Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

13
Pengenalan Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari olehsemua murid sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebutmenunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasanbadan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakatumum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakanyang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan(fexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan danlain-lain. Pembinaan Dewan Gimnastik Dewan gimnastik yang berharga RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong dijangka siap pada pertengahan tahun depan. Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) Zainal Abidin Hussin, pembinaan dewan tersebut merupakan antara kemudahan prasarana terbaru yang bakal disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada atlet gimnastik di Terengganu. Dewan tersebut dibina di atas kawasan seluas kira-kira dua hektar dan diharap dengan siapnya dewan itu nanti akan dapat melahirkan lebih ramai atlet gimnastik yang berjaya dalam sukan tersebut di masa hadapan. Malah, dewan itu akan menjadi lokasi latihan utama kepada pelatih gimnastik negeri yang sebelum ini sering berlatih di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Payung. Terengganu menggunakan kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, yang dibantu oleh jurulatih tempatan, Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet gimnastik negeri. Sukan gimnastik Negeri Terengganu pernah melahirkan atlet bertaraf antarabangsa seperti Ahmad Akrami Othman yang pernah merangkul pingat emas dalam Sukan Komanwel 1998. Beliau kini sedang berkhidmat sebagai jurulatih skuad pelapis negara. Kemaraan sukan gimnastik Terengganu diteruskan oleh empat atlet dari skuad pelapis negara iaitu Wan Ikmaludin Wan Jalani, Zulabahrin Asri, Azim Othman dan Khairul Rasul Hilmi Kamarul Bahri yang kesemuanya berusia lingkungan 12 dan 13 tahun. Diharap pembinaan dewan

Transcript of Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

Page 1: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

Pengenalan

Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari olehsemua murid sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebutmenunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasanbadan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakatumum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakanyang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan(fexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan danlain-lain.

Pembinaan Dewan Gimnastik

Dewan gimnastik yang berharga RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong dijangka siap pada pertengahan tahun depan. Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) Zainal Abidin Hussin, pembinaan dewan tersebut merupakan antara kemudahan prasarana terbaru yang bakal disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada atlet gimnastik di Terengganu. Dewan tersebut dibina di atas kawasan seluas kira-kira dua hektar dan diharap dengan siapnya dewan itu nanti akan dapat melahirkan lebih ramai atlet gimnastik yang berjaya dalam sukan tersebut di masa hadapan. Malah, dewan itu akan menjadi lokasi latihan utama kepada pelatih gimnastik negeri yang sebelum ini sering berlatih di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Payung.

Terengganu menggunakan kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, yang dibantu oleh jurulatih tempatan, Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet gimnastik negeri. Sukan gimnastik Negeri Terengganu pernah melahirkan atlet bertaraf antarabangsa seperti Ahmad Akrami Othman yang pernah merangkul pingat emas dalam Sukan Komanwel 1998. Beliau kini sedang berkhidmat sebagai jurulatih skuad pelapis negara. Kemaraan sukan gimnastik Terengganu diteruskan oleh empat atlet dari skuad pelapis negara iaitu Wan Ikmaludin Wan Jalani, Zulabahrin Asri, Azim Othman dan Khairul Rasul Hilmi Kamarul Bahri yang kesemuanya berusia lingkungan 12 dan 13 tahun. Diharap pembinaan dewan gimnastik baru itu nanti akan menyumbang kepada pembangunan sukan gimnastik di Terengganu agar lebih berkembang dan maju.

Pembinaan/ Penyediaan Sekolah Sukan

Sekolah sukan ialah sekolah yang mengkhususkan aktivit i sukan sebagai teras dalam pembangunansekolah tersebut. Ramai yang berpendapat sekolah sukan merupakan sebuah sekolah yangmampu melahirkan atlet-atlet yang mahir dalam pelbagai aspek sukan seperti sukan Skuasy,Badminton, Hoki Gimnastik dan sebagainya. Tambahan lagi, sekolah sukan yang wujud dinegara banyak memberi impak yang positif dalam pembangunan sukan negara.

Page 2: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah sukan juga menjadi salah satuobjektif penting sekolah sukan. Hal ini untuk memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar.Sebagai contoh, sekiranya sebuah sekolah sukan itumempunyai kelengkapan peralatan yanglengkap maka pelajar-pelajar di sekolah tersebut mudah untuk berlatih dan mengasahbakat masing-masing. Kemudahan yang lengkap dan canggih membolehkan atlet-atlet disekolah tersebut berlatih dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata peribahasa, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun

Page 3: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan lain-lain merupakan satu langkah bijak akan datang agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.

Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih atau “ sparing partner “ yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet kita akan mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil semula pemain-pemain import dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan

Page 4: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menjelaskan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk Negara!

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita

Gimnastik telah diajar di sekolah-sekolah dan Institut Pendidikan Guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak penubuhannya.Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol.Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid lelaki sahaja.Pertandingan murid perempuan hanya dapat dipertandingkan pada tahun1980 sahaja.Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan pada hari kebangsaan dan temasya sukan sekolah.Malangnya sukan ini masih belum disertai oleh semua negeri di Malaysia. Kini gimnastik mula bersinar semula. Pembabitan jurulatih tempatan dari kalangan guru dan pengambilan jurulatih asing memberikan nafas baru buat sukan gimnastik.Jika sebelum ini gimnastik tidak dikenali secara meluas dan setiap pertandingan hanya disertai gimnas terlibat sahaja,namun kini sukan ini kian popular. Kewujudan Pusat Latihan Daerah di negeri-negeri seluruh Malaysia telah membantu perkembangan sukan gimnastik. Pertandingan bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Malah kini Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS ) telah mengorak langkah membentuk dan membimbing gimnas baru untuk menyertai sukan ini.

Page 5: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

Dasar Pendidikan Kerajaan

Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalampelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalahsebahagian daripada transormasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM.Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang samasebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang darisegi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,semangat muhibah, keseahaman, toleransi, dan meningkatkan nilai moral danzikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikanpelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara.Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepadasemua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang sertamengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.

Page 6: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

2.2 PENUBUHAN KELAB SUKAN

Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulahmengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut :

i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)

Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia adadaripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatanguru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG)atau di universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyaipengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnyapengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepadapertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihatsesebuah kelab sukan sekolah.

ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah

Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaanprogram sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akanmempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukankhususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut.Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun program-program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yangmempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalammerancang program sukan di sekolah.

iii. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah

Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah.Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatansukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkanaspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilanganmurid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihatyang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenisperalatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangkahayat alatan tersebut

Page 7: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Tenom merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah. Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiranmenggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Olehitu pihak sekolah mencadangkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan peringkatDaerah Tenom yang akan dijalankan pada bulan Januari 2013.

Program Sukan Massa

24.06 Pelbagai aktiviti di bawah program sukan massa terus dilaksana bagi mewujudkan rakyat Malaysia yang aktif dan sihat serta memupuk perpaduan di kalangan belia dan mencapai perpaduan negara melalui penyertaan dalam sukan. Dalam tempoh Rancangan, acara dan aktiviti sukan termasuk sukan tradisional serta sukan baru seperti sukan ekstrim, mendaki gunung, papan luncur dan sukan bermotor dianjurkan. Acara tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan dengan penyertaan seramai 615,000 orang dalam 5,120 aktiviti. Di samping itu, kempen kesedaran serta program pendidikan kecerdasan dianjurkan bertujuan untuk mewujud dan mengekalkan gaya hidup sihat. Program kalistenik di tempat kerja dan taman awam diperkenalkan oleh organisasi sektor awam dan swasta bagi menambah baik kesihatan dan meningkatkan produktiviti pekerja mereka.

24.07 Majlis Kecerdasan Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk terus meningkatkan bilangan rakyat Malaysia yang aktif, cergas, sihat dan bersatu. Majlis ini yang merupakan gabungan empat agensi kerajaan, iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menyokong pewujudan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia dan membolehkan pelaksanaan program pembangunan sukan yang lebih bersepadu dan terselaras.

Program Sukan Berprestasi Tinggi

24.08 Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan menaik taraf dan mengubahsuai serta membina kemudahan sukan di peringkat kebangsaan dan negeri. Langkah tersebut termasuk menaik taraf stadium dan kompleks sukan seperti Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban dan Kompleks Sukan Paroi di Negeri Sembilan serta pembinaan kemudahan baru termasuk Kompleks Sukan Negeri Melaka dan Kompleks Sukan Tawau, Sabah.

Page 8: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

24.09 Bagi membolehkan penyertaan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, pelbagai program yang bertujuan membentuk satu kumpulan bakat muda berpotensi menjadi juara dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Sehubungan ini, Program Persediaan Atlit Sukan Komanwel, Program Persediaan Atlit Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Program Pembangunan Belia dan Bakat terus dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menyediakan atlit muda dengan latihan yang bersistem. Program latihan jangka panjang tersebut meningkatkan prestasi atlit kebangsaan dengan Malaysia menjadi juara buat pertama kali dalam Sukan SEA XXI pada tahun 2001 dan atlit Malaysia layak menyertai dalam 11 acara sukan dalam Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 berbanding dengan sembilan acara sukan dalam Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000.

24.10 Atlit Malaysia juga cemerlang dalam kejohanan individu untuk mencapai taraf dunia dalam acara sukan seperti badminton, boling tenpin, skuasy, acara terjun, bina badan, wushu serta sukan tradisional seperti pencak silat. Atlit Malaysia menyertai,antara lain, Kejohanan Pencak Silat Dunia pada tahun 2003, Kejohanan Badminton Dunia, Kejohanan FIQ Dunia untuk boling tenpin, Kejohanan Terbuka Britain dan Kejohanan Dunia untuk skuasy pada tahun 2005.

24.11 Latihan kepada atlit, jurulatih dan pegawai sukan untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terus dilaksana oleh persatuan sukan berkaitan dan MSN. Badan tersebut menyediakan latihan yang perlu kepada atlit untuk menyertai pertandingan antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Sukan Olimpik. Dalam tempoh Rancangan, Malaysia berjaya menjadi tuan rumah acara sukan kompetitif termasuk Sukan SEA XXI dan Kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun 2001, Kejohananan Boling Tenpin Dunia XV pada tahun 2003, Kejohanan Menembak Piala ASEAN pada tahun 2004 dan Regatta Antarabangsa Raja Muda VI serta Piala Monsoon pada tahun 2005. Di samping itu, dengan menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa lain seperti Bot Berkuasa Tinggi, Le Tour de Langkawi dan Formula One Grand Prix dapat membantu pertumbuhan industri sukan serta menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.

24.12 Bagi mewujudkan asas untuk penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi, satu pendekatan yang lebih bersistem bagi mengenalpasti dan menyedia atlit di peringkat awal di sekolah rendah dan menengah diguna pakai. Bagi tujuan ini, olahraga dan gimnastik dimasukkan dalam kurikulum pendidikan jasmani di sekolah, manakala bilangan guru pendidikan jasmani ditambah terutamanya di sekolah rendah. Satu progam mengenal pasti bakat telah dilaksanakan bagi mencari atlit muda yang berpotensi tinggi untuk dilatih di pusat latihan seluruh negara. Dalam tempoh Rancangan, seramai 2,370 atlit dilatih di 115 pusat latihan sukan oleh 208 jurulatih terlatih. Program latihan khusus juga dilaksana di institusi pendidikan tinggi bagi membolehkan atlit berpotensi meneruskan latihan sambil melanjutkan pengajian mereka.

24.13 Dengan adanya kemudahan sukan bertaraf dunia, usaha diambil bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi sukan antarabangsa serta tempat untuk melatih jurulatih dan atlit menerusi kerjasama dengan pertubuhan dan persatuan

Page 9: Forum 6- Cara Melahirkan Atlet Gimnastik

sukan antarabangsa. Atlit daripada negara beriklim sederhana digalak untuk menggunakan kemudahan yang ada dalam negara bagi tujuan latihan dalam keadaan iklim tropika. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 34 pasukan antarabangsa dalam pelbagai sukan seperti hoki, skuasy, memanah, bola sepak, renang dan olahraga mendapat manfaat daripada usaha tersebut.

24.14 Bagi mengiktiraf sumbangan olahragawan dan olahragawati dan seterusnya menggalakkan penyertaan belia dalam sukan, Kerajaan memperkenal pelbagai insentif dan skim kebajikan. Sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlit Remaja, Skim Galakan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sejumlah 250 atlit menerima insentif tersebut yang berjumlah RM6.1 juta.

Jurulatih sukan memainkan peranan penting di dalam pembangunan dan melatihatlit dan pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan bagi memastikan atlit dan pasukannya dapat memperlihatkan persembahan yang terbaik dan seterusnya berusaha mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertandingan. Di Malaysia pembangunan infrasturktur dan sokongan kerajaan terhadap pembangunan sukan adalah tinggi. Walau bagaimanapun belum dapat memberi saingan yang berkesan ke pada atlit-atlit di peringkat antarabangsa. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui model dan proses perencanaan program latihan yang diamalkan oleh jurulatih tempatan dalam menyediakan atlit dan pasukan mereka bagi menghadapi sesuatu kejohanan. Data kajian ini di perolehi daripada 97 orang jurulatih tempatan yang terlibat dalam merancang, melaksana dan menilai program latihan atlit dan pasukan yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia Ke VI 1996 (SUKMA) di Pahang. Soal selidik telah diedarkan dan dikumpulkan melalui pos bagi mendapatkan maklumat amalan dan persepsi kepentingan responden berkaitan dengan perencanaan program latihan sukan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa komponan-komponan model umum perencanaan program latihan sumber manusia boleh digunapakai dalam perencanaan program latihan sukan. Walaubagaimanapun dari segi susunatur komponan-komponan perencanaan program latihan sukan berbeza dengan susunatur perencanaan program latihan sumber manusia. Satu model umum perencanaan program latihan sukan yang menekankan kepada komponan isi kandungan kemahiran yang periu dikuasai dan kemudian diikuti oleh komponan lain, dapat dibentuk. Ini mungkin disebabkan dalamsukan teknik dan kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu sukan telah ditetapkan dan jurulatih perlu memastikan atlit menguasai dan mencapai piawai ini. Ini berbeza dengan model umum perencanaan program latihan sumber manusia yang berasaskan kepada pengenalpastian keperluan latihan.