full1.0-5.0

15
1.0 Skor Lagu Pilihan – Naik Kereta Api

Transcript of full1.0-5.0

Page 1: full1.0-5.0

1.0 Skor Lagu Pilihan – Naik Kereta Api

Page 2: full1.0-5.0

1.1 Lagu Kanak-Kanak Pilihan – Naik Kereta Api

Berdasarkan kehendak soalan bagi tugasan ini, saya telah memilih lagu kanak-

kanak yang bertajuk ‘Naik Kereta Api’. Lagu ini merupakan satu daripada himpunan

lagu KBSR yang lazim digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum

ini. Di bawah ialah penjelasan sebab-sebab lagu “Naik Kereta Api’ ini dipilih.

Sebab utama lagu ini dipilih, kerana lagu ini mempunyai 16 bar sahaja. Lagu ini

melibatkan keratan melodi yang berulang seperti pada bar 1 hingga 4 dengan bar 9

hingga 12. Persamaan keratan melodi memudahkan murid-murid untuk menyanyi dan

menghayati lagu ini. Lirik lagu ini juga berakhir dengan ritma yang sama seperti pantun.

Lagu yang berlirik ringkas dan tidak terlalu panjang ini amat sesuai digunakan untuk

murid-murid tahap satu.

Seterusnya, saya memilih lagu ini kerana tanda masa yang digunakan ialah .

Tanda masa ini ialah tanda masa asas yang bernilai 4 dalam setiap bar. Walaupun

tempo bagi lagu ini ialah “rancak”, lagu ini mudah dinyanyikan. Nyanyian boleh diiringi

dengan tepukan tangan atau membunyikan metronome atau bit daripada kibod. Guru

boleh melatih nyanyian murid-murid daripada tempo lambat kepada semakin laju.

Ketiga, lagu ini digubah dalam tangga nada yang mudah iaitu C Major. Tangga

nada ini tidak melibatkan not-not yang syap dan flat dalam skor. Secara tidak langsung,

pic yang terlibat dalam lagu ini ialah pic-pic asas yang mudah dinyanyikan juga yang

terdapat dalam Solfa. Latihan pemanasan vokal boleh dilakukan dengan nyanyian solfa

dan seterusnya latihan lagu ini. Guru boleh membimbing nyanyian murid-murid dengan

memainkan melodi pada kibod secara baris demi baris.

Keempat, lagu ini sesuai untuk murid-murid tahap satu kerana jarak antara not

bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak. Not paling rendah dalam lagu ini ialah not

C bawah dan not paling tinggi ialah not C atas. Murid-murid boleh menyanyi lagu ini

dengan suara biasa tanpa perlu menjerit. Suara kanak-kanak yang berrenj tinggi akan

mengurangkan risiko untuk nyanyian mereka menjadi sumbang.

Page 3: full1.0-5.0

Akhir sekali ialah lagu ini menggunakan jenis not yang minimum. Lagu ini

digubah menggunakan 3 not sahaja iaitu krocet, minim dan semibrif. Not-not ini ialah

not mudah dan nilai yang boleh dikira dengan menepuk tangan. Murid-murid mudah

untuk menepuk nilai not dan corak irama semasa latihan nyanyian dilakukan. Walaupun

murid-murid tahap ini belum mengenal nilai-nilai not, namun mereka boleh mengimitasi

tepukan atau nyanyian guru.

Page 4: full1.0-5.0

2.0 Kaedah Pengajaran Pendekatan Carl Orff

Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman. Beliau berasal

daripada keluarga Bavarian yang aktif dalam ketenteraan. Beliau mendapat pendidikan

di Munich Academy of Music sehingga tahun 1914 dan akhirnya merupakan seorang

komposer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam

Pendidikan Muzik.

Penglibatan beliau dalam Pendidikan Muzik hanya bermula pada awal tahun

1920-an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.

Minat Orff yang tinggi dalam bidang tarian telah mencetuskan idea untuk

menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan asas kepada pendidikan muzik.

Orff pernah berkata “Experience first, then intellectualize” yang bermaksud

kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar

tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-

kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh

memahaminya secara teori.

Selain itu, Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting

yang perlu diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk

kepada elemental muzik, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-

kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Pendekatan Orff yang mengikut

transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan

kemahiran untuk bermain alat muzik.

Pendekatan Orff ialah satu prose pembelajaran yang merangkumi 4 komponen

utama iaitu eksplorasi, imitasi, improvisasi dan literasi.

Page 5: full1.0-5.0

Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses

imitasi. Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk meniru atau mengikut

apa yang didengar atau dilihat. Proses ini adalah amat penting untuk

memperkembangkan potensi muzikal kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan

peranan penting sebagai ‘Role Model’ kepada murid-muridnya. Guru harus pastikan

bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana guru akan diikut

oleh murid-muridnya.

Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekan Orff, kerana ia memainkan

peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh

dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Off, improvisasi adalah kemahiran muzikal

yang amat penting kerana ia adapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti

dalam seorang murid. Murid-muriod perlu diajar untuk mencipta corak-corak improvisasi

mudah untuk merangsang imiginasi mereka.

Kaedah literasi pula adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca

skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca

selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati pengalaman

bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not

muzik. Pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah

melalui proses eksplorasi dan imitasi.

Page 6: full1.0-5.0

2.1 Kaedah Pengajaran Pilihan

Berdasarkan lagu pilihan, saya merasakan kaedah yang paling sesuai untuk

digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah ‘Baris Demi Baris’.

Memandangkan melodi bagi lagu ini berlaku pengulangan, kaedah baris demi baris ini

paling mudah dan ringkas.

Pertama, guru boleh menayangkan atau menampal carta lagu pada papan putih.

Kemudian guru membaca lirik lagu secara baris demi baris secara lambat. Guru

mengarahkan murid untuk mengikut bacaan. Hal ini kerana bagi murid tahun satu, tidak

semua di antara meraka yang sudah mula membaca. Jadi, kaedah ini tidak

membebankan mereka malah memberi rangsangan yang sangat baik.

Kedua, setelah latihan bacaan dilakukan, guru boleh menyanyikan lagu baris

demi baris. Setiap baris boleh diulang 2-4 kali untuk latihan yang lebih berkesan. Guru

boleh mula mengiringi melodi nyanyian murid dengan kibod. Hal ini supaya mereka

lebih jelas dengan melodi yang sebenar. Nyanyian perlu diutamakan bagi 8 bar yang

pertama dan barulah latihan bagi bar seterusnya. Memandangkan lagu yang dipilih ini

pendek, latihan nyanyian yang berulang sekaligus membantu mereka menghafal lagu

ini dengan cepat.

Setelah murid dapat menyanyikan lagu ini, guru boleh mula membimbing murid

dengan iringan kord, kerana secara langsung guru membimbing tempo nyanyian kanak-

kanak. Bagi penghayatan yang lebih berkesan, guru menunjukkan gaya-gaya

pergerakan mudah mengikut corak irama lagu. Guru menunjukkan gaya secara baris

demi baris bagi satu rangkap sahaja dan akan diulang pergerakan yang sama bagi

rangkap kedua.

Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh menyanyikan lagu

dan pergerakan yang mudah dengan baik. Pergerakan mengikut corak irama akan

mengelakkan mereka daripada tersilap nyanyi dan bimbingan kibod daripada guru akan

mengelakkan nyanyian murid sumbang dan tidak serentak. Justeru, saya merasakan

kaedah ‘Baris demi Baris’ ini ialah kaedah yang paling berkesan hingga ke hari ini.

Page 7: full1.0-5.0

3.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahun 1

Tarikh : 16 Julai 2012

Hari : Isnin

Masa : 7.45 hingga 8.15 pagi

Mata pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun : 1 Amanah

Bilangan murid : 28 orang ( 14 perempuan, 14 lelaki )

Tajuk pelajaran : Nyanyian dan Gerakan

Aspek : 1. Pengalaman Muzikal

Item : 2.1.2 Menyanyi Secara Muzikal – Kemahiran Menyanyi

Konsep/subkonsep : Melodi – pic, dan Ekspresi - mud.

Hasil pembelajaran : Aras 1 (a) Menyanyikan dua buah lagu berlainan meter, tempo

dan ekspresi dengan baik dari segi pic, tempo dan ekspresi.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid boleh menyanyi dengan teknik nyanyian yang

betul dan boleh menyanyikan 2 buah lagu berlainan meter

dalam pelajaran sebelum ini.

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran, murid-murid dapat ,

1. Menyanyi mengikut pic yang tepat.2. Menyanyi lagu dengan sebutan yang jelas.3. Menyanyi sambil membuat pergerakan dengan baik.

Sumber P & P : Carta lagu, radio

Penerapan nilai murni : Bekerjasama dan hormat-menghormati

Page 8: full1.0-5.0

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan/Catatan

Set Induksi (5

min )

Main Patung Guru memainkan audio dan mengarahkan murid bergerak bebas sekitar kelas mengikut rentak lagu dan berhenti sekiranya audio diberhentikan.

Murid bergerak bebas mengikut rentak lagu dan berhenti seperti patung apabila audio berhenti.

Kemahiran : Mendengar

Sumber : Audio radio

Langkah 1 (10 min)

Latihan Nyanyian Lagu ’Naik Kereta Api’

Guru membaca lirik baris demi baris. Murid diarahkan ikut baca.

Guru menyanyikan lagu baris demi baris. Murid diarahkan ikut nyanyi.

Latihan nyanyian diulang beberapa kali dengan iringan kibod.

Murid mengikut guru membaca lirik.

Murid mengikut guru menyanyi.

Nilai : Bekerjasama dan Hormat menghormati

Kemahiran : Membaca dan bertutur

Sumber : Carta lagu, kibod

Langkah 2 (10 min)

Belajar Pergerakan

Guru membuat pergerakan sambil menyanyi lagu baris demi baris dan mengarahkan murid ikut.

Latihan nyanyian dan pergerakan diulang sehingga murid mahir dengan iringan kibod.

Murid mengikut perbuatan guru sambil menyanyi.

Murid membuat pergerakan yang diajar sambil menyanyi bersama-sama guru.

Kemahiran : Mendengar, Bertutur

Sumber: Carta lagu, kibod

Nilai : Hormat-menghormati

Penutup

( 5 min)

Guru bertanya tajuk lagu yang telah dipelajari.

Guru memberi pujian dan motivasi kepada semua murid.

Murid menamakan tajuk lagu dan bertepuk tangan tanda penghargaan.

Nilai : Menghargai, Hormat-meghormati

Page 9: full1.0-5.0

4.0 Skor Lagu dan Penjarian Kord – Naik Kereta Api

Page 10: full1.0-5.0

5.0 Skor Lagu dengan Perkusi

Page 11: full1.0-5.0

Bibliografi

Bauguess, D. (1995). Sight singing made simple. Milwaukee, W.I: Hal Leonard

Corporation.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anderson, M. W., & Lawrence, J. E. (1995). Integrating music into the elementary

classroom. (3rd. Ed.). Belmont : Warsworth Publishing Company.

Choksky, L. (1986). Teacing music in the twentieth century. New Jersey: Prentice Hall.

Campbell P. S. et al, (1995). Music in childhood. New York : Schirmer Books.

Internet

http://www.piano-lessons-made-simple.com/piano-chord-diagrams.html

http://www.slideshare.net/Awangkelabu/metodologi-muzik

http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/topik-5-pengetahuan-asas-dalam-muzik.html