Format Pertandingsan Kuiz Sejarah SK Semalatong Tahun 2015

download Format Pertandingsan Kuiz Sejarah SK Semalatong Tahun 2015

of 1

description

format pertandingan

Transcript of Format Pertandingsan Kuiz Sejarah SK Semalatong Tahun 2015

Format Pertandingan Kuiz Sejarah SK Semalatong Tahun 2015.

1. Kuiz sejarah ini adalah tertutup iaitu melibatkan wakil setiap rumah sukan dari tahun 4 hingga tahun 6 dari SK Semalatong. 2. Kuiz akan berlangsung sebanyak 4 pusingan. Setiap pusingan akan dimulakan oleh kumpulan yang berbeza. 3. Setiap kumpulan akan berbincang untuk memilih salah satu nombor soalan dari no.1 hingga no.108. No. soalan yang telah dipilih tidak boleh dipilih lagi untuk sesi seterusnya. 4. Soalan diberikan dalam bentuk LISAN kepada setiap kumpulan. Semua soalan diberikan di dalam Bahasa Melayu.5. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurukuiz. Masa diberikan untuk menjawab adalah 20 saat. Perbincangan jawapan dalam kumpulan adalah dibenarkan. 6. 2 markah akan diberikan kepada kumpulan yang mendapat jawapan yang tepat. Sekiranya kumpulan itu tidak dapat menjawab soalan mereka dengan tepat, maka kumpulan lain berhak untuk menjawab dengan mengangkat tangan mereka dengan serentak. 1 markah akan diberikan jika jawapan betul, tetapi tolak 1 markah sekiranya jawapan mereka adalah salah. Oleh itu, risiko adalah ditangan kumpulan itu sendiri. 10 saat diberikan untuk menjawab soalan tersebut. 7. Skop soalan adalah meliputi Sejarah Tahun 4, Sejarah Tahun 5 dan Kajian Tempatan Tahun 6.8. Isyarat-isyarat tertentu atau perbincangan luar oleh orang luar semasa pertandingan adalah dilarang. Jika perkara ini dilakukan, pasukan tersebut dianggap melanggar peraturan kuiz dan penyertaan kumpulan tersebut akan diBATALKAN dengan serta merta.9. Markah-markah akan dipaparkan di papan markah untuk tatapan umum.10. Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.11. Jika terdapat persamaan markah, jurukuiz akan memajukan soalan tambahan kepada kumpulan yang terlibat bagi menentukan kedudukan pemenang. 12. Keputusan jurukuiz adalah muktamad.