Format Rancangan Perniagaan Terbaik - Contoh Kertas Kerjabelikertaskerja.blogspot.com › Format...

download Format Rancangan Perniagaan Terbaik - Contoh Kertas Kerjabelikertaskerja.blogspot.com › Format Penyediaan- Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan

If you can't read please download the document

Transcript of Format Rancangan Perniagaan Terbaik - Contoh Kertas Kerjabelikertaskerja.blogspot.com › Format...

Format Rancangan Perniagaan Terbaik - Contoh Kertas Kerja

Contoh Kertas Kerja

Start HereHalaman UtamaFormat Penyediaan Rancangan PerniagaanMuat Turun ContohTempahan Proposal

Utama

Format Penyediaan

Format Rancangan Perniagaan Terbaik

Format Rancangan Perniagaan Terbaik

Format Rancangan Perniagaan Terbaik

Pengenalan

Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.

Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.

Penyataan Misi

Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-

- Alasan perniagaan diwujudkan

- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

- Klien atau pelanggan perniagaan

- Kawasan geografi pemasaran

- Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-

Syarikat WajaSdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

Format Rancangan Perniagaan

Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.

Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-

Isi kandunganRingkasan Eksekutif atau AbstrakPengenalanTujuanLatar belakang perniagaanLatar belakang pemilikLatar belakang projekRancangan OrganisasiRancangan PemasaranRancangan Pengeluaran atau OperasiRancangan KewanganJadual Perlaksanaan ProjekRumusanLampiran / Dokumen Sokongan

Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan

Isi Kandungan

- Menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.

Ringkasan Eksekutif/ Abstrak

- Menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan perniagaan.

- Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.

Pengenalan

1. Menyatakan jenis perniagaan.

2. lokasi perniagaan

3. tarikh perniagaan dijalankan

4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya

Latar Belakang Perniagaan

- Memberikan maklumat-maklumat berikut:-

1. nama perniagaan

2. alamat perniagaan

3. alamat surat menyurat (jika berlainan)

4. nombor telefon

5. bentuk perniagaan

6. kegiatan utama

7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

8. nombor pendaftaran perniagaan

9. modal permulaan

10. nama bank

11. nombor akaun bank

Latar Belakang Pemilik

Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:-

1. Nama penuh

2. Nombor kad pengenalan

3. Umur

4. Jantina

5. Alamat tetap

6. Nombor telefon

7. Taraf perkahwinan

8. Kursus yang pernah dihadiri

9. Kemahiran

10.Pengalaman

11. Pekerjaan sekarang

12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

Latar Belakang Projek

Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-

- Kedudukan fizikal projek

- Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)

Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

- Menyatakanmisi dan objektiforganisasi

- Persembahkan struktur organisasi dalam bentukcarta organisasi.

- Jadual Jawatandan bilangan tenaga pekerja.

Contoh:

Bil.JawatanBil.Pekerja1.Pengurus Besar12.Kerani33Jurujual10

-Jadual Huraian Tugas.

Contoh:

JawatanTanggungjawab utamaPengurus KewanganMenyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.Menyediakan Laporan Kewangan perniagaanMengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.

- Jadual Imbuhan Balas Jasapekerja.

Contoh:

JawatanBilGaji bulananKWSPPERKESOJumlahPengurus Besar1RM5000RM650RM100RM5750Pengurus Kewangan1RM2500RM325RM50RM2875JumlahRM8625

-Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat

Contoh:

JenisBil.Harga (RM)Komputer28000Pencetak21000Mesin fotostat15000Jumlah14000

-Senarai Perbelanjaan Pentadbiran

Contoh:

PerkaraPerbelanjaan HartaPerbelanjaan BulananLain-lain perbelanjaanGaji dan Imbuhan Balas JasaRM8625Perabot dan Keperluan PejabatRM14000SewaRM2000

Rancangan Pemasaran

-Penerangan produk /perkhidmatanyang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.

-Profil pelangganiaitu kumpulan sasaran pelanggan.

-Saiz pasarandalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.

-Pesaing-pesaing utamadi kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.

-Ramalan jualan bulananuntuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.

-Strategi pemasaranyang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi harga, strategi promosi dan stratgei edaran.

-Butiran perbelanjaan pemasaran.

Contoh:

PerkaraPerbelanjaan Harta (RM)Perbelanjaan Bulanan (RM)Lain-lain Belanja (RM)KenderaanRMxxxxPromosiRM xxxxInsuransRM xxx

Rancangan Pengeluaran/Operasi

Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan atau pengeluaran.

- Proses pengeluaran dalam bentukcarta aliran proses

-Unit pengeluaran atau jam operasiperniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.

- Keperluan bahan bulanandalam satu jadual.

Contoh :

Jenis BahanKuantiti digunakanStok simpananHarga seunit (RM)Jumlah belian (RM)Pasir10000 tan500 tanRM xxxRM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.

- Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerjaoperasi serta imbuhan mereka.

Contoh:-

JawatanBilGaji bulananKWSPPERKESOJumlahOperator pengeluaran20RM xxxRM xxRM xxRM xx

- Senarai mesin dan peralatandalam jadual seperti berikut:

JenisPembekalHarga seunitBil.Jumlah hargaMesin jahitKedai HeongRM xx3RM xxx

- Lakaransusun atur ruang operasidan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.

-Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.

-Overhed operasiyang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.

-Senarai semua butir perbelanjaan operasidalam satu jadual.

Contoh:

PerkaraPerbelanjaan HartaPerbelanjaan BulananPerbelanjaan lainMesinRM xxxGajiRM xxx

Rancangan Kewangan

Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :

- MenyediakanKos Perlaksanaan Projekbagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.

- Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakanSumber Pembiayaan Projek.

- Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakanProforma Aliran Wang Tunai.

- Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakanProforma Untung Rugi.

- Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakanProforma Kunci Kira-Kira.

- MenyediakanJadual Susutnilai Aset Tetap,Jadual Bayaran Balik Pinjaman(jika ada) danJadual Bayaran Ansuran Sewa Beli(jika ada).

Jadual Perlaksanaan Projek

Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara aktiviti-aktiviti.

Rumusan

Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

Lampiran Dokumen Sokongan

Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

SHARE kepada rakan:

Tweet

Tag :Format Penyediaan,Format Rancangan Perniagaan Terbaik

Previous

Newer Post

Next

Older Post

Menarik Hari Ini

Ruangan Usahawan

Muat Turun Kertas Kerja

Masukkan Nama dan Emel aktif anda di bawah untuk DOWNLOAD kesemua CONTOH KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN di sini.

Nama Panggilan

Email Aktif *

1 emel pengesahan akan di hantar selepas anda klik pada butang download di atas. sila sahkan dahulu emel sebelum download

POPULAR

Download 54 eBook PLR Bahasa Melayu dengan PERCUMA!

Download 54 eBook PLR Bahasa Melayu Percuma Salam, Hari ini adalah hari yang indah buat saya, Banyak benda baik berlaku kep...

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Kerja kerajaan

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Berikut adalah contoh-contoh surat permohonan untuk bertukar tempat bertugas secara suka s...

Format Rancangan Perniagaan Terbaik

Pengenalan Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjal...

Penaja Kami

Ping

Copyright 2013-2015 : Contoh Kertas Kerja - All Rights Reserved

Template by Kang Mousir - Proudly powered by Blogger