Fungsi Dan Tanggungjawab Jkkk

2
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JKKK: 1. Membuat perancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di dalam kampung tersebut. (Pelan Pembangunan Kampung); 2. Menentukan projek-projek yang perlu diutamakan dan mana yang dikemudiankan.; 3. Menentukan semua projek yang dipersetujui dan diluluskan oleh kerajaan dilaksanakan dengan sempurna .; 4. Mengambil daya usaha serta memimpin orang-orang kampung untuk menjayakan projek-projek yang dipersetujui terutama sekali dari segi :- 1. Bergotong-royong untuk menggalakkan penyertaan bersama oleh orang-orang kampung.; 2. Membantu melicinkan perjalanan semua projek-projek yang sedang dilaksanakan. ;dan 3. Membantu menyediakan tempat atau tapak dan sebagainya untuk memudahkan pelaksanaan projek. 5. Menjadi badan penghubung antara masyarakat kampung dengan kerajaan dan badan-badan luar yang lain.; 6. Bertanggungjawab bersama-sama dengan jabatan/agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk menilai projek-projek pembangunan dan seterusnya mengambil tindakan perlu. 7. Membantu kerajaan menjaga keselamatan kampung dengan melaporkan aktiviti- aktiviti mereka kepada pihak berkuasa seperti berikut : 1. Orang-orang yang membawa anasir-anasir jahat yang boleh memecah belah rakyat dan merosakkan masyarakat, kerajaan dan negara., 2. Orang-orang yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam di kampung mereka. 3. Orang-orang yang membuat jenayah, mencuri dan menyalah guna dadah dan sebagainya. 8. Menghalang Pendatang Tanpa Izin (PTI) membuat rumah, menyewa Rumah dan menyewa tanah di kampung mereka. Jika terdapat mereka berbuat demikian hendaklah dimaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Daerah dan Pihak Polis dengan segera. (Pindaan bulan Mac 2002) 9. Membuat bancian penduduk dan menyimpan rekod dan nama-nama penduduk. 10. Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk orang-orang kampung patuhi agar setiap penduduk kampung merasa bertanggungjawab dan sedar bahawa terdapat norma-norma yang perlu dipatuhi. 11. Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan kampung termasuk fail dan minit mesyuarat. 12. Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk turut hadir dalam mesyuarat jawatankuasa. 13. Menyediakan dan mengemas kini profil kampung (Info Desa) untuk kemudahan rujukan dan perancangan projek-projek pembangunan.

description

panduan su

Transcript of Fungsi Dan Tanggungjawab Jkkk

Page 1: Fungsi Dan Tanggungjawab Jkkk

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JKKK:

1. Membuat perancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di dalam kampung

tersebut. (Pelan Pembangunan Kampung);

2. Menentukan projek-projek yang perlu diutamakan dan mana yang dikemudiankan.;

3. Menentukan semua projek yang dipersetujui dan diluluskan oleh kerajaan dilaksanakan dengan

sempurna .;

4. Mengambil daya usaha serta memimpin orang-orang kampung untuk menjayakan projek-projek yang

dipersetujui terutama sekali dari segi :-

1. Bergotong-royong untuk menggalakkan penyertaan bersama oleh orang-orang kampung.;

2. Membantu melicinkan perjalanan semua projek-projek yang sedang dilaksanakan. ;dan

3. Membantu menyediakan tempat atau tapak dan sebagainya untuk memudahkan pelaksanaan

projek.

5.

Menjadi badan penghubung antara masyarakat kampung dengan kerajaan dan badan-badan luar

yang lain.;

6. Bertanggungjawab bersama-sama dengan jabatan/agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan

sukarela untuk menilai projek-projek pembangunan dan seterusnya mengambil tindakan perlu.

7. Membantu kerajaan menjaga keselamatan kampung dengan melaporkan aktiviti-aktiviti mereka

kepada pihak berkuasa seperti berikut :

1. Orang-orang yang membawa anasir-anasir jahat yang boleh memecah belah rakyat dan

merosakkan masyarakat, kerajaan dan negara.,

2. Orang-orang yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam di kampung mereka.

3. Orang-orang yang membuat jenayah, mencuri dan menyalah guna dadah dan sebagainya.

8. Menghalang Pendatang Tanpa Izin (PTI) membuat rumah, menyewa Rumah dan menyewa tanah di

kampung mereka. Jika terdapat mereka berbuat demikian hendaklah dimaklumkan perkara tersebut

kepada Pegawai  Daerah dan Pihak Polis dengan segera. (Pindaan bulan Mac 2002)

9. Membuat bancian penduduk dan menyimpan rekod dan nama-nama penduduk.

10. Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk orang-orang kampung patuhi agar setiap penduduk

kampung merasa bertanggungjawab dan sedar bahawa terdapat norma-norma yang perlu dipatuhi.

11. Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan kampung termasuk fail dan minit mesyuarat.

12. Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada

padanya untuk turut hadir dalam mesyuarat jawatankuasa.

13. Menyediakan dan mengemas kini profil kampung (Info Desa) untuk kemudahan rujukan dan

perancangan projek-projek pembangunan.

14. Menggalakkan perkembangan kebudayaan dan lain-lain aktiviti sosial yang difikirkan boleh membawa

kebaikan kepada penduduk kampung.

15. Melaksanakan apa juga projek atau aktiviti lain yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada orang

kampung sambil mengurangkan perasaan pergantungan kepada kerajaan.

16. Mengadakan mesyuarat tetap jawatankuasa sebulan sekali.

17. Mengadakan dialog dengan orang kampung sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

18. Menerbitkan Warta Desa setiap tiga bulan sekali.

19. Mengenal pasti dan mengusahakan sekurang-kurangnya satu projek sosio-ekonomi.