Frog VLE Surat Kepada Ibubapa 5.0

download Frog VLE Surat Kepada Ibubapa 5.0

of 2

Transcript of Frog VLE Surat Kepada Ibubapa 5.0

  • 7/29/2019 Frog VLE Surat Kepada Ibubapa 5.0

    1/2

    Sebagaimana yang Tuan / Puan sedia maklum, 1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian Pelajaran Malaysia

    untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di

    Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk

    menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar

    dan luar bandar.

    Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar

    (wireless broadband)berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog VLE (VirtualLearning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

    Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di

    luar sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa / penjaga

    akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Antara kegunaannya ialah:

    Mengakses platform frog VLE

    Mengakses emel peribadi Yes

    Mengakses semua enjin pendidikan maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan

    Academy dan YouTube Education

    Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan / Puan akan dapatmengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh

    pihak sekolah.

    Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan frog VLE:

    Nama: _____________________________________

    ID Pengguna (Login ID):[email protected]

    Kata Laluan (Password):_______________________

    URL VLE Sekolah: https://_________________________________.1bestarinet.net

    Penggunaan Internet dan frog VLE oleh anak-anak Tuan / Puan adalah tertakluk kepada terma-terma yang terkandungdalam Perjanjian Penggunaan Terkawal yang akan diberikan oleh pihak sekolah. Kami mengesyorkan Tuan / Puan

    meneliti isi kandungan perjanjian tersebut dan seterusnya memberi panduan kepada anak-anak Tuan / Puan untuk

    mematuhi syarat-syarat penggunaan tersebut, demi kepentingan anak-anak Tuan / Puan.

    Dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan ini, ibu bapa / penjaga diseru untuk bersama-sama dengan pihak

    sekolah sepanjang pelaksanaan penggunaan VLE. Kerjasama dan sokongan Tuan / Puan amat diperlukan dalam

    memastikan kejayaan program ini.

    Ibu bapa / Penjaga yang dihormati,

    [Masukkan Kepala Surat (Letterhead) Sekolah di sini]

    Nama:_____________________________________

    ID Pengguna (Login ID):[email protected]

    Kata Laluan (Password):_______________________

  • 7/29/2019 Frog VLE Surat Kepada Ibubapa 5.0

    2/2

    *Salinan surat ini boleh didapati di Community Site pada Frog VLE sekolah anda.

    Sekiranya Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan pihak sekolah.

    Tuan / Puan juga boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.netserta di laman web rasmi FrogAsia di

    www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan.

    Yang benar,

    ...............................................

    Pengetua / Guru Besar