Full

download Full

of 74

description

esaimen linguistik

Transcript of Full

1.0PENGENALANMenurut Abdullah Hassan (1989), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Lazimnya, ramai orang yang bertanggapan bahawa golongan linguistik itu adalah individu yang bertutur dalam banyak bahasa. Konsikuensinya, hanya sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hakikatnya, ilmu linguistik adalah lebih luas daripada itu. Dalam Linguistik, terdapatnya teori-teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisis sesuatu bahasa. Selain itu, dengan menggunakan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik itu, seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan serta menganalisis bahasa secara objektif tanpa dipengaruhi sebarang prasangka.Pengkajian linguistik mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Istilah sains mempunyai implikasinya yang tertentu, tetapi sudah cukup bahawa istilah sains yang membawa erti linguistik itu adalah satu cara untuk mengkaiji bahasa dengan teratur. Melalui pemeriksaan-pemeriksaan dengan membuat kesimpulan yang dapat dipertanggungjawabkan berdasarkan penyeledikan dan dengan merujuk kepada teori-teori yang umum berkenaan dengan bahasa. Kajian-kajian seperti inilah yang dapat menimbulkan sesuatu sistem atau struktur daripada bahasa tadi. Seseorang akan lebih mengenali sistem itu sebagai tatabahasa, tetapi bukan tatabahasa sahaja yang menjadi kajian linguistik. Dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu yang ditinjau dalam pengkajian bahasa itu, maka ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin yang berikut Arbak Othman (1983), Linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik perbandingan, linguistik sejarah.

2.0BAHASA MELAYU TELAH MELALUI PELBAGAI ZAMAN PERKEMBANGAN KEMAJUAN DUNIA SEHINGGA ZAMAN KINI YANG PENUH DENGAN CABARAN. DENGAN BUKTI SERTA CONTOH-CONTOH YANG SESUAI, BAHASKAN RASIONALITI KEMAMPUAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.2.1PengenalanBahasa Melayu telah menjadi bahasa utama serta bahasa yang paling luas digunakan di kepulauan Melayu sejak abad ke-7 Masihi. Pada waktu tersebut terdapat sekurang-kurangnya 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan Melayu. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di kepulauan Melayu adalah kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding bahasa-bahasa lain yang terdapat di nusantara. Malah, kehebatan bangsa Melayu pada zaman tersebut turut menyumbang kepada berkembangnya bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan utama di Nusantara Melayu. Malah ciri-ciri ketebukaan yang dimiliki oleh bahasa Melayu menjadikan ia mudah menerima pengaruh bahasa-bahasa lain. justeru, bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.Bahasa Melayu terus berkembang mengikut zamannya sehingganya ke hari ini bahasa Melayu masih dituturkan oleh sebahagian besar penduduk nusantara. Walaupun banyak perubahan telah berlaku terhadap bahasa Melayu ia masih terus bertahan dalam mengharungi dunia moden yang penuh dengan cabaran sehingga ia masih berdiri teguh sehingga ke hari ini. Di Malaysia hari ini, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebanggsaan dan secara tidak langsung telah mengiktiraf bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu. Kedudukannya sebagai bahasa kebagsaan seperti yang termaktub dalam akta 152 telah meletakkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu setaraf dengan bahasa-bahasa besar dunia seprti bahasa Inggeris.Alaf ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.Bahasa Melayu kini terus bersaing dengan bahasa-bahasa utama untuk mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai sebuah bahasa ilmu yang diakui keagungannya. sejajar dengan perkembangan bidang ekonomi, sains dan teknologi bahasa melayu haruslah mempunyai nilai-nilai tersebut untuk membantu ia agar terus hidup dalam keganasan arus globalisasi pada hari ini. Kejayaan bahasa Melayu dalam Dasar Bahasa Kebangsaan tidak cukup untuk membolehkan bahasa Melayu bertahan jika tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Justeru, perlunya ada nilai ekonomi dan teknologi digarapkan dalam bahasa Melayu agar ia mampu berdiri setanding dengan bahasa-bahasa lain.Walaupun perkara ini dianggap mustahil kerana era ketamadunan dunia pada hari ini didominasi oleh bahasa Inggeris namun, perlunya ada pembaharuan dalam bahasa Melayu agar fungsinya sebagai wahana penyampaian ilmu dan maklumat tidak diambil alih oleh bahasa asing. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi maklumat menjadikan bahasa sebahagian daripada keperluan itu, oleh yang demikian, usaha penulisan dan penerbitan buku, khususnya dalm bidang teknologi maklumat harus bergerak sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.2.2Kemampuan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa IlmuBahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Abdullah Hassan (1986) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.Berikut merupakan rasionaliti kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu :

2.2.1Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Rasmi

Dasar bahasa bagi negara Malaysia bercorak ekabahasa. Pemilihan bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rami negara mempunyai sejarah, etnisiti, autonomi dan validitinya. Sungguhpun waktu tercapainya kemerdekaan, validiti dan autonomi bahasa Melayu berkurangan, namun orang Melayu tetap memilih bahasa Melayu serta menuntut agar bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara (Raja Mukhtaruddin, 1982). Hal ini sudah cukup untuk membuktikan bahasa Melayu masih lagi dipercayai sebagai bahasa ilmu yang mempunyai susur galur dan sejarah yang cukup agung. Dari segi politik, pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rami pastilah akan mendapat tentangan daripada etnik bukan Melayu. Namun, orang Melayu terus berkeras sehinggakan perkara-perkara yang menyentuh soal bahasa menjadi sangat sensitif walaupun bahasa Melayu agak merosot pada ketika itu. Perkara ini berlarutan sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menyaksikan berlakunya pertembungan etnik yang membawa kepada peristiwa berdarah yang menjadi sejarah hitam negara. Selepas peristiwa 13 Mei ini, pihak kerajaan dengan kebijaksanaannya melihat bahawa bahawa merupakan faktor penting yang menjadi penyatu dan alat untuk membina perpaduan. Justeru, satu undang-undang telah digubal tentang perkara sensitif, melarang orang ramai dari mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.Tindakan ini membuktikan bahawa sarjana dan pihak berkuasa pada ketika itu berpandangan jauh dan melihat bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan bukan sahaja untuk menyatupadukan rakyat malh mempunyai nilai keilmuan. Jikalau tidak, mengapa tidak menukarkan bahasa kebagsaan kebada bahasa Inggeris yang dilihat lebih adil untuk nagara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ini dapat ditinjau dari dua aspek utama iaitu a) kesedaran orang Melayu terhadap bahasa Melayu dan b) keperluan untuk menyatukan rakyat (Raja Mukhtarudin, 1982).Antara sarjana abad ke-19 yang melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang begitu lantang mempertahankan bahasa Melayu. Kepercayaan beliau terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tercatit dalam kata-katanya ... adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu itu, belum sedar akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya ini, oleh sebab tidak mahu belajar bahasanya sendiri, dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahsanya itu : Maka mustahil pada akal, adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya? Bukankah segala segala bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya melainkan orang Melayu. kata-katanya ini dipetik dalam hikayat Abdullah dan mempengaruhi sikap orang Melayu pada zaman selepasnya. Ketidakpercayaan orang Melayu terhadap bahasanya sendiri sebagai bahasa Ilmu membuktikan kebodohan bangsa Melayu pada ketika itu. Justeru, Abdullah Munsyi telah cuba menyedarkan bangsa Melayu pada zamannya akan kehebatan dan keagungan bahasa Melayu ini serta kemampuannya sebagai bahasa ilmu.Bahasa adalah alat perhubungan terpenting. Melaluinya kita dapat menyatakan sesuatu atau memahami orang lain. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan, bacaan atau tulisan namun hubungan secara lisan lebih meluas dan berkesan. Malaysia, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Sungguhpun menggunakan bahasa yang berbeza, namun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah komunikasi. Bahasa Melayu di Malaysia bukan sahaja menjadi wadah perpaduan rakyat malah menjadi alat komunikasi untuk menyampai, menyebar dan mendapatkan ilmu. Justeru, memjadi suatu perkara yang amat penting agar rakyat Malaysia sama ada orang Melayu dan orang bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu.Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai keilmuan yang tinggi. Pemilihan bahasa rasmi bukanlah seperti pemilihan bahasa kebangsaan yang berdasarkan sentimen atau semangat kebangsaan tetapi ianya dipilih berdasarkan kemampuan bahasa itu untuk digunakan dalam urusan pentadbiran, pendidikan, perniagaan, kehakiman dan sebagainya. Oleh yang demikian, banyak negara di dunia ini yang tidak memilih bahasa mereka sebagai bahasa rasmi sebaliknya memilih bahasa Inggeris untuk diangkat sebagai bahasa rasmi. Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam dalam semua urusan rasmi. Pemilihan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah setaraf dan setanding dengan bahasa besar yang lain seperti bahasa Inggeris. Jikalau tidak masakan negara Brunei mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara mereka.Dunia telah melihat beberapa banyak negara yang masih bertengkar dan bertelagah, bahkan lebih buruk lagi berperang hanya untuk menentukan bahasa yang akan dijadikan sebagai bahasa penyatuan dan bahasa kesatuan (contohnya, India menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya, walaupun ada banyak bahasa daerah yang telah wujud sebelum kemerdekaan). Ada pula negara yang sememangnya tidak mempunyai bahasa persatuan yang dapat diangkat sebagai bahasa rasmi negara sehingga terpaksa meminjam bahasa bangsa lain untuk dijadikan sebagai bahasa persatuan. Misalnya, Cameroon terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis sebagai bahasa rasminya..

2.2.2Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Bidang Pendidikan

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961, bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya. Abdullah Hassan (1987) menyatakan, selepas 1969 kerajaan dengan lebih tegas menjadikan pembelajaran bahasa Malaysia lebih teratur. Langkah tersebut ialah dengan melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah secara berperingkat-peringkat. Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya (Abu Hassan Othman, 1997).Perkembangan kurikulum di Malaysia ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi. Sementara, dalam budaya Melayu kesantunan berbahasa menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian akhlak dan akal budi. Menguasai sesuatu bahasa juga bererti menguasai segala santun dan peraturan yang dipersetujui dalam menggunakan bahasa tersebut. Umpamanya dalam kata alu-aluan, kata silaan, ketika berundur diri dan sebagainya seharusnya menggunakan bahasa beradab dan berperaturan yang tetap, tidak boleh diubah sesuka hati. Kemahiran dalam peringkat tertinggi seperti begini boleh menghasilkan pertukangan yang bermutu boleh mencapai tahap seni , budi yang diidamkan. Perkara perkara ini hanya terkandung dalam bahasa Melayu yang membuktikan bahawa bahasa Melayu itu bukan sahaja berperanan sebagai alat mendapat serta menyebarkan ilmu malah mempunyai kesantunan bahasa yang tinggi untuk mengajar penuturnya. Justeru, dengan menggunkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, rakayat yang dilahirkan menerusi pendidikan kebangsaan bukan sahaja memiliki tahap keilmuan yang tinggi malah mempunyai tahap kesantunan yang mulia.Ada dalam kalangan kita yang meragui keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa pengetahuan. Barangkali memang tidak ada satu bangsa yang terus dapat meyakini bahawa bahasanya mampu bahasa suatu bidang yang belum pernah ada atau yang baru diperkenalkan (Awang sariyan, 1984). Disebabkan anggapan-anggapan yang demikian, maka ada di kalangan kita yang tidak yakin bahawa pelajar atau mahasiswa yang terdidik dalam bahasa Melayu berupaya mengikuti pelajaran sains, undang-undang, kedoktoran dan kejuruteraan dengan baik.Anggapan demikian ternyata tidak benar serta dilihat terlalu dangkal dalam mentafsir kemampuan bahasa Melayu. Contohnya, orang Eropah yang banyak memanfaatkan ilmu kedoktoran, sains dan falsafah orang Islam suatu ketika dahulu ternyata tidak pula mengarabkan bahasa mereka. memang benar bahawa banyak istilah daripada bahasa Arab digunakan oleh orang eropah tetapi tidak pula seluruh bahasa Arab itu diambil menjadi bahasa untuk mengembangkan ilmu tersebut. Justeru, perkara itulah yang sedang sedang berlaku kepada bahasa Melayu pada masa kini, kita mencipta istilah berdasarkan bahasa asal yang mendukung ilmu tersebut tetapi bukanlah bermakna kita menggunakan bahasa asal tersebut untuk mengembangkan ilmu itu.

2.2.3Bahasa Melayu Bersifat Dinamis Dan Universal

Bahasa Melayu bersifat universal atau sejagat bermaksud ia memiliki ciri sama yang dimiliki oleh bahasa lain di dunia. Ciri-ciri ini bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifatbahasalain. Antara ciri umumbahasayang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyivokaldankonsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contohnya ialah,bahasaMelayu mempunyai 6 vokal, 22 konsonan.BahasaArab pula mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28 konsonan.Manakala bahasa Inggeris mempunyai 16 vokal (termasuk diftong), 24 mempunyai satuan yangbermakna, seperti satuankata, frasa, klausa, ayatdanwacana. Selain daripada ciri-ciri yang telah dinyatakan dan dihuraikan di atas, antara ciri-ciri bahasa Melayu yang lain ialah sebagai alat komunikasi, bersifat arbitrari dan merupakan satu sistem serta satu simbol.Bahasa Melayu bersifat dinamis pula bermaksud bahasa itu boleh berubah serta menyesuaikan diri sesuai dengan zamannya. Hal ini disebabkan aktiviti atau kegiatanmanusia adalah tidak tetap dan sering berubah mengikut situasi pada masa tertentu. Begitu juga halnya dengan bahasa yangsentiasa berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis. Perubahan bahasaboleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati. Contohnya :I. urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologiII. kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy / III. kehadiran alomorf:mengehadkan, mengebom,mengeramPerubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam kehidupan sehariannya. Jika perubahan itu berterusan, lama-kelamaan bahasa itu akan pupus seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu juga akan berkembang dari semasa ke semasa dan berubahubah mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu meminjam sesuatu kata bahasa asing melalui peminjaman terus atau menerusi penterjemahan. Peminjaman terus dilakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu. Contohnya,psychologydalam bahasa Inggeris dieja sebagai psikologidalam bahasa Melayu.Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contohnya, perkataandaya pengeluaranyang diterjemahkan daripada perkataan bahasa Inggerisproductivity.Maksud perkembangan bahasa itu adalah pembaharuan yang terjadi pada bahasa untuk memenuhi kehendak masyarkat pemakainya (Asmah Haji Omar, 1978). Ianya selarah dengan pembentukan bahsa Melayu ke arah menjadi sebuah bahasa ilmu setanding dengan bahasa lain sesuai dengan perkembangan zamannya. Oleh itu, tidaklah bahasa melayu itu menjadi mati dan pupus seperti bahasa Sanskrit atau bahasa Yunani yang terlalu mengagungkan bahasanya sehingga langsung tidak mahu mengubah bahasa selarah dengan zamannya. Perkembangan bahasa ini haruslah sejalan dengan perkembangan kebudayaan sesebuah masyarakat, kerana pembaharuan dalam kebudayaan material mahupun kerohanian memerlukan perkataan-perkataan baru untuk mendukung konsep baru.konsep-konsep ini pula lazimnya diambil daripada kebudayaan lain yang mendukung kebudayaan tersebut. Unsur-unsur asing yang dikembangkan ke dalam bahasa Melayu termasuklah bunyi-bunyi bahasa, susunan bunyi-bunyi, awalan, akhiran dan sebagainya. Contohnya,imbuhan seperti eka, isme, tata, dan multi. Perkembangan bahasa dan ejaan baru ini membolehkan bahasa Melayu menyesuaikan diri dengan mana-mana kebudayaan sekalipun.Begitu juga dalam perkembangan penulisan dan pengejaan istilah agama. Aspek ini perlu juga dipertimbangkan agar tidak menimbulkan reaksi-reaksi tidak menyenangkan bagi pendukung-pendukung agama (Asmah Haji. Omar, 1984). Maka bahasa Melayu telah membuat beberapa penyimpangan dan keperluan khas dari segi abjad dan sistem trasliterasi bagi memenuhi keperluan ini. Contohnya ialah penentuan huruf dalam abjad bahasa Arab seperti alif (a), jim (j), ta (t) dan lam (l).Sebagaimana yang kita sedia maklum tulisan rumi bukanlah tulisan asal bahasa Melayu. Tulisan asal bahasa Melayu adalah tulisan jawi namun sejajar berkembangnya zaman, bahasa Melayu telah menukar tulisan jawi kepada tulisan rumi bagi menyesuaikan diri dengan dunia globalisasi yang sebahagian besarnya menggunakan sistem abjad tersebut. Sehingga kini, tulisan rumi menjadi suatu kesebatian dengan bahasa Melaytu. Oleh itu telah dilaksanakan perancangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu bagi memnuhi keperluan ini. Begitu juga halnya dengan pengitilahan saintifik dalam bahasa Melayu. Rancangan yang khusus ini bermula bada tahun 1972 setelah berjayanya Perjanjian Ejaan.Melihat dari segi sejarah, bahasa Melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, di dalam istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah. Penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Namun, ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Walaubagaimanapun, sifat dinamisme yang dimilki oleh bahasa Melayu itu membolehkan ia mencapai tahap peradaban yang sama dalam bidang sains dan teknologi seperti yang pernah dicapai dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

2.2.4Kehebatan Sejarah Kesusasteraan Melayu

Apabila kita berada di gugusan kepulauan Melayu yakni meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei kita tidak akan menghadapi sebarang kesukaran dan tersesat jalan jika tahu berbahasa Melayu. Bahasa Melayu difahami olehhampir keseluruhan umat manusia di nusantara ini kecuali segelintir sahaja. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan memiliki bilangan penutur yang sangat ramai. Penutur bahasa Melayu adalah antara penutur yang teramai di Asia Tenggara. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu sebenarnya merupakan salah satu bahasa yang bermartabat dan digunakan untuk menyatukan pelbagai bangsa, terutama di Asia Tenggara (Nik Safiah karim, 1992).Dari segi sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Apabila diperhatikan filum bahasa, maka bahasa Melayu berasal daripada filum Austrik/Austris, lalu daripada rumpunnya, maka bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Beberapa orang pakar sejarah bahasa menyebutnya sebagai rumpun bahasa Melayu-Polinesia.Bahasa Melayu seterusnya berkembang menjadi pelbagai dialek dan subdialek. Sebenarnya, bahasa Melayu, sejak awal lagi, telah tersebar di beberapa buah daerah di Asia Tenggara. Bahasa Melayu yang tersebar ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Mengikut Amat Juhari Moain dalam Sejarah Rumpun Bahasa Melayu, perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada lima zaman, iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik, zaman bahasa Melayu peralihan atau pramoden, dan zaman bahasa Melayu moden.Banyak bukti yang menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Melayu telah tersebar bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di luar dunia Melayu. Menurut C.A. Mess, bahasa Melayu terdapat di Tanah Melayu, di pantai timur laut Sumatera, di kepulauan Riau, di Palembang, di Kampar, di Jambi, di Medan, serta di pantai Kalimantan. Menurut R.O. Winstedt pula, bahasa Melayu terdapat di semenanjung Tanah Melayu, termasuk di negeri Selat, di Pattani, di kepulauan Riau, di pantai timur Sumatera, dan di pantai barat Borneo.Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorangpendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakanbahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapanDewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zamankegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.Encyclopedia Britannica yang diterbitkan pada tahun 1963 mencatatkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa bagi penduduk asli di semenanjung Tanah Melayu, di pantai timur Sumatera, di seluruh pantai Borneo (Kalimantan), di kepulauan Riau, di Bangka, di Belitung, dan di Natuna Besar. D.J. Prentice berpendapat bahawa daerah penutur asli bahasa Melayu ialah di kawasan Tanah Melayu sehingga selatan Thailand (Pattani), di sepanjang pantai timur Sumatera, di kepulauan Riau, di sepanjang pesisir Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, dan Kalimantan Timur, di Brunei, di pantai barat Sabah, di Sarawak, di Singapura, di Jakarta, di Larantuka, di Kupang, di Makasar, di Menado, di Ternate, di Banda, dan di Ambon.Selain wilayah Melayu, ternyata bahawa bahasa Melayu pun dapat ditemukan di Sri Lanka dan di Afrika Selatan. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu, pada masa jayanya sehingga sekarang, digunakan hampir-hampir di merata tempat di Asia Tenggara sehingga wilayah di luar penyebaran bahasa itu. Justeru kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu tidak perlu dibahaskan lagi jika kita melihat betapa hebat dan agungnya sejarah yang pernah dilakar oleh bahasa Melayu. Keluasan wilayah yang pernah dikuasai oleh bahasa Melayu turut membuktikan bahawa bahasa ini mempunyai nilai keilmua yang tinggi sebagaimana bahasa Inggeris menguasai wilayah dunia pada masa kini.Justeru, bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan antara kaum dan bahasa perhubungan antarabangsa. Bahasa Melayu bukanlah sekadar bahasa kelas bawah, malah digunakan dalam majlis rasmi dan untuk berbagai-bagai keperluan pendidikan serta mesyuarat yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Perkara ini bukanlah mustahil kerana sejarah telah membuktikannya.Kegemilangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan dikatakan bermula sejak kurun ke-15 lagi iaitu dengan terhasilnya penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu. Setelah kejatuhan Melaka, pusat pengembangan ilmu telah diambil alih oleh Acheh. Pada zaman ini banyak kitab-kitab dan buku-buku agama dihasilkan oleh para ilmuwan Islam. Antaranya ialah kitab Al-Aqaiid al-Nasafiyyah yang ditulis oleh seorang alim ulama iaitu Umar Bin Muhammad Al-Nasafi pada kurun ke 54. (Al-Attas, 1988). Selain itu, terdapat beberapa lagi tokoh ilmuan seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang mengungkapkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai puncak ketinggiannya sebagai bahasa pengantar ilmu sejak zaman kesultanan Melayu di seluruh kepulauan Melayu sesudah kedatangan Islam dengan lahirnya tokoh-tokoh sastera dan kesufian serta terhasilnya kitab-kitab ulung. Ketinggian ketamdunan dan keilmuan yang pernah dicapai oleh bahasa Melayu ini membuktikan kemampuannya untuk menjadi bahasa ilmu, malah tidak mustahil untuk menggantikan bahasa Inggeris suatu ketika nanti.2.2.5Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Dalam Masyarakat Moden dan Berbilang Kaum

Pada zaman penjajahan, bahasa Inggeris ialah bahasa pentadbiran yang rasmi dan bahasa persekolahan, suatu keadaan yang umum bagi semua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa Barat yang lain (Nik Safiah Karim, 1992). Oleh yang demikian, bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendidikan menjadikan bahasa Melayu sukar dikembangkan sebagai bahasa ilmu. Hal ini mempunyai kesan yang buruk ke atas perkembangan bahasa Melayu. Ia menjadi terbatas, digunakan hanya sebagai bahasa perhubungan di sekolah serta bahasa pengantar di sekolah rendah. Akibatnya, bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk berkembang dalam masyarkat. Kedudukan sosialnya lebih rendah berbanding bahasa Inggeris dan kurang berfungsi kerana bahasa Melayu tiada istilah-istilah yang lengkap dan bersofat khusus. Malah, dorongan untuk mempelajari bahasa Melayu juga tidak ada kerana bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi dan nilai keilmuan yang lain.Namun, setelah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, fungsi bahasa Melayu semakin meluas. Ia kian mendapat tempat dalam masyarakat sehingga kini ia mampu menjadi bahasa pengantar dalam masyarakat moden dan berbilang kaum. Bagi memenuhi keperluannya sebagai bahasa pengantar dalam masyarakat Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikan berbagai-bagai projek yang bertujuan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kini, kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak boleh dipersoalkan lagi. hal ini disebabkan banyaknya penerbitan majalah dan buku yang meliputi pelbagai bidang termasuklah buku teks dan buku bacaan umum. Malah, Bahagian Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menjalankan penyelidikan dengan menumpukan perhatiab kepada berbagai-bagai aspek bahasa dan kesusasteraan agar ianya tidak hanya tertumpu kepada bidang sains dan teknologi sahaja. Malah, usaha penterjemahan juga giat dilaksanakan bagi mempelbagaikan bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Usaha-usaha ini membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam masyarakat moden kerana ia telah meluaskan fungsinya ke dalam pelbagai cabang serta bidang ilmu.Di Malaysia bahasa Melayu telah mencapai ketiga-tiga fungsi simbolik bahasa seperti yang dinyatakan oleh Garvin dan Mathiot (1968) iaitu :I. Fungsi penyatuan : menyatukan penutur pelbagai dialek bahasa yang sama ke dalam satu pertuturan.II. Fungsi pengasingan : bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang terasing.III. Fungsi prestij : kepunyaan satu bahasa baku yang menimbulkan kemegahan sesebuah negara.Pencapaian bahasa Melayu dalam ketiga-tiga fungsi simbolik bahasa ini membolehkan ia dituturkan oleh segenap lapisan masyarakat dan memungkin ia dikembangkan sebagai sutu-satunya bahasa ilmu.Bahasa Melayu kini juga digunakan oleh segenap dimensi masyarakat dalam pelbagai bidang sama ada urusan rasmi mahupun tidak rasmi. Perkambangan bahasa Melayu ini menjadikan ia sebagai bahasa yang digunakan sebagi alat untuk mendapatkan maklumat ataupun tujuan pendidikan. Perkara ini secara tidak langsung memungkinkan bahasa Melayu untuk menjadi sebagai suatu bahasa ilmu. Ini kerana bahasa Melayu secara amnya telah mencapai standardisasi ataupun pembakuan yang membolehkan ia digunakan dalam masyarakat moden dan berbilang kaum. Ia bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Yunus Maris (1966) ...bahasa Melayu digunakan di antara penutur-penutur dari berbagai-bagai daerah di Semenajung Tanah Melayu dan Singapura. Bahasa Melayu baku juga digunakan dalam ucapan-ucapan rasmi dan majlis-majlis rasmi; di persidangan-persidangan dan tempat-tempat perjumpaan di mana penutur-penutur berasal dari pelbagai daerah berkumpul; dan juga di sekolah-sekolah, maktab-maktan dan institusi lain di mana guru-guru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Bahasa Melayu juga kini sedang melalui proses bagi membolehkan ia mencapai taraf dengan bahasa moden sebagai bahasa perhubungan dan bahasa pengantar. Hal ini sudah cukup bagi membuktikan kemampuan bahasa Mlelayu sebagai bahasa ilmu. Pemodenan bahasa ini dapat dilihat dari sudut pengistilahan dan penerimaan serta penyesuaian pengaruh asing bagi membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam apa jua bidang ilmu. Ferguson (1968) menyebut pemodenan sebagai peringkat ketiga dalam proses pembinaan bahasa. Ferguson mengatakan bahawa pemodenan ialah proses bahasa itu mencapai taraf yang sama dengan bahasa-bahasa moden sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan. Hal ini sedang terjadi kepada bahasa Melayu bagi membolehkan ia menjadi bahasa perhubungan dan bahasa pengantar dan berkemampuan untuk menjadi bahasa ilmu.

TUGASAN INDIVIDU :SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI1. Pilih dua zaman perkembangan ilmu linguistik. Telitikan penekanan kajian dengan membandingbezakan aspek ilmu linguistik dalam perkembangannya mengikut zaman-zaman tersebut.

3.0SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIKDi dunia Barat, usaha membina ilmu pengetahuan bermula pada zaman kegemilangan sarjana Yunani kuno. Ilmu yang dihasilkan oleh sarjana Yunani menjadi asas kepada sarjana Rom melanjutkan kajian mereka dalam bidang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu linguistik. Sarjana Rom banyak mewarisi tradisi ilmu linguistik daripada sarjana-sarjana Yunani. Usaha mereka itu dikembangkan lagi oleh para sarjana Rom. Seterusnya sarjana Zaman Pertengahan dan sarjana Zaman Islam memanfaatkan ilmu itu yang dikembangkan hingga sekarang. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.Sejarah perkembangan ilmu linguistik dapat dibagaikan kepada tiga peringkat perkembangan seperti berikut :

3.1Zaman Yunani

3.2Zaman Iskandariah

3.3Zaman Rom

3.4Zaman Arab

3.5Zaman India

3.6Zaman linguistik Bandingan

3.7Zaman Moden

4.0ZAMAN YUNANIDalam sejarah linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa bahasa ialah orang-orang Yunani. Orang Yunani merupakan pengkaji bahasa terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum Masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu fasafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.Yunani juga merupakan pencetus bermulanya asal-usul linguistik Eropah. Disini ditemukan rekod pertama tentang spekulasi linguistik yang wujud bukan hanya dalam bidang linguistik rakyat dan kegunaan harian. Tanpa sarjana Yunani, linguistik Eropah dan di dunia hari ini secara keseluruhannya akan miskin dari segi kandungan serta kurang maju dari segi teknik seperti yang terdapat sekarang.Orang Yunani bukan sahaja menjadi perintis dalam bidang linguistik. Alam pengetahuan di dunia secara keseluruhannya, pemikiran falsafah, moral, politik dan estetik berpunca daripada karya ahli fikir Yunani. Hingga ke hari ini, kita masih lagi merujuk tamadun Yunani untuk mendapatkan rujukan dan ransangan. Pada awal abad pertama sebelum masihi. Telah dihasilkan satu sistem abjad untuk menulis bahasa Yunani. Kemudian terbitlah abjad-abjad Romawi yang mengambil dan menceduk ilmu tamadun Yunani. Malah, sistem abjad ini menjadi induk kepada cara penulisan paling tersebar luas pada hari ini.Antara perkara-perkara yang disentuh mereka adalah soal-soal mengenai asal usul perkataan, keterangan-keterangan tentang gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bahasa yang dilandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi, orang-orang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Dengan menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber penghuraian, maka huraian-huraian mereka terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah termulia dan semuelajadi, dan harus dipatuhioleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka.. Berikut merupakan perincian aspek-aspek linguistik yang menjadi perincian dalam tamadun Yunani :

4.1Kaum Saphis

4.2Plato

4.3Aristotle

4.4Kaum Stoik

5.0ZAMAN ROMOrang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun, sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.Semasa mengambil alih dunia Hellenistik, peluasan pemerintahan Romawi hampir lengkap menjelang era Kristian dan Empayar Rom. Pada ketika itu, Rom telah mencapai kedudukan yang agak mantap dan kekal bebas daripada peperangan untuk tempoh dua tahun selepasnya. Kerana adanya kestabilan ini, mereka berjaya meulakan peradaban ilmu keintelektualan, moral, politik dan agama di Eropah moden dan sebahagian besar dunia. Dari segi linguistik, bahasa Latin menjadi bahasa pentadbiran, undang-undang, perniagaan dan ilmu. Aktiviti penterjermahan kerya Yunani ke dalam bahasa Latin banyak membantu sarjana-sarjana Romawi mengembangkan kajian sarjana Yunani serta meluaskan pemikiran serta idea mereka. Dalam sains linguistik, pengalaman-pengalaman serta pengetahuan Romawi merupakan penerapan pengetahuan Yunani, kontroversi Yunani dan penerapan kategori Yunani ke dalam bahasa Latin.Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaian terhadap bahasa, bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa. Persamaan yang dikatakan terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan.Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat. Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma itu hanya mengubahsuai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyak membuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasa tradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

5.1Appolonius

5.2M. T Varro

5.3Princian

6.0BANDINGBEZA ASPEK LINGUISTIK ANTARA ZAMAN ROM DAN ZAMAN YUNANI6.1Aspek Kajian Linguistik Yang Dilakukan

6.2Tokoh dan Karya

6.3Kelas Kata

6.4Sumbangan Tokoh6.4.1Zaman Yunani

6.4.2Zaman Rom6.5Kelebihan Dan Kekeurangan Bidang Linguistik Zaman Yunani Dan Rom6.5.1Zaman Yunani

6.5.2Zaman Rom

TUGASAN INDIVIDU :THOMPSON ANAK JUNA1. Pilih dua zaman perkembangan ilmu linguistik. Telitikan penekanan kajian dengan membandingbezakan aspek ilmu linguistik dalam perkembangannya mengikut zaman-zaman tersebut.

7.0ZAMAN YUNANI (SEBELUM MASIHI)

Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan sejarah perkembangan ilmu linguistik, masyarakat Yunani merupakan golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa. Kegiatan dalam pengkajian bahasa ini bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi lagi. Pada zaman Yunani, seluruh kehidupan masyarakatnya berpaksikan falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa pada zaman tersebut banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Masyarakat pada ketika itu berpegang teguh kepada falsafah kerana falsafah merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan kepada masyarakat mereka. Falsafah bahasa pada zaman tersebut bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 sebelum masihi.

Pada zaman Yunani ini, terdapat beberapa tokoh yang hebat dalam pengkajian bahasa seperti Plato, Aristotle, Socrates dan Panini. Socrates (469-399SM) merupakan tokoh analogis yang menerima buah fikiran bahawa nama bagi sesuatu benda bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Nama dan benda sebenarnya mempunyai pertalian yang dapat dikesan melalui bentuknya.

Plato (427-347SM) merupakan orang pertama yang menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Perbincangan tentang bahasa yang merupakan asas penyelidikan Plato terdapat dalam bukunya iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Beliau juga merupakan pengasas ulung dalam aspek penggolongan perkataan (part of speech).

Seterusnya, ilmu linguistik pada zaman Yunani diteruskan lagi oleh Aristotle (384-322SM) merupakan tokoh yang memperkembangkan lagi falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Pada zaman Aristotle terdapat satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

Manakala, seorang lagi sarjana bahasa pada zaman Yunani ialah Panini (350-250SM). Panini, seorang tokoh bahasa yang unik. Beliau mengkaji bahasa Sanskrit, khusus dari segi pertuturan. Kajian beliau begitu teliti dan membuat huraian yang menyeluruh mengenai bahasa. Pengkaji-pengkaji bahasa di Eropah menganggap Panini sebagai model dalam pengajian bahasa.Secara ringkasnya, pada zaman Yunani ini, bidang falsafahnya mengikut sarjana-sarjana Stoik dikatakan paling banyak memberikan perhatian kepada aspek bahasa. Satu perbezaan ketara yang pernah mereka lakukan ialah pebezaan antara bentuk dan makna yang dikaji oleh Plato dan disambung perkembangannya oleh Aristotle. Usaha mereka ini telah menjadikan bahasa Yunani sebagai satu bahasa yang kuat dan unggul. Masyarakat pada zaman Yunani beranggapan tinggi terhadap bahasa dan menjadikan mereka mematuhi, menghormati dan mentaati semua sistem bahasa mereka. Perkara ini yang menjadikan mereka lebih beranggapan bahawa bahasa mereka sudah sempurna dan tidak perlu diperbaik dan diubah-ubah.Tuntasnya, kajian mengenai bahasa pada era zaman Yunani lebih menumpukan kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik bukannya bersifat saintifik. Perkembangan ilmu linguistik pada masa itu telah membawa kepada beberapa persoalan dan menjadi isu perdebatan ahli falsafah pada masa itu. Kelompok cendekiawan ini berselisih pendapat berkenaan asal usul perkataan sama ada bersifat semula jadi atau konvensyen. Kelompok ini dinilai sebagai golongan analogis dan anomalis seperti Plato, Socrates dan Panini.8.0ZAMAN LINGUISTIK MODEN (ABAD KE-20)

Zaman linguistik moden bermula berkembang pada sekitar abad ke-20. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Ia dibuat dengan teliti dan sistematik berdasarkan pemerhatian yang objektif. Hasil dapatan kajian akan dirumuskan dalam bentuk undang-undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenarannya oleh pengkaji-pengkaji yang lain. Pada abad ke-20 ini, bahan kajian tidak hanya berpusat kepada aspek tulisan sahaja, bahkan juga kepada aspek lisan. Dari aspek bidang juga semakin luas, tidak kepada makna dan asal-usul perkataan sahaja.Terdapat beberapa orang tokoh yang hebat dalam pengkajian bahasa pada era abad ke-20 seperti Ferdinand de Saussure, Leornard Bloomfield, Reymond Firth dan Malinowski dan Noam Chomsky. Kelima-lima tokoh ini yang menjadi pengkaji utama kepada pengkajian bahasa pada abad ke-20.

Ferdinand de Saussure (akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20) ialah seorang tokoh yang dianggap sebagai jambatan antara golongan tradisional dan golongan moden. Beliau merupakan orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam pengkajian bahasa secara moden. Pengkajiannya tentang bahasa secara perbandingan membuktikannya masih terikat golongan lama, tetapi secara saintifiknya menunjukkan beliau juga adalah golongan ahli linguistik moden. Pedapat beliau mengenai bahasa adalah satu hakikat masyarakat menjadi perhatian umum sehinggakan beliau digelar Bapa Linguistik Moden atau pengasas kepada linguistik moden. Hasil kajian beliau terhadap bahasa masih lagi digunakan sehingga kini dan menjadi tersohor dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale. Hasil pengkajiannya telah dibukukan pada tahun 1915 dan diterbitkan dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun 1959, karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin. Sebenarnya karya agung de Saussure bukannya hasil beliau sendiri tetapi hasil daripada daya usaha murid-muridnya juga kerana mereka telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau sehingga terhasil dalam bentuk buku. Karya beliau diibaratkan sebagai pemikiran yang dilahirkan selepas meninggal dunia.Dalam pada itu, beliau juga mengatakan terdapat dua bentuk hubungan dalam bahasa. Hubungan sintagmatik ialah satu ikatan dan aturan yang khusus untuk membina membina ayat dan hubungan asosiatif pula ialah hubungan antara perkataan-perkataan di dalam ayat. Beliau juga merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep languedan parole dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang merupakan kajian beliau yang terpenting. Langue aialah bahasa yang telah tertubuh dan digunakan dalam masyarakat seluruhnya. Langue juga mempunyai pola-pola yang abstrak, meliputi aspek-aspek fonetik, morfologi, perbendaharaan kata dan lain-lain serta menajdi hak masyarakat. Dengan kata lain, langue ialah sistem komunikasi yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh yang demikian, langue ialah fonemena sosial. Manakala, parole pula ialah pertuturan seseorang dan ia mempunyai hak untuk mengubah pertuturannya. Parole dalam erti kata lain ialah dialek.Seterusnya, beliau juga telah mengemukakan istilah diakronik dan sinkronik dalam pengkajian bahasa secara perbandingan dan persejarahan. Kajian linguistik secara sinkronik ialah mengkaji secara terperinci keadaan bahasa dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu ataupun dikatakan sebagai kajian sezaman. Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronik) hendaklah dibezakan daripada linguistik historis kerana masing-masing menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya apabila menganalisis bahasa. Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah. Manakala, kajian linguistik diakronik pula ialah membuat perbandingan kajian tersebut diantara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan bahasa yang berlaku. Dalam erti kata lain, bidang ini merupakan kajian bahasa dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh bahasa melalui masa.Leornand Bloomfield, seorang tokoh pengkaji bahasa yang terkenal dalam sekitar tahun 1930-an dipengaruhi oleh teori behavioris yang menganggap bahasa hasil operasi rangsangan dan gerak balas. Beliau merupakan ahli bahasa terawal menjalankan kajian secara saintifik dan bertanggungjawab membuat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield beranggapan bahawa bahasa itu sebagai satu gudang data laku ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak an dikeluarkan apabila teransang. Bloomfield sangat jelas menunjukkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan secara empirikal.Menurut Bloomfield lagi, bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain dan bahasa merupakan sekumpulan ujuran yang muncul dalam suatu masyarakat tutur (speech community). Bahasa itu terdiri dari sejumlah isyarat atau tanda berupa unsur-unsur vokal (bunyi) yang dinamai bentuk linguistik. Tegasnya, pengkajian bahasa mesti berdasarkan pemerhatian dan percubaan. Kajian beliau merangkumi bidang fonetik, morfologi, sintaksis, makna dan hubungan bahasa dengan kebudayaan.

Reymond Firth, seorang tokoh bahasa dari England dalam tahun 1930-an dan 1940-an. Beliau berganding dengan Malinowski telah mengkaji makna dalam bahasa. Baginya, makna adalah penting dan katanya, makna adalah fungsi. Teori makna yang diketengahkan mengatakan makna bagi sesuatu perkataan ditentukan oleh konteks atau situasi ujaran itu. Ertinya, makna sesuatu perkataan mestilah dikaitkan dengan apa yang menyebabkannya dan apakah situasi yang wujud wktu ia dipertuturkan.

Kemudian muncul pula, Noam Chomsky, merupakan seorang ahli pengkaji bahasa Amerika yang menganalisis ayat secara generatif dengan simbol-simbol menjadi formula untuk seseorang itu mencipta ayat baru. Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa generatif melalui semakan ynag mendalam terhadap bidang linguistik pada tahun 1950-an. Beliau memperkenalnya aliran transformasi generatif melalui bukunya iaitu Syntactic Structures pada tahun 1957. Peringkat pertama aliran ini menggunakan Model Teori Struktur Sintaksis yang melibatkan rumus struktur frasa, transformasi dan fonologi. Peringkat kedua pula timbul Extended Standard Theory yang menekankan komponen sintaksis, semantik dan fonologi.Chomsky mengatakan bahawa penutur jati sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa dan mampu untuk membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya. Chomsky telah menyataka dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktut permukaan dan peringkat struktur dalaman. Kedua-dua peringkat tersebut diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada peringkat struktur dalam, manakala rumus struktur transformasi berfungsi untuk menukarkan pola atau struktur ayat sehingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori Chomsky ini mengandaikan kedua-dua jenis rumus ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang. Teori tatabahasa generatif ini merupakan satu model yang menggambarkan proses bagaimana minda manusia membian dan memahami ayat. Nahu transformasi oleh Chomsky menjadi popular.Rumusannya, pada zaman linguistik moden ini pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

9.0PERBEZAAN ASPEK ILMU LINGUISTIK ZAMAN YUNANI DAN ZAMAN LINGUSITIK MODEN

Zaman YunaniPerbezaanZaman Linguistik Moden

500 Tahun Sebelum MasihiTahunAbad ke-20

1. Socrates (469-399SM)2. Plato (427-347SM)3. Aristotle (384-322SM)4. Panini (350-250SM)

Tokoh1. Ferdinand de Saussure (akhir abad ke-19 awal abad ke-20)2. Leornard Bloomfield (1930-an)3. Reymond Firth dan Malinowski (1930-an dan 1940-an)4. Noam Chomsky (1960-an)

Tertumpu kepada tatabahasa.Fokus kajianLebih kepada linguistik deskriptif dan linguistik huraian.

Bersifat logik dan tidak sistematik.Kaedah kajianLebih sistematik dan menekankan kepada sinkronik dan diakronik.

1. Socrates Menerima buah fikiran bahawa sesuatu benda bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Nama dan benda sebenarnya mempunyai pertalian yang dapat dikesan melalui bentuknya.2. Plato Membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepad predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.3. Aristotle Mewujudkan satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung. Mengakui sistem kala atau tense. Menganggap bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.4. Panini Mengkaji pertuturan bahasa Sanskrit. Membuat huraian yang menyeluruh mengenai bahasa.

Aspek kajian1. Ferdinand de Saussure Penemuan konsep dan pendekatan baru dalam pengkajian bahasa secara moden. Aspek kajian beliau ialah terdapat dua bentuk hubungan dalam bahasa. Mengemukakan konsep langue dan parole dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan. Mengemukakan istilah diakronik dan sinkronik dalam pengkajian bahasa secara perbandingan dan persejarahan.2. Leornard Bloomfield Menganggap bahasa hasil operasi rangsangan dan gerak balas yang dipengaruhi oleh teori behavioris. Bahasa itu terdiri dari sejumlah isyarat atau tanda berupa unsur-unsur vokal (bunyi) yang dinamai bentuk linguistik.3. Reymond Firth dan Malinowski Mengkaji makna dalam bahasa. Makna sesuatu perkataan mestilah dikaitkan dengan apa yang menyebabkannya dan apakah situasi yang wujud wktu ia dipertuturkan.4. Noam Chomsky Mengembangkan teori tatabahasa generatif. Menyatakan dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktut permukaan dan peringkat struktur dalaman.

TUGASAN INDIVIDU :SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI2. Linguistik konstektual ialah bidang yang melihat ilmu linguistik berinteraksi dengan disiplin akademik yang lain seperti sosiolinguistik dan antropologi linguistik. Fahami serta cerakinkan aspek-aspek penting dalam sosolinguistik dan antropologi linguistik dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

10.0BIDANG BIDANG LINGUISTIK

Dalam bidang ilmu linguistik ini terdapat pelbagai bidang yang terlalu universal. Hal ini kerana, kajian yang dilaksanakan oleh ahli-ahli linguistik meliputi pelbagai aspek yang menyeluruh. Namun begitu, berdasarkan aspek-aspek tertentu yang terdapat dalam pengkajian bahasa tersebut maka berlakulah penemuan disiplin-disiplin ilmu linguistik iaitu linguistik am, linguistik gunaan, linguistik sejarah, linguistik, bandingan dan linguistik kontekstual. Linguistik am ataupun dikenali sebagai linguistik umum merupakan bidang yang mengkaji tentang teori ilmu linguistik secara umum. Oleh itu, hal-hal yang menjadi pengendalian utama bidang ini adalah pembentukan konsep-konsep yang meliputi soal-soal mendefinisikan aspek-aspek dan daerah kajiannya secara umum, soal-soal menentukan sifat-sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, soal-soal menentukan cara-cara dan kaedah-kaedah teretntu yang boleh digunakan dalam penghuraian bahsa secara deskriptif dan sebagainya. Seterusnya pula menurut William J. Samarin (1993), linguistik gunaan bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubung dengan pengajaran bahasa. Selain itu, pengenalan linguistik gunaan juga sebagai suatu disiplin ilmu linguistik yang menjadi suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang juga dikenali sebagai sains gunaan. Tambahan lagi, apabila meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahsa dan mengajarkan dengan lebih baik.Linguistik sejarah juga dikenali sebagai linguistik histori. Bidang linguistik ini berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa. Selain itu, bidang ini turut mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Hal ini kerana bertujuan untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan pula iaitu satu cabang bidang linguitik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Dalam pada itu, linguistik perbandingan ini juga dikenali sebagai bidang kajian yang membuat perbandingan antara bahasa-bahas yang sekeluarga. Hal ini kerana penggunaan istilah perhubungan dalam bidang ini menggambarkan asal yang sama atau bahasa proto. Oleh itu, tujuan linguistik perbandingan ini ialah untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas dalam linguistik perbandingan ini ialah kesan perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon. Oleh itu, setiap perbezaan anatara dua bahasa yang berkait harus dapat dijelaskan secara munasabah dan perubahan-perubahan sistematik, misalnya dalam sistem fonologi atau sintaksis di jangka tetap. Kajian perbandingan tidak berguna jika sesuatu bahasa tidak mempunyai hubungan yang rapat. Linguistik kontekstual merupakan bidang linguistik yang berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain walaupun linguistik teori terasnya mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Oleh itu, bidang bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Dalam bidang linguistik kontekstual ini terdapat bidang sosiolinguistik, linguistik antropologi dan antropologi linguistik yang merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Selain itu, analisis wacana secara kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Begitu juga dengan psikolinguisti dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Hal ini kerana bidang linguistik ini merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.11.0LINGUISTIK KONTESKTUALLinguistik Kontekstual merupakan bidang yang melihat linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang kain. Ada sesetengah ahli linguistik berpendapat teori ialah teras kepada pengkajian bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Terdapat tiga cabang dalam linguistik kontekstual, iaitu:

Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan kesannya pada masyarakat. Bidang kajian ini cenderung kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang lazimnya dipengaruhi sosial dalam masyarakat. Selain itu, sosiolinguistik juga merupakan satu kajian yang luas dan pelbagai yang meliputi bermacam-macam perkara. Fokusnya kepada fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah, kata sapaan yang ditinjau daripada kesantunan berbahasa dan sebagainya. Prinsipnya mendasari pengkajian tentang aspek-aspek linguistik dari segi bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang terdapat persamaan pada fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah kelompok masyarakat.Antropologi Linguistik pula ialah satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya khususnya untuk mengamati dan menekuni bahasa digunakan dalam kehidupan seharian sebagai satu alat dalam tindakan bermasyarakat. Antropologi linguistik juga disebut sebagai etnolinguistik, iaitu bidang yang memberikan penumpuan kepada perhubungan serta perkaitan antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Dalam konteks perkaedahan kajian, antropologi linguistik menggunakan kaedahparticipant observationatau pemerhatian masyarakat yang memperlihat pemakaian bahasa dalam ruang lingkup sosial budaya secara terperinci.Linguistik Antropologikal merupakan bidang yang mengkaji hubngan bahasa dan budaya sesuatu masyarakat. Bidang kajian linguistik antropologikal ini juga melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu, sekali gus melihat suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi tatacara berbahasa.12.0SIOLINGUISTIK12.1Pengertian Sosiolinguistik

Ramai ahli linguistik meyakini Panini (500 SM) merupakan pelopor dalam bidang sosiolinguistik. Ia dikesan dalam karyanya yang berjudul As tadhayayi, sebuah buku yangi tentang stilistik bahasa. Pengkajian dalam bidang sosiolinguistik mulai mendapat perhatian beberapa abad kemudian, tepatnya pada abad 19. Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertianumum, rational dan empirikal serta bersifat umum. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Justeru, sosiolinguistik adalah kajian tentang bahasa yang dikaitkan dengan keadaan masyarakat. Lazimnya ahli-ahli sosiolinguistik akan mempelajari ilmu-ilmu tentang kemasyarakatan khususnya sosiologi bagi membuat kajian tentang bahasa serta perkaitannya dengan masyarakat.Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. BukunyaCours de Linguistique Generale(1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, languedan parole(Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983).

Pada awal abad ke-20. de Sausure (1916) telah membincangkan bahawa bahasa adalah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan yang lain seperti perkahwinan, pewarisan harta peninggalan dan sebagainya. Menurut pakar lain pula seperti Charles Moris, dalam bukunya Sign, Language and Behaviour (1946) yang membicarakan bahasa sebagai sistem lambang. Terdapat tiga macam kajian bahasa dengan fokus perhatian yang diberikan, iaitu :

Kamus Dewan edisi keempat (2007) mendefinisikan sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).Menurut Kridalaksana (1978), siosiolinguistik lazimnya didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan berbagai variasi bahasa di dalam masyarakat bahasa. Sementara itu, Nababan (1984) pula mendefinisikan sosiolinguistik adalah pengkajian bahasa dengan dimensi kemasyarakatan. Menurut Nababan lagi (1993) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat dianggap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks social dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.Fishman (1972) mentafsirkan sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri ciri khas variasi bahasa, fungsi-fungsi variasi bahasa, dan pemakai bahasa kerana ketiga-tiga unsur ini selalu berinteraksi, berubah dan saling mengubah antara satu sama lain dalam satu masyarakat. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.Sosiolinguistik adalah kajian mengenai bahasa dan pemakaiannya dalam konteks sosial dan kebudayaan. (Rene appel , Gerad Hubert , Greus Meijer 1976). Sementara itu, C.Criper dan H.G.Widdowson dalam J.P.B Allen dan S.Piet Corder (1975) mendefinisikan bahawa sosiolinguistik adalah kajian bahasa dalam penggunaannya , dengan tujuan untuk meneliti bagaimana konvevsi pemakaian bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain dari tingkah laku sosial. Di samping itu, menurut Nancy Parrot Hickerson (1980) pula sosiolinguistik adalah pengembangan sub bidang yang memfokuskan penelitian pada variasi ujaran, serta mengkajinya dalam suatu konteks sosial . Dalam erti kata lain sosiolinguistik meneliti korelasi antara factor-faktor sosial itu dengan variasi bahasa. Melalui pendapat-pendapat tokoh yang dinyatakan dapatlah disimpulkan bahawa sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik yang menekankan hubungan antara kajian bahasa dan aspek-aspek sosial di dalam suatu masyarakat bahasa. Dalam erti kata lain, sosiolinguistik merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang bersifat interdisiplin dengan ilmu siosiologi. Ilmu sosiolinguistik ini juga memberikan penekanan bukan sahaja terhadap bahasa tetapi turut memberi perhatian terhadap penutur bahasa dan persekitaran penutur serta zamannya. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Fishman (1972) iaitu ....study of who speak what language to whom and when.12.2Konsep SosiolinguistikIstilah sosiolinguistik muncul pada tahun 1952, dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan perlu adanya penelitian dengan hubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial. Abdullah Hassan (2005) mengatakan bahawa sosiolinguistik mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dala masyarakat. Secara lebih khusus bidang sosiolinguistik melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasanya dalam konteks-konteks yang berlainan. Dalam hal ini, latar ahli masyarakat, sama ada daripada segi daerah, taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaan, umur, dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakan. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Selain istilah sosiolinguistik terdapat juga istilah sosiologi bahasa. Banyak orang yang menganggap hal itu sama, tetapi ia merupakan satu bidang yang berbeza. Istilah sosiolinguistik digunakan kerana penelitiannya difokuskan kepada bidang linguistik, sedangkan istilah sosiologi bahasa digunakan kalau penelitian itu difokuskan kepada bidang sosiologi. (Nababan 1884). J.A. Fishman , pakar sosiolinguistik yang sumbangannya sangat besar dalam kajian sosiolinguistik, mengatakan kajian sosiolinguistik lebih bersifat kualitatif, sedangkan kajian sosiologi bahasa bersifat kuantitatif. Justeru sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya, seperti diskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek.Ilmu sosiolinguistik juga merupakan bidang ilmu yang mengkaji kesan masyarakat terhadap bahasa. Manakala, sosiologi bahasa pula merupakan bidang yang mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakat. Kesan-kesan tersebut terdiri daripada pelbagai aspek seperti aspek nilai, norma masyarakat dan suasana yang wujud.12.3Aspek Dalam SosiolinguistikProfessor Abduulah Hassan telah menyimpulkan kajian ataupun tumpuan dalam bidang linguistik kepada lima bidang utama. Pertama, ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuan-tujuan sosial. contohnya terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi seperti pembicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong dan sebagainya. Mereka yang mengkaji bidang ini disebut ethnomethodologis, iaitu mereka yang mempelajari metod-metod dan alat-alat yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial untuk mencapai tujuannya. Penyelidikan lain dalam bidang ini dan lebih berorientasi pada bidang linguistik, adalah bidang yang disebut sebagai analisis wacana. Kedua, tumpuan bidang linguistik adalah kajian bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya ujaran kelas pertengahan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Ia mengkaji mengenai alasan-alasan masyarakat mewujudkan perilaku bahasa begitu. Kajian ini tidak terbatas pada perbezaan stail antara kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi antara kelompok-kelompok masyarakat bahasa' dan kelompok-kelompok etnik yang berbeza. Ketiga ialah kajian mengenai variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya. Inilah yang merupakan gagasan inti bidang sosiolinguistik. Ini kelihatan seperti sama dengan ruap lingkup tumpuan kajian yang kedua..Namun, perbezaannya adalah pada tujuan-tujuannya yang lebih sosiologikal. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial, bermula daripada aksen (pelat) membawa kepada pemilihan kosa kata dan sistem gramatikal. Dalam masyarakat multilingual apa yang diucapkan mungkin menyajikan indikator status sosial si pembicara. Keanekaan linguistik ini merupakan satu topik penting dalam kajian sosiolinguistik. Keempat, pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah juga menjadi sasaran kajian sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise, secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Perancis. Begitu juga juga pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah dillakukan sebagai satu eksploitasi bahasa demi kepentingan politik. Malah, pemilihan bahasa, misalnya untuk menjadi bahasa nasional adalah persoalan yang menyangkut hal-hal politik, seperti menentukan bahasa asing untuk diajarkan di satu negara. Sebagai contoh keputusan bagi mengajarkan bahasa Maori kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand, pengajaran bahasa Rusia di negara-negara blok timur dan usaha memasukkan bahasa-bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika. Lebih rapat dengan kita adalah keputusan memilih bahasa Melayu menjadi bahasa Nasional Indonesia sebagai yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda yang mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai. Kelima, aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di berbagai negara, biasanya melibatkan nada-nada politik yang berkaitan dengan pengakuan atau penerimaan bahasa oleh kelompok tersebut. Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalam meminjam perkataan-pekataan asing. Ada pula yang menyelidiki sejauh mana seseorang bilingual atau multilingual taat kepada bahasa yang dikuasainya, ditinjau dari segi sosiologi mahupun psikologi.Salah satu aspek kajian penting dalam bidang sosiolinguistik menurut Chaer (2004) ialah fungsi bahasa. Di dalam kehidupan masyarakat fungsi bahasa secara tradisional dapat dikatakan sebagai alat komunikasi verbal yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Namun, fungsi bahasa tidak hanya semata-mata sebagai alat komunikasi. Konsep bahawa bahasa hanyalah sebuah alat yang menyampaikan fikiran sahaja dianggap terlalu sempit bagi sosiolinguistik. Chaer (2004:15) berpendapat bahawa fungsi yang menjadi persoalan sosiolingustik adalah dari segi penutur, pendengar, topik, kod, dan mesej pembicaraan. Hal ini bermaksud bahawa fungsi bahasa akan menjadi berlainan seandainya ditinjau dari sudut yang berlainan.

Menurut Chaer (2004) lagi, variasi bahasa juga turut menjadi kajian sosiolinguistik. Variasi bahasa disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang pelbagai serta para penuturnya yang tidak homogen. Variasi bahasa juga terjadi akibat keanekaragaman sosial dan fungsi bahasa dalam kehidupan masyarakat. Variasi bahasa dapat dilihat dari aspek penutur, penggunaan dan keformalan. Berikut adalah variasi-variasi bahasa yang menjadi tumpuan bidang sosiolinguistik:

13.0ANTROPOLOGI LINGUISTIK13.1Definisi Antropologi Linguistik

Menurutetimologinya kata antropologiberasal dari kata yunaniAntropo yangbererti manusia danlogy atau logosbererti ilmu yang mempelajari. Justeru, antropologi bererti ilmu yang mempelajari tentang manusia. Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan antropologi linguistik sebagai Linguistik yang menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkaji bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi persuratan. Sementara Abdullah Hassan (2005) menjelaskan bahawa antropologi linguistik mengkaji hubungan perilaku manusia dengan kaedah interaksi sosial yang berlaku.Matlamat utama bidang linguistik antropologi adalah untuk mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Antara persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli linguistik antropologi adalah sejauh manakah struktur nahu sesuatu bahasa ditentukan oleh atau menentukan bentuk dan kandungan budaya para penuturnya. Di samping itu, ahli linguistik antropologi juga mengkaji sejauh manakah kelainan perbendaharaan kata di antara bahasa-bahasa yang berbeza mempunyai kaitan dengan kelainan budaya yang diamalkan oleh para penutur bahasa-bahasa yang berbeza itu( Encyclopaedia Britanica vol. 7:60).Adakala antropologi linguistik disebut juga sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif dan pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.Ia turut menumpukan kepada pengkajian bahasa-bahasa berbagai suku bangsa di dunia. Bahasa memegang peranan penting dalam mempelajari kebudayaan suatu masyarakat. Melalui bahasa, kebudayaan dapat diturunkan dari generasi ke generasi berikutnya.Ahli-ahli linguistik antropologi mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Suasana kehidupan dan sistem nilai yang berbeza akan menghasilkan pola pemakaian bahasa yang berbeza. Harimurti (1984) ketika menghuraikan ruang lingkup kajian antropologi linguistik mengatakan ia sebagai satu bidang ilmu ..yang mempelajari variasi dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan pola kebudayaan dan ciri-ciri bahasa yang berhubung dengan kelompok sosial, agama, pekerjaan atau kekerabatan. Antropologi linguistik juga mengkaji sejarah munculnya berbagai jenis bahasa termasuk struktur, perubahan bahasa dari masa ke masa, keanekaragaman dan penyebaran bahasa di permukaan bumi. Justeru dapatlah dirumuskan bahawa antropologi linguistik merupakan salah satu cabang dalam bidang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.13.2Konsep Antropologi LinguistikDalam mengkaji bahasa ianya hanya dapat ditelusuri dari manusia yang masih hidup atau bahasa yang tertulis dalam prasasti. Mengkaji bahasa manusia yang belum mengenal tulisan sangatlah sulit. Kerana dengan musnahnya manusia itu, musnah juga gambaran bahasa yang digunakan. Bahasa manusia yang belum mengenal tulisan hanya dapat ditafsirkan dari gambar yang ditemukan pada artifak jikalau ada. Antropologi linguistik mengumpulkan daftar kata, melukiskan ciri dan tatabahasa berbagai kelompok bangsa. Setelah mengenal bahasa secara teoritis, maka para antropolog budaya dapat mempelajari kebudayaan dan perubahannya.Antropologi linguistik juga dikenali sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberipenumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikanprimitif dan pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participantobservation. Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepadasesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehinggakadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.Ahli linguistik antropologi yang ingin mengkaji sesuatu bahasa yang tidak mempunyai tradisi tulisan biasanya akan ke lapangan, dan biasanya hidup bersama-sama penutur natif bahasa tersebut, dan melalui kaedah ikut serta inilah data yang asli bagi sesuatu bahasa itu dikumpul dan dicatat (Harimurti 1984: 116; Crystal 1974).Bidang ini turut mengkhususkan penelitiannya terhadap penyebaran bahasa umat manusia diseluruh permukaan bumi. Para ahli antropologi linguistik melihat adanya pertalian bahasa diantara bahasa-bahasa tertentu terutama yang serumpun, seperti bahasa Melayu dan Austronesia. Pertalian bahasa itu dalam ilmu linguistik disebut perbendaharaan yang mendasar atau basic vocabulary. Basic Vocabulary banyak terdapat pada nama tumbuhan-tumbuhan, binatang, nama bilangan, dan lain-lain.Berdasarkan analisis terhadap basic vocabulary, para ahliantorpologi linguistikdapat membuat hipotesis mengenai sejarah penyebaran bahasa dan umat manusia pengguna bahasa tersebut. Antropologi linguistik di Malaysia mempelajari bahasa-bahasa daerah yang disebut sebagai bahasa-bahasa loghat atau dialek. Jadi dapat disimpulkan bahawa para ahli antopologi linguistik menelaah atau mempelajari timbulnya bahasa dan bagaimana terjadinya variasi dalam bahasa-bahasa selama jangka berabad-abad.Masyarakat yang menuturkan bahasa yang berbeza sering kali mengamalkan budaya hidup yang berbeza, dan kelainan inilah yang menjadi fokus kajian ahli-ahli linguistik antropologi. Tentang pengaruh budaya ke atas bahasa, Sapir (1949) mengatakan, Bahasa tidak wujud secara terpisah daripada budaya, ia wujud daripada sekumpulan amalan dan kepercayaan yang diwarisi melalui hubungan sosial, dan amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan inilah yang menentukan corak kehidupan yang dijalani oleh penutur. Jelas dibayangkan kepada kita bahawa linguistik antropologi mengkaji keterjalinan hubungan di antara bahasa yang digunakan dan budaya yang diamalkan oleh penutur.13.3Aspek Dalam Antropologi LinguistikBahasa adalah sebahagian dari kebudayaan yang erat hubungannya dengan berfikir. Dengan demikian, masyarakat dengan budayanya memiliki cara berfikir tertentu yang diekspresikan dengan bahasa. Bahasa dan budaya merupaka dua porkara yang berbeza, tetapi tidak dapat dipisahkan, kerana bahasa merupakan cermin budaya (Asmah Hj. Omar, 1992). Oleh yang demikian, bahasa berkembang bersama dengan budaya sehingga sukar untuk ditentukan sama ada bahasa mempengaruhi budaya ataupun budaya yang mempengaruhi bahasa. Dengan itu lahirnya istilah antropologi linguistik yang mengkaji tentang hubungan antara bahasa dengan budaya.Awang Sariyan (1984) telah mengemukakan tiga dimensi penting yang perlu diteliti dalam bidang antropologi bahasa iaitu :

Peranan bahasa sangat penting dalam memahami kebudayaan, dan begitu juga peranan kebudayaan dalam memahami bahasa. Banyak yang mengalami perselisihan dan salah faham kerana tidak dapat menggunakan bahasa yang sesuai dalam budaya tertentu. Keeratan hubungan antara bahasa dan kebudayaan sudah lama dirasakan oleh ahli linguistik dan antropologi. Perbicaraan mengenai bahasa dan budaya pula serta perkaiatannya bukanlah suatu perkara baharu dalam dunia ilmiah. Justeru terdapat beberapa aspek yang menjadi tumpuan dalam bidang antropologi linguistik bagi mengkaji hubungan antara bahasa dengan budaya seperti yang dinyatakan olem Mas Dewantara (2012) :

Bahasa sebagai alat kebudayaan sama ada untuk perkembangan, transmisi ataupun penginventariannya. Contohnya, kebudayaan Melayu dikembangkan melalui bahasa Melayu. Ianya disebarkan dan diperluaskan dalam bahasa Melayu serta turut dijelaskan dalam bahasa Melayu. Ini kerana, penerimaan kebudayaan itu hanya wujud apabila budaya itu defahami dan dijunjung oleh pemilik kebudayaan itu sendiri. Bahkan, kebudayaaan itu terjadi akibat adanyanya bahasa kerana bahasa itulah yang membentuk kebudayaan. Ini kerana bahasa digunakan untuk mengekspresikan nilai-nilai budaya. Bahasa juga merupakan sebahagian daripada kebudayaan kerana perbendaharaan sesuatu bahasa ialah jumlah kekayaan rohani dan jasmani bangsa empunya bahasa itu. Kata yang beratus-ratus ribu jumlahnya itu walupun dilihat terpisah dan bercerai-berai tetapi pada hakikiatnya ialah suatu kesatuan kebudayaan bangsa empunya budaya tersebut.Makna bahasa dalam kebudayaan pula membawa maksud bahawa bahasa hanya mempunyai makna dalam kebudayaannya sahaja. Bentuk bahasa yang sama mempunyai makna yang berbeza sesuai dengan kebudayaan yang menjadi wadahnya. Contohnya, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia kadangkala membawa pengertian yang berbeza sesuai dengan perbezaan budaya kedua-dua bangsa walaupun pada hakikatnya mempunyai bentuk bahasa yang sama.Kajian bahasa dan cara berfikir pula mengkaji adakah bahasa yang mempengaruhi cara berfikir ataupun cara berfikir yang mempengaruhi bahasa.bahasa dan cara berfikir merupakan dua hal yang saling bersangkutan kerana kedua-duanya ini membezakan manusia dengan haiwan. Ada yang beranggapan bahawa bahasa mempengaruhi cara berfikir kerana dengan bahasa seseorang dapat berfikir serta menggunakan berbagai konsep, pertimbangan dan kaedah sebelum melakukan tindakan. Namaun, terdapat juga pihak yang meyakini bahasa cara berfikir mempengaruhi bahasa disebabkan kerosakan fikiran seseorang akan mempengaruhi bahasanya seperti bahasa yang digunakan ketika marah, sedih dan gembira. Bahasa orang tidak siuman juga dapat difahami namun makna, manfaat dan tujuannya sukar difahami.Hubungan lain yang menjadi aspek kajian ialah tatacara berbahasa dipengaruhi oleh norma-norma budaya. Apabila tatacara berbahasa yang digunakan olehs eseorang tidak sesuai dengan norma budaya masyarakat yang hidup disekitarnya maka orang itu akan dituduh sombong, ego, tidak beradab bahkan tidak berbudaya. Akhir sekali ialah perubahan kebudayaan mempengaruhi perubahan bahasa. Perubahan bahasa menonjol dari aspek leksikon apabila budayanya berubah. Contohnya berlaku penghilangan, penambahan, perluasan, penyempitan dan pertukaran leksikon atau kosa kata apabila budayanya semakin maju ataupun semakin mundur. Perkara ini juga terjadi terhadap bahasa Melayu.

TUGASAN INDIVIDU :THOMPSON ANAK JUNA2. Linguistik konstektual ialah bidang yang melihat ilmu linguistik berinteraksi dengan disiplin akademik yang lain seperti sosiolinguistik dan antropologi linguistik. Fahami serta cerakinkan aspek-aspek penting dalam sosolinguistik dan antropologi linguistik dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

14.0SOSIOLINGUISTIK14.1PengenalanLinguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.14.2Konsep SosiolinguistikBerbicara mengenai sosiolinguistik berkaitan erat dengan bahasa (language) dan masyarakat (society) serta fungsi-fungsi bahasa dalam kalangan masyarakat. Bahasa didefinisikan sebagai alat komunikasi verbal yang dipergunakan oleh masyarakat. Masyarakat adalah sekelompok atau beberapa kelompok orang yang sama-sama memiliki tujuan tertentu.

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 42-43).

Menurut Dittmar (1976), istilah sosiolinguistik pertama kali muncul dalam tulisan Currie (1952) yang menyatakan bahawa kajian tersebut bertujuan untuk melihat hubungan antara perlakuan bahasa dan status sosial. Istilah tersebut, yang pada mulanya bermaksud untuk menyatakan suatu pendekatan antara-disiplin untuk penyelidikan mendapat penerimaan umum. Di England, tugas sosiolinguistik muncul dengan buah fikiran Malinowski yang diluaskan oleh Firth. Walaupun istilah institutional linguistics lebih digunakan, namun bidang yang diliputi tidak berbeza daripada yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik. Bidang sosiolinguistik juga merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981: 1). Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan.Nik Safiah Karim (1988:1), Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1995:169) pula, Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai Linguistik Antarapologi, atau Linguistik Sosial, ialah satu cabang yang mengkaji hubungan anatara bahasa dengan masyarakat. Tuntasnya, sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.14.3Konsep Antropologi Linguistik

Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata Antropo yang bererti manusia dan logy atau logos bererti ilmu yang mempelajari. Linguistik pula berkaitan dengan kajian bahasa. Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.14.4Aspek kajian Sosiolinguistik

Sosiolinguistik lebih cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Selain itu, merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat.Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi untuk berhubung, menyampaikan pendapat dan buah fikiran serta mengeratkan silaturrahim sesama anggota masyarakat. Melalui percakapan, seseorang akan mengenali seseorang yang lain melalui pertuturan yang diucapkannya berdasarkan bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun fakta dan ayat-ayat tertentu akan dapat menunjukkan asal-usul seseorang. Mereka juga akan mengetahui apa pek