fonetik dan fonologi bunyi bahasa)
description
Transcript of fonetik dan fonologi bunyi bahasa)
BML 1043
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN GEOGRAFI
SEMESTER 2 SESI 2010/2011
KUMPULAN C
DISEDIAKAN OLEH:
BIL
NAMA NOM. MATRIK
1. NOOR ZAFFIZA BTE MUHAMAD SAIRI D200910355752. NUR’AIN SYUHADA BINTI ATAM D200910355793. NUR HASILAH BINTI SHANUDDIN D200910355824. ROHANI BINTI ABDUL WAHAB D200910355945. SITI ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM D20091035632
PENSYARAH: EN. NIK HASSAN BASRI NIK AB. KADIR
1
Isi kandungan
BIL TAJUK MUKA SURAT1. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan
bukan bunyi bahasa?1
2. Berikan tiga contoh bunyi bahasa dan tiga contoh bukan bunyi bahasa.
3
3. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak
bersuara.
5
4. Bunyi vokal- vokal Melayu Depan Tengah
Belakang
11
5. Ciri-ciri setiap vokal.
14
6. Lambang vokal dan transkripsi. 23
7. Jadual vokal Melayu. 27
8. Bibliografi
2
1.0 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?
Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara,
rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat dikaji dalam
tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat. Ketiga-tiga
bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang berbeza. Bahasa
pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh sistem bunyi. Manakala
bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu bahasa. Bahasa isyarat adalah
bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu berbentuk visual yang digunakan oleh
masyarakat yang mempunyai kecacatan pendengaran. Memahami perbezaan antara bunyi bahasa
dan bukan bunyi bahasa akan memudahkan manusia untuk mentaksir sebarang bentuk bunyi
yang dikeluarkan sama ada mempunyai makna tertentu atau pun tidak.
Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan
bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang akan
membentuk perkataan. Perkataan tersebutlah dinamai sebagai “bahasa pertuturan”. Hal ini
kerana apabila bunyi-bunyi tersebut didengari, bunyi tersebut dapat difahami maknanya oleh
mereka yang menggunakan bahasa yang sama. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan
Nurfarah Lo Abdullah (2007) menyatakan bahawa bunyi bahasa merupakan bunyi yang telah
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. Alat artikulasi yang
mengalami halangan dan ganguan akan menghasilkan pelbagai bunyi bahasa yang akan
diterjemahkan dalam bentuk bunyi dan mempunyai makna yang dapat difahami oleh manusia.
Pembunyian bahasa bermula apabila udara daripada para-paru di hembus keluar. Semasa proses
penghembusan, udara bergerak keluar melalui saluran suara yang melibatkan rongga tekak,
rongga mulut dan rongga hidung. Alatan dirongga tekak terdiri daripada glotis, pita suara dan
epiglotis. Manakala di rongga mulut pula ialah bibir, gigi, gusi, lelangit, lidah dan anak tekak.
Hal ini bermakna, udara dari paru-paru yang keluar melalui alat artikulasi adalah elemen utama
dalam berbahasa. Contohnya, bunyi perkataan saya dapat difahami oleh pengguna rumpun
bahasa Melayu dan bagi pengguna bahasa lain perkataan saya tidak membawa apa-apa makna
kecuali perkataan saya secara kebetulan ada persamaan dengan bunyi sesuatu bahasa lain.
3
Bunyi yang dihasilkan tetapi tidak memberikan makna dan maksud tertentu pula
dianggap sebagai bukan bunyi bahasa. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed
(2005), bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau tidak menyamai mana-
mana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Sebaliknya bunyi yang
dihasilkan itu sekadar bunyi bersuara tanpa mengandungi apa-apa makna. Namun demikaian,
bunyi bahasa tersebut jika dilihat berdasarkan skop pragmatik, bunyi bahasa yang dikeluarkan
berkemungkinan mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan kepada masa dan tempat
peristiwa itu berlaku. Contohnya “bersiul” yang dilakukan oleh jejaka kepada gadis mungkin
bertujuan untuk menarik perhatian. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah
Lo Abdullah (2007), bunyi yang merupakan bukan bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan
oleh alat artikulasi tetapi tidak mempunyai makna dalam pertuturan harian manusia. Bunyi yang
dihasilkan daripada anggota badan manusia yang lain juga bukan bunyi bahasa kerana tidak
dikeluarkan daripada alat artikulasi dan juga tidak mengandungi makna dalam bahasa pertuturan
manusia. Contohnya ialah bunyi tepuk tangan dan lipatan jari.
Berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah
memudahkan urusan komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang
dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang cuba
disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak memgambarkan
apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai lumrah kejadian
alam. Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa juga dapat
mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya.
4
2.0 Contoh bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.
2.1 Bunyi bahasa
Bil Bunyi Bahasa Huraian dan Contoh
1 Bunyi Vokal
Vokal Depan [ i ], [ e ], [ a ] Bahagian hadapan lidah berperanan
menghasilkan bunyi vokal hadapan.
Contoh : saya, itu
Vokal Belakang [ u ], [ o ] Bahagian belakang lidah berfungsi
menghasilkan vokal belakang.
Contoh : untuk, orang
Vokal Tengah [ e ] Bahagian tengah lidah berfungsi
menghasilkan vokal tengah
Emak, emas, engkau, lemas
2 Bunyi Konsonan
Terdapat 26 konsonan iaitu:
(b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r,
s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh, gh,
dz, th)
Terdapat 18 konsonan asli dan 8
konsonan pinjaman.
8 konsonan pinjaman ialah
(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th)
Konsonan-konsonan ini
merupakan pinjaman dari
bahasa Arab dan bahasa
Inggeris.
Contoh : kakak, kami, baca, buku,
jalan, zaman, syarikat dan
sebagainya.
5
3 Diftong
Bunyi geluncuran.
Mempunyai satu puncak
kelantangan .
Diftong hanya hadir dalam
perkataan yang mempunyai dua
suku kata atau lebih.
Au - kerbau, pulau, kalau
Ai - balai, salai, kedai
Oi - dodoi, amboi, kaloi
2.2 Bukan bunyi bahasa
Bil Bunyi Bahasa Contoh dan huraian
1 Bunyi yang dihasilkan oleh alat
artikulasi.
Berdehem, berdengkur, sendawa,
bersiul, ketawa dan sebagainya
2 Bunyi yang dihasilkan oleh
anggota badan manusia.
Menepuk tangan, meramas jari,
kentut dan sebagainya.
3 Bunyi yang dihasilkan oleh
binatang.
Berkokok, mengembek dan
sebagainya.
6
3.0 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara
dan bunyi tidak bersuara.
Penghasilan bunyi vokal dan konsonan adalah bersuara dan tidak bersuara. Perbezaan utama
penghasilan bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah keadaan pita suara. Keadaan pita
suara tersebut adalah secara dirapatkan atau dibuka. Semua vokal adalah bunyi bersuara. Tetapi,
bagi konsonan pula terdapat yang bersuara dan yang tidak bersuara. Gambar rajah dibawah
menunjukkan keadaan pita suara bagi bunyi bersuara dan bunyi yang tidak bersuara.
Rajah 1.0 Keadaan pita suara.
Dalam bahasa Melayu terdapat 19 konsonan asli yang boleh dihasilkan melalui bunyi bersuara
dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan
daerah artikulasi tertentu. Antara daerah artikulasi tersebut ialah dua bibir, gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung. Dengan berdasarkan daerah artikulasi
dapat membezakan antara bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara. Oleh itu, jadual dibawah
menunjukkan perbezaan dan contoh dalam perkataan bunyi konsonan dengan melibatkan daerah
artikulasi. Dengan ini perbezaan lain bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah
melibatkan alat artikulasi cara sebutan yang mempegaruhi pita suara.
7
Alat artikulasi Bunyi Bersuara Bunyi Tidak Bersuara
Vokal dan
konsonan
Semua vokal [a,e,i,o,u]
Konsonan [b], [d], [g] Konsonan [p], [t], [k], [f], [s].
Letupan dua bibir. Bunyi konsonan [b]
Cara penghasilannya adalah dengan
dua bibir dirapatkan untuk
menghalangkan sepenuhnya udara
dari paru-paru yang keluar ke
rongga mulut. Lelangit lembut dan
anak tekak pula dinaikkan dan
dirapatkan kepada dinding tekak
bagi menyekat udara supaya tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan. Dengan ini,
udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat sepenuhnya
seketika pada bibir mulut, kemudian
udara dilepaskan serta-merta.
Antara contoh kehadiran bunyi
konsonan [b] dalam perkataan ialah
[#wbuwruŋ#], [#wtuwbuh#], [#kitab#].
Bunyi konsonan [p]
Cara penghasilan adalah dengan dua
bibir dirapatkan untuk
menghalangkan sepenuhnya udara
dari paru-paru yang keluar ke rongga
mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak pula dinaikkan dan dirapatkan
kepada dinding tekak bagi menyekat
udara supaya tidak dapat keluar
melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara. Udara
tersekat sepenuhnya pada bibir,
kemudian dilepaskan serta-merta.
Antara contoh kehadiran bunyi
konsonan [p] dalam perkataan pula
ialah [#papan#], [#sepaɁ#], [#Ɂatap#].
8
Letupan gusi Bunyi konsonan [d].
Cara penghasilannya adalah dengan
hujung lidah dirapatkan pada gusi
untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru ke
rongga mulut. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk
menutup rongga hiding supaya
udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
Pita suara dirapatkan. Dengan ini,
udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara.
Antara contoh kehadiran bunyi
konsonan [d] dalam perkataan ialah
[#dalam#], [#padaŋ#] dan
[#ɂabad#].
Bunyi konsonan [t].
Cara penghasilannya adalah dengan
hujung lidah dirapatkan pada gusi
untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru ke
rongga mulut. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
pada dinding tekak untuk menutup
rongga hiding supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
dari paru-paru keluar tanpa
menggetarkan pita suara.
Antara contoh kehadiran bunyi
konsonan [t] dalam perkataan ialah
[#tareɁ#] dan [#wpuwtus#].
Letupan lelangit
lembut
Bunyi konsonan [g]. Bunyi konsonan [k].
9
Cara penghasilannya adalah dengan
belakang lidah dinaikkan dan
dirapatkan pada lelangit lembut
untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga mulut. Setelah itu,
lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak untuk
menyekat udara supaya tidak dapat
keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan. Dengan ini,
udara keluar dari paru-paru dengan
menggetarkan pita suara.
Antara contoh bunyi konsonan [g]
dalam perkataan ialah [#wguwru#],
[#ɂagaɁ#], dan [#beg#].
Cara penghasilan adalah dengan
belakang lidah dinaikkan dan
dirapatkan pada lelangit lembut untuk
membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke
rongga mulut. Setelah itu, lelangit
lembut dan anak tekak dirapatkan
pada dinding tekak untuk menyekat
udara supaya tidak dapat keluar
melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
keluar dari paru-paru tanpa
menggetarkan pita suara.
Antara contoh bunyi konsonan [k]
dalam perkataan ialah [#kawan#],
[#bakat#], [#wbudaɁ#].
Letusan lelangit
keras-gusi.
Bunyi konsonan [ ǰ]. Bunyi konsonan [č].
10
Penghasilannya adalah dengan
depan lidah dirapatkan pada daerah
lelangit keras-gusi untuk membuat
sekatan pada arus udara dari paru-
paru ke rongga mulut. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan kepada dinding
tekak untuk menyekat udara
daripada memasuki rongga hidung.
Pita suara dirapatkan. Dengan ini,
udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut dengan menggetarkan
pita suara dan tersekat pada daerah
lelangit keras-gusi.
Antara contoh bunyi konsonan [ǰ]
dalam perkataan ialah [#wǰuga#] dan
[#whuǰan#].
Penghasilannya adalah dengan depan
lidah dirapatkan pada daerah lelangit
keras-gusi untuk membuat sekatan
pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
kepada dinding tekak untuk menyekat
udara daripada memasuki rongga
hidung.
Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara dan
tersekat pada daerah lelangit keras-
gusi.
Antara contoh bunyi konsonan [č]
dalam perkataan ialah [#wcuti#], dan
[#wsuci#].
11
Dalam jadual ini juga menunjukkan dengan lebih mudah perbezaan konsonan yang bersuara dan
tidak bersuara dengan melibatkan alat artikulasi. Bagi konsonan cara sebutan sengau [m], [n],
[ɲ],dan [ŋ] merupakan konsonan bersuara.
Daerah
sebutan/
Cara
sebutan
Dua bibir gusi Gusi
lelangit
keras
Lelangit
keras
Lelangit
lembut
Pita suara
Letupan tak
bersuara
p t k Ɂ
Letupan
bersuara
b d g
Letusan tak
bersuara
č
Letusan
bersuara
ǰ
Sengau m n ɲ ŋ
Geseran tak
bersuara
s
Geseran
bersuara
h
Getaran r
Sisian l
Separuh
vokal
w y/j
12
4.0 Bunyi- bunyi vokal Melayu
Rajah 2.0: Kedudukan vokal Bahasa Melayu
Dalam rajah 1.0 diatas telah menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa melayu.
Terdapat enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [ ə ] serta vokal
belakang terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ]. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian
hadapan lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah. Manakala garis yang melintang menunjukkan garis ketinggian
lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan [ u ] lidah
haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a ], kedudukan
lidah terletak paling rendah. Kesimpulannya, dapat kita rumuskan bahawa alat artikulasi lidah
merupakan kriteria penting dalam pembahagian bunyi vokal.
13
Cara penghasilan bunyi vokal
Jenis vokal Keadaan
bibir
Kedudukan
lidah
Lelangit dan
anak tekak
Pita suara Bunyi vokal
Vokal depan
Sempit Hampar. Depan lidah
dinaikkan
setinggi
mungkin kea
rah gusi.
Menutup
rongga
hidung
supaya udara
tidak keluar.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
keluar dengan
menggetarkan
pita suara ke
rongga mulut.
[ i ]
Separuh
sempit
Bibir
dihamparkan
separuh
sempit.
Depan lidah
dinaikkan
separuh
tinggi kea rah
gusi.
Dinaikkan
untuk
menutup
rongga
hidung
supaya udara
tidak keluar.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
dari paru-
paru keluar.
[e ]
Separuh luas Hampar
separuh luas.
Depan lidah
dinaikkan
separuh
rendah kea
rah gusi.
Dinaikkan
untuk
menutup
rongga
hidung
supaya udara
tidaka dapat
keluar.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
dari paru-
paru dapat
keluar.
[ɛ ]
Depan luas Hampar Depan lidah
diturunkan
serendah
mungkin.
Dinaikkan
menutup
rongga
hidung.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
dapat keluar.
[ a ]
14
Vokal
belakang
Belakang
sempit
Bundar. Belakang
lidah
dinaikkan
setinggi
mungkin
kearah
lelangit
lembut.
Dinaikkan
menutup
rongga
hidung
supaya udara
tidak dapat
keluar.
Pita suara
dirapatkan.
[ u ]
Belakang
separuh
sempit
Bundar. Belakang
lidah
dinaikkan
separuh
tinggi kearah
lelangit
lembut.
Dinaikkan
supaya
menutup
rongga
hidung.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
dari paru-
paru keluar
ke rongga
mulut
menggetarkan
pita suara.
[ o ]
Belakang
separuh luas
Bundar Belakang
lidah
dinaikkan
kearah
lelangit
lembut.
Dinaikkan
untuk
menutup
rongga
hidung.
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
dari paru-
paru keluar
dengan
menggetarkan
pita suara ke
rongga mulut.
[ͻ ]
Vokal tengah Hampar Tengah lidah
dinaikkan
sedikit kea
Dinaikkan
menutup
rongga
Pita suara
dirapatkan
supaya udara
[ ə ]
15
rah lelangit
keras.
hidung
supaya udara
tidak dapat
keluar dari
rongga
hidung.
yang keluar
dar paru- paru
ke rongga
mulut
menggetarkan
pita suara.
Jadual 1.0: Cara penghasilan bunyi vokal.
Jadual 1.0 di atas menunjukkan cara penghasilan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu yang
terbahagi kepada tiga iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maksud vokal
menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ), menyatakan bahawa
semua vokal bersuara dan apabila vokal itu dihasilkan udara dari paru- paru akan keluar secara
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Selain
itu, bunyi vokal mempunyai ciri- ciri kelantangan dan kepanjangan. Simbol bagi kepanjangan
ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau tanda titik bertindih di sebelah kanan
vokal. Sebagai contoh ialah [ a: ] atau [ ã ], [ u: ] atau [ ũ ] dan [ i: ] atau [ ĩ ].
Selain itu, kriteria yang menentukan jenis- jenis vokal ialah lidah sama ada di bahagian
hadapan, tengah atau belakang lidah. Bahagian hadapan lidah untuk bunyi vokal hadapan, tengah
lidah untuk bunyi vokal tengah manakala bahagian belakang lidah untuk bunyi vokal belakang.
Terdapat empat kriteria yang boleh dirumuskan tentang bunyi vokal iaitu bahagian hadapan lidah
memainkan peranan penting sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang, ketinggian lidah
sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah atau separuh rendah, keadaan bibir sama ada bibir
hampar atau bundar dan yang terakhir ialah pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.
5.0 Ciri-ciri vokal
Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan (Abdul Hamid
Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan bahawa vokal adalah bunyi bersuara
yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami gangguan,
sekatan auat himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran.
16
Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi
bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita
suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang
dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita
suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu
bunyi vocal dengan frekunsi yang tertentu.
Rajah 3.0 : Kedudukan vokal Bahasa Melayu
Berdasarkan rajah 1.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah di atas, bahagian sebelah kiri
merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian
belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula adalah bahagian tengan lidah. Garis melintang yang
terdapat pada rajah merupakan gambaran ketinggian lidah apabila membunyikan vokal-vokal
tersebut. Hal ini kerana bunyi vokal dapat dibezakan mengikut tinggi atau tendah lidah diangkat
ketika membunyikan vokal tersebut.
17
Selain lidah, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.
Rajah 4.0 : Keadaan bibir ketika membunyikan vokal.
Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
a) vokal depan sempit [ i ]
Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang
terlibat.
18
Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah
lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup rongga hidung,
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
awal tengah akhir
Ikan [ #ˀikan# ] Bila [ #bila# ] Tali [ #tali# ]
Iman [ #ˀiman# ] Sila [ #sila# ] Padi [ #padi# ]
19
b) vokal depan separuh sempit [ e ]
Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan
separuh tinggi ke arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui ronnga mulut
sambil menggetarkan pita suara.
awal tengah Akhir
Ekor [ #ˀewkor# ] Sepet [ #sepet# ] Sate [ #sate# ]
Elok [ #ˀewloɁ# ] Leher [ #leher# ] Kole [ #wkole# ]
20
c) vokal depan luas [ a ]
Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan
serendah mungkin. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melaluo rongga
hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara.
awal tengah Akhir
Aku [ #ˀaku# ] Saya [ #saya# ] Kita [ #kita# ]
Alam [ #ˀalam# ] Hati [ #hati# ] Bila [ #bila# ]
21
d) vokal tengah pendek [ ə ]
Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah
dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lalangit keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan
pita suara.
awal tengah
Emak [ #ˀəmak# ] Lelah [ #ləlah# ]
Empat [ #ˀəmpat# ] Tenat [ #tənat# ]
22
e) vokal belakang sempit [ u ]
Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan
setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar melalui
rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara.
Awal tengah Akhir
Ulat [ #ˀulat# ] Bulat [ #wbulat# ] Dadu [ #dawdu# ]
Ulam [ #ˀulam# ] Sulam [ #wsulam# ] Batu [ #bawtu# ]
23
f) vokal belakang separuh sempit [ o ]
Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan
separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar
melalui hidung. Oleh itu, udara keluar melaui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara.
awal tengah Akhir
24
Ombak [ #ˀombaɁ# ] Sorak [ #wsoraɁ# ] Soto [ #wsowto# ]
Obor [ #ˀowbor# ] Bola [ #wbola# ] Koko [ #wkowko# ]
6.0 Lambang vokal dan transkripsi.
6.1 Lambang vokal
Dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal iaitu, [i], [e], [a], [ǝ],[u], dan [o]. Vokal-vokal
ini terbahagi kepada tiga jenis bunyi iaitu bunyi vokal depan, bunyi vokal tengah dan bunyi
vokal belakang. Setiap vokal mempunyai lambang tersendiri. Rajah 1 menunjukkan lambang-
lambang vokal dalam bahasa Melayu.
Vokal hadapan vokal tengah vokal belakang
i u
e o
ə
25
ə
a
Rajah 5.0: Lambang vokal dalam bahasa Melayu.
Dalam bahasa Melayu, terdapat vokal primer dan vokal sekunder. Vokal primer ada enam iaitu
a,e,ə,i,o, dan u. Rajah di bawah menunjukkan lambang vokal primer serta contoh perkataan yang
menggunakan vokal-vokal primer.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] asap,anak
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, ciri
[ə] emak, tekadTidak terdapat di hujung
perkataan
[o] obor, botak
[u] ular, sultan, paku
Vokal sekunder pula ialah vokal yang hadir selepas konsonan sengauan iaitu konsonan [m,n,ɲ,ŋ].
Apabila vokal primer menerima pengaruh konsonan sengauan, vokal tersebut akan menjadi
vokal sekunder. Vokal sekunder ini akan menerima tanda nasalisasi/penyegauan (~). Nasalisasi
merupakan proses merubah atau memberi nasal (sengau) kepada fonem-fonem. Contoh huruf
vokal sekunder ialah [ã,õ,ĩ,ũ].
Contoh perkataan yang sudah menerima nasalisasi :
26
● [#mãnã#]
● [#dəƞãn#]
● [#samãn#]
● [#ĵənĩs#]
6.2 Transkripsi
Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-lambang
tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi sebutan ke
dalam bentuk lambang-lambang fonetik setepat mungkin mengikut sebutan sebenar penutur
sesuatu bahasa (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).
Terdapat dua jenis transkripsi dalam bahasa Melayu iaitu transkripsi fonetik dan
transkripsi fonemik. Dua jenis transkripsi ini juga dikenali sebagai transkripsi sempit dan
transkripsi luas. Transkripsi fonetik dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi fonemik
dikenali sebagai transkripsi luas.
6.2.1 Transkripsi fonetik
Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat terperinci
dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik
tersebut. Terdapat pelbagai lambang dalam transkripsi fonetik ini. Sebagai contoh, lambang
pembibiran [ᵂ], penyegauan(nasalisasi) [ a ], perengkungan [ᴸ,ᴰ,ᶻ], penglelangitkerasan [ʲ] dan
pengglotisan [ʔ].
Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan juga
ciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,
transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada
pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi
wujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).
27
6.2.2 Transkripsi Fonemik
Transkripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiada
koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan fonem-
fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh itu,
transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik tidak
menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik.
Transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudah
dalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja.
Jadual 3 menunjukkan perbezaan dan persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi
fonemik.
Tulisan rumi Transkripsi fonetik Transkripsi fonemik
Saya [#saja#] [#saja#]
Mata [#maata#] [#mata#]
Untuk [#ˀunᵂtoʔ#] [#untoʔ#]
Kecuali [#kəᵂčuali#] [#kəčuali#]
Jenis [#ǰənĩs#] [#ǰənis#]
Harimau [#harimaaṷ᷃a#] [#harimau#]
Sauh [#ŝă j uh#] [#ŝauh#]
Tulisan rumi
1) Bangunan itu cantik.
2 ) Buku ini keluaran terbaru.
3) Perniagaan saya hampir berjaya.
28
Transkripsi fonetik
1) [ #baɳunaan itu čantiʔ #]
2) [# ᵂ buᵂku inia kəᵂluaran tərbaru #]
3) [# pərniaʲagaˀan saja hampir beryaja #]
Transkripsi fonemik
1) [ #baɳunan itu cantiʔ #]
2) [# buku ini kəluaran tərbaru #]
3) [# pərnigaan saja hampir beryaja #]
Dalam transkripsi fonetik, mesti terdapat alat artikulasi tambahan, manakala transkripsi
fonemik tiada alat artikulasi tambahan. Persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi
fonemik ialah kedua-dua transkripsi ini tidak menggunakan semua tanda baca dalam bahasa
Melayu.
7.0 Jadual vokal Melayu.
Ketinggian Hadapan Tengah Belakang
Sempit i/ i u/ u
Separuh sempit e/e o/ o
Tengah e/ ə
Separuh luas e [ ɛ ]* o [ ͻ ]*
Luas a/ a a [ ɑ ]*
*Bukan standard yang terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman.
Jadual 2.0: Jadual vokal melayu.
29
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA.
Sistem Fonologi. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
30
Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
31