Fungsi majlis tertinggi

9
FUNGSI MAJLIS TERTINGGI

Transcript of Fungsi majlis tertinggi

Page 1: Fungsi majlis tertinggi

FUNGSI MAJLIS TERTINGGI

Page 2: Fungsi majlis tertinggi

PENGERUSI

• Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan

pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang.

• Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.

• Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.

• Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka.

Page 3: Fungsi majlis tertinggi

• Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan.

• Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi.

• Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, JabatanKerajaan dan BSMM.

Page 4: Fungsi majlis tertinggi

NAIB PENGERUSI 1

• Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

• Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.

• Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang.

• Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

Page 5: Fungsi majlis tertinggi

NAIB PENGERUSI 2

• (Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I)

Page 6: Fungsi majlis tertinggi

SETIAUSAHA

• Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.

• Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungandengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang.

• Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan NaibPengerusi.

Page 7: Fungsi majlis tertinggi

• Menyelaras semua kegiatan Cabang.• Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat

dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.

• Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

Page 8: Fungsi majlis tertinggi

BENDAHARI

• Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.

• Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit.

• Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang.

Page 9: Fungsi majlis tertinggi

• Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan.

• Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.

• Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.

• Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.