya, /fikir/ dengan /pikir/, /eloɁ/ dengan /εloɁ/ dan /oraŋ/ dengan /ɔraŋ/
Beralternasi bebasMenurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik
Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) beralternasi bebas ialah istilah yang digunakan bagi bunyi yang sudah bertaraf fonem, tetapi tidak boleh digunakan secara bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada lingkungan yang sama.
Beralternasi bebas tidak membezakan makna. Misalnya, fonem /a/,/i/ dan /u/ yang hadir
pada perkataan : /agama/, /ugama/ dan /igama/ (tetapi tidak membezakan makna.)