Forum 3 Kssk Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia

download Forum 3 Kssk Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia

of 2

Transcript of Forum 3 Kssk Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia

  • 8/2/2019 Forum 3 Kssk Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia

    1/2

    Assalamualaikum Wbt. Dan Selamat Sejahtera.

    KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, yang juga

    merupakan kurikulum baru yang telah diperkenalkan pada tahun 2011. Sebenarnya, ia adalah

    berasal daripada KBSR yang telah diperkukuh dan ditambahbaik melalui transformasi

    kurikulum dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,

    kaedah pentaksiran, bahan dan kurikulum di sekolah. KSSR ini memberi penekanan kepada

    pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian

    kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Selain daripada itu, penghayatan dan pengukuhan nilai

    seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotism juga diberi tumpuan melalui penglibatan murid

    dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

    KSSR turut memperkenalkan 3 elemen nilai tambah iaitu elemen kreatif dan inovasi,

    keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi

    keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran

    kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berperibadian mulia. Ini merupakan

    langkah pertama Kementerian untuk membentuk modal insan yang berpotensi untuk

    merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model

    Ekonomi Baru pada masa hadapan. Kebanyakan negara maju telah mengimplemantasikan

    kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari ia adalah kunci untuk

    berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan

    (R&D) dalam bidang sains. Melalui KSSR, ia telah menerapkan daya pemikiran kreatif dan

    inovasi bermula dari bangku sekolah rendah. Ini bertepatan sekali kerana bukan semua murid

    dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah suatu yang mustahil untuk membentuk

    kemahiran tersebut sejak dari kecil.

    Selain daripada itu, peningkatan siswazah yang bergraduasi setiap tahun tidak berkadar

    terus dengan peluang pekerjaan tetapi pengangguran. Ini menyebabkan terjadinya pembaziran

    dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Di dalam KSSR turut

    memperkenalkan elemen keusahawanan yang sememangnya mempunyai potensi besar untuk

    diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan siswazah yang menganggur

    sebaik sahaja bergraduat pada masa hadapan.Dengan ini, negara bukan sahaja melahirkan

    modal insan yang berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi malah berpotensi untuk

    menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di

    masa hadapan.

    Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu

    dihadapi generasi masa kini. Sehubungan dengan itu, setiap modal insan harus dipersiapkan

    dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan global. Seperti elemen nilai

    tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan

    perlaksanaan secara eksplisit dalam KSSR. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut

    dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid dalam pencarian

    maklumat yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga dapat melahirkan modal insan yang celik

    IT untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

  • 8/2/2019 Forum 3 Kssk Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia

    2/2

    Kesimpulannya, transformasi kurikulum ini amat bertepatan sekali dengan hasrat

    kerajaan untuk membangunkan modal insan yang dinamik seiring dengan keperluan dan

    cabaran abad ke-21.