FUNGSI DAN PERANAN ANGKASA & MKM DALAM GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA.docx

7
FUNGSI DAN PERANAN ANGKASA DAN MKM DALAM GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA DISEDIAKAN UNTUK : CIK HAJAH HALIMAH BT.HARUN KURSUS : GGGC6363 PENGURUSAN KOPERASI, KELAB & PERSATUAN DISEDIAKAN OLEH : HASLIN BINTI MEON NO. MATRIK : P76106 PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN 2014/2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Transcript of FUNGSI DAN PERANAN ANGKASA & MKM DALAM GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA.docx

FUNGSI DAN PERANANANGKASA DAN MKMDALAM GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:CIK HAJAH HALIMAH BT.HARUNKURSUS:GGGC6363PENGURUSAN KOPERASI, KELAB & PERSATUAN

DISEDIAKAN OLEH :HASLIN BINTI MEONNO. MATRIK:P76106PROGRAM:SARJANA PENDIDIKAN PERNIAGAAN& KEUSAHAWANAN 2014/2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAPENGENALAN

Penubuhan awal koperasi di Malaysia bermula dengan penubuhan Tabung Pinjaman Pertanian untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada Mei 1908 oleh E.W. Birch selaku Residen Perak di Tanah Melayu ketika itu dengan tujuan memberi kemudahan pinjaman kepada para petani. Masyarakat Tanah Melayu menganggap koperasi hanya sebuah pertubuhan yang hanya memberi bantuan kredit sahaja tidak lebih dari itu. Pada tahun 1982 koperasi melangkah ke satu persepsi yang baru kepada masyarakat Malaysia, Tun Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia tahun itu menekankan tentang peranan dan kepentingan koperasi sebagai satu instrumen pembangunan negara. Kepentingan peranan koperasi semakin diberi perhatian hingga ke hari ini.Ianya dapat dilihat dengan pengenalan kepada Dasar Koperasi Negara 2002-2010 serta pelbagai langkah dan usaha diambil oleh kerajaan khususnya anggota koperasi sendiri sebagai pemantapan pertubuhan koperasi di Malaysia. Penulisan ini bertujuan untuk menerangkan peranan serta fungsi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang merupakan antara Koperasi yang memainkan peranan yang penting dalam gerakan koperasi Malaysia. Lawatan ke ANGKASA dan MKM telah dilaksanakan pada 5 Mac 2015 seperti yang diarahkan oleh Pensyarah Cik Hajah Halimah Harun. Lawatan ini memberikan pemahaman yang lebih jelas dengan melihat sendiri struktur organisasi serta menimba pengalaman bertemu sendiri dengan kakitangan di Koperasi tersebut.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

1. Latar belakang ANGKASA

YM Prof. DirajaUngku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamidmerupakan pengasas dan juga Yang Dipertua ANGKASA pertama yang dilantik pada 12 MEI 1971. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani dalam pendidikan dan ekonomi serta pelopor gerakan koperasi di Malaysia. Presiden ANGKASA juga telah dilantik sebagai Pengerusi ASEAN Co-operative Organization. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sebagai badan apex ianya bertanggungjawab memperjuangkan cita-cita serta hak kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini. Sebagai badan apex gerakan koperasi negara ANGKASA juga turut menganggotai ASEAN Cooperative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance (ICA). Matlamat ANGKASA di antara lain adalah "Menyatukan semua koperasi dalam Malaysia, iaitu Mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;Memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan Gerakan Koperasi amnya; dan Memudahkan operasi koperasi ahli."

Dasar Koperasi Negara (2011-2020) mensasarkan supaya sektor koperasi menjadi penyumbang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus pada tahun 2013 dan meningkat kepada 10 peratus menjelang tahun 2020. ANGKASA mengambil langkah proaktif selaras dengan DKN dan Deklarasi Putrajaya untuk mentranformasikan koperasi ahli melalui projek-projek ekonomi berimpak tinggi. Pada PKTA Ke-27 dan Ke-28, ANGKASA telah mendapat mandat untuk melaksanakan perubahan skop kegiatan yang menjurus kepada bidang perniagaan bernilai tinggi. Dalam pada itu, ANGKASA turut melaksanakan kegiatan tanggungjawab sosial (CSR) seperti mana Prinsip Jatidiri Koperasi Ke-7 yakni Berperihatin Terhadap Masyarakat.

Rajah1: Carta Organisasi Tertinggi ANGKASA dari Tahun 1971 sehingga sekarang.(Sumber: Bahan Muzium Koperasi Malaysia.)

2. Struktur Organisasi ANGKASA

( Sumber: http://www.angkasa.coop/bm/index.php/profil/sejarah-angkasa[14 APRIL 2015] )

Terdapat seramai 685 orang warga kerja pengurusan dan sokongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Pembangunan dan Pengurus-Pengurus Bahagian mengikut bidang tertentu.3. Tujuan Penubuhan ANGKASA

RUJUKAN

http://www.angkasa.coop/bm/index.php/profil/sejarah-angkasa[14 APRIL 2015]

Fungsi & Peranan ANGKASA & MKM 6