Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

28
1.0 PENGENALAN Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi. Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif” untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara

Transcript of Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Page 1: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi.

Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata.

Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif”

untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai

penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota

badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu

ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.

7.0Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-

kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat

mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan

emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam

Page 2: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif

menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam

mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina

keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh

diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu

ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan

kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain,

bekerjasama, kebebasan dan berdikari

3.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta

mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964),

sangat memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif.

Objektif yang disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk

mempertingkatkan kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan

untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan.

Nilai-nilai positif yang akan diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah

berbeza kerana bergantung dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti

ini. Melalui pergerakan kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi

banyak manfaat sekiranya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.

Meningkatkan kecergasan

Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak

terutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami

masalah otot lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif

mereka akan rasa lebih gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak

langsung mereka dapat membina kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan

kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik serta

pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan

Page 3: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan

kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan

kecergasan berat badan.

Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh

seseorang untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan

memberi implikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani

kehidupan secara efektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif

bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan

menjadi komponen dalam konsep kecergasan yang merupakan perkara yang berkaitan

antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat mempertingkatkan

kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu faktor penting

dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu kanak-kanak

mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian dalam tubuh yang

berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini kerana aktiviti

yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang besar

serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping

membina semula tulang-tulang.

Alat teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah

fizikal dan mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi

cergas dan efektif dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor,

kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-

kanak. Pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman

kanak-kanak tersebut untuk di jadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan

kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi

mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka

inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu

pergerakan. Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana

mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi sosial

yang positif dengan membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka

meneroka dan mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan

mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika.

Page 4: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan

tersendiri, mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui

cabaran dan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu

merangkumi kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan

kebolehan motor, yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal,

keselamatan dan kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik

yang fungsional. Pergerakan kreatif sangat penting untuk memainkan peranan yang

berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi

dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam

psikik atau batin.

Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan

meredakan sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan

memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak

kesan terhadap tubuh badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ),

lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara

senaman yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya

koordinasinya.

Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin

rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran

yang di berikan dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti

pergerakan kreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau

bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu

mereka untuk bergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri

mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari cara untuk menjadikan

mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti mereka. Melakukan aktiviti

dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak dan menyesuaikan

diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan mengikut.

Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan

menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan,

tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan

Page 5: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

kempimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-

kanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial,

menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan

membentuk personaliti diri.

Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal

perasaan dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif

ketegangan ini dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi

kesan positif dalam diri mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan

hiperaktif kanak-kanak kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan

bermain yang semulajadi.

Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu

persekitaran yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan

menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan

kepada mereka. Kanak-kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi

untuk membina personality mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk

melakukan aktiviti, tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di

kawal.

Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya

bukan untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat

diredakan namun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk

disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang

dilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap

apa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap

fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan

kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-

verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untuk

mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan dan

idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

Page 6: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Kemahiran bertutur

Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik

agar lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan.

Dengan aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan

kemahiran bertutur dan kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu

untuk menyebut perkataan dengan betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan

sebaliknya dengan aktiviti pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat

membantu memperbaiki pertuturan kanak-kanak tersebut.

Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat

murid dan mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka

akan beranggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian

mereka akan lebih terhibur dan menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-

kanak, aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki

sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelas

mengikut rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu.

Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturan

mereka.

Meningkat kreativiti

Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-

kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan

proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong

untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik

dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi

perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap

pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan

masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman

yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna

kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti

mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan

Page 7: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

melakukan idea mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal.

Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat

dikembangkan di bilik darjah yang bersifat mengongkong . menggunakan pendekatan

pergerakan kreatif merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak

untuk di jadikan pengalaman mereka.

Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,

perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan

kreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan

pergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa

dihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk

berfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubung

dengan pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui.

Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas.

Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin (Leventhal, 1980).

9.0Kesimpulan

Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan

kreatif dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari

aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan

lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada

perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu

aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangn

emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada

memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal.

Page 8: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan individu.Menekankan kepada

aspekmotor halus dan motor kasar.

Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota

badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai

daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau

tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan .

Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan

pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan

kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok,

berkongsi danbekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi

pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.

Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan

psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan

pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan

suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk

mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif telah

memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit

sebanyak telah memberikan input ang sangat berguna kepada mereka

Page 9: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

Disediakan oleh: Wan Mohd Muizzudin Wan Ibrahim

Mohd Akmal bin

Siti Fadhilah binti Kamarudin

Norfauziatul Akma binti Mohd Noor

Nurul Fatihah binti Che Rashid

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

http://www.youtube.com/watch?v=RTSHDC3U2b8&feature=endscreen

PENGENALAN

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan

idea yang melahirkan secara simbolik melalui pergerakan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memberikan penekanan terhadap elemen

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Tubuh badan

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Masa

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Ruang

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Tenaga

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Elemen ini merupakan perbendahaaran pergerakan

untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan

potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Pergerakan

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]--> Ritma

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Kreativiti

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Untuk membentuk

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->sifat-sifatfleksibel

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->mempelajari cara-cara mengawal pergerakan

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> mempertingkat keupayaan

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> kapasiti pergerakan

Page 10: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> menggunakan anggota dan minda

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->sebagai alat mencapai tahap pergerakan berseni.

SEJARAH

Terapi ini bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Terapi ini wujud hasil

daripada gabungan antara tarian moden dan psikiatri yang dipelopori oleh Marian Chace.

Beliau telah menyediakan kelas tarian yang memberi peluang yang unik untuk ekspresi

diri, komunikasi dan interaksi kumpulan. Terapi pergerkan yang juga dikenali sebagai

terapi tarian merupakan penggunaan gerakan improvisasi sebagai satu cara merawat

sosial, emosi, kognitif dan masalah fizikal. Sejak tahun 1940-an, ahli terapi gerakan telah

membangunkan kaedah untuk kegunaan klinikal dengan pelanggan yang mewakili

kebanyakan bidang penjagaan kesihatan. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan terapi

tarian / gerakan sebagai model rawatan untuk pesakit yang bukan sakit kronik dan

pelanggan psikosomatik. (Lewis et al 1995, Ambra 1995, Theorell et al 1998, Cohen et

al 1999, Boris 2001, Ellis 2001, Nystrom 2002).

Menurut kepercayaan turun-temurun, pergerakan dan tarian boleh

menggalakkan penyembuhan badan dan minda. Ini kerana, melalui terapi pergerakan,

kita dapat meneroka semua jenis pergerakan dengan idea bahawa tubuh dan minda

saling berkaitan. Terapi pula adalah berdasarkan tanggapan bahawa segala-gala dalam

alam semester ini adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan unit asas

pergerakan asas adalah melalui badan-badan kita sendiri.

Masyarakat di seluruh dunia telah menggunakan terapi pergerakan sejak awal

masa dahulu lagi untuk meluahkan perasaan, menggalakkan kesuburan serta mewujudkan

kesejahteraan. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia dan merupakan bahagian

penting dalam tradisi, walaupun sesetengah tradisi tidak dapat mengenalpasti aktiviti

tersebut sebagai terapi.

Di Timur, terapi pergerakan bermula sebagai sebuah gerakan kerohanian

termasuk amalan mempertahankan diri. Contohnya tai chi dan gigong, yang diajar dalam

kalangan sami-sami Tao. Ia memberi penekanan kepada meditasi dan corak pernafasan

tertentu di mana masih diamalkan secara meluas sehingga hari ini untuk menggalakkan

kesihatan dan panjang umur.

Page 11: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Manakala di Barat pula, terapi pergerakan dilakukan untuk pemulihan dan

kekuatan fizikal terutama selepas sukan dan terapi fizikal. Ia juga digunakan untuk

mambantu dalam penyembuhan dan mengelakkan kecederaan. Seorang penari

koreografer, Pilates telah memperkenalkan satu kaedah yang popular di mana ia

dilakukan di atas lantai dengan / atau peralatan khusus. Kaedah ini memberi tumpuan

kepada pembangunan teras dalaman yang kukuh dan kekuatan fizikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pergerakan Pilates, sila rujuk kepada:

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

http://pilates.about.com/od/whatispilates/a/WhatIsPilates.htm

http://kidshealth.org/teen/food_fitness/exercise/pilates.html#

http://www.sophiaoh.com/pilates/what_is_pilates.htm

DEFINISI DAN KONSEP PERGERAKAN KREATIF

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Latihan dalam melakukan pergerakan dan

melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan menigkut rentak muzik bagi membantu

murid-murid pendidikan khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Laban ( 1975 ) menulis bahawa dalam setiap

pergerakan asas, tema melambangkan idea pergerakan yang berkembang seimbang

dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang membesar

terhadap aktiviti pergerakan, dan diperingakt-peringkat kemudiannya perkembangan

mental kanak-kanak membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang

terlibat (Laban , 1980:28)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Rudolp Laban iaitu salah seorang pelopor

pendidikan pergerakan memberikan definisi dengan mengenalpasti apa yang dianggap

sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-kanak untuk

melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan

satu bentuk saluran dengan penuh sedar

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Sybil Huskey ( 1979 ) dalam buku Facilitating

Creative Growth of Children menyatakan tarian kreatif sebagai tarian yang boleh

menjadikan semudah seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudiaan berhenti

Page 12: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

kaku dengan membentuk tubuh dalam bentuk tertentu atau bentuk kompleks yang

merangkumi dan menghubungkan semula aspek penglaman manusia.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Gladys Andrew Fleming mendefinisikan istilah

pergerakan kreatif ini untuk pendidikan gerak tari kanak-kanak dan sebagai

penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancar melalui perantaraan anggota

tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan

dalam menyelesaikan tiga komponan utama dalam gerak tari

<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->untuk tujuan-tujuan ekspresi

<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Komunikasi atau kepuasan peribadi

( Fleming, 1976 )

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->H. Doubler berpendapat gerak tari kreatif ialah

sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang

individu. Proses kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang

meransang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini membolehkan sesorang

individu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan.

( H’Doubler, 1925 )

TUJUAN

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk

pergerakna yang berunsur seni

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Menggunakan gerak- geri anggota badan sebagai

media

<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->melahirkan perasaan dalaman

<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->mengintegrasikan motor dan kognitif

<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->meninjau hubungan antara personality dan

pergerakan

<!--[if !supportLists]-->§ <!--[endif]-->meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri

dalam proses pendidikan

MATLAMAT

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Responsive terhadap keperluan dan minat setiap

individu

Page 13: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Diterap dalam pendidikan formal kepada semua

peringkat umur.

KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan koordinasi kaki dan tangan semasa

bergerak dalam tarian.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan keyakinan diri.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan ketahanan dan kekuatan tubuh badan.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan keseimbangan badan kanak-kanak

melalui tarian

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan kelenturan badan.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meningkatkan interaksi sosial dengan rakan semasa

menari dalam kumpulan.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Menimbulkan rasa gembira.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan

bebas dalam tarian.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Mengenali potensi diri.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memupuk kanak-kanak berfikir dan bergerak secara

kreatif

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Boleh bergerak mengikut gerak hati.

PERALATAN TERAPI

Antara alat yang digunakan dalam terapi pergerakan kreatif ialah ialah :

Gelung (manipulasi alatan gelung)

Bergerak Ke Sisi Kanan Dan Kiri DenganMenggunakan Gelung

Gelung Di Atas Kepala Dan Digerakkan Ke Kanan Dan Ke Kiri

Page 14: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

Melompat Setempat Dengan Menggunakan Gelung

Menggelekkan Badan Sambil Duduk Dengan Gelung

Mengerakkan Gelung Ke DalamDan KeLuar

Pergerakan ‘KembangKuncup‘Mengangkat Gelung Dari Luar Ke Dalam

Mengetuk Gelung Ke Lantai

Memusing Gelung Mengikut Arah Pusingan Jam Sambil Mengimbang Badan

Peralatan lain yang boleh digunakan ialah cermin, tali, dan pundi kacang, dan mana-

mana alat mengikut kekreatifan guru asalkan sesuai dengan aktiviti.

CARA PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERGERAKAN KREATIF

DRAMA

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - “Pergerakan merupakan salah satu

cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik” Emile Jaques Dalcroze.

Walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut

rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Melalui pertunjukan

pergerakan kreatif yang dipersembahkan, kita dapat mengenalpasti bahawa kanak-

kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan

melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan.

Contoh :

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan

sedang keluar secara misteri dan menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak boleh

Page 15: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama

nenek kebayan ketika menjadi penonton.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Daripada contoh di atas, kita dapat perhatikan bahawa

kanak-kanak seronok ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak

cenderung untuk menggunakan pergerakan untuk mengekspresikan emosi mereka

seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk

mengenalpasti seterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

Muzik

<!--[if !vml]-->http://t0.gstatic.com/images?

q=tbn:ANd9GcTujppTL67LsgOp5MxX4B9fECoN3eVj1JQYuQJ-

7WjnNwZgXjfaEg<!--[endif]-->Seni kinestetik- Pergerakan kreatif dalam muzik

adalah seni kinestatik. Asas muzik seperti irama dan pic, memang sedia terdapat dalam

pertuturan dan pergerakan harian manusia. Keadaan ini memudahkan kanak-kanak

memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Jika dapat dikendalikan

dengan baik, keadaan ini akan memainkan peranan yang efektif dalam proses

perkembangan diri kanak-kanak.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai

sosialisasi. Dari aspek kognitif, murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman

konsep muzik yang asas.

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=OktdSbsMozQ

Contoh

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->http://t0.gstatic.com/images?

q=tbn:ANd9GcQyaCYC6Enx3IHXr5j79zGgm1bQphVeLeexNN0WSnlLUJ2cfz9-<!--

[endif]-->Bagi murid Tahap 1, aktiviti muzik dan pergerakan kreatif bukan sahaja

Page 16: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mer eka

memahami konsep muzik yang abstrak.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik

secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan

mengamalkan nilai-nilai murni

Tarian

Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri

terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan

mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi <!--[if

!vml]-->http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSdEk-

CidAB3_dmcK9IFYJcJZ8PEcyfYm5Ayhd08gEkmIjOp3KEZQ<!--[endif]--

>pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tarian.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara

untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Aktiviti tarian sesuai

untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang

indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang

dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh.

Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->untuk mengungkapkan idea-idea

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->perasaan dan pengalaman kepada orang lain

Seni tari ini dapat di lihat pada

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->pergerakkan tangan,

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->kaki

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> badan

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> mata

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->anggota tubuh badan

Contoh aktivti 1

Page 17: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->bergerak seperti seekor burung semasa muzik

perlahan dipasangkan.

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan

lagi konsep kendiri murid.

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi

pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak.

Contoh aktiviti 2

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru

banyak mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik dan

nyanyian.

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Setelah mereka mempersembahkan persembahan

mereka, kanak- kanak tersebut akan menerima tepukan yang gemuruh.

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif

ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai .

Contoh aktiviti 3

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Murid duduk di depan cermin dan membuat air

muka yang berlainan.

<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta

rakan membuat air muka yang sama dengannya.

MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF

MASALAH KOMUNIKASI

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Murid sukar untuk mengikut arahan yang diberikan

guru

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Murid tidak faham cara untuk melakukan pergerakan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Masalah dalam memberi tindak balas

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Murid tidak melibatkan diri dengan aktif

MASALAH FIZIKAL (TUBUH BADAN)

Page 18: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Murid sukar untuk menggerakkan badan mengikut

arahan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Pergerakan terbatas

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Respon untuk melakukan sesuatu pergerakan lambat

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memerlukan bantuan/guru untuk membimbing

melalukan pergerakan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Selalu keliru dengan pergerakan tertentu

MASALAH PERALATAN

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memerlukan peralatan yang sesuai

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Masalah dalam pemilihan peralatan mengikut aktiviti

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Peralatan yang mahal untuk aktitvi yang menarik

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Peralatan dan bahan yang tidak mencukupi

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Keselamatan peralatan

MASALAH BILIK TERAPI

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Kelengkapan bilik terapi yang kurang sesuai

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bilik terapi yang padat dan kurang ruang untuk

melakukan pergerakan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bilik terapi yang tidak kondusif

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Keselamatan pergerakan yang dilakukan serta

keselamatan kawasan yang digunakan

MASALAH GURU

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan dalam terapi

pergerakan kreatif

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan tentang psikologi murid

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan tentang teori

pembelajaran

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Kemahiran yang rendah dalam mengendalikan terapi

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Guru tidak kreatif dalam melaksanakan aktiviti

terapi

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Guru tidak mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi

semasa proses terapi dijalankan

Page 19: Forum 5- Nilai Sosial Dan Emosi

MASALAH TINGKAH LAKU

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Sukar untuk menguruskan tingkah laku murid

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Sukar untuk membentuk kerjasama semasa

menjalankan pergerakan

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Interaksi antara guru tidak berlansung secara berkesan

disebabkan tingkah laku

PENUTUP

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " .

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Sebagai kesimpulan, penggunaan terapi amat perlu dalam kalangan individu

berkeperluan khas. Semua aspek yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara

dapat diaplikasikan apabila terapi-terapi ini dijalankan. Murid dapat mengembangkan

aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sekali gus apabila menjalani terapi.