Format Pt3 Bertutur

2
FORMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAGI SUBJEK BAHASA (UJIAN LISAN - BERTUTUR) Penerangan Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara lisan Tempoh 10 - 30 minit Konstruk Kemahiran mendengar dan bertutur Kaedah Penskoran Analitik atau holistik Jenis Item Respon terhad / respon terbuka / objektif pelbagai bentuk Tugasan Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga Pelaksanaan Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan Pemeriksaan Guru memberi skor semasa ujian dijalankan secara individu Mode Murid memberikan respon secara individu PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR 1. Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan 2. Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian dijalankan dalam bentuk kumpulan. 3. Ujian ini dijalankan secara serentak dalam beberapa kumpulan. 4. Ujian dijalankan dalam bilik yang disediakan. 5. Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin terlebih dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian bertutur. 6. Semasa di dalam Bilik Kuarantin, murid perlu mengisi butiran peribadi yang terdapat di dalam

description

Bertutur

Transcript of Format Pt3 Bertutur

Page 1: Format Pt3 Bertutur

FORMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAGI SUBJEK BAHASA (UJIAN LISAN - BERTUTUR)

Penerangan Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara lisan Tempoh 10 - 30 minit

Konstruk Kemahiran mendengar dan bertutur

Kaedah Penskoran Analitik atau holistik Jenis Item Respon terhad / respon terbuka / objektif pelbagai bentuk Tugasan Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga Pelaksanaan Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan Pemeriksaan Guru memberi skor semasa ujian dijalankan secara individu Mode Murid memberikan respon secara individu

PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR

1. Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan 2. Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian dijalankan dalam bentuk kumpulan. 3. Ujian ini dijalankan secara serentak dalam beberapa kumpulan. 4. Ujian dijalankan dalam bilik yang disediakan. 5. Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin terlebih dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian bertutur. 6. Semasa di dalam Bilik Kuarantin, murid perlu mengisi butiran peribadi yang terdapat di dalam

Page 2: Format Pt3 Bertutur

borang penskoran. Mereka juga akan diberikan tugasan oleh guru beserta masa perbincangan selama 10 minit sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.

7. Semasa ujian dijalankan guru berperanan sebagai fasilitator / pentaksir. 8. Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit. 9. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan berlisan. 10. Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang pemarkahan yang telah disediaan mengikut peringkat dan kriteria penskoran yang telah disediakan. 11. Walaupun ujian ini dijalankan secara berkumpulan, markah diberikan secara individu. 12. Borang markah hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon. 13. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang-ulang.