Format Penulisan Proposal

27
FORMAT PENULISAN PROPOSAL KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) 1. Tajuk kajian 2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap. 3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian 5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian 6. Kumpulan Sasaran 7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan 8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan 9. Jadual Pelaksanaan Kajian

description

q

Transcript of Format Penulisan Proposal

Page 1: Format Penulisan Proposal

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1.     Tajuk kajian

2.     Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3.     Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.     Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5.     Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6.     Kumpulan Sasaran

7.     Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8.     Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9.     Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 2: Format Penulisan Proposal

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULAPENDARABAN 2 DIGIT DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH“PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”

Oleh:

Suhaili Binti RahmatSK Taman Perling,Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,81200 Johor Bahru, Johor

1.      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri  mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid  yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

            Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya

Page 3: Format Penulisan Proposal

dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

            Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

            Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2.      FOKUS KAJIAN

         Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah kerana :

(a)    murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.(b)   Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.(c)     

         Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak  membuat latihan yang diberikan guru.

         Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

         Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah  “Pistol

Page 4: Format Penulisan Proposal

dan Hammer on the stairs”. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

        3.      OBJEKTIF  KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i)                 Objektif UmumTujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)               Objektif khususa   Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul

menggunakan bentuk ”Pistol dan Hammer”.b  Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.c  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk

permainan.

4.      KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :

3 orang pelajar India1 orang pelajar Cina6 orang pelajar Melayu

5.     PELAKSANAAN KAJIAN

5.1    Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:(i)                 Pemeriksaan buku sifir.(ii)               Ujian Pra

Page 5: Format Penulisan Proposal

         5.2   Analisis Tinjauan Masalah

     (i)  Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.       2321  X  12                 d.         5241  X  65b.      1245  X  24                 e.         3282  X  97c.       1437  X  38

                     Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :                                     Peratus markah  murid dalam soalan sifir

Markah Bil murid Peratus

Lulus (3-5 markah ) 20 67%

Gagal (0-2 markah ) 10 33%

(ii)   Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.   

     Analisis daripada ujian Pra.

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:

Bil soalan betul

Bil muird

5 -

4 -

3 -

2 -

1 6  ( 60%)

0   4   (40%)

Page 6: Format Penulisan Proposal

(a)                penguasaan sifir yang kurang cekap.(b)               Mendarab angka ”puluh” dahulu contohnya 305  x  24 (mereka mendarab 2

dahulu)(c)                Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua            Contohnya :                 365

Kesilapan ditemui                                             X   24

                                              1460                                                730                                              2190

(d)               Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3  Tindakan  yang dicadangkan 

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan  mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

(i)                 Aktiviti 1 :  Membina pistol dan hammer.(ii)               Aktiviti 2 :  Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor 

                               dan menyesesaikannya)

5.4   Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)                 Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammerBahan :  gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas                transparent yang berlainan warna.

Langkah 1            Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.            Murid  akan  membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.            Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan  2 kertas “transparent” yang

berlainan warna.            Kemudian gunting.

                                         

Page 7: Format Penulisan Proposal

                                                    Langkah 2

            Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

                                         

Langkah 3q   Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer box”.q    Lubangkan bahagian tengah kotak.

                           

              

Page 8: Format Penulisan Proposal

            (ii)               Aktiviti 2 :   Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan    

  menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1                   Guru  akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics

sentences) untuk diselesaikan oleh murid.             contoh:                                     3 4 2  x  1 2  =  ?

                  Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.                  Cara dan pengisian nombor :

            Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol” .

                  Kemudian selesaikan jawapan.

               

Langkah 2                  Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan

dengan “pistol” .                  Mula mengisi nombor.                  Selesaikan jawapan.

Page 9: Format Penulisan Proposal

            Nota:            Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan

nombor pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.                                                

                                             

Langkah 3            Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan

menggunakan bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.contoh :                          jawapan “pistol”      =   684

                                  jawapan “hammer”  =   342

                    

                                             

Langkah 4            Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).            Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.            Isikan di dalam kotak jawapan.

Page 10: Format Penulisan Proposal

          

6.        Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

·         Gunting,·         pisau lipat ,·         pembaris ,·         magik pen / pensil·         kertas   A 4·         transparent yang berlainan warna

7.         Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 11: Format Penulisan Proposal

Bil Aktiviti TempohPelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu

2 Menulis proposal kajian 2 minggu

3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu

4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 1 minggu

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 minggu

6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 1 minggu

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 minggu

8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu

9 Refleksi kajian 1 minggu

10 Menulis laporan kajian 2 minggu

11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

1 minggu

Disediakan oleh,Jurulatih UtamaKajian Tindakan Negeri Johor

Page 12: Format Penulisan Proposal

PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTAJUK PROPOSAL:

MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TENTANG PROSES PENUKARAN DAN KESAN HABA KE ATAS SESUATU JIRIM DI KALANGAN MURID TINGKATAN SATU IBNU KHALDUN

Tempat:Sekolah Izzuddin Shah,

Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Nama Penyelidik:Khairul Bariah bt Alimuddin L 20101006084

Norisyah bt Abdullah L 20101006076Nor Rashidah bt Ab Khalil L 20101006077

Disediakan untuk:Prof. Madya Dr.Hj Abd Latif b.Hj Gapor

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan proposal kajian tindakan ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada Prof. Madya Dr.Hj Abd Latif b. Hj Gapor, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan proposal ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Hj. Esmone b. Mat Zaini, pengetua Sekolah Izzuddin Shah kerana memberi kebenaran kepada kami untuk mendapatkan maklumat dan refleksi pembelajaran yang lalu di sekolah tersebut. Kepada guru mata pelajaran Sains Sekolah Izzuddin Shah, Pn. Marini bt. Baharom terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pandangan dengan kami. Tidak ketinggalan, kepada ahli keluarga kami yang sentiasa menyokong kami dari belakang dan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang telah bersama-sama bersusah payah dalam menyiapkan proposal ini.

1. Pengenalan

Tajuk kajian:

Meningkatkan Pemahaman Murid tentang Proses Penukaran dan Kesan Haba ke atas Sesuatu Jirim di Kalangan Murid Tingkatan Satu Ibnu KhaldunNama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji:

1. Khairul Bariah bt Alimuddin2. Norisyah bt Abdullah3. Nor Rashidah bt Ab Khalil

Alamat sekolah:

Sekolah Izzuddin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang LaluMelalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pn. Marini bt. Baharom, didapati segelintir murid tidak dapat menjawab soalan yang telah ditanya dengan betul selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka kelihatan keliru dan masih berasa ragu-ragu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh yang demikian, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai 100%.Selain itu, melalui ujian pra yang telah diberikan, masih terdapat murid yang memberi jawapan yang

Page 13: Format Penulisan Proposal

salah yang berkaitan dengan kesan haba kepada jirim. Dengan ini, satu kajian tindakan akan dibuat bagi mengatasi masalah ini. 1.2 Latar Belakang KajianMelalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah menengah. Ia termasuk di dalam mata pelajaran wajib jawab dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuan pendidikan sains adalah untuk memberi dan mengkaji kajian sistematik alam semulajadi dan kesannya kepada manusia dan alam sekitar.Melihat kepada kepentingan mata pelajaran ini, setiap murid perlulah mahir dalam memahami setiap topik bermula daripada topik Tingkatan Satu lagi. Oleh itu, melalui ‘Teknik Nyanyian’ diharap dapat membantu murid memahami seterusnya mengingati salah satu proses penting dalam topik mata pelajaran Sains Tingkatan Satu ini.1.3 Penyataan MasalahMata pelajaran Sains Tingkatan Satu meliputi topik-topik asas kepada mata pelajaran sains yang ada dalam mana-mana sukatan mata pelajaran sains di sekolah menengah seperti Sains, Kimia, Biologi dan Fizik. Dengan asas yang baik, murid dapat memahami topik mata pelajaran sains yang lain dengan baik.Daripada maklumat yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sains Tingkatan Satu yang kami hubungi, didapati sebilangan murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun lemah dalam memahami dan mengingati proses penukaran dan kesan haba ke atas pepejal, cecair dan gas. Mereka tidak dapat membezakan proses yang berlaku semasa penukaran bentuk jirim samada dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas. Proses tersebut termasuklah penyerapan haba atau sebaliknya iaitu pembebasan haba. Terdapat murid yang memahami proses-proses tersebut tetapi tidak dapat mengingatinya apabila diajukan kembali soalan secara lisan tanpa membenarkan murid tersebut merujuk kepada buku.Melihat kepada masalah ini, kami ingin mencadangkan agar dijalankan satu kajian tindakan dengan menggunakan ‘Teknik Nyanyian’ untuk melihat sejauh mana teknik ini dapat membantu murid memahami dan mengingati proses tersebut.

2. Objektif kajian

2.1 Meningkatkan pemahaman murid tentang proses pertukaran pepejal, cecair dan gas serta perubahan tenaga haba dan kesannya ke atas setiap bentuk jirim dengan menggunakan ‘Teknik Nyanyian’.

2.2 Membantu murid menganalisis kesan haba terhadap jirim dengan lebih mudah.

2.3 Mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang berkesan.

3. Metodologi kajian

3.1 Reka bentuk kajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut: 

Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan MasalahLangkah 2 - Pengumpulan DataLangkah 3 - Penganalisisan Data Langkah 4 - Perancangan TindakanLangkah 5 - Pelaksanaan TindakanLangkah 6 - Pengumpulan dan Penganalisisan DataLangkah 7 - Refleksi dan Penilaian3.2 Sasaran kajian – Kajian ini terdiri daripada 3 orang guru, manakala murid terdiri daripada 30 orang murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun, tahun 2010, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh.3.3 Instrumen kajianDalam kajian yang akan dijalankan 2 kaedah pengumpulan data yang akan digunakan:

Soalan Ujian - Dua set ujian diberikan kepada murid iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos berkaitan dengan topik ini. Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemahaman murid berkaitan dengan topik ini.

Page 14: Format Penulisan Proposal

Pemerhatian - Melalui pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid didapati kurang mahir dalam mengkelaskan dan menganalisis penukaran tenaga haba yang berlaku di dalam setiap jirim.

3.4 Metod analisis

Ujian Pra dan Ujian Pos: Analisis markah pencapaian pelajarPemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran

4. Kesignifikanan kajian

Daripada kajian yang akan dijalankan, diharap dapat dikongsi bersama guru-guru mata pelajaran Sains khasnya, guru-guru mata pelajaran lain serta ahli jawatankuasa Sekolah Izzuddin Shah.

5. Anggaran Perbelanjaan

1. Bil telefon RM10

2. Kos percetakan dan penjilidan laporan RM15

Jumlah RM25

6. Jadual Kerja

1. Mesyuarat perancangan 20 September 2010

2. Draf proposal 21 September 2010

3. Pelaksanaan ujian pra (oleh Pn. Marini), diambil daripada Ujian Selaras II 18 Ogos 2010

4. Memproses data ujian pra 24 September 2010

5. Analisis data ujian pra dan pemerhatian 24 September 2010

6. Pelaksanaan ujian pos 15 Oktober 2010

7. Refleksi dan penilaian 16 Oktober 2010

8. Penulisan laporan kajian 22 Oktober 2010

7. Rujukan

Yeoh Seng Lee, Sim Be Lan, Tan Yu Hok, Suraiya bt Jamaludin, Science Form 1 Volume 2 (2002).Prof. Dr Othman b. Lebar, Modul Kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku Manual Kajian Tindakan.

LIRIK LAGU

Dalam laut ada sabut, ada sabut, ada sabut,Dalam Laut ada Sabut, sabut yang Fana,(Liquid to Solid = Freezing)Dalam sabut ada lipan, ada lipan, ada lipan,

Page 15: Format Penulisan Proposal

Dalam Sabut ada Lipan, lipan yang Malang,(Solid to Liquid = Melting)

Dalam laut ada gelas, ada gelas, ada gelas,Dalam Laut ada Gelas, gelas yang Banyak,(Liquid to Gas = Boiling)Dalam gelas ada lalat, ada lalat, ada lalat,Dalam Gelas ada Lalat, lalat yang Comot,(Gas to Liquid = Condensation)Dalam gelas ada sudu, ada sudu, ada sudu,Gelas ada Sudu, Sudu dalam Gelas,Gelas yang Sama.(Gas to Solid = Sublimation)(Solid to Gas = Sublimation)

Page 16: Format Penulisan Proposal

1. Strategi Pengajaran Sains kanak kanak secara inkuiri.1.0 Pengenalan Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara danmencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatiandan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori.Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kirakekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalahakriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan,meneliti buku – buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudahdiketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yangsudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari danmenganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasanserta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yangdiperoleh. Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak – kanak dalampenyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginanmemahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermuladaripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkanpersoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuatpemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses mental ituadalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagimendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yangdiperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan. Pembelajaran inkuiri – penemuan dapat dilaksanakan melalui strategipenyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif.Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak – kanak pelajari adalah bertanya soalan.Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu prosespembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentukmengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini menghasilkantindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah 1

2. 2.   satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yangdapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luasbagi tujuan yang lebih bermakna. Contohnya seperti tajuk Haiwan. Guru perlu bertanya soalan – soalanpengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Kanak – kanak perlu menjelaskan ataumenghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan,mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan. Perbincangan dalam kumpulan kecil melibatkan semua kanak kanak secaraaktif dalam memberikan pelbagai idea, bertukar – tukar maklumat dan pendapat danperdebatan. Tunjuk cara boleh dilakukan dengan menggunakan bahan – bahan yang adadi persekitaran mereka dan membuat ramalan atau hasilan yang mungkin terjadi . Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar menggalakkanpembelajaran inkuri dalam konteks sebenar.Pembelajaran kolaboratif ialah pendekatan di mana murid – murid dapatmeningkatkan nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalahdisiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif dankolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah inimenekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.2.0 PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaanpengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapimengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yangdiberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsirmaklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuatgeneralisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satukaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai matapelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Pendekatan induktif bermula 2

Page 17: Format Penulisan Proposal

3. 3.   daripada spesifik kepada umum, iaitu dengan sesuatu sebab atau contoh danmenuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960). Hal inibermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsepatau generalisasi berdasarkan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi. Contoh mesti relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Untukmendapatkan sesuatu generalisasi, murid - murid digalak memberi contoh yangsesuai. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif,guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakanoleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakanuntuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yangberkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soaljawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikanharuslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untukmembolehkan murid mengenalpasti. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid jugadigalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harusdisediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. 3

4. 4.   CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI: 1. Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan. 2. Contohnya: Pemakanan dan gigi haiwan. 3. Murid bekerja berpasangan dalam kumpulan dengan guru memberikan gambar – gambar haiwan. 4. Murid diminta membina kategori haiwan tersebut berasaskan makanan haiwan. 5. Murid buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain. 6. Guru membantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada setiap kategori. 7. Guru tunjuk spesimen dan meminta pelajar ramal struktur gigi haiwan. 8. Guru minta pelajar kumpul spesimen tambahan dan masukkan ke dalam kategori yang mereka telah bina. 3.0 PENDEKATAN DEDUKTIF (umum kepada spesifik) Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus. Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif iaitu penyelesaian masalah, membuat generalisasi baru dan membukti hipotesis. Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968): Guru mencadangkan masalah 4

5. 5.   yang mencabar dan membantu murid-murid menganalisis masalah. Guru akanmembantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang bolehdipertimbangkan. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid dan mengarahkanmurid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahirmenggunakannya. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkanmereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikanmasalah tersebut sendiri. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebutdan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betulatau salah. Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatandeduktif, murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentuyang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakanproses mencari maklumat itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulansesuatu diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi keranageneralisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlumencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yangdiberikan.CONTOH PENGAJARAN DEDUKTIF SAINS INKUIRISTANDARD KANDUNGAN: PENYERAPAN 1. Guru menerangkan tentang keupayaan bahan menyerap air. 2. Guru menerangkan objek yang boleh menyerap air dan kalis air. 3. Murid menjalankan

Page 18: Format Penulisan Proposal

aktiviti bagi mengenal pasti objek dan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air. 4. Guru menunjukkan jadual pengelasan. 5. Murid mengelas bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. 6. Murid membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan menjalankan penyiasatan. 7. Murid menjelaskan pemerhatian melalui jadual dan penulisan. 5

6. 6.   4.0 5 E Model pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme, yangmengatakan bahawa murid – murid membina idea-idea baru di atas idea-idea lamamereka. 5 E boleh digunakan dengan murid semua peringkat umur, termasuk orangdewasa. 5 E membolehkan murid - murid dan guru-guru untuk mengalami aktivitibiasa, menggunakan dan membina pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu,membina makna, dan untuk terus menilai pemahaman mereka konsep.Setiap 5 E menerangkan fasa pembelajaran, dan setiap fasa bermula dengan huruf"E". Engage, Explore, Explain, Elaborate, and Evaluate.Engage (Fasa Orientasi):Guru membuat hubungan antara pengalaman pembelajaran dahulu dan sekarang.Guru menjangka aktiviti dan menumpukan pemikiran murid - murid kepada hasilpembelajaran aktiviti semasa. Murid - murid perlu menyediakan diri supaya terlibatdalam konsep, proses, atau kemahiran yang perlu dipelajari.Explore (Meneroka): Fasa ini menyediakan murid – murid dengan asas biasapengalaman. Mereka mengenal pasti dan membangunkan konsep, proses, dankemahiran. Semasa fasa ini, murid - murid secara aktif meneroka persekitaranmereka atau memanipulasi bahan.Explain (Menerangkan) : Fasa ini membantu pelajar menjelaskan konsep yangmereka telah terokai. Mereka mempunyai peluang untuk menyuarakan kefahamankonseptual mereka atau untuk menunjukkan kemahiran atau tingkah laku baru. Fasaini juga menyediakan peluang untuk guru-guru untuk memperkenalkan definisi danpenjelasan bagi konsep, proses, kemahiran, atau tingkah laku.Elaborate (Huraikan): Fasa ini menambahkan pemahaman konsep murid - muriddan membolehkan mereka untuk mengamalkan kemahiran dan tingkah laku. Melaluipengalaman baru, murid membangunkan pemahaman yang lebih mendalam danmeluaskan konsep utama, mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bidangkepentingan, dan menghalusi kemahiran mereka. 6

7. 7.   Evaluate (Menilai): Fasa ini menggalakkan pelajar untuk menilai kefahaman dankebolehan mereka.Guru menilai kefahaman konsep utama dan pembangunankemahiran murid - murid.5.0 Model konstruktivisme 5 - fasa Needham.Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah Orientasi Menarik minat Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru,I tayangan filem, video dan keratan akhbar Pencetusan Idea Kenal pasti pengetahuan Amali, perbincangan dalamII sedia ada kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan Penstrukturan Menghubungkan Perbincangan dalam kumpulan semula idea pengetahuan sedia ada kecil dan buat laporan, dengan isi kandungan pembacaan, input guru.Amali, i. Prnjelasan dan baru. kerja projek, eksperimen, pertukaran tunjukcara guru ii.PendedahanIII kepada situasi konflik iii. Pembinaan idea baru. iv. Penilaian Penggunaan idea Aplikasikan dalam situasi Penulisan sendiri kerja projekIV baru Renungan kembali Menyedari sejauh mana Penulisan kendiri,V idea terdahulu telah perbincangan kumpulan, berubah. catatan peribadi dan lain-lain. 7

8. 8.   CONTOH PENGAJARAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 - FASA NEEDHAM.STANDARD KANDUNGAN: MAGNETORIENTASI- Guru menunjukkan iklan susu Anmum dimana budak tersebut1.1111.111ncnx1cnbb1n menggunakan kereta untuk mengambil sudu yang jatuh di bawah kerusi.PENCETUSAN IDEA – Guru bertanya kepada murid – murid kepada sudumelekat pada kereta?PENSTRUKTURAN IDEA- Guru membuat eksperimen pergerakan magnet.Murid membuat hipotesis awal. Perbincangan kumpulan fungsi magnet dalamkehidupan seharian.PENGGUNAAN IDEA- Murid –murid menyatakan fungsi magnet.PENUTUP- Murid – murid membuat refleksi dan kesimpulan. 8

9. 9.   Analisis Maklumbalas Kemahiran Mikro Komponen Kemahiran Menerang 7 6 5 4 3 2 Bilangan 1 0 Jadual 1: Kemahiran Menerang Semua pemerhati berpendapat guru pelatih mempunyai perubahan dalamnada pertuturan dari segi ton, kelantangan suara.Guru pelatih tidak boleh 9

Page 19: Format Penulisan Proposal

10. 10.   menggunakan nada dan kelangsingan suara yang sama sahaja dalam sesuatupengajaran. Bila memberi penekanan terhadap isi penting pelajaran nada suaraperlu lebih kuat. Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan berhenti sejenakbagi memberi penekanan terhadap soalan atau isi penting pelajaran.Guru pelatihmemberi peluang kepada murid – murid untuk mendengar soalan dan berhentisejenak sebelum memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab. Guru pelatihtelah dapat mengulang isi penting ketika sesi penerangan berlangsung Pergerakan anggota guru pelatih perlu dipertingkatkan kerana pemerhati 1berpendapat guru pelatih tidak mempunyai pergerakan anggota badan. Seorangguru pelatih yang ekspresif akan menggunakan mata serta tangan untukmenekankan isi isi pelajaran yang penting. Murid – murid akan menumpukan lebihbanyak perhatian kepada proses pengajaran kerana tertarik kepada gaya dan aksiguru pelatih tersebut. Pergerakan guru pelatih perlu diperbanyakan kerana dua pemerhatiberpendapat guru pelatih kurang pergerakan. Dari semasa ke semasa dalampengajaran, seorang guru pelatih perlu membuat pergerakan kiri ke kanan dalambilik darjah yang dapat mengurangkan kebosanan murid – murid. Penggunaan papan putih adalah menyeluruh di mana guru melukis gambartumbuhan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas. Guru pelatih perlumeningkatkan penggunaan papn putih dengan mempelbagaikan warna pen danmenulis isi penting di papan putih, Penglibatan murid adalah menyeluruh di mana guru memberi peluang kepadamurid untuk menjawab soalan dan memberikan idea kepada isi penerangan. Selainitu aktiviti melukis di akhir fasa imiginasi memberi peluang untuk murid – muridberfikir dan mengingat kembali isi pelajaran. Namun guru perlu menambahkanpemusatan kepada murid. Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan alat bantu lihatdan dengar yang jelas dan relevan, menarik, bahasa dan penggunaan ayat mudahdifahami. Namun penggunaan slaid animasi ketika di slaid power point perludiberikan penekanan supaya sesuai dengan soalan – soalan yang ditujukan. Ketika 10

11. 11.   slaid ditayangkan, nama pokok tumbuhan ditunjukkan dahulu sebelum gambartumbuhan tersebut. Pemerhati berpendapat penggunaan contoh perlulah mudah, menarik danrelevan. Contoh pokok – pokokyang diberi perlulah dekat dengan persekitaran dirimurid- murid. Guru tidak perlu menunjukkan gambar pokok – pokok yang susah atauyang tidak terdapat di Malaysia.. Penyusunan idea guru pelatih agak terabur dan boleh dimantapkan lagidengan menyusun idea dan acara mengikut fasa dan masa yang ditetapkan. Gurupelatih perlu menyatakan isi penting secara lisan dan bertulis untuk meningkatkankefahaman murid – murid. Teknik guru pelatih untuk penutup boleh dipertingkatkanlagi. Secara keseluruhannya pemerhati berpendapat bahan bantu mengajar iaituslaid menarik tetapi boleh dipertingkatkan penggunaannya supaya sesuai dengan isipelajaran. Suara guru pelatih jelas dan mempunyai pelbagai nada namunpergerakan anggota badan guru perlu dipertingkatkan. Guru perlu lebihbersemangat untuk mengajar dengan menggerakkan anggota tangan dn mata.Selain itu , guru perlulah berjaya mengawal kelas dengan prihatin terhadapkeperluan murid – murid untuk pergi ke bilik air atau sakit. Guru perlu meningkatkankontak mata dengan murid – murid. 11

12. 12.   Komponen Bahan Sumber 7 6 5 4 3 2 1 Bilangan 0 Jadual 2 : Penggunaan bahan sumber Bahan sumber yang digunakan ialah slaid power point dan contoh pokok.Pemerhati berpendapat bahan sumber yang digunakan memberi penjelasan padatopik dan bahan sumber memberi gambaran sebenar terhadap idea yangdibentangkan. Namun bahan sumber yang digunakan perlulah menekankan ciri – cirikemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sebahagian pemerhati berpendapatbahan sumber tiada unsur – unsur yang menjanan minda murid – murid secara kritisdan kreatif. 12

13. 13.   Bahan sumber yang disediakan sesuai dengan usia, tahap kecerdasan dankebolehan murid –murid. Seorang pemerhati berpendapat guru perlu melihatkesesuaian persekitaran dengan bahan sumber yang disediakan. Guru pelatih bolehmenggunakan pelabagai bahan sumber yang terdapat di luar darjah untukmenimbulkan keseronokkan kepada murid –murid. Guru boleh membawa murid ketaman Sains atau luar bilik darjah untuk melihat persekitaran

Page 20: Format Penulisan Proposal

yang berkaitan dengantumbuhan. Guru tidak menjalinkan dengan baik aktiviti seterusnya selepas mengunakanbahan sumber yang disediakan.Guru perlu mengaitkan bahan sumber dengan isipelajaran yang seterusnya supaya murid – murid dapat mengingati isi pelajaran. 13

1. INKUIRI SAINS2. 16.   IBSE DI DALAM KURIKULUMIBSE DI DALAM KURIKULUM SAINS MALAYSIASAINS

MALAYSIA • Diperkenalkan sejak 1960an • Ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang melibatkan pertanyaan soalan mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena dengan menggunakan deria dan kognitif kita

3. 17.   IBSE DI DALAM KURIKULUMIBSE DI DALAM KURIKULUM SAINS MALAYSIASAINS MALAYSIA Melibatkan penggunaan kemahiran proses sains, pengetahuan dan sikap saintifik untuk melakukan penemuan, mempelajari sesuatu konsep, menaakul dan menyelesaikan masalah.

4. 18.   Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) IBSE menekankan murid memahami perkara yang dipelajari dan bukan setakat menghafal “content” dan maklumat sahaja. (Worth, Duque & Saltiel, 2009)

5. 19.   Why “Inquiry” (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Inkuiri merupakan asas kepada pendidikan sains.

6. 20.   Why “Inquiry” (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Kefahaman dan kemampuan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran berpunca dari inkuiri.

7. 21.   Why “Inquiry” (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Inkuiri membantu pelajar •Memahami konsep saintifik dan tabii sains •Menghargai proses memperolehi pengetahuan •Mengembangkankemahiran menjadi “independent inquierers”

8. 22.   • Semua pelajar mampu belajar • Sains dipersembahkan dan dikendalikan dengan pendekatan yang mengikut tahap perkembangan & kemampuan pelajar Why “Inquiry” (1)? (Ferko & Ferko, 2005)

9. 23.   Memenuhi keperluan domain afektif pelajar – memupuk motivasi dan sikap positif terhadap pembelajaran sains (Blumenfeld, Kempler, Krajcik, 2006; Chin & Kayalvizhi, 2005). Why “Inquiry” (1)? (Ferko & Ferko, 2005)

10. 24.   Creativity & Innovation Successful Innovations Community Scientific Inputs Methods from Design, Ideas from Arts, Tools from Social Science, & Insights from the Business World +

11. 25.   2. Microwavable Plastic Pouch 3. Double-Tiers Glove Dipping System 1. USB Flash Memory Thumbdrive Malaysian Successful Innovations Creativity & Innovation

12. 26.   Creativity Idea Generation Enquiring Mind Enquiring Mind 1. Inquisitive about everyday life 2. Able to recognize, question, and explore problems & issues 3. Aware of multiple perspectives for understanding and analyzing things 4. Able to challenge, propose solutions or suggest ways for solutions to problems Empathy Experimentalism OptimismIntegrative Thinking

13. 27.   Ia berfokuskan persoalan kuantiti maklumat (cth., soalan berpandu, prosedur dan jangkaan hasil) dan bimbingan yang harus diberikan kepada pelajar oleh guru (Bell, Smetana, and Binns 2005; Herron 1971; Schwab 1962) Kesinambungan Inkuiri The Inquiry Continuum 28

14. 28.   ARAS INKUIRI Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry) Guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan, dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui. Sesuai digunakan •untuk mengukuhkan ide atau konsep yang telah dipelajari •untuk memberi pengalaman menjalankan eksperimen •sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu, seperti merekod dan menganalisi data Pelajar perlu mengikut

Page 21: Format Penulisan Proposal

arahan dan prosedur eksperimen. Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka.

15. 29.   ARAS INKUIRI Inkuiri Berstruktur (Strutured Inquiry) Guru perlu memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan. Akan tetapi, pelajar perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

16. 30.   ARAS INKUIRI Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry) Guru cuma memberikan pelajar soalan untuk penyiasatan. Pelajar perlu merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka. Inkuiri berpandu ini akan amat berkesan apabila/jika pelajar2 diberi pelbagai peluang untuk belajar dan mencuba kaedah2 yang berbeza untuk menjalankan dan merekodkan data. Pelajar2 masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna. (Banchi & Bell, 2008)

17. 31.   ARAS INKUIRI Inkuiri Terbuka (Open Inquiry) Peluang terbaik untuk bertindak seperti ahli sains – mengemukakan soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan dan membentang hasilnya. Paling memerlukan penaakulan saintifik dan tuntutan kognitif yang tinggi Harus dilaksanakan apabila pelajar2 telah menunjukkan kebolehan merancang dan melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan persoalan. Pelajar2 juga harus mampu mencatat dan menganalisa data lalu membuat kesimpulan berasaskan data/evidens yang diperolehi.

18. 32.   TUGASAN 1 TENTUKAN ARAS INKUIRI MENGIKUT AKTIVITI19. 33.   3520. 34.   (Banchi and Bell, 2008) Tahap Inkuiri Soalan Prosedur Penyelesaian 1 Inkuiri

pengesahan – pelajar mengesahkan suatu prinsip atau hukum sains , di mana hasil akhirnya sudah diketahui. 2 Inkuiri berstruktur – Pelajar menyiasat persoalan yang telah dikemukakan oleh guru berdasarkan prosedur-prosedur yang ditetapkan. 3 Inkuiri terbimbing – Pelajar menjalankan penyiasatan berdasarkan persoalan yang diberi oleh guru tetapi perancangan dan prosedur ditentukan oleh pelajar. 4 Inkuiri terbuka – Pelajar mengemukakan persoalan dan menentukan cara penyiasatan harus dijalankan. Tahap-tahap inkuiri dan maklumat yang diberikan kepada pelajar.

21. 35.   (Worth, Duque and Saltiel, 2009) Rangka kerja Inkuiri Berpandu dan Terbuka Framework of Guided & Open Inquiries

22. 36.   Ia berfokuskan persoalan kuantiti maklumat (cth., soalan berpandu, prosedur dan jangkaan hasil) dan bimbingan yang harus diberikan kepada pelajar oleh guru (Bell, Smetana, and Binns 2005; Herron 1971; Schwab 1962) Kesinambungan Inkuiri The Inquiry Continuum 38

23. 37.   TUGASAN 2 • Dalam kumpulan anda, pilih 2 aktiviti yang menjurus kepada 4 aras inkuiri seperti berikut : KUMPULAN ARAS INKUIRI 1 Terbuka Terbimbing 2 Pengesahan Berstruktur 3 Terbuka Berstruktur 4 Pengesahan Terbimbing 5 Terbimbing Berstruktur 6 Pengesahan Terbuka 7 Terbuka Pengesahan 8 Pengesahan Berstruktur

24. 38.   TUGASAN 2 KUMPULAN ARAS INKUIRI 9 Terbuka Terbimbing 10 Pengesahan Berstruktur 11 Terbuka Berstruktur 12 Pengesahan Terbimbing 13 Terbimbing Berstruktur 14 Pengesahan Terbuka 15 Terbuka Pen