FULL GKM

44
Senarai Kandungan 1.0 BAHAGIAN A........................................2 2.0 BAHAGIAN B........................................ 7 2.1 Pendekatan Struktural............................7 2.2 Analisis Struktural Prosa Cerita Teladan “Anai- anai dengan Gergasi”................................11 2.3 Rasional Pemilihan Bahan Sastera................18 2.4 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia.....20 3.0 BAHAGIAN C....................................... 27 RUJUKAN.............................................. 31 1

description

genre kesusasteraan melayu

Transcript of FULL GKM

Page 1: FULL GKM

Senarai Kandungan1.0 BAHAGIAN A.......................................................................................................2

2.0 BAHAGIAN B.......................................................................................................7

2.1 Pendekatan Struktural....................................................................................7

2.2 Analisis Struktural Prosa Cerita Teladan “Anai-anai dengan Gergasi”..........11

2.3 Rasional Pemilihan Bahan Sastera................................................................18

2.4 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia...........................................20

3.0 BAHAGIAN C.....................................................................................................27

RUJUKAN................................................................................................................31

1

Page 2: FULL GKM

1.0 BAHAGIAN A

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pendidikan merupakan salah satu perkara asas yang penting

dalam mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Menurut Kementerian Pendidikan

Malaysia(2014) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan yang diterapkan di Malaysia

menekankan perkembangan pembentukan individu secara menyeluruh. Berikut merupakan

petikan yang menyatakan perkara tersebut :

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah mengembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni

dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan.”

Manakala itu, jika merujuk kepada Falsafah Pendidikan Guru, telah menjadi

tanggungjawab guru yang hakiki untuk berusaha meningkatkan perkembangan potensi murid

secara menyeluruh. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang guru untuk

meningkatkan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Hal ini sejajar dengan petikan

yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Guru, iaitu seperti berikut :

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin.”

Oleh itu, bagi memenuhi aspirasi dan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan

sastera perlulah dititikberatkan. Hal ini adalah kerana, antara matlamat penerapan sastera ialah

untuk mengukuhkan pengajaran kemahiran berbahasa, menyemai sikap minat membaca dan

menekankan nilai-nilai murni dan pengajaran yang diperolehi daripada karya-karya sastera

yang dibaca.

Sebagai guru, kita haruslah percaya bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan

dan boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum Bahasa Melayu. Perkara ini selari dengan

pernyataan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa

Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 5 (2014) iaitu dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.

Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain, nilai

2

Page 3: FULL GKM

murni masyarakat Malaysia serta kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan kemahiran yang

lain membolehkan murid menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman

pembelajaran bahasa.

Selain itu, untuk memanfaatkan peranan dan pengaruh sastera, kita boleh

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta memupuk minat dan bakat mereka

terhadap puisi dan juga lagu kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti pengayaan sastera di sekolah rendah

boleh dijalankan di dalam dan luar masa kurikulum. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan

berfokuskan kepada penglibatan murid Darjah 1 hingga Darjah 6 secara aktif dan

mengutamakan keupayaan serta keperluan murid. Melalui kegiatan berteraskan sastera, murid

lebih teruja, berasa seronok dan mempunyai kecenderungan belajar daripada bahan yang

berunsur kreatif dan imaginatif.

Penerapan sastera dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah secara tidak langsung

diharapkan dapat merealisasikan potensi murid kita sepenuhnya serta mengembangkan minat

mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Perancangan yang jitu, tekal dan menyeluruh

untuk menerapkan pengajaran sastera dalam pengajaran bahasa Melayu secara konsisten

merupakan perkara yang harus diambil kira dalam melaksanakan aktiviti pengayaan sastera

yang berkesan.

Dengan menggunakan bahan sastera ini juga dapat memupuk kemahiran mendengar

iaitu merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang

didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan

dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan

pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai dalam kalangan murid seperti yang

tertera pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5 Standard Kandungan 1.5

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang

jelas dan intonasi yang betul.. Perkara ini selari dengan pendapat Hadijah Rahmat (2006), guru-

guru percaya bahawa perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat

Melayu dapat dikesan daripada tradisi sastera lisannya, maka Peraduan Menyanyi, Peraduan

Bercerita dan Peraduan Bersyair, diadakan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk

mengapresiasi sastera rakyat yang kian pupus dalam kalangan orang dewasa dan kanak-

kanak.

3

Page 4: FULL GKM

Menurut Nijhar (1984), kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatif

dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara

amnya, kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi keseluruhan buku bermutu dan berfaedah yang

ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen.

Perubahan dan kemajuan telah menukar corak hidup manusia dan menjadikan kesusasteraan

kanak-kanak begitu penting dalam kehidupan masyarakat moden terutamanya dalam sistem

pendidikannya.

Membaca bahan berunsur sastera sering kali dianggap sebagai suatu pilihan dan

keperluan yang baik untuk mengisi masa lapang kanak-kanak tersebut. Kemahiran membaca

merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran

yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Hal ini adalah relevan

dengan perkara yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5

Standard Kandungan 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai

bagi memupuk minat membaca. Maka secara tidak langsung, kemahiran membaca dalam

kalangan murid dapat dipertingkatkan dengan menggunakan bahan-bahan sastera seperti puisi

dan prosa.

Membaca mempunyai pengaruh dan kesan terhadap proses pembentukan pemikiran,

emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang pembaca, terutama pembaca kanak-kanak. Ini

disebabkan dalam usia yang muda iaitu semasa berada dalam tahap pembentukan (formative

stage), kanak-kanak amat mudah dilentur dan dicorakwarnakan (Atan Long, 1984). Kesan

pembentukan pada peringkat ini biasanya mendalam dan berkekalan serta mempengaruhi

perkembangan pada tahap-tahap selanjutnya.

Manakala Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen

pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada

emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni

semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku

dalam diri kanak-kanak itu.

Hadijah Rahmat (1998) berpendapat bahawa bahan-bahan bacaan termasuk karya

sastera adalah alat hiburan dan pendidikan masyarakat yang penting, khususnya kepada

golongan kanak-kanak. Malah, sastera kanak-kanak lebih mudah menarik perhatian dan minat

kanak-kanak kerana kanak-kanak memang mempunyai kecenderungan semula jadi terhadap

4

Page 5: FULL GKM

sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan-bahan bacaan

lain yang biasa dan mendatar. Oleh itu, peranan dan pengaruh sastera kanak-kanak dalam

masyarakat tidak boleh diperkecilkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Melalui aktiviti-aktiviti sastera, diharapkan murid dapat memantapkan lagi pengetahuan,

pemahaman dan penguasaan bahasa Melayu. Menerusi wadah ini juga, minat menulis dapat

dipupuk, kefasihan bahasa dapat dibina dan budaya Melayu berjaya dihayati dalam kalangan

murid. Justeru kemahiran menulis dalam kalangan murid dapat diasah menerusi pengajaran

dan pembelajaran menggunakan bahan sastera. Kemahiran menulis merujuk kepada

keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga

digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan

imaginatif.

Sebagai contoh kemahiran menulis yang terkandung dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5 Standard Pembelajaran 3.2.6 Menulis teks puisi secara

mekanis dengan betul dan kemas. Hal ini merupakan langkah permulaan yang akan membantu

murid untuk mengenali dengan lebih dekat bentuk-bentuk penulisan puisi dan cara penulisan

yang betul serta teratur.

Di samping itu, guru boleh mengasah bakat murid dalam bidang akademik dan kesenian

melalui pembelajaran mengapresiasi puisi yang secara tidak langsung diharapkan dapat

merealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minat murid terhadap

pembelajaran sepanjang hayat. Perkara ini juga dapat diterjemahkan melalui aspek seni

bahasa yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5 Standard

Kandungan 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan

bahasa yang indah secara didik hibur. Melalui puisi juga, diharapkan guru dapat membentuk

rakyat muda Malaysia yang tahu bagaimana untuk menghargai penulisan kreatif, mencari

jawapan serta sanggup berfikir, menyelesaikan masalah dengan cara baharu dan juga menjana

peluang baharu untuk masa hadapan. Di samping itu, puisi-puisi dan lagu-lagu Melayu

diharapkan dapat membantu murid memiliki nilai-nilai murni supaya mereka berperwatakan

teguh dan mampu menangkis cabaran hidup yang tidak dapat dielakkan. Dalam proses

menguasai bahasa, murid akan dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi,

menjana idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman.

5

Page 6: FULL GKM

Secara tuntasnya, menurut Othman Puteh (1996), antara matlamat pengajaran sastera

ialah untuk pengukuhan pengajaran bahasa, menanam minat suka membaca bahan-bahan

sastera, menekankan aspek-aspek moral dan pengajaran yang diperolehi dari karya-karya

sastera yang dibaca dan melatih penghayatan ke atas aspek-aspek seni dan estetika dalam

bahasa sastera. Selain itu, pendedahan pada genre-genre lain haruslah dipupuk oleh ibu bapa

dan guru-guru sejak kanak-kanak ini di bangku sekolah rendah lagi. Perancangan guru yang

baik, rapi dan menyeluruh untuk menjayakan pelbagai kegiatan di dalam dan di luar kelas

merupakan prasyarat yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengayaan sastera yang

berkesan.

6

Page 7: FULL GKM

2.0 BAHAGIAN B

2.1 Pendekatan Struktural Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif

dengan meneliti struktur dalaman teks Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de

Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi

berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem tanda. Pandangan tersebut

telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-tokoh selepasnya.

Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan penting dalam

pencarian makna Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna

itu sendiri suatu konsep yang abstrak. Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa,

sistem itu pula membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan

sistem kehidupan.

Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks

berdasarkan struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung

makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks

tersebut. Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai

jalinan struktur yang kompleks. Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan

dianalisis dan dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan.

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu,

di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi

mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang,

renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan

pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-

komponen di atas.

Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemenelemen yang

membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan

cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan

yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat

dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu;

jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut

pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut

pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog,

7

Page 8: FULL GKM

multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi,

antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan,

tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera

namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu

unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.

Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan

sastera dengan mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk

memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen

dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini

bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

i. Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan

dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.

ii. Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya

boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang

aktif.

Pendekatan ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau

struktur karya. Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak

dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan. Guru perlu membantu pelajar

memahami gagasan-gagasan yang dinyatakan sebelum kajian teks dilakukan di bilik darjah.

Kesimpulannya, pendekatan struktural ialah pendekatan yang menekankan analisis karya

sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya. Beberapa ciri Pendekatan Struktural adalah

seperti yang berikut:

i. Kritikan moden, iaitu karya dikaji berasaskan kritikan sastera moden.

ii. Pembacaan teliti iaitu guru dan pelajar mesti membaca dan meneliti karya kerana

penganalisisan hanya dapat dilakukan setelah karya itu benar-benar difahami dan

dihayati.

iii. Menganalisis struktur iaitu pendekatan ini menekankan pemahaman dan analisis

terhadap unsur-unsur yang membina karya itu seperti plot, perwatakan, tema, latar, ciri-

8

Page 9: FULL GKM

ciri simbolik, klimaks dan lain-lain. Hubungan antara unsur-unsur ini amat erat dan

membentuk satu satuan yang unik, yang dijadikan alat untuk mencerminkan peristiwa-

peristiwa dan hakikat kehidupan masyarakat penulisnya.

iv. Pembelajaran bersifat induktif, iaitu murid-murid sendiri mengesan dan mengenal pasti,

serta menganalisis struktur sesebuah karya. Misalnya, mereka sendiri mengesan tema,

persoalan-persoalan sampingan, watak utama, watak sampingan, sifat-sifat utama, jalan

cerita, penyampaian dan lain-lain. Tugas guru hanya membantu dan memandu murid-

murid membuat rumusan-rumusan yang betul dan tepat. Unsur-unsur yang dikaji itu

hendaklah dilihat sebagai satu kesatuan. Setiap unsur itu mempunyai pertalian antara

satu sama lain. Misalnya, tema ditonjolkan melalui perlakuan dan pengalaman-

pengalaman yang dilalui oleh watak, plot juga dijalin melalui peristiwa-peristiwa yang

dialami oleh watak. Satu teknik yang penting untuk membantu murid mengesan dan

mengenal pasti dengan tepat akan ciri-ciri struktur karya itu, ialah dengan

mengemukakan soalan-soalan yang dapat mengarah pemikiran murid kepada perkara

yang menjadi fokus pengajaran.

v. Berdasarkan objektif tertentu dalam sesuatu masa pengajaran, guru mesti memberi

tumpuan terhadap sesuatu objektif yang tertentu. Misalnya dalam soal tema, maka

aspek temalah yang diajarkan secara terperinci. Ini dilakukan supaya murid-murid

benar-benar dapat memahami, mengenal pasti, menginterpretasi dan menghayati pokok

persoalan sesebuah karya itu.

vi. Menjelaskan konsep iaitu, sebelum analisis terhadap karya dijalankan, guru terlebih

dahulu menjelaskan konsep-konsep tertentu yang menjadi fokus pengajaran. Misalnya,

konsep dan pengertian plot, unsur ketegangan, kemuncak, sorotan kembali, sorotan

muka, peleraian, nada dan sebagainya. Perlulah dipastikan bahawa murid-murid telah

memahami konsep-konsep tersebut sebelum aktiviti bilik darjah dijalankan.

vii. Kemahiran kognitif yang lebih ditekankan oleh guru dalam pengajaran ialah kemahiran

kefahaman, iaitu memahami dengan mendalam akan karya yang dipelajari dari segi

unsur-unsur yang membentuknya.

9

Page 10: FULL GKM

viii. Deskriptif iaitu pendekatan ini juga memberatkan latihan-latihan penghuraian dan

penganalisisan terhadap struktur sesebuah karya yang dikaji. Misalnya menginterpretasi

sifat-sifat watak, tema, latar cerita, penggunaan bahasa pengarang dan sebagainya.

ix. Mengutamakan struktur luaran iaitu walaupun murid-murid diberi kebebasan untuk

berbincang, tetapi pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru dan berasaskan

landasan-landasan yang telah diajarkan. Dengan kata lain, pembelajaran sastera

terbatas pada struktur luaran yang telah ditentukan.

x. Bahan bantu mengajar tidak penting kerana pengajaran dan pembelajaran karya sastera

lebih berfokus pada struktur sesebuah karya, maka alat bantu mengajar tidaklah begitu

dipentingkan. Pengajaran lazimnya lebih berupa “penerangan” guru dan perbincangan

antara murid dengan guru dan murid dengan murid.

10

Page 11: FULL GKM

2.2 Analisis Struktural Prosa Cerita Teladan “Anai-anai dengan Gergasi”Anai-anai dengan Gergasi

Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja Anai-anai.

Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.

Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih. Beberapa ekor

anai-anai berusaha menyelamatkan raja mereka.

" Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana. Istana itu mesti

disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.

Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu Anai-anai.

"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai.

11

Page 12: FULL GKM

"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai.

Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan malam.

Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap mereka.

"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan istana itu dalam

masa sepuluh hari," katanya sambil ketawa.

Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.

Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya gergasi

apabila melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan Raja Anai-anai

seperti yang dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat kerajinan, mereka dapat

menyelamatkan Raja Anai-anai.

Tema dan Persoalan

Teks prosa “Anai-anai dengan Gergasi” ini membawa tema ketabahan Ketabahan ini

ditunjukkan oleh beberapa ekor anai-anai yang ingin menyelamatkan Raja Anai-anai yang telah

diculik dan ditangkap oleh Gergasi. Maka, untuk menyelamatkan raja mereka, anai-anai

tersebut perlu memenuhi permintaan gergasi iaitu untuk menyiapkan sebuah istana seperti

yang diingini oleh Gergasi dalam masa sepuluh hari. Mereka berusaha dengan gigih untuk

mencapai matlamat mereka yang seakan-akan mustahil untuk dipenuhi, demi untuk

menyelamatkan Raja Anai-anai yang mereka sanjungi.

Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam teks prosa ini ialah mengenai

persoalan kasih sayang antara kekeluargaan. Sebagai contoh, Ratu Anai-anai sangat sedih

apabila mendapat perkhabaran bahawa Raja Anai-anai telah ditangkap oleh Gergasi. Hal ini

adalah kerana kasih sayang yang mendalam antara Ratu Anai-anai dengan Raja Anai-anai

yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat iaitu pasangan suami dan isteri.

Seterusnya ialah persoalan mengenai patuh kepada raja. Persoalan ini dapat dijelmakan

melalui watak anai-anai yang sangat patuh akan Raja Anai-anai, sehinggakan sanggup

melakukan apa sahaja demi menyelamatkan rajanya yang ditangkap oleh Gergasi. Kepatuhan

mereka diuji apabila Gergasi eminta mereka untuk membina sebuah istana seperti yang

diidamkan olehnya dalam masa sepuluh hari untuk menyelamatkan Raja Anai-anai.

12

Page 13: FULL GKM

Di samping itu, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah juga merupakan

persoalan yang terdapat dalam teks prosa ini. Sebagai contoh, Raja Anai-anai merupakan

seorang raja yang adil kepada rakyatnya iaitu anai-anai. Oleh kerana keadilan yang diamalkan

oleh Raja Anai-anai tersebut mengakibatkan rakyatnya berasa sungguh hormat dan sanggup

mengorbankan diri demi menjamin keselamatan Raja Anai-anai.

Akhir sekali, semangat kerjasama juga adalah persoalan yang terkandung dalam teks

prosa ini. Semangat kerjasama ini ditonjolkan melalui watak sekumpulan anai-anai yang

bersama-sama mengembleng tenaga secara bersama untuk menyiapkan istana Gergasi dalam

masa sepuluh hari. Kerjasama antara mereka amatlah penting untuk memastikan bahawa kerja

menyiapkan istana Gergasi dalam tempoh masa sepuluh hari yang seakan-akan mustahil

menjadi kenyataan.

Watak dan Perwatakkan

Watak utama yang memainkan peranan penting dalam teks prosa “Anai-anai dan

Gergasi” ialah sekumpulan anai-anai yang merupakan rakyat kepada seekor Raja Anai-anai

yang telah ditangkap oleh Gergasi. Antara perwatakkan yang terdapat pada sekumpulan anai-

anai tersebut ialah rajin. Sebagai contoh, mereka gigih berusaha untuk bekerja dengan rajinnya

bagi menyiapkan istana Gergasi dalam masa sepuluh hari bagi membolehkan Raja Anai-anai

dibebaskan daripada Gergasi berkenaan.

Selain itu, mereka juga mempunyai perwatakkan tidak mudah berputus asa. Sebagai

contoh, mereka tidak berputus asa untuk membantu melepaskan Raja Anai-anai daripada

tahanan Gergasi walaupun mereka terpaksa menunaikan hajat Gergasi yang seolah-olah tidak

masuk akal. Malah mereka berjaya menyiapkan istana seperti yang dipinta oleh Gergasi dan

akhirnya berjaya menyelamatkan Raja Anai-anai.

Seterusnya, watak anai-anai tersebut juga mempunyai perwatakkan yang setia kepada

raja. Sebagai contoh, walaupun bukan mereka yang ditangkap oleh Gergasi tetapi masih setia

untuk membantu Raja Anai-anai yang malang akibat ditahan oleh Gergasi. Mereka

menzahirkan kesetiaan mereka dengan memenuhi permintaan Ratu Anai-anai untuk

menyelamatkan Raja Anai-anai.

Di samping itu, anai-anai tersebut juga berperwatakkan berani. Sebagai contoh,

walaupun mereka berdepan dengan Gergasi yang mempunyai saiz tubuh badan yang lebih

besar daripada mereka, namun tetap berani untuk berhadapan dengannya untuk

13

Page 14: FULL GKM

menyelamatkan Raja Anai-anai yang mereka sayangi. Hal ini menunjukkan bahawa anai-anai

tersebut tidak berasa takut pada Gergasi yang dengan mudah sahaja boleh membunuh mereka

semua.

Watak yang seterusnya ialah Gergasi yang merupakan watak antagonis dalam teks

prosa ini. Gergasi ini mempunyai perwatakkan yang jahat. Sebagai contoh, Gergasi menangkap

Raja Anai-anai dan mengurungnya serta memaksa anai-anai untuk membina sebuah istana

idamannya.

Selain itu, Gergasi ini juga mempunyai perwatakkan gelojoh. Sebagai contoh, Gergasi

menyuruh anai-anai untuk memenuhi hasratnya untuk mempunyai sebuah istana, dan pada

masa yang sama mahukan anai-anai membina istana tersebut dalam masa yang cukup terhad

dan singkat iaitu selama 10 hari sahaja. Ini secara langsung menunjukkan sikap gelojoh yang

terdapat pada watak Gergasi.

Gergasi juga berperwatakkan seorang yang bersikap sombong dan suka memandang

rendah. Sebagai contoh, hanya kerana anai-anai mempunyai tubuh badan yang kecil, lalu

Gergasi dengan sombongnya menganggap mereka tidak akan mampu untuk menyiapkan

istana seperti yang dihasratkan olehnya sebagai syarat untuk membebaskan Raja Anai-anai

yang telah ditangkap olehnya.

Namun begitu, Gergasi juga merupakan watak yang mempunyai perwatakkan yang

pegang kepada janjinya. Sebagai contoh, Gergasi telah menunaikan janjinya untuk

membebaskan Raja Anai-anai yang telah ditangkap olehnya selepas syarat yang diletakkan

olehnya, iaitu membina sebuah istana dalam masa sepuluh hari telah dipenuhi.

Raja Anai-anai juga merupakan antara watak yang terdapat dalam teks prosa ini. Raja

Anai-anai ini digambarkan berperwatakkan sebagai seorang raja yang adil dan disayangi oleh

rakyatnya. Sebagai contoh, setelah Raja Anai-anai ditangkap oleh Gergasi, beliau telah dibantu

oleh rakyatnya yang sangat setia sehingga sanggup membahayakan diri untuk menyelamatkan

beliau daripada terus menjadi tahanan Gergasi.

Watak yang terakhir sekali ialah Ratu Anai-anai. Ratu anai-anai mempunyai

perwatakkan yang lembut hatinya. Sebagai contoh, Ratu Anai-anai berasa sangat sedih apabila

mendapat perkhabaran bahawa Raja Anai-anai telah ditangkap oleh Gergasi. Kenyataan

tersebut jelas menunjukkan bahawa Ratu Anai-anai mempunyai hati yang lembut.

14

Page 15: FULL GKM

Teknik Plot

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita

supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan

pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot

yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas

muka, kejutan dan saspens.

Maka menerusi analisis yang telah saya lakukan, mendapati bahawa dialog telah

digunakan sebagai teknik plot untuk teks prosa cerita “Anai-anai dengan Gergasi”. Dialog

merujuk kepada pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun

lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita

selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat

atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam cerita tersebut. Sebagai

contohnya, Anai-anai berdialog dengan Gergasi bagi membebaskan Raja Anai-anai yang telah

ditangkap.

Plot

Dalam sesebuah cerpen atau novel, terdapat urutan atau jalinan peristiwa. Urutan dalam

sesebuah cerita ini dipanggil sebagai 'Plot'. Terdapat lima peringkat plot iaitu Permulaan,

Perkembangan, Konflik/Perumitan, Klimaks, dan Peleraian.

i. Plot Permulaan

Menceritakan tentang latar belakang watak atau suasana yang wujud pada awal cerita. Sebagai

contoh, pada awal penceritaan telah diberitahu akan latar tempat iaitu di sebuah busut. Di

dalam busut tersebut tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja Anai-

anai. Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.

ii. Plot Perkembangan

Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.

Seterusnya, cerita dikembangkan dengan berlakunya penangkapan Raja Anai-anai oleh

Gergasi. Watak Ratu Anai-anai dan sekumpulan anai-anai yang ingin menyelamatkan Raja

Anai-anai mula diperkenalkan oleh pengarang.

15

Page 16: FULL GKM

iii. Plot Perumitan/Konflik

Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.

Sebagai contoh, anai-anai tersebut menghadapi masalah untuk menyelamatkan Raja Anai-anai

kerana terpaksa memenuhi permintaan Gergasi yang tidak masuk akal, iaitu untuk menyiapkan

pembinaan sebuah istana dalam masa sepuluh hari sahaja.

iv. Plot Klimaks

Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan. Pada bahagian ini, anai-

anai tersebut diceritakan sedang berusaha bersungguh-sungguh dengan tabahnya untuk

menyiapkan istana Gergasi dalam masa sepuluh hari, dan akhirnya mereka berjaya

menyiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.

v. Plot Peleraian

Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka. Sebagai contoh,

pada pengakhiran cerita ini, pengarang menyatakan bahawa Raja Anai-anai telah dibebaskan

oleh Gergasi seperti yang telah dijanjikan kerana permintaan Gergasi untuk anai-anai

membinakan untuk dirinya sebuah istana dalam masa sepuluh hari telah dipenuhi. Oleh itu,

cerita ini telah diakhiri dengan kisah yang gembira.

Latar

Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu

peristiwa. Dalam drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop.Latar berperanan

untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema,persoalan

dan plot.

Latar terbahagi kepada tiga, iaitu:

i. Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. Sebagai contoh, cerita

ini berlaku berhampiran dengan busut anai-anai.

ii. Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita.

Sebagai contoh, dalam teks prosa “Anai-anai dan Gergasi” hanya berlaku dalam masa

sepuluh hari sahaja iaitu waktu tempoh masa yang ditetapkan oleh Gergasi untuk anai-

anai menyiapkan istananya bagi membolehkan Raja Anai-anai dibebaskan.

16

Page 17: FULL GKM

iii. Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini

termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ. Sebagai contoh,

latar masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat yang mempunyai hierarki atau

sistem pemerintahan beraja kerana terdapat watak Raja Anai-anai, Ratu Anai-anai, dan

anai-anai yang bertindak sebagai rakyatnya.

Nilai

i. Baik hati

ii. Rajin

iii. Kerjasama

iv. Adil

v. Setia

Pengajaran

Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan

oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton. Dalam karya tradisional, ia

disampaikan secara tersurat atau secara langsung tetapi dalam karya moden, ia

disampaikan secara tersirat atau tidak langsung. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat

dalam teks prosa “Anai-anai dengan Gergasi”.

i. Jangan memandang rendah akan kelemahan yang dimiliki oleh orang lain.

ii. Kita haruslah berpegang pada janji. Jika kita berjanji kita harus tepati.

iii. Rajin dan usaha akan membuahkan hasil.

iv. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

17

Page 18: FULL GKM

2.3 Rasional Pemilihan Bahan SasteraTema, pemikiran dan persoalan yang disajikan dalam karya sastera teks prosa “Anai-

anai dengan Gergasi” ini adalah sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan sekolah rendah.

Pemikiran atau tema mahupun persoalan yang terkandung dalam cerita ini mudah difahami

oleh muird tahun lima. Hal ini kerana, cerita kanak-kanak lazimnya bersifat didaktik dan

menghiburkan, bukannya membawa pemikiran berat tentang kehidupan. Menurut Awang Had

Salleh (1984), dalam konteks Malaysia, tema sastera kanak-kanak haruslah dapat memupuk

rasa cinta akan tanah air atau patriotik; persefahaman kaum; kewajipan sosial untuk membantu

orang yang miskin, susah dan malang; sikap berdisiplin, rasa hormat dan taat pada sistem

demokratik beraja di negara ini; rasa muhibah serantau Asean; serta memberi semangat

berdikari, konsep diri yang positif dan tidak berasa rendah diri.

Kedua, kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil kira

semasa pemilihan bahan sastera kanak-kanak yang sesuai dengan tahap murid. Misalnya

cerita kanak-kanak haruslah bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang

diketahui, pernah dilihat atau didengar oleh murid-murid sebelum pengarang mengemukakan

bahan yang masih belum diketahui oleh murid-muird. Oleh itu, cerita ini telah dimulakan dengan

pengenalan watak anai-anai dan latar tempat busut anai-anai yang sememangnya mudah

diketahui oleh murid-murid tahun lima.

Ketiga, penggunaan bahasa dalam sastera kanak-kanak haruslah sesuai dengan tahap

pencapaian mereka. Misalnya bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun, jumlahnya ialah

sekitar 2,000 hingga 3,000 perkataan. Perkara ini selari dengan jumlah perkataan yang

terkandung dalam cerita “Anai-anai dengan Gergasi”. Bahasa yang digunakan haruslah terjamin

kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanak-kanak; mempunyai tanda

bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan perkataan yang tegas.

Keempat, karya sastera yang dipilih mengandungi gambar ilustrasi dan bukan sekadar

teks sahaja. Hal ini kerana kanak-kanak haruslah diberikan bahan bacaan yang banyak gambar

dan berwarna-warni ilustrasinya. Nijhar(1984), Izzah Abd Aziz dan Sandra Pragas Waran

(2001) menyatakan bahawa buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping

ilustrasi yang memancarkan mutu seninya. Gabungan kedua-dua nilai media itulah yang bakal

menentukan mutu buku bergambar itu.

Akhir sekali, bagi memastikan kesesuaian sesebuah bahan sastera untuk murid-murid,

guru perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan material,

18

Page 19: FULL GKM

perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual kepada pembacanya

(Izzah Abd Aziz, 2000). Dalam pada itu, guru perlu mengenali khalayaknya dengan mendalami

bidang perkembangan kanak-kanak supaya semua keperluan mereka dapat diperolehi daripada

cerita atau buku yang dibaca. Selain keperluan terhadap perlindungan, murid-murid juga

mempunyai keperluan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan, keperluan untuk

menyayangi dan disayangi, keperluan mencapai sesuatu pengiktirafan, keperluan untuk

perubahan dan keperluan untuk kepuasan estetik.

Secara kesimpulannya, bahan sastera yang dipilih iaitu teks prosa “Anai-anai dengan

Gergasi” merupakan bahan sastera yang sangat sesuai dan relevan untuk digunakan murid

sekolah rendah. Hal ini kerana, ianya mengandungi gambar, pemilihan kata yang ringkas dan

mudah, bilangan jumlah perkataan yang sesuai, dan tema serta persoalan yang sesuai dengan

tahap umur murid sekolah rendah.

19

Page 20: FULL GKM

2.4 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

Tarikh: 28 Ogos 2015

Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tahun: 5 Amanah

Bil. Murid: 34 orang

Tema: Kemasyarakatan

Tajuk: Kerjasama Teras Kejayaan

Standard Kandungan: 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Standard Pembelajaran: 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.

Objektif: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Melakonkan semula berdasarkan dialog “Anai-anai dengan Gergasi” dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: morfologi: kata ganda penuh Kosa kata: busut, ratu

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam Nilai Murni: kerjasama, hormat-menghormati, kejujuran Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK. Elemen Keusahawanan : E.K 1:1.3 Berani mengambil risiko.

E.K 1:1.8 Belajar melalui kesilapan.

20

Page 21: FULL GKM

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik (Strategi) KB: menghubungkaitkan, membanding dan membezakan, merumus, menganalisis KP: verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal, kinestatik, muzik BCB: mendengar dengan cekap. Pembelajaran Kontekstual. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Direktif, Koperatif

Bahan Bantu Mengajar:

No. Jenis Bilangan1. Komputer Riba 12. Projektor LCD 13. Pembesar Suara 14. Kertas Sebak 65. Pen Marker 36. Teks Dialog “Anai-anai dengan Gergasi” 347. Soalan Kuiz 34

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah berkebolehan untuk menyebut perkataan dengan sebutan yang jelas

21

Page 22: FULL GKM

Set Induksi (Tayangan Klip Video)

Murid ditayangkan dengan sebuah klip video yang bertajuk “Makhluk Bernama Anai-

anai” dan dikehendaki memberikan tumpuan terhadap segala butiran yang terdapat di dalam

klip video berkenaan. Kemudian, secara rawak, murid diminta untuk memberikan ulasan

mengenai klip video yang telah ditayangkan tersebut. Murid akan dibimbing oleh guru untuk

menghubungkaitkan ulasan yang diberikan dengan beberapa bahan rangsangan untuk

mengetahui tajuk isi pelajaran pada hari ini. Perkara ini menunjukkan bahawa pembelajaran

secara kontekstual telah berlaku. Seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum

dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5(2014) Pembelajaran

kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman

harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan

pembelajaran dalam kehidupan mereka.

Penggunaan klip video dalam set induksi ini adalah untuk menarik minat murid dan

perkara ini selaras dengan dapatan Siti Fadzilah dan Shereena (2002) menegaskan bahawa

Inovasi Teknologi Multimedia yang canggih menggunakan peralatan komputer menjadikan

adunan audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik mampu menghasilkan warna serta reka

bentuk yang menarik serta persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan ciri-ciri

teknologi multimedia ini, ia berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan berkesan.

Manakala murid diminta memberikan ulasan supaya pengetahuan sedia ada mereka

dapat disediakan sebelum pengajaran dan pembelajaran diteruskan ke langkah yang

seterusnya. Teknik sumbangsaran digunakan oleh guru untuk aktiviti memberikan ulasan

tentang tayangan klip video tersebut. Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk

menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya

bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi

sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan,

kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada

penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam

22

Page 23: FULL GKM

sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau

kejadian menjadi fokus sumbang saran.

Langkah 1(Bacaan Mekanis Teks Dialog)

Murid diedarkan dengan teks dialog “Anai-anai dengan Gergasi” kemudian guru akan

memberikan penerangan ringakas mengenai definisi dan cara bacaan secara mekanis.

Seterusnya, guru akan membuat tunjuk cara mengenai bacaan mekanis yang tepat dan murid-

murid diminta untuk memberikan perhatian kepada teknik bacaan mekanis yang ditunjukkan

oleh guru. Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi

dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang

digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak

membebankan fikiran. Penilaian formatif secara berkumpulan akan dilakukan oleh guru, dan

hanya menumpukan pada sebutan, intonasi, dan nada. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

secara direktif digunakan untuk langkah ini. Hal ini kerana, sesetengah pelajar lebih memahami

sesuatu pelajaran yang diajar jika mendapat bimbingan dan arahan guru terutamanya dalam

memahami sesuatu konsep. Oleh itu, strategi pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar-

pelajar ini adalah strategi pembelajaran direktif.

Pada masa yang sama, saya telah mengamalkan penggabungjalinan antara aspek

tatabahasa dengan kemahiran membaca. “Penggabungjalinan dalam bahasa bermakna guru

menggabungjalinkan sesuatu kemahiran bahasa itu dengan satu lagi kemahiran bahasa” (Abdul

Aziz Abd Talib 2000: 262). Manakala Kamus Dewan (2002:358) pula menyatakan bahawa

penggabungjalinan bermaksud perbuatan menggabungjalinkan iaitu mencantumkan dan

menjalinkan.

Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan guru

daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa dengan memecahkan atau mengasingkan

bahagian-bahagian yang berkait rapat. Konsep ini juga bertujuan untuk mengukuhkan satu

aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan menjadikan pengajaran lebih berkesan. Melalui

proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Hal ini

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik serta menjadikan murid-

murid berminat serta tidak mudah merasa bosan dan jemu.

23

Page 24: FULL GKM

Langkah 2 (Teater Bercerita)

Pada permulaan langkah ini, murid akan diberikan penerangan mengenai aktiviti “Teater

Bercerita” oleh guru. Kemudian secara rawak, murid akan dipilih untuk memegang watak

seperti yang terdapat dalam teks skrip dialog “Anai-anai dengan Gergasi”. Murid-murid yang

lain diminta untuk mencatatkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini. Hasil

persembahan akan dinilai oleh guru berdasarkan kriteria intonasi, sebutan, nada, dan

penggunaan bahasa badan yang kreatif dan sesuai.

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca

skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara,

sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan

merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat

maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita

melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita

akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru

atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat

berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

Murid-murid yang lain diminta untuk mencatatkan nilai dan pengajaran yang terdapat

dalam cerita ini. Ini bagi membolehkan saya membuat penyerapan antara subjek bahasa

Malaysia dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Agama Islam dan

Moral dengan penerapan nilai-nilai murni serta pengajaran kepada murid-murid. Konsep

Penyerapan merupakan starategi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran lisan. Ia

merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang

kemahiran dalam mata pelajaran yang lain. Penyerapan boleh dilakukan di dalam mana-mana

kemahiran bahasa. Beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni,

24

Page 25: FULL GKM

Pendidikan Moral , Pendidikan Agama Islam, Matematik , Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Muzik boleh diserap dalam mana-mana pelajaran bahasa.

Dalam pengajaran bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan

daripada mata pelajaran lain umpamanya Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran lainnya yang di kira sesuai sebagai bahan utama.

Dalam sesuatu pelajaran bahasa pada tahap satu, penggabungjalinan dan penyerapan berlaku

serentak. Contohnya, guru mengajar isi daripada Sains dan menggabungjalinkan kemahiran

bahasa , Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik. (Kamarudin Hj. Husin, 1998:214)

Aktiviti yang dijalankan pada langkah ini juga mengandungi beberapa kecerdasan

pelbagai seperti interpersonal, kinestatik, intrapersonal, verbal linguistik, dan muzik. Di samping

itu murid perlu membuat analisis tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam teks dialog

“Anai-anai dengan Gergasi”

Langkah 3 (Peta Buih i-Think)

Secara berkumpulan, murid dibekalkan dengan sehelai kertas sebak dan juga pen

marker. Murid diminta untuk memberikan perhatian terhadap penerangan yang akan

disampaikan oleh guru mengenai cara untuk melengkapkan peta buih tersebut. Secara

berkumpulan, murid dikehendaki untuk berbincang sesama mereka untuk melengkapkan peta

buih tersebut berdasarkan penerangan yang diberikan oleh guru. Murid perlu mengenal pasti

watak dan perwatakkan yang terdapat dalam teks dialog “Anai-anai dengan Gergasi”. Peta buih

merupakan proses pemikiran untuk menjelaskan kualiti objek atau perkara, tret perwatakan,

dan benda. Oleh itu, murid diminta untuk memindahkan maklumat yang telah dikenal pasti

tersebut ke dalam bentuk peta buih. Guru akan menilai secara formatif tentang maklumat yang

tepat berdasarkan watak dan perwatakkan yang diminta oleh guru.

Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif telah diterapkan dalam langkah

pengajaran dan pembelajaran ini. konsep bekerjasama ini telah diterapkan dalam sistem

pendidikan kita sejak dahulu sehingga sekarang. Dalam konteks pendidikan masa kini, konsep

bekerjasama ini dikenali sebagai strategi pembelajaran kooperatif yang bermaksud murid-murid

belajar bersama-sama dalam satu kumpulan yang kecil. Kumpulan ini mempunyai matlamat

25

Page 26: FULL GKM

yang perlu dicapai pada akhir pembelajaran (Ismail Samad, (2009). pembelajaran kooperatif

bukan belajar untuk bekerjsama tetapi bekerjasama untuk belajar. Kenyataan ini bermakna

pembelajaran kooperatif bukan salah satu strategi belajar untuk bekerjasama tetapi

pembelajaran kooperatif lebih menitikberatkan bekerjasama untuk belajar bagi mencapai tujuan

dan hasil pembelajaran.

Bagi Killen (2007), mempunyai pendapat tentang pembelajaran kooperatif iaitu terdapat

dua komponen penting dalam kaedah pembelajaran kooperatif iaitu tugasan pembelajaran

koperatif(yang merupakan satu ciri yang terdapat dalam kebanyakan kerja berkumpulan) dan

struktur insentif koperatif (yang merupakan satu ciri unik yang terdapat dalam pembelajaran

koperatif).

Pengayaan dan Pemulihan (Bina Ayat dan Kuiz)

Bagi pengayaan, murid diminta untuk membina ayat tunggal berdasarkan nilai dan

pengajaran yang terdapat dalam teks dialog “Anai-anai dengan Gergasi”. Kemahiran menulis

telah diselitkan sebagai salah satu lagu penggabungjalinan yang turut diselitkan dalam

pengajaran dan pembelajaran pada sesi ini.

Manakala, bagi murid pemulihan perlu melengkapkan kuiz mengenai teks dialog “Anai-

anai dengan Gergasi”.Teknik kuiz diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui

Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan

dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-

sekolah Melayu. Tujuannya adalah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan

memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu, pelajar dapat mengulangkaji

sambil bergembira. Selain itu, murid dapat melupakan permasalahan mereka dengan

mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki, dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

Penutup (Rumusan Kognitif dan Sosial)

Murid diminta untuk membuat rumusan isi pelajaran mengenai dengan bimbingan guru

mengenai teks dialog “Anai-anai dengan Gergasi”. Perkara ini sebagai memberikan penutup

atau rumusan kognitif murid tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. Akhir sekali, murid

diberikan pujian atas kerjasama yang diberikan serta komitmen yang tinggi sepanjang sesi

26

Page 27: FULL GKM

pelajaran. Pujian ini penting kerana bertindak sebagai rumusan sosial untuk memupuk nilai-nilai

murni dalam diri mereka dan sebagai peneguhan untuk sifat tersebut terus berkekalan. Langkah

penutup ini melatih murid kemahiran berfikir untuk merumus sesuatu perkara.

27

Page 28: FULL GKM

3.0 BAHAGIAN C

Penulisan Refleksi

Dasar pendidikan negara berhasrat melahirkan individu yang berperibadi mulia yang

kemudiannya menjadi rakyat yang berkualiti. Falsafah Pendidikan Negara juga menjelaskan

bahawa pendidikan negara ini bersifat berterusan kerana adanya unsur-unsur kesinambungan

antara pengajaran dan pembelajaran daripada satu peringkat ke peringkat yang seterusnya.

Selanjutnya, Falsafah Pendidikan Negara juga menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia

berfungsi untuk memperkembang bakat dan kemampuan murid waima dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.

Pengajaran bahan sastera dalam subjek Bahasa Melayu Melayu amat menepati hasrat

Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini amat bersesuaian dengan

kesusasteraan Melayu yang mencerminkan masyarakat dan kebudayaan serta merupakan

manifestasi kesenian melalui media yang lebih berkesan. Di samping itu, komponen

kesusasteraan Melayu juga membolehkan murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan

membolehkan penyerapan nilai-nilai murni seterusnya membantu matlamat ke arah berusaha

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Pendekatan yang digunakan adalah bersifat makro iaitu menyeluruh dan tidak

mendalam. Oleh itu, pengajaranya bukan sahaja dapat meningkatkan dan mengukuhkan

kemahiran berbahasa malah membolehkan mereka memperoleh nilai estetik daripada

pembacaan dan penghargaan terhadap karya kesusasteraan Melayu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk memenuhi keperluan pengetahuan murid tentang

variasi bahasa, kefahaman terhadap gaya bahasa, mengenal serta mendekati unsur-unsur

kemanusiaan dan kemasyarakatan serta pelbagai dimensi budaya lain melalui pembacaan dan

penikmatan teks kesusasteraan Melayu yang disenaraikan dalam subjek bahasa Melayu. Hal ini

kerana, teks kesusasteraan Melayu yang ditetapkan ialah karya bahasa yang terkandung sifat-

sifat unik dan istimewa dalam penghasilannya.

28

Page 29: FULL GKM

Noriah Taslim (1996) menjelaskan bahawa penghayatan karya sastera boleh mendidik

murid berfikiran kritis dan kreatif. Penghayatan memerlukan penaakulan dan penilaian. Murid

perlu membina semula dunia makna, dunia ilmu, dan dunia nilai yang disuratkan dan disiratkan

dalam sesebuah karya sastera. Ia melatih murid untuk berhujah, mentafsir apa yang tersurat

dan tersirat, membuat pertimbangan dan membuat keputusan. Sumbangan bahan sastera

adalah untuk melahirkan manusia yang kritis dan kreatif.

Di samping itu murid pula berhadapan dengan karya sastera yang sememangnya

mempunyai struktur dan corak tertentu. Aspek penikmatan genre sastera seperti sajak, cerpen,

drama atau novel mempunyai perbezaannya. Drama misalnya memerlukan murid untuk

melafaz dialog sesuai dengan intonasi dan keperluan makna teks. Pantun dibacakan dalam

struktur bacaan yang berja dan bersukat.

Tuntutan sedemikian sudah pastinya memerlukan kreativiti yang tinggi. Berhadapan

dengan teks sastera bermakna murid akan memasuki dunia kreativiti yang mencabar emosi,

jasmani, intelek dan rohani murid. Bahan sastera memberi peluang kepada muridmenjana

emosi, melahirkan respons terhadap bahan sastera serta meningkatkan kreativiti dalam

melakukan apresiasi terhadap karya sastera. Ini bermakna karya sastera bukan sekadar untuk

dibaca dan menghafal cerita tetapi dinikmati dan dihayati dengan lebih kreatif.

Kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa adalah untuk membolehkan

murid berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini dapat dilakukan melalui proses

bercerita, deklamasi, lakon, forum, bahas, syarahan, dan sebagainya. Kebolehan

berkomunikasi dalam pelbagai variasi ini memberi peluang kepada murid menguji kemahiran

berbahasa mereka sama ada dari aspek mendengar, membaca, dan menulis. Bahan sastera

dapat dijadikan landasan untuk membina peningkatan kemahiran berkenaan. Sekiranya bahan

sastera itu disusuri dengan penuh bijaksana sudah tentunya kekayaan bahan sastera itu akan

dapat dialami dan dihayati oleh murid. Aspek-aspek emosi, nilai dan budaya yang sebati di

dalamnya berupaya memaparkan pengalaman baru kepada murid.

Penerokaan bahan sastera melibatkan proses penikmatan dan penghayatan. Karya-

karya sastera dinikmati oleh murid, melalui proses pembacaan, deklamasi, dan sebagainya.

Melalui penikmatan ini murid akan dapat menghayati karya sastera dengan lebih mendalam.

Sebuah sajak perlu dideklamasikan dengan penuh penghayatan, intonasi yang sesuai dan nada

yang bertepatan. Murid dapat membina pengalaman baru berhadapan dengan sajak dan

29

Page 30: FULL GKM

dinikmati pula dalam bentuk yang lebih kreatif. Sajak berkenaan bukan sekadar dideklamasikan

malah boleh dinyanyikan, mestamu, puisidra, dan sebagainya. Di samping dapat menikmati

keindahan karya sastera sudah tentu aktiviti yang dilakukan melahirkan keseronokan.

Keseronokan akan membuka ruang kepada minda murid untuk meneroka perkara yang lebih

mencabar dalam karya sastera seperti memahami dan menilai karya tersebut.

Aspek penikmatan yang bersesuaian membawa kepada proses penghayatan karya

sastera. Murid dapat menggali makna karya berkenaan apabila mereka sudah sebati dengan

karya. Proses penikmatan telah menyediakan ruang pengalaman yang lebih bermakna untuk

murid meneroka makna yang terkandung dalam karya sastera. Proses penghayatan akan

membawa kepada pemahaman murid terhadap isi karya, watak, latar dan sebagainya. Karya

sastera yang digauli akan mudah difahami. Penerokaan dalam aspek penghayatan akan

membuka penemuan ke arah kemampuan murid membuat penilaian terhadap karya sastera.

Mereka boleh mengemukakan pandangan tentang kesan karya yang dibaca, pengalaman yang

diterima, serta menjelaskan di manakah tarikan yang terkandung dalam karya berkenaan.

Selain itu, keupayaan bahan sastera adalah untuk memberi peluang kepada murid

menikmati suatu hasil yang lahir dari cetusan pemikiran, sikap dan nilai sesuatu bangsa. Karya-

karya sastera bukan sahaja menjadi dokumen budaya tetapi menjadi sumber khazanah ilmu

yang berguna untuk pembinaan jati diri bangsa. Aspek budaya, masyarakat, dan manusia yang

ditatap menerusi karya sastera akan menggerakkan murid untuk mengenal jati dirinya. Sama

ada karya tradisional atau karya moden ia membawa pengaruh tertentu berkaitan suatu zaman.

Jika karya sastera terlepas dari bacaan murid bermakna mereka akan ketinggalan satu

khazanah penting yang merakamkan jati diri, budaya dan pemikiran bangsa.

Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran

menggunakan bahan sastera dalam bahasa Melayu dapat mendidik murid mengamalkan

keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan

Melayu akan mewujudkan jati diri serta berilmu pengetahuan dalam kalangan murid dan guru

itu sendiri. Di samping itu, bahan pengajarannya akan dapat memotivasikan para muridnya

untuk membaca bahan yang lebih baik. Bahan yang dibaca akan menyalurkan pemikiran positif,

kreatif dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Keadaan ini akan memupuk

perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara beterusan.

30

Page 31: FULL GKM

Murid yang didedahkan dengan pengajaran berunsurkan bahan sastera juga mampu

meningkatkan kecintaan terhadap tanah air. Melaluinya juga, murid akan diperkenalkan dengan

unsur-unsur patriotik, perpaduan, cinta akan tanah air serta kebudayaan kebangsaan. Oleh itu,

semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya murid dengan

bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran Komponen

Kesusasteraan Melayu dalam masa pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu. Perkara ini

seiring dengan anjakan yang telah tertulis di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 sebagai anjakan yang ketiga iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Menurut Ringkasan Eksekutif (2012), mentransformasikan profesion keguruan sebagai

profesion pilihan merupakan anjakan keempat daripada sebelas anjakan utamanya. Justeru,

bagi memenuhi hasrat berkenaan, saya sebagai guru pelatih perlu menyiapkan diri saya

dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan mempunyai kepelbagai

kemahiran yang akan menjadi nilai tambah kepada saya untuk menjadi seorang guru kelak.

Oleh itu, pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu telah saya perolehi sepanjang menyiapkan

kerja kursus projek ini.

Sebagai contoh saya perlu mempunyai beberapa perspektif dalam pengajaran sastera

iaitu perlu faham dan menilai kepentingan murid terhadap bentuk karya sastera,saya perlu

sentiasa meminta murid faham kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk menganalisis sastera,

mengutamakan penghayatan estetika karya sastera, perlu mengutamakan penglibatan murid

dalam aktiviti penulisan kreatif, membantu murid membentuk kemahiran pembelajaran

kolaboratif dan saya perlu pandai memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh murid.

Dalam hal ini, dari sudut pandangan saya, murid juga perlu menguasai kemahiran

menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran pembelajaran kolaboratif dan kemahiran

membaca genre sastera.

31

Page 32: FULL GKM

RUJUKAN

Awang Sariyan (2003). ”Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa”.

Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 – 11

Hadijah Rahmat (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka

Hadijah Rahmat (1998). Sastera & Manusia Melayu Baru – Kumpulan Esei & Wawancara,

Persatuan Wartawan Melayu Singapura

Ismail Samad. 2009. Kaedah pemelajaran koperatif sekolah rendah. Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Izzah Abdul Aziz. (2000). Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia: Suatu

kenyataan atau impian? Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja.

7-8 November. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izzah Abdul Aziz, & Sandra Pragas Waran. (2001). Buku bergambar: Langkah

pertama ke alam fantasi dan realiti. Kertas kerja. Seminar Sastera Kanak-kanak

dan Remaja 2001. 26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin (1998). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Killen, R. 2007. Effective teaching strategies lesson from research and practice (4thed.).

Melbourne: Thomson Social Sciene Press.

32

Page 33: FULL GKM

Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu (2005).

Kementerian Pendidikan (MOE)

Nijhar, M. S. (1984). Apakah sastera kanak-kanak — khasnya buku bergambar. Dlm.

Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak kanak dan

remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. (1996). ”Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui Penstrukturan

Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran”. Dlm. Pengajaran Sastera. Othman

Puteh (Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif , (2002). Pendekatan Multimedia Dalam

Perisian Kursus Kisah Teladan Wanita Islam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat,

UKM.

33