Forum Panel Keenam

4
Panel Keenam : Marbella Justine Soalan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Pelbagai bangsa dan agama di dalam Negara Malaysia yang membentuk keharmonian dan mewarnai kesatuan yang diperolehi secara turun temurun. Anak muda merupakan generasi yang akan membentuk Negara Malaysia di era akan datang. Mereka juga merupakan tonggak utama dalam pembangunan ekonomi dan politik negara. Namun, disebalik kegemilangan mencapai kemerdekaan Negara Malaysia ini, banyak perkara yang terpaksa dilalui oleh pemimpin-pemimpin negara kita sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi negara yang tercinta. Namun, kegemilangan yang diperolehi ini tidak akan kekal sekiranya anak muda tidak hargai sejarah-sejarah kemerdekaan Negara Malaysia. Sebagai seorang anak muda generasi-Y yang tidak pernah melalui zaman di bawah pemerintahan British mahupun ketika Malaya bergelut mencapai kemerdekaan negara, bagaimanakah generasi-Y dapat menghargai kemerdekaan negara dan seterusnya mengekalkan kemerdekaan negara ini? Jawapan Terima kasih tuan pengerusi kerana melontarkan soalan yang amat menarik. Baiklah para hadirin sekalian, generasi-Y dapat menghargai kemerdekaan negara dan seterusnya dapat mengekalkan kemerdekaan negara dengan berusaha mengorak langkah kearah fikiran yang lebih produktif dalam meneruskan perjuangan mencapai matlamat negara, sekali gus mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun. Generasi muda perlu lebih bersifat dinamik. Menurut Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, generasi Y yang berkualiti merupakan satu jaminan dalam memastikan apa yang dikecapi

description

kemerdekaan

Transcript of Forum Panel Keenam

Panel Keenam : Marbella JustineSoalanMalaysia merupakan sebuah negara yang unik. Pelbagai bangsa dan agama di dalam Negara Malaysia yang membentuk keharmonian dan mewarnai kesatuan yang diperolehi secara turun temurun. Anak muda merupakan generasi yang akan membentuk Negara Malaysia di era akan datang. Mereka juga merupakan tonggak utama dalam pembangunan ekonomi dan politik negara. Namun, disebalik kegemilangan mencapai kemerdekaan Negara Malaysia ini, banyak perkara yang terpaksa dilalui oleh pemimpin-pemimpin negara kita sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi negara yang tercinta. Namun, kegemilangan yang diperolehi ini tidak akan kekal sekiranya anak muda tidak hargai sejarah-sejarah kemerdekaan Negara Malaysia. Sebagai seorang anak muda generasi-Y yang tidak pernah melalui zaman di bawah pemerintahan British mahupun ketika Malaya bergelut mencapai kemerdekaan negara, bagaimanakah generasi-Y dapat menghargai kemerdekaan negara dan seterusnya mengekalkan kemerdekaan negara ini?JawapanTerima kasih tuan pengerusi kerana melontarkan soalan yang amat menarik. Baiklah para hadirin sekalian, generasi-Y dapat menghargai kemerdekaan negara dan seterusnya dapat mengekalkan kemerdekaan negara dengan berusaha mengorak langkah kearah fikiran yang lebih produktif dalam meneruskan perjuangan mencapai matlamat negara, sekali gus mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun.Generasi muda perlu lebih bersifat dinamik. Menurut Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, generasi Y yang berkualiti merupakan satu jaminan dalam memastikan apa yang dikecapi oleh negara dapat diteruskan. Beliau turut berkata, generasi Y harus menyemai jati diri yang jitu dan semangat cintakan negara sebagai lambang bermulanya perjuangan dalam mengecapi kemajuan berterusan.Oleh itu, Generasi-Y harus menyedari bahawa keamanan yang kita peroleh sekarang merupakan hasil tumpah darah pejuang yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita sebagai generasi kini seharusnya menghargai jasa mereka dengan bersatu mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan serta menyemai semangat cintakan negara.Selain itu, dalam usaha mengekalkan kemerdekaan negara ini kita haruslah memahami erti kemerdekaan dengan memupuk pandangan, harapan dan keyakinan kita sebagai generasi kini terhadap hala tuju kepimpinan dengan menghayati perjuangan para pemimpin terdahulu ketika bergelut untuk menggapai kebebasan daripada kuasa barat.Jika kita melihat kepada situasi semasa tak kira dimana, baik dalam bidang politik, pendidikan dan juga sebagainya, golongan muda ataupun generasi-Y mula mendapat kepercayaan daripada orang-orang lama untuk menganggoti sesuati jawatan yang tinggi di dalam sebuah organisasi. Contoh yang paling jelas sekali kita lihat ialah Yb Khairy Jammaluddin yang suatu ketika dahulu hanya seorang wakil rakyat Parlimen Rembau dan kini beliau menjawat sebagai Menteri belia dan Sukan Malaysia. Pelantika ini memberikan gambaran kepada kita bahawa golongan muda mula diterima untuk memberikan pandangan dan menyumbang bakti kepada negara sendiri.Melihat kepada apa yang boleh disumbangkan oleh generasi Y, saya melihat 2 perkara utama iaiti pertama penglibatan dan kedua sikap generasi-Y itu sendiri. Kita semua sedia maklum bahawa generasi-Y merupakan generasi yang lahir pada tahun 1980-2000 dan kebanyakan daripada generasi Y ini terdiri daripada golonga-golongan berilmu, berpendidikan dan ada yang sudah mempunyai kerjaya masing-masing pada ketika ini. Dalam menghargai kemerdekaan, kita boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan unsur-unsur patriotisme terutama sekali aktiviti pengisian hari kemerdekaan pada setiap tahun. Aktiviti ini akan mejadikan generasi Y lebih menghayati erti kemerdekaan apabila berlaku penglibatan sekaligus akan membina sikap yang menghargai kemakmuran negara.Antara contoh yang kita pernah lihat ialah pertandingan lagu patriotism, pengisahan kenegaraan, kuiz merdeka, perarakan kemerdekaan, melukis poster dan sukarelawan dalam menjayakan sambutam kemerdekaan. Seubungan itu, melalui penglibatan seperti ini generasi Y akan beroleh sesuatu iaitu oengetahuan. Pengetahuan tentang apa? Pengentahuan mengenai merdeka, asal usulnya bagaimana, siapa pemimpin, isu-isu yang patut dijaga, pengetahuan mengenai perlembagaan negara dan juga sebagainya.Ilmu dan pebgetahuan yang diperolehi di dalam penglibatan aktiviti kemerdekaan ini mampu memberikan kesedaran kepada generasi Y itu sendiri mengenai negara merdeka dan membina semangat patriotism itu sedikit demi sedikit dan akhirnya akan wujud satu genarasi yang mempunyai rasa cinta dan sayang akan negara mereka.Dari segi sikap pula, generasi Y seboleh-bolehnya elakkan daripada melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti perhimpunan haram, gejala sosial dan juga sebagainya. Sebagai seorang generasi Y yang menjadi harapan kepada negara, sikap prihatin dan peka itu sentiasa ada. Peka dan prihtin yang dimaksudkan disini ialah rasa kebertanggungjawapan dalam generasi Y itu sendiri terhadap bangsa dan negara mereka. Kalaulah golongan generasi Y ini bersikap tidak peduli, endah tak endah, bagai enau dengan belukar yang melepaskan pucuk masing-masing, hasrat negara seperti Wawasan 2020 yang kita hendak capai dalam masa 6 tahun lagi, kabur, pudar dan akan hilang begitu sahaja. Jangan sampai apabila kita sedar yang kita sudah berada di zaman 2020, namun kita maih lagi berada di takluk yang sama. Pemikiran kita, gaya hidup kita dan juga sikap kita. Apa yang bolah saya simpulkan di sini ialah, sebagai seorang anak muda generasi-Y yang tidak pernah melalui zaman di bawah pemerintahan British mahupun ketika Malaysia bergelut mencapai kemerdekaan negara, kita haruslah memiliki jati diri yang jitu dan bersikap responsif dengan corak pemikiran kita agar corak pemimpinan pada masa depan sentiasa relevan dengan kemajuan sejajar dengan pengekalan pemikiran generasi seterusnya yang mencintai kemerdekaan negara Malayia. Sekarang giliran kita generasi Y, untuk kita sama-sama bangkit dan memnadang ke hadapan dan memikirkan apa yang kita boleh sumbangkan kepada negara untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai yang sekaligus menampakkan penghargaan kita kepada negara Malaysia. Sekian, terima kasih.