Full Minit Mesyuarat Pibg

15
LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18 1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG 1.1 Guru Besar merakamkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana para guru dan waris dapat berkumpul bersama-sama bagi menjayakan Mesyuarat PIBG kali ke-18. Ucapan penghargaan ditujukan kepada Tuan Haji IR Mansur bin Musa merangkap Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 18, serta banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah. 1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa pada tahun 2014, seramai 11 orang pelajar telah mendapat 5A dan mencapai peratusan kelulusan sebanyak 77.8%. SK Seri Relau telah mendapat Band 2 dan merupakan sekolah’ ranking’ yang ke 2187 daripada 7709 buah sekolah semuanya. Ini merupakan satu Lonjakan Perdana. 1.3 Beliau juga menyatakan bahawa SK Seri Relau telah mendapat tawaran TBGB, iaitu Tawaran Baru Guru Besar lantaran pencapaian cemerlang pelajar dalam UPSR. 1.4 Beliau juga berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk mengekalkan usaha yang baik ini, sehinggalah SK Seri Relau tercalon sebagai SBT iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi. 1.5 Guru Besar juga memaklumkan SK Seri Relau tercalon sebagai Sekolah PROT. Bilik Pemulihan SK Seri Relau juga merupakan penanda aras bagi JPN untuk sekolah sekolah lain mendapat maklumat dan rujukan. 1.6 Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak PIBG yang banyak memberikan sumbangan dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Misi dan visi merupakan azimat bagi warga sekolah untuk menjadi lebih proaktif dan kreatif. 1.7 Beliau juga berharap agar pihak Koperasi Tunas Muda dapat menyumbang dalam penambahbaikan Bilik Pendidikan Khas, Pra Sekolah, Pusat Sumber,

description

laporan minit mesyuarat pibg

Transcript of Full Minit Mesyuarat Pibg

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG

    1.1 Guru Besar merakamkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana para guru

    dan waris dapat berkumpul bersama-sama bagi menjayakan Mesyuarat PIBG

    kali ke-18. Ucapan penghargaan ditujukan kepada Tuan Haji IR Mansur bin

    Musa merangkap Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kerana

    sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 18, serta

    banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah.

    1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa pada tahun 2014, seramai 11 orang

    pelajar telah mendapat 5A dan mencapai peratusan kelulusan sebanyak

    77.8%. SK Seri Relau telah mendapat Band 2 dan merupakan sekolah

    ranking yang ke 2187 daripada 7709 buah sekolah semuanya. Ini

    merupakan satu Lonjakan Perdana.

    1.3 Beliau juga menyatakan bahawa SK Seri Relau telah mendapat tawaran

    TBGB, iaitu Tawaran Baru Guru Besar lantaran pencapaian cemerlang

    pelajar dalam UPSR.

    1.4 Beliau juga berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk

    mengekalkan usaha yang baik ini, sehinggalah SK Seri Relau tercalon

    sebagai SBT iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi.

    1.5 Guru Besar juga memaklumkan SK Seri Relau tercalon sebagai Sekolah

    PROT. Bilik Pemulihan SK Seri Relau juga merupakan penanda aras bagi

    JPN untuk sekolah sekolah lain mendapat maklumat dan rujukan.

    1.6 Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak PIBG yang banyak

    memberikan sumbangan dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Misi dan

    visi merupakan azimat bagi warga sekolah untuk menjadi lebih proaktif dan

    kreatif.

    1.7 Beliau juga berharap agar pihak Koperasi Tunas Muda dapat menyumbang

    dalam penambahbaikan Bilik Pendidikan Khas, Pra Sekolah, Pusat Sumber,

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    pagar sekolah sistem peralatan audio, kolam ikan serta tempat letak kereta

    bagi guru.

    1.8 Guru Besar juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Hassan bin

    Din untuk Dewan Terbuka sekolah.

    1.9 Kelas Kafa juga akan dibuka untuk murid Tahun Dua dan murid Tahun

    Empat. Harapan Guru Besar juga untuk membuatkan semua murid lelaki

    memakai tali leher dan mengadakan pemberian sumbangan sebanyak

    RM300 untuk pelajar yang mendapat 5a dan RM100 untuk pelajar yang

    mendapatr 4A. Beliau juga berharap agar dapat menerima sumbangan

    sebanyak RM4000 untuk Hari Anugerah Cemerlang. Akhirnya beliau

    berharap agar barisan PIBG yang baru dapat memberi sumbangan yang jitu

    dan padu.

    2.0 UCAPAN YDP PIBG

    1.1 Encik Asyraf Bin Abdul Rahim selaku YDP PIBG mengalu-alukan

    kehadiran waris dan beliau mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t

    kerana para guru dan waris dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini

    serta ucapan penghargaaan kepada semua guru SKSR diatas segala

    pengorbanan dalam mendidik murid-murid di sekolah ini.

    2.2 Beliau berharap agar pendekatan musyawarrah dapat diamalkan di

    kalangan warga sekolah dan pihak PIBG dalam menangani masalah

    disiplin anak-anak di sekolah.

    2.3 Beliau juga berharap agar masalah ketidakhadiran pelajar dapat diatasi dan

    semua pelajar dapat hadir ke sekolah.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    3.0 UCAPAN PERASMIAN TUAN HAJI IR MANSUR BIN MUSA

    3.1 Tuan Haji Mansur bin Musa merakamkan kesyukuran kepada Allah s.w.t

    kerana dapat hadir di Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 18.

    3.2 Beliau berharap kehadiran dan kerjasama daripada pihak ibu bapa akan dapat

    diteruskan untuk program-program sekolah yang lain.

    3.3 Beliau berharap ibu bapa dapat bekerjasama dalam memastikan anak-anak

    datang ke sekolah setiap hari dan menyertai segala aktiviti sekolah. Selaku

    Pengerusi Koperasi Tunas Muda, beliau menerangkan antara projek dan

    sumbangan yang telah dibuat.

    3.4 Beliau berharap agar fahaman yang negatif dapat dielakkan di kalangan

    masyarakat dan institusi keluarga yang baik dapat melahirkan modal insan

    yang berkualiti. Budaya hidup yang baik haruslah diamalkan dalam

    melahirkan pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang.

    3.5 Beliau berharap agar pihak ibu bapa dapat memberikan sumbangan kepada

    pihak sekolah dalam bentuk yang mampu diberikan.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18

    1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG

    1.1 Guru Besar berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama sepanjang mesyuarat

    berlangsung supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar. Beliau juga

    menyatakan bahawa kehadiran amat baik iaitu seramai 64 orang, dan seterusnya

    berharap agar En. Halim dapat membantu sekolah walaupun anaknya tidak lagi

    bersekolah di sekolah ini.

    2.0 UCAPAN YDP PIBG

    2.1 En. Asyraf bin Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

    atas kehadiran dan sumbangan yang diberikan untuk sekolah ini.

    3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

    KALI KE-17

    3.1 Puan Suraya binti Zakaria selaku Setiausaha PIBG 2014/2015 membentangkan

    minit mesyuarat lalu pada 28 Februari 2015 tanpa sebarang pembetulan.

    3.2 Minit Mesyuarat Agung kali ke-17 diterima.

    Cadangan : Pn. Juraiza bt Azali

    Sokongan : Pn. Ananthi a/p Shummugan

    4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAH LAPORAN KEWANGAN PIBG

    2014/2015

    4.1 En.Faizal bin Hashim menggantikan Pn.Noor Shuhada binti Ghazali

    membentang Laporan Kewangan PIBG 2014/2015 yang berakhir pada Januari

    2015 tanpa sebarang pembetulan.

    Cadangan : Pn. Juliana binti Abdul Manaf

    Sokongan : Pn. Jovina Perimin

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    5.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL-USUL

    KURIKULUM

    1.1 Usul oleh Pn. Afizah binti Saad

    - Mengemaskini laman web sekolah.

    4.11 Usus oleh En Mohd Ali Mehenderan

    - Pengawasan ketat harus dipratikkan di makmal komputer kerana para

    pelajar boleh membuka laman web yang kurang sihat tanpa pengetahuan

    guru. Internet di makmal komputer harus diperketatkan.

    4.20 Usul oleh Pn Siti Nur Kamaliah Abdullah

    - Isu kemahiran ICT amat ketinggalan . Sekolah ini sangat ketinggalan

    dalam beberapa program anjuran Jabatan Pendidikan.

    Jawapan Guru Besar:

    En.Faizal bin Hashim menjawab bagi pihak Guru Besar, memaklumkan bahawa

    penggunaan Internet oleh murid-murid sentiasa dipantau. Penyalahgunaan maklumat

    melalui Internet akan disaring atau disekat oleh 1 Bestari Net. Guru Besar

    memaklumkan bahawa SK Seri Relau merupakan sekolah terbaik bagi daerah Barat

    Daya dalam bidang ICT dan menyangkal bahawa sekolah ini sangat ketinggalan

    dalam program anjuran JPN.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    HAL EHWAL MURID

    2.1 Usul oleh En. R.Manogaran

    - Agar ibu bapa dan guru guru di sekolah disarankan memupuk nilai nilai

    murni kepada anak murid yang muda bersekolah dengan menghormati adat

    resam berbilang kaum dan bangsa harus dipratikkan di bangku sekolah di

    mana ia akan memainkanperanandan objektif yang positif kepada saranan

    1Malaysia kita.

    Jawapan Guru Besar:

    Pemupukan nilai-nilai murni sentiasa diterapkan malahan dalam mata pelajaran

    Bahasa Malaysia ada aspek penggunaan nilai murni yang dipelajari oleh murid

    sebagai amalan dalam kehidupan harian.

    2.2 Usul oleh En Faizul bin Desa

    - Diharap pihak sekolah dapat merancang aktiviti yang memerlukan penglibatan

    ibu bapa dengan lebih awal supaya ibu bapa dapat memohon cuti lebih awal

    dan segala urusan dapat berjalan dengan lancar.

    Jawapan Guru Besar:

    Semua program sekolah telah dinyatakan dalam rekod Takwim Sekolah. Surat

    makluman kepada ibu bapa sememangnya dihantar dua minggu lebih awal kecuali

    ada masalah yang tidak dapat dielakkan dan di luar jangkaan.

    2.3 Usul oleh Pn Afizah binti Saad

    - Mengadakan makanan yang berkhasiat di kantin.

    4.2 Usul oleh En Jasri bin Karim

    - Kurangkan minuman sejuk di kantin sekolah.

    4.3 Usul oleh EN Mohd Fauzi bin Mat

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    - Turunkan harga makanan dan minuman di kantin sekolah.

    4.4 Usul oleh Pn Nor Azizah binti Yusoff

    - Kawal harga makanan murid di kantin biar sepadan dengan harga.

    Jawapan Guru Besar:

    Harga dan menu makanan memang mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan

    pihak sekolah akan sentiasa memantau harga dan jenis makanan yang dijual di kantin

    sekolah . Harga yang diberikan adalah berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh

    Jabatan Pendidikan Negeri. Hasil tinjauan harga makanan murid yang ditawarkan

    masih rendah setelah dibandingkan sekolah lain.

    Jawatankuasa Kantin sentiasa memantau kualiti makanan dengan merasa makanan

    itu terlebih dahulu. Minuman panas memang ada dijual di kantin tetapi hasil

    pantauan 95% daripada murid gemar membeli minuman sejuk meskipun sewaktu

    sarapan. Guru Besar menyarankan murid-murid membawa bekal air masak dan ibu

    bapa berperanan mendidik anak-anak untuk meminum minuman panas .

    Saranan daripada wakil ibu bapa agar mengawal murid-murid daripada membeli

    barangan yang tidak perlu melalui kedai buku sekolah atau pembekal,pihak sekolah

    telah pun lama dan sentiasa bertindak mengawalnya.

    2.4 Usul oleh EN Shahrul Nizan bin Doragi

    - Mencadangkan agar pihak sekolah dapat menyediakan tempat menunggu

    berbumbung di luar sekolah berhampiran pagar post pengawal sekolah

    bagi memudahkan ibu bapa menunggu anak anak pulang dari sekolah.

    4.8 Usul oleh En Azhar bin Othman

    - Membina bumbung untuk ibu bapa menunggu di luar pagar sekolah, tiada

    ruang untuk ibu bapa di luar dalam keadaan panas atau hujan.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    4.12 Usul oleh En Mohd Ali Mahenderan

    - Tempat penantian ibu bapa waktu sekolah bersurai haruslah berbumbung

    kerana ia lebih selesa waktu pengambilan anak anak di waktu hujan lebat

    dan ini menjamin keselamatan anak anak daripada tergelincir jatuh ketika

    berpusu pusu keluar daripada pintu sekolah di waktu berhujan juga.

    Jawapan Guru Besar

    Dalam perancangan pihak sekolah berkonsepkan `Kemesraan Ibu Bapa dan Sekolah

    akan menyusulkan surat memohon kebenaran membina tempat menunggu di luar

    kawasan sekolah kepada MPPP. Hal ini juga telah mendapat sokongan daripada

    Tuan Haji Ir.Mansur Bin Musa.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    KOKURIKULUM

    3.1 Usul oleh En Ismail bin Hassan

    - Untuk memberi pendapat saya padang bola SKSR untuk disewa kepada

    orang luar untuk menambah pendapatan sekolah dan tabung PIBG.

    Jawapan Guru Besar:

    Pihak sekolah tidak dapat menyewakan padang kepada pihak awam kerana keadaan

    padang yang sering becak ketika musim hujan. Keadaan padang seperti ini boleh

    menyebabkan ketidakpuasan hati timbul di kalangan pihak penyewa disamping

    jadual penggunaan padang yang padat. Oleh itu, sekolah membuat keputusan untuk

    mengutamakan padang ini kepada murid-murid SKSR sahaja.

    LAIN-LAIN USUL

    4.1 Usul oleh En Mazri bin Ishak

    - Membina jalan jejantas di hadapan sekolah.

    Jawapan Guru Besar

    Memandangkan Lintasan pejalan kaki berlampu isyarat telah sedia ada

    pembinaan,jejantas tidak perlu.Pihak sekolah sentiasa menasihati murid-murid

    berhati-hati semasa menggunakannya.Pihak sekolah tidak membenarkan murid-

    murid bebas keluar membeli makann di kedai.Penggunaan lintasan hanya semasa

    hendak datang dan pulang dari sekolah.

    4.5 Usul oleh Pn Sarimah Salleh

    - Pengukuhan bacaan bacaan di dalam solat.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    Jawapan Guru Besar

    Kehadiran murid menyertai Kem Pengukuhan Bacaan Solat tidak menggalakkan

    dengan pelbagai alasan. Antaranya Kem Bestasi Solat telahpun diwajibkan kepada

    semua murid namun tidak mencapai kehadiran penuh. Cadangan daripada ibu bapa

    sangat dialu-alukan dan kerjasama sangat diperlukan bagi melakukan pengukuhan di

    rumah.

    4.6 Usul oleh Pn Sarimah Salleh

    - Tahap keselamatan pelajar sewaktu masuk dan keluar sekolah.

    4.7 Usul oleh En Mohd Faisal bin Mat Saad

    - Supaya pihak sekolah dapat mempertingkatkan keselamatan murid

    ketika pulang dari sekolah.

    Jawapan Guru Besar

    Pihak sekolah sangat mengambil berat akan keselamatan murid seperti yang

    termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah yang wajib dimilik oleh setiap murid

    SKSR. Pihak sekolah tidak membenarkan ibubapa memasuki kawasan sekolah ketika

    mengambil anak pulang adalah kerana kerisauan yang tinggi terhadap kes-kes

    penculikan di mana penculik mengaku sebagai ibu bapa murid tersebut.

    4.9 Usul oleh Pn Nor Hazlina Hassan

    - Pihak sekolah perlu lebih berhati hati atau lebih prihatin terhadap IQ

    murid murid sebelum menukar murid murid ke kelas yang lain. Perlu

    menilai terlebih dahulu tahap kecerdasan seseorang pelajar sebelum

    menukar.

    4.10 Usul oleh En Mohd Ali Mahenderan

    - Ukuran dipratikkan dalam pembahagian kelas darjah satu berorientasikan

    kepada keputusan ujian diagnostik.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    Jawapan Guru Besar

    Susunan murid murid Tahun 1 2015 mengikut kelas berdasarkan pencapaian murid

    dalam Ujian Diagnostik di mana murid-murid kelas 1A memperoleh markah 93%

    ke atas seramai 26,1B 26 orang murid selebihnya 1C dan 1D. Bagi murid yang tidak

    berupaya menjawab soalan ,mereka akan dibimbing dalam kumpulan Linus

    sehingga melepasi ujian saringan.Andaikata terdapat murid yang menghadapi

    masalah pembelajaran ,mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan doktor untuk

    mengenal pasti masalah murid tersebut sama ada perlu di tempatkan di Pendidikan

    Khas mengikut tahap keupayaan mereka meneruskan pembelajaran mereka.

    Sistem PBS ,pengukuran murid tidak dibuat melalui ujian pada waktu

    tertentu.Penguasaan murid dalam setiap kemahiran sentiasa dijalankan semasa

    PdP.Namun demikian,bagi memudahkan ibu bapa mengetahui tahap keupayaan

    anak-anak,pihak sekolah mengadakan ujan. Kertas jawapan murid tidak diserahkan

    kepada murid.

    Sekolah mengadakan Hari Terbuka dan menjalankan konsep Pintu Terbuka serta

    mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa ke sekolah ini bagi membincangkan

    segala hal berkaitan dengan anak masing-masing terutamanya murid tahun 6, tetapi

    perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan iaitu perlu lapor diri di Pos

    Keselamatan sebelum berjumpa dengan mana-mana guru di sekolah ini demi

    menjaga keselamatan semua pihak.

    4.13 Usul oleh En Mohd Ali Mahenderan

    - Pembiakan nyamuk aedes di dalam persekitaran sekolah bagaimana

    peranan sekolah membanteraskannya.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    4.14 Usul oleh En Abdul Faizal bin Abd Jabbar

    - Tandas sekolah tidak memuaskan serta lalu lintas untuk simpang sekolah

    dipermudahkan contoh jalan besar pesiaran Paya Terubong jalan tar

    dipasang slop untuk memperlahankan kenderaan seperti bas kilang yang

    terlalu laju.

    Jawapan Guru Besar:

    Pegawai Kesihatan telah dua kali melakukan pemeriksaan di persekitaran sekolah.

    Keputusannya negatif. AJK sekolah kerap membuat pemeriksaan di kawasan yang

    dijangkakan boleh menggalakkan pembiakan nyamuk.

    4.15 Usul oleh Pn Azura binti Bakar

    - Bilik darjah bagi pelajar tahun 2 tidak sesuai ditempatlan di tingkat 3.

    Jawapan Guru Besar

    Kebanyakan bilik khas terletak di aras 1 dan 2.Hal ini menyebabkan bilik-bilik

    darjah terletak di aras 3 . Tiada kelas yang mencukupi di tingkat 1.

    4.17 Usul oleh En Chandrasehgaran

    - Perbanyakan lagi pertemuan dengan ibu bapa untuk kebaikan anak anak .

    Jawapan Guru Besar

    Perjumpaan waris Tahun 6,19 daripada 54 waris murid tidak hadir.Pihak sekolah

    sangat mengalu-alukan waris berbincang perkembangan murid bila-bila masa

    selepas pukul 1.00 p.m di pejabat.

    4.18 Usul oleh Pn Sam Sam Begum binti Sickandar

    - Untuk memberikan sokongan pada guru supaya memberikan kerja rumah

    dan tegas dengan anak murid supaya mereka akan mengulang kaji dan

    memberikan tumpuan sepenuhnya.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    Jawapan Guru Besar

    Tahap 1 tidak banyak kerja sekolah kerana sistem KSSR yang mementingkan kerja

    murid disiapkan di sekolah. Kerja sekolah memang banyak diberi oleh guru tetapi

    murid tidak siapkan. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memantau kerja

    sekolah anak-anak, pihak ibu bapa tidak boleh hanya mengharapkan guru sahaja

    perlu kerjasama dari semua pihak.

    4.19 Usul oleh Pn Siti Nur Kamaliah Abdullah

    - Majoriti disiplin pelajar sangat membimbangkan kami beberapa ibu bapa

    kerana anak jagaan kami dididik sempurna. Pergaulan buruk di sekolah

    mendedahkan anak-anak kami risiko cedera tubuh badan. Paling

    membimbangkan adalah jika mengalami kecederaaan dalaman.

    Jawapan Guru Besar

    Sekolah sering memantau pergaulan murid-murid dan menasihati mereka tentang

    adab-adab bermain dan bergurau.

    6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG ESI 2014/2015

    En. Asyraf selaku YDP PIBG bagi tahun 2013/2014 membubarkan AJK PIBG

    dengan ucapan ribuan terima kasih dan menghargai setiap usaha yang dilakukan bagi

    menjayakan setiap aktiviti secara langsung dan tidak langsung.

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    7.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2015/2016

    YDP PIBG : En. Halim

    Cadangan : Pn. Jovina

    Sokong : Pn. Jusreida

    NYDP : Pn. Jovina

    Cadangan : Pn. Norzita

    Sokong : Pn. Asnay

    AJK PIBG : En. Asyraf

    Cadang : Pn. Jovina

    Sokong : Pn. Iniswah

    AJK PIBG : En. Venu Kanna

    Cadang : Pn. Parameswari

    Sokong : Pn. Aniswani

    AJK PIBG : Pn. Ananthi

    Cadang : Pn. Asnay

    Sokong : En. Syamel

    AJK PIBG : Pn. Norzita

    Cadang : Pn. Hilaliyah

    Sokong : En. Azlan

    AJK PIBG : En Syamel

    Cadang : En. Azlan

    Sokong : Pn. Norzita

  • LAPORAN MESYUART AGONG PIBG KE 18

    8.0 HAL-HAL LAIN

    8.1 YPD Pibg menyatakan bahawa pihak sekolah memerlukan lebih banyak

    sokongan dari pihak pibg dan diharap kedua-dua pihak akan bekerjasama

    dalam menjayakan setiap perancangan dan aktiviti yang dirancang.

    8.2 Beliau juga berharap ajk pibg dapat hadir ke mesyuarat bagi merancang aktiviti-

    aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.

    9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

    9.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih pada pukul 12.40 tengah

    hari.