Format Surat Kiriman Rasmi

6
Format Surat Kiriman Rasmi Alamat Penulis ______________ ______________ ______________ _______________________________________________________( garisan panjang )______ Jawatan / penerima Alamat ( pejabat, sekolah, dsb ) ______________ ______________ Tarikh : (selari dengan nama negeri) Tuan / Puan, Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain) 3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.) (Penutup) Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

description

surat kiriman rasmi

Transcript of Format Surat Kiriman Rasmi

Format Surat Kiriman Rasmi

Alamat Penulis_________________________________________________________________________________________________( garisan panjang )______

Jawatan / penerimaAlamat (pejabat, sekolah, dsb) ____________________________ Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan (perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2. (Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3. (Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, (perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)__________Nama Penuh ( HURUF BESAR)Jawatan ( Huruf Kecil )

Contoh 1

Tajuk / Soalan :Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.

Rangka Karangan

1. alamat pengirim( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya )kemudian selang satu baris2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )4. tarikh( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )6. perkara / tajuk( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )7. perenggan pertamatujuan menulis surat ini( tiada jarak perenggan, lihat contoh )8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagimemerlukan bola baru( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )9. perenggan ke-3- berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu10. perenggan ke-4 - mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan11. penutup- terima kasih12. tandatangan pengirim( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan14. jawatan jika ada( permulaan perkataan dalam huruf besar )15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tips : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

Contoh 1

Tajuk / Soalan: Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu.________________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu. 15 FEBUARI 2014.Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami : Tarikh : 17.10.1998 Masa : 10.00 pagi Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring

4. Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................( NORAINI BT. IBRAHIM )Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu.

Contoh 2

Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahunya keadaan anda.

Karangan Lengkap

Kampung Awek,22000, Jerteh,Terengganu.________________________________________________________________Guru kelas,Tahun 6 kenanga,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu. 20 JANUARI 2014.Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.

2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.

3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.

Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapanterima kasih.

Sekian.

Yang benar,

.( HABIBAH BT. GHAZALI )